Monday, May 24, 2010

Kebebasan wanita

23 MEI 2010

Lama Puteri tak melayari internet sejak beberapa minggu kebelakangan ni, yang sempat adalah membaca email kawan-kawan yang dah melambak-lambak dalam mailbox. Kalau masih ada yang Puteri belum balas setakat hari ni, insyaallah Puteri akan usahakan untuk memberi respon.

Tak sangka dalam kesibukan Puteri, rupanya Puteri tak menulis apa-apa artikel baru untuk bulan April 2010. Aahh! ini satu kerugian rasanya buat Puteri, kecuaian, kedangkalan, kebodohan serta kelalaian Puteri sendiri.

Jadi, untuk artikel pertama bulan Mei 2010 ini, biarpun agak lewat, Puteri nak menulis tentang sesuatu yang menyelinap ke fikiran Puteri sejak akhir-akhir ini....iaitu kebebasan wanita.

Dulu Puteri selalau duduk menangis bila mengenang nasib menjadi seorang wanita yang berada dalam masyarakat sekeliling Puteri. Wanita sebagai anak, mesti ikut cakap mak bapak. Wanita sebagai isteri mesti ikut cakap suami. Wanita sebagai ibu mesti melayani anak-anak. Terfikir Puteri, apakah wanita itu seperti tak ada kuasa atas dirinya sendiri?  Bila isteri nak keluar, suami kata tak boleh, isteri kena patuh,kalau tak, dikatakan derhaka pada suami menurut fahaman arus perdana. Kalau seorang ibu tak kemas rumah, tak masak, anak-anak yang disoal siasat oleh pihak-pihak tertentu akan mengatakan "ibu saya tak bertanggungjawab". Anak-anak nakal seringkali ibu yang dipersalahkan kerana tak menjaga anak dengan betul. Wanita di rogol, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga susila aurat. Wanita hamil luar nikah, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga maruah diri. Wanita buang anak luar nikah, wanita juga dipersalahkan. Demi menjaga hati masyarakat, wanita seringkali terpaksa duduk di bawah cengkaman-cengkaman persepsi masyarakat.

Meskipun ramai wanita kini yang menduduki kedudukan penting dalam negara dan institusi, namun masih ada pihak-pihak tertentu yang dengan sinis menyindir bahawa wanita tidak berhak menjadi pemimpin, maka kaitan Quran 4:34 seringkali disempit tafsirkan untuk tujuan cengkaman itu. Lantaran itu, jatuhlah ramai wanita ke pelosok dapur dan dipenjara dalam rumah berjeriji besi sehinggalah si suami pulang kerumah.

Amat menyedihkan lagi bila masih ada sesetengah wanita di zaman ini yang dinafikan haknya untuk berkomunikasi menggunakan internet dengan alasan yang tidak  menasabah. Wanita seringkali dihubungkaitkan dengan tidak panjang akal, tidak pandai berfikir dll.

Yang lebih mengherankan, secara tiba-tiba para suami menjadi pakar dalil, bila bercakap tentang kuasa suami pada isteri, sedangkan mengajar anak mengaji pun tak pernah, mengimami solat dalam keluarga pun tak pernah. Semua tugas itu dibebankan ke pundak isteri sebagai tanggungjawab. Apa lagi bila si isteri menolak untuk digauli suami, dalil yang biasa diperdengarkan ialah "malaikat akan mengutuk kamu sampai pagi".. (entah apa agaknya darjat hadis tu ye.. sapa tau sila kongsi di sini )

Puteri tak berhasrat tulis panjang-panjang berkaitan ini. Puteri ingin membaca komen-komen dari para pembaca blog ini berkaitan pendapat dan pengalaman mereka sendiri berkaitan apa yang mereka faham tentang kebebasan seorang wanita.