Wednesday, August 18, 2010

Perkataan bukanlah bendanya

18 Ogos 2010

Kita belajar bercakap sejak kecil. Kita diajar makna-makna perkataan dan dari situlah fikiran kita diacukan menurut definasi sesuatu perkataan yang kita pelajari. 

Contohnya, kita diajarkan dari kecil bahawa perkataan "sial" itu adalah  perkataan -ve. Kalau kita tak tau makna "sial" kita tak rasa marah pun bila orang kata kita "sial". Yang menjadikan kita marah ialah bila fikiran kita faham  makna "sial" dalam bahasa yang orang tu gunapakai.

Jadi, perkataan bukanlah bendanya. Ianya hanyalah label yang manusia gunakan untuk tujuan kemudahan komunikasi sesama manusia. Fikiran yang terkondisi dengan definasi-definasi telah mencorakkan hidup kita. 

Ingin sekali Puteri merasai kehidupan yang SEJATI yang diciptakan Tuhan alam ini secara semulajadi. Selama ini, Puteri merasakan segala kehidupan sekeliling Puteri, bagaimana Puteri berreaksi, bertindakbalas pada sesuatu hal adalah hasil dari acuan fikiran masyarakat yang telah mendidik Puteri sejak kecil. Lantaran Puteri tak merasakan naturalnya sebuah kehidupan semulajadi.

Persoalannya, bagaimana untuk merasai hidup secara semulajadi/natural tanpa terkondisi atau teracu dengan definasi orang lain?