Thursday, July 29, 2010

aku adalah aku

29 Jun 2010

Dalam menjalani kehidupan yang berbagai ragam setiap hari, Puteri semakin mempelajari akan diri sendiri. Insan di luar diri Puteri adalah cermin bagi Puteri.

Bila kita bercakap dengan seseorang, pasti ada responnya dan kita melihat diri kita dari respon orang. Menilai bagaimana aku berkata-kata tadi dan bagaimana orang ini melihatnya. Perkataan dan ayat yang sama, cuba diajukan kepada beberapa orang yang berbeza, kemudian Puteri dapat gaya respon yang berbeza dari mereka.

Dari situ juga Puteri mempelajari karakter manusia, bagaimana untuk Puteri berkomunikasi dengan manusia yang berbeza karakter. Seronok juga melihat telatah manusia... adakalanya menyedihkan, adakalanya melucukan, adakalanya memedihkan.

Puteri suka bila mengetahui "aku adalah aku". Tak mahu menjadi sesiapa pun dan tak suka orang membanding-bandingkan Puteri dengan sesiapa. Puteri suka menjadi diri sendiri. Puteri rasakan tiada takut pada sesiapa, Puteri tak bergantung pada sesiapa...

Manusia suka melabelkan berbagai-bagai atas perbuatan Puteri yang mereka tak senangi. Kalau dulu Puteri terasa sakit dengan label-label demikian, tapi setelah Puteri hayati kata-kata mereka itu, Pueri sedari bahawa mereka tak lain hanyalah untuk menyedap-nyedapkan minda dan perasaan mereka aje. Jadi, biarlah mereka dengan cara mereka yang mereka gemari.

Yang penting bagi Puteri sekarang ialah Puteri sedar apa Puteri lakukan dan sedar akan pilihan yang Puteri pilih. Buruk atau baik bukan Puteri penentunya sebab Puteri tak tau masa depan. Alami dan jalani aje hidup dengan penuh rasa bertanggungjawab akan pilihan sendiri.

Puteri suka mempelajari ....aku adalah aku.... bukan dia yang kau mahu aku jadi sepertinya, bukan kamu yang telah merasakan sempurna perjalanannya.. bukan.. bukan... aku tak mahu menjadi sesiapa, aku hanya mahu menjadi diriku...aku adalah aku yang terus berubah-ubah selagi hidup.Biarlah aku menjalani hidupku dengan pilihanku, Salah padamu tidak semesti salah untukku, benar padamu tidak semestinya benar untukku. Sedangkan manusia itu serupa jenisnya tapi tidak sama intipatinya...aku adalah aku.