Friday, December 25, 2009

Tuhan sempurna

24 December 2009

Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi saya kerana buat pertama kalinya saya bertemu secara "live" dengan seorang yang selama ini saya hanya mendengar cerita tentangnya, membaca tulisan2 nya. Maklumlah, saya ni budak kampung. Peluang begini sudah tentu saya anggap peluang besar.

Pertemuan yang bukan "live" dalam sebuah dewan kuliah besar, atau "live" melihat beliau berkata2 di atas stage ataupun di kaca TV. Tapi "live" duduk semeja makan thosai bersama di tepian kedai mamak, berada dalam sebuah kereta bersama dan bersiar2 bersama2.

Hari yang tak pernah saya rancang ini telah saya nikmati dengan santai, aman dan gembira sekali. Beliau bersama keluarganya telah bersama saya dan rakan dalam satu pertemuan yang saya anggap spontan.

Seorang yang sangat ringkas, tidak mementingkan prestige, itulah beliau yang saya kenali. Selama ini saya hanya mendengar beritanya dari mulut teman. Kini siapa sangka, saya sedang duduk menghirup milo panas bersebelahannya.

Yang menarik ingin saya kongsikan ialah bilamana dia menjelaskan satu cerita:
 
A: "Anda percaya Tuhan?"
B: " Sudah tentu"

A: " Anda percaya Tuhan anda sempurna?"
B: "Sudah tentu"

A: " Jika anda percaya Tuhan itu sempurna, siapakah anda untuk bertanya lagi tentangNYA?"

Tuesday, December 22, 2009

ISLAM KAFFAH

Saya mendengar  dan melihat seorang anak  yang sedang marah memaki dan menendang adiknya. Saya menghampiri anak itu dan berlakulah petukaran pertanyaan seperti berikut:

Saya     : "Awak beragama apa?"
Budak   : "Islam".

Saya     : "Agama Islam yang awak percaya membenarkan awak memaki dan menendang adik awak?".
Budak   :"Tidak".

Saya     : "Agama apa dalam dunia ini yang membenarkan memaki dan menendang adik awak sebegitu?"
Budak   : "Tak tau".

Saya     : "Apakah awak percaya ada agama yang menggalakkan perbuatan seperti yang awak lakukan tadi?"
Budak   : "Tidak ada".

Saya     : "Jadi semasa awak memaki dan menendang adik awak itu, awak beragama apa?"
Budak  : diam shj....


Melihatkan budak itu terus diam, saya pun berkata padanya "Masuklah ISLAM sepenuhnya (Kaffah). Jangan celup celup, jangan kejap masuk kejap keluar!"

Sunday, December 20, 2009

BERSERAH

20 Dec 2009

Sejak dulu saya selalu diperdengarkan dengan kekata ini "BERSERAH". Apa berserah itu sebenarnya? Bagaimana berserah itu?

Thursday, December 10, 2009

HIDUP

9 DEC 2009

HIDUP

Kawan Puteri yang dah 8 tahun berkahwin, selamat melahirkan anak pertamanya pada 5hb Dec 2009. Puteri pergi melawatnya kat hospital, dia kelihatan letih berbaur gembira. Teringat bayi yang baru melihat dunia itu, mendorong Puteri menulis topik ini.

Seringkali kita membaca dan mendengar orang memperkatakan tentang HIDUP. Puteri rasa perkataan ini sangat baik kalau kita perluaskan dan fahami sedalam mungkin.

Apa itu hidup? Puteri masih ingat cikgu kat sekolah dulu kata, sesuatu yang hidup itu adalah sesuatu yang bernafas. Sekali tu, mak puteri kata "Tolong hidupkan kipas tu!". Puteri naik heran masa tu camner la pulak kipas ni nak hidup kalau kaitan perkataan hidup tu dengan kipas yang tak leh bernafas tu? Jadi Puteri kata, "ish mak, kipas tak leh hidup tapi boleh ON!". Mak senyum ajer, dia cuma cakap, "kau tekan butang tu, nanti dia hidup le!". :)

Puteri terus hidup dengan mempelajari setiap detik. Sesuatu yang hidup menurut Puteri adalah sesuatu yang sentiasa berubah setiap detik. Berani berubah, mahu berubah... bukan tidak boleh berubah. Teringat Puteri akan kekata sahabat Puteri, "BERANI berubah sampai MATI"....

Mari kita tanyakan pada diri kita...SUDAHKAH AKU HIDUP HARI INI? tanyakan itu pada diri dengan ikhlas dan berulang2, setiap hari ... tanpa fikiran, tanpa perasaan, dengan penuh rasa tak tau serta merendah hati seikhlasnya yg aku tak tau... kongsikan dapatan anda di sini... tanpa berintelektual... hanya pengalaman dapatan anda dari soalan itu.

Monday, December 7, 2009

Mati Hidup Semula

7 DEC 2009
MATI HIDUP SEMULA


Hari ni saya merasakan seperti mati hidup semula. Kenapa ye? mmg tak dapat nak jelaskan dengan perkataan manusiawi.

Banyak perkara yang pernah saya lalui dulu, telah termendap jauh dalam lubuk hati. Mungkin ke sebab saya dah lama tak bertukar2 pendapat dengan kengkawan yang dulunya rajin memberi sumbangan2 ilmu? Atau mungkin ke saya telah dihanyutkan oleh beberapa perasaan peribadi yang akhirnya saya terlupa menggilap butiran2 mutiara yang saya dapati dulu?

Hari ini, saya mengemas kembali lubuk2 hati saya. Menyapu debu2 yang jelasnya dah bertepek dan menebal. Mencungkil kembali butiran2 mutiara itu dan kini saya menggilap kembali.

Tetiba air mata saya yang ibarat mutiara itu menitik satu persatu, mengalir lesu di pipi saya. Jari jemari saya yang laju menekan butang2 keyboard, kini terhenti sebentar, menyapu butiran jernih itu dari pipi. Hati semakin sayu dan pilu. "Pilu apakah yang aku rasa ini? Sayu apakah yang aku rasa ini?" detik hati saya.

Setelah puas saya mengemas lubuk hati, saya melihat ke dalam kotak emas hati saya, saya terlihat sebiji permata yang sangat bersinar di dalam kotak emas itu. Air mata saya kini menderas laju mengalir kepipi dan jari jemari saya tidak mampu lagi untuk menyapu mengeringkannya.

"Ya Allah! mengapa aku tidak pernah melihat jauh ke dalam lubuk hati ku ini dengan cermat? Mengapa aku tidak pernah MAHU melihat apa adanya di dalam kotak emas hati ku ini?" Rintih hati saya pada diri.

Saya berhenti sebentar. Tiba2 saya terhenti. Berdiam lama, tanpa berfikir apa2, tanpa gambaran apa2, tanpa perasaan apa2. Kosong... hanya kosong saya rasakan. Saya menikmati aje apa yang datang ke dalam diri saya.

Kini dalam kesedaran semula, saya merasakan seperti mati hidup semula...

Tuesday, December 1, 2009

Berhala

30 Nov 2009

BERHALA


Ntah kenapa ye, suka sangat saya membincangkan berkaitan tajuk ni. Padahal dah beberapa kali saya meluahkan pandangan saya berkaitan ini dalam beberapa perbincangan di beberapa forum yang pernah saya lawati.

Mungkin dorongan ini kerana saya masih lagi melihat ramainya manusia yang berbeza pendapat tentang perkataan ini. Maka, menurut perkiraan saya, agak menarik perkataan ini untuk terus diperbincangkan.

Berhala yang saya lihat berakar kata "hala" menggambarkan dalam fikiran saya sebagai "tuju", "matlamat","fokus" dan yang semaksud dengannya. Ramai kawan2 saya yang bila saya tanya "Apa itu berhala?" mereka menjawab "Patung2 sembahan". Saya bersetuju juga dengan pemahaman mereka, dalam ertikata "menyekutukan ALLAH".

Namun