Friday, March 19, 2010

MASJID

18 Mac 2010

Dalam kebiasaan masyarakat Islam sedunia, bila sebut perkataan "masjid", fahamlah kita semua akan maksudnya iaitu merujuk kepada sebuah bangunan yang dibina untuk tujuan orang-orang Islam berhimpun untuk menunaikan ritual solat sebagai menyahut seruan azan yang dilaungkan. Bagi sesetengah negara seperti Singapura, masjid adalah tempat berhimpunnya orang-orang Islam dalam menjalankan kegiatan sosial mereka. Lawatan saya ke masjid di Singapura, di dalamnya, selain terbina ruangan khas untuk orang-orang Islam melakukan ritual solat, terdapat beberapa ruangan seperti bilik darjah, siap dengan kerusi bermeja dan papan putih. Bila saya tanyakan kepada kawan saya, dia kata itu digunakan untuk mengajar seperti kelas bahasa Arab dan kelas mengaji. Kemudian saya di bawa ke satu bahagian lain yang lebih besar di tingkat atas. Ruang itu digunakan untuk sesi ceramah atau seminar. Di tingkat lain, saya terlihat bilik darjah yang ada peralatan komputer. Rupanya ia memang makmal komputer yang digunakan untuk membangunkan generasi Islam yang celik IT. Sebelum saya keluar dari masjid, terpandang la pulak saya pada sebuah TV besar di ruang hadapan masjid yang memaparkan berbagai jadual aktiviti di masjid itu. Di ruang berturap di hadapan masjid, kelihatan beberapa anak-anak yang berumur sekitar 5-13 tahun sedang berlatih seni pertahanan diri. Saya beredar dari masjid itu dengan penuh kesedaran bahawa betapa penganut Islam di Singapura sungguh2 memanafaatkan ruang tanah terhad mereka dengan berbagai kemudahan untuk manafaat sosial dalam bangunan bertingkat. Saya berharap para penguasa masjid-masjid di Malaysia datang melawat juga masjid-masjid di Singapura sebagaimana saya telah lihat dan alami, dan semoga ada yang Malaysia dapat pelajari dan ambil manafaat untuk masyarakat Malaysia, selain menjadikan masjid tempat solat semata-mata.

Mengadakan sebuah bangunan serbaguna seperti apa yang dipanggil masjid oleh "mainstream" adalah baik, menurut pendapat Puteri. Ini adalah kerana ia tidak lagi menjadi tempat ritual sesuatu perkara sahaja, tapi ianya menjadi tempat berkumpul untuk kemaslahatan umum. Puteri sokong maksud membangunkan bangunan sedemikian.

Dalam posting kali ini, Puteri ingin berkongsi fahaman Puteri berkaitan MASJID dari satu sudut yang agak berbeza dari apa yang mainstream maksudkan.

MASJID yang Puteri fahami dari satu sudut yang lain ialah yang bermaksud TEMPAT SUJUD, yang Puteri ambil dari akar kata sim jim dal .  SUJUD pula Puteri fahamkan sebagai kerendahan hati. Maka TEMPAT SUJUD atau MASJID itulah HATI kita sendiri. Sebuah masjid tu perlu bersih. Ini bermakna, perlunya sebuah hati yang bersih untuk seseorang itu menunaikan kerendahan hati terhadap Allah. Dari masjid yang sentiasa terjaga bersih, akan mudahlah untuk sujud kepada Allah. Dengan kerendahan hati sahaja lah akan muncul jiwa yang bersih dan suci. Dari situ, diri akan melayari kehidupan dengan penuh kepatuhan.

Bukankah HATI yang membuat ketetapan "mahu atau tak mahu", "setuju atau tak setuju" dan segala macam lagi pilihan diri? Bukan kah pilihan-pilhan hati kita itu direstui oleh diri kita?...

Bukankah perintah untuk berlaku adil itu sangat bergantung pada kesucian hati dan bukan terdapat di mana-mana bangunan/binaan?


Hiduplah jiwa yang tenang dalam redha dan diredhai...

13 comments:

  1. Salam

    Puteri pegi Singapore adala jugaks lawat masjid, dulu sy pegi Singapore sempat lawat panggung wayang jer... (^_^)...

    ReplyDelete
  2. Bagi pendapat saya Masjid perlu di kembangkan menjadi dewan serba guna, seperti yang berlaku di Singapore.
    Apabila kita di kerumuni orang2 Kafir, kita perlu berinteraksi dengan orang Islam, seba ia nya mengkukurkan lagi siratul rahim.
    Mas

    Masjid ada tujuan spiritual dan ada juga tujuan fisikal.

    ReplyDelete
  3. Masjid = tempat sujud.
    Sujud 10 = Sujud batin...semua binatang pokok dan manusia sujud pada Allah.
    Sujud 2) = Sujud zahir ia itu solat.

    Sheikh Tolokminda kata solat itu komitmen.
    Apa pendapat Sheikh Puteri ???

    ReplyDelete
  4. Jebon, kat Singapura ada banyak masjid, dibina disetiap "housing estate", pilih aje masjid mana nak lawat.

    Pakyeh, Puteri tak pakai syeikh.. itu klu tak silap org Arab yg gunapakai..Puteri orang Melayu. Nak tanya ni... org Arab gunapakai gelaran "syeikh" untuk pompuan ke pakyeh?

    Pendapat Tolokminda berkaitan solat=komitmen, Puteri leh bersetuju klu komitmen tu ditafsirkan sebagai t/jwb diri.

    Samada sebelah pagi atau petang dan juga sebahagian malam (iaitu sejak bangun tido sampai nak tido semula), berbagai t/jwb diri yang mau tak mau mesti dilakukan.

    Mulai bangun pagi menjalankan t/jwb gosok gigi, mandi, makan, mengemas, kerja serta berinteraksi dengan alam sekeliling,semua tu adalah t/jwb diri. Tidak ada t/jwb yang terpaksa. Menurut Puteri, semua t/jwb adalah dari minat diri, ikhlas serta kecintaan kerja yang dilakukan. Samada ianya untuk kebajikan diri sendiri atau kebajikan orang lain, t/jwb adalah dari ikhlas diri sendiri, bukan ketetapan orang lain atas diri kita. Meskipun dalam menjawat sesuatu jawatan di pejabat, dilihat seolah kita tertakluk kepada ketetapan peraturan2 kerja, bagi Puteri, Puteri melihatnya sebagai persetujuan diri bahawa "aku mahu mematuhi". Dengan merasakan bahawa ianya adalah persetujuan ikhlas Puteri utk mematuhi peraturan kerja semasa bersetuju menjawat jawatan itu, maka ianya bertukar rasa kepada t/jwb Puteri untuk mematuhi.

    Memahami rasa t/jwb diri, maka tidaklah lagi merasa terbeban atau berat. Bukan ke ada ayat(Q2:45 klu tak silap)yg mengatakan bahawa solat(t/jwb diri) itu tidaklah berat bg mereka yang khusyuk? Khusyuk itu Puteri fahamkan sebagai "humble/submissive" iaitu patuh dengan kerendahan hati.

    ReplyDelete
  5. Pada Puteri, samada nak lakukan ritual solat atau tidak, masing2 janganlah ada saling hina menghina. Yang utama ialah hati... kerendahan hati itulah yang penting. Berada di mana pun diri saya bangunan atau tempat itu bukanlah yang utama sebab yang utama adalah hati.

    Sebab itu Puteri percaya, keadilan bukanlah didirikan dalam bangunan/binaan mahkamah atau masjid, tapi keadilan di dirikan dalam hati, berada lah di mana pun, selagi punyai hati/masjid yang suci, keadilan pati dapat ditegakkan.

    Begitu juga amalan seseorang itu tidaklah dinilai dari jumlah/kompilasi kerja2nya tapi mutu kerjanya. Saling tuduh menuduh dan menghukum kesalahan orang lain di mata kita, ukuran siapakah yang paling mutlak benar?

    Pada Puteri, lakukanlah apa pun yang diyakini benar dan pada Puteri tidak bersalahan perlakuan seseorang selagi ianya dilakukan utk tujuan mencapai keikhlasan kerendahan hati kepada Allah. Bagaimana ritualnya bukanlah persoalannya yang perlu diutamakan, bert/jwb diri sendiri atas perbuatan kita tanpa menyalahkan orang lain meskipun Tuhan.

    ReplyDelete
  6. Tambah sket dari yg atas...
    bert/jwb diri sendiri atas perbuatan kita tanpa menyalahkan orang lain meskipun Tuhan. Asalkan tidak menganiaya makhluk lain.

    ReplyDelete
  7. Pendapat Putri menarik.
    Sebab itu saya panggil Puteri Sheikh.Sheikh bermaana Guru
    Waima saya pecaya solat itu ritual, yang di halalkan Allah

    ReplyDelete
  8. Aduhai PakYeh yang saya hormati, janganlah anggap saya Guru. Saya budak kampung yang sekolah tak tinggi dan tak ada tauliah untuk jadi Guru.

    Bergurulah dengan ALLAH yang empunya ilmu.

    ReplyDelete
  9. kalau ikut ahli makripat , solat tu satu pengembaraan ke alam ruh bila kita dapat mem fana kan diri bila angkat takbir . ahli kata diri dah tak kenal diri , tak dak rasa apa dah pada badan hatta di tusuk pisau sekali pun .makam rasa jadi makam cinta.

    ada satu kawan aku kata solat tu ialah mendengar nabi menyampaikan ajaran/ seruan di satu tempat bernama masjid . dalam menyampaikan kuliah tu bila lenguh nabi tunduk , kadang rukuk , kadang sujud dan semestinya lah nabi baca ayat quran .

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Saya tertarik dengan pandangan Puteri yang mengaitkan masjid dengan perkataan SUJUD. Jika SUJUD adalah merendah diri, dan tanda-tanda manusia itu merendah diri adalah dia patuh kepada satu ketetapan, maka MASJID itulah ketetapan. Tempat hati itu membuktikan ia merendah diri.

    Masjidillah = ketetapan-ketetapan Allah (takkan hati-hati Allah?). Ciri-ciri ketetapan Allah adalah ia mempunyai bukti yang jelas dan kukuh. Umpamanya bila Allah tetapkan manusia kena bernafas, kita boleh kaji apa tujuan ketetapan tersebut. Semua manusia patuh kepada ketetapan tersebut. Sesiapa yang engkar untuk tidak mahu bernafas, maka manusia itu sendiri akan terima padahnya.

    Sebaliknya ketetapan-ketetapan syaitan tidak mempunyai hujah yang jelas dan kukuh. Umpamanya bila syaitan buat ketetapan kena beritual sujud kepada matahari atau bulan, tiada logik yang menunjukkan kenapa manusia kena buat amalan tersebut. Amalan itu dilakukan atas dasar ikut-ikutan cara tradisi sahaja, bukannya ada bukti-bukti saintifik.

    Allah suruh manusia patuh kepada ketetapan-ketetapanNya kerana kesan baik mengikut ketetapan tersebut adalah jelas. Dan kesan buruk mengengkari ketetapanNya itu juga jelas.

    Tetapi ketetapan yang diada-adakan (taghut) itu tidak memberi apa-apa kesan baik kepada fizikal mahupun mental sama ada dilakukan atau tidak dilakukan.

    Cuba fikirkan, walaupun ada manusia yang buat ketetapan ritual sujud kepada matahari, tetapi apakah kita yang tidak sujud kepada matahari dapat mudaratnya bila tidak beramal seperti mereka? Begitulah juga dengan ritual-ritual pada objek2 yang lain.

    ReplyDelete
  11. Tkasih Juang.

    Bukan ke kehendak-kehendak manusia itu dtgnya dari "hati" ? (bukan dari organ hati)

    Dalam perkataan "masjidillah", memanglah tak sesuai kalau kita tafsirkannya sebagai "hati Allah", tapi bagaimana pendapat jika ianya ditafsirkan sebagai "kehendak" yang juga dari cetusan "hati" bukan organ hati.

    ReplyDelete
  12. hati adalah raja , kehendak dia bukan boleh di halang , jahat pada kita baik pada dia . kuasa tu dah mutlak tak leh buat apa . hamba hanya mencari alasan menggunakan akal utk mengiakan tindakan raja .

    ReplyDelete