Sunday, March 28, 2010

JUJUR

28 Mac 2010

Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mendedahkan apa-apa yang tak baik, terutama untuk kawan Puteri yang membaca blog ini, ingin Puteri membuat deklarasi bahawa, sekiranya tulisan Puteri ini seiras dengan kisah anda, Puteri tidak sesekali berniat khianati anda. Tujuan Puteri menulis di sini semata-mata untuk Puteri belajar tentang kehidupan dari sudut pandangan orang lain juga, selain melihatnya dari sudut pandangan Puteri yang sempit.

Hari ni jenuh Puteri memikirkan apa itu JUJUR sebenarnya. Penulisan artikel ini mungkin agak celaru sebagaimana celarunya fikiran Puteri sekarang ni...Namun Puteri gagahi juga untuk meluahkan kecelaruan ini di sini agar dapat Puteri hayati kembali satu hari kelak, bila Puteri dah tenang fikiran.

Hari ni  Puteri tanya seorang kawan Puteri, "kenapa awak tak jujur dalam menyampaikan maklumat? Kenapa awak sampaikan sebahagian dan sembunyikan yang lain?". Kawan Puteri kata, "seseorang masih dikira jujur bila dia tak jujur dalam menyampaikan tapi jujur dalam niatnya. Asal tak khianati sesiapa". Dia juga ceritakan pada Puteri akan pengalamannya yang lalu bahawa, dia cukup jujur dengan sesiapa pun, tapi akibat kejujurannya itu, dia banyak dapat kecelakaan. Katanya sebagai contoh, dia kena tipu kerana dia jujur percayakan orang, sedangkan kawannya yang tak jujur mendapat keuntungan berlipat ganda.

Kawan Puteri inilah yang selalu berkata, "jangan ambil sepotong-sepotong".

Puteri ingin memahami REALITI hidup di dunia untuk survival Puteri, bukan di alam satu lagi yang belum pasti. Puteri tak mahir memahami kekata yang berbelit-belit. Puteri sangat bodoh memahami. Puteri sangat bingung sekarang ni!!!!!!!


Kalau benarlah kata kawan Puteri tu, Puteri terfikir, adakah perawi-perawi hadis juga ada kemungkinan tak jujur dalam menyampaikan? Menyampaikan satu cerita dengan sekerat sekerat aje dan sembunyikan keratan  yang lain.....kalau benarlah begini, maksud sebenar cerita tak akan kesampaian, betul tak?

Dalam konteks memahami Quran pulak, kalau kita cuba memahami sesatu ayat tanpa melihat keseluruhan konteksnya, sudah tentu kita tak akan dapat faham maksud mesej yang terkandung, betul tak?

Kalau dalam konteks kehidupan kita pulak, bagaimana yang dikatakan JUJUR seseorang itu?
Sejujurnya Puteri ingin tahu pendapat para pembaca dalam senario di bawah. Puteri mohon, jujurlah memberi komen dalam senario ini agar Puteri dapat pelajari.

Senario:
Katalah si A jujur dengan si B dalam membincangkan perkara bertajuk ABC, si A menyampaikan segala maklumat yang dia dapat kepada si B dalam perbincangan berkaitan tajuk. Si B hanya menceritakan sebahagian sahaja maklumat yang dia perolehi.

Puteri sengaja tak menulis soalan2 kaitan senario di atas, sebab Puteri ingin tahu apakah persoalan2 yang mungkin akan timbul dalam fikiran manusia-manusia lain sekiranya senario ini  terjadi pada anda. Puteri tidak mencari penyokong juga bukan mengajak menghukum.

Puteri keliru/bingung sekarang, apa itu JUJUR... Mungkin juga tahap penerimaan seseorang dalam tafsiran JUJUR itu berbeza-beza, lantaran manusia menganggap begini sudah jujur pada saya, dan orang lain kata begitu belum dan begini barulah jujur?

8 comments:

  1. Salam Puteri,

    Saya berpendapat adalah mustahil kita mahu membendung ketidakjujuran orang lain. Tetapi sebagai seorang manusia kita mampu membuat penilaian bagi memastikan kita tidak menjadi meangsa kepada ketidakjujuran seseorang. Inilah aspek yang perlu kita didik dan utamakan.

    ReplyDelete
  2. Tkasih Tolokminda(TM) kerana menjadi yang pertama menulis komen di tajuk ini. Sungguh Puteri tak sangka, dalam keadaan kebingungan diri Puteri begini, tuan hadir untuk membantu.

    Persoalan yang Puteri terfikir dari ayat tuan tu, camner ek nak memastikan kita tak jadi mangsa kepada ketidakjujuran seseorang?

    Inilah kelemahan Puteri.... Puteri mengaku, memang Puteri sendiri beberapa kali kena tipu. Kadang2 orang datang dengan gaya dan tuturkata yang meyakinkan Puteri, tapi akhirnya, setelah beberapa ketika berlalu, barulah Puteri sedar rupanya dah kena tipu. Mereka ni MACAM gaya munafik (berlakon baik).

    Sebagai manusia yg diciptakan pakej dengan berbagai rasa, Puteri adakalanya rasa kecewa gak, tapi itulah... macam kata TM, kita takleh nak bendung ketidakjujuran orang lain.

    Kadang2 Puteri teringat ayat surah Muhammad(47):30. Kadang2 naluri dah tergerak utk tak percaya pada awalnya, tapi bila kebijakan manusia memutarbelitan kata2 seperti "jangan bersangka-sangka, kerana Tuhan melarang bersangka2." Kemudian dia bawakan dalilnya Q49:12 (Jauhi prasangka)

    Puteri tersedih, mentang2lah Puteri bodoh dan masih belajar, apakah wajar orang2 pandai lakukan gini pada Puteri?

    ReplyDelete
  3. Kita selalu fikir Ulama itu semuanya jujur.
    Tetapi kita tak sangka Syaitan memang suka menyamar sebagai Ulama.
    Lihat kaum Kristian yan Padrinya mencerita dongeng Tuhan itu 3 dan beranak. Lihat juga lahwal hadis Israk Mikraj yang berkata Allah flip flop merancang solat dari 50 kapada 5 kali sehari.
    Bukankan Ulama tersohor Bukhari Muslim yang gubah lahwal hadis itu ???

    Jadi jika Ulama pun tidak jujur, kenapa kita mesti percaya penoh sesiapa pun ???

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Setuju, jika yang mengaku ulamak pun tidak jujur, maka sepatutnya kita tidak letakkan kepercayaan membuta-tuli pada sesiapa.

    Kita kena belajar ada pegangan sendiri biarpun pegangan kita itu berbeza dengan majoriti orang di sekeliling kita.

    Jangan hidup ikut-ikutan. Buat keputusan menggunakan penilaian dan penyelidikan kita sendiri.

    Nilaii kata-kata seseorang itu, bukannya pada perwatakan zahirnya semata-mata. Berfikir panjang dan masak-masak dengan membuat perbandingan sebanyak mungkin sebelum menerima sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  5. bukan senang nak menafikan kebaikan diri . aku senang saja yg berlaku samada aku di tipu sekali pun adalah design terbaik tuhan .

    ReplyDelete
  6. Salam Puteri,
    Ada Melayu yang kata Melayu itu illusi.
    Rujuk blog Dr Azly Rahman.

    Bagi saya dia telah menjadi Melayu Murtad.
    Apa pendapat puteri.?

    ReplyDelete
  7. Terimakasih respon yang baik-baik untuk tatapan Puteri di sini. Puteri ambil semua pendapat di atas dan masukkan dalam makmal diri Puteri, sebagai pedoman dalam meneruskan saki baki hidup Puteri yang masih ada.

    Pak Yeh, Puteri dah jawab pertanyaan Pak Yeh di blog ini, pada artikel "Islam dan Melayu".

    Terimakasih sahabat.

    ReplyDelete
  8. Bismillah.
    Bila mengkaji sesuatu perkataan yang merujuk kepada perbuatan. Sukanya sya memahami semula ucapan yg diucapkan oleh Nabi Yusuf a.s. * {Surah Yusuf: 55} betapa banyaknya attitude yg dapat dipelajari dari ucapan orang yang benar ini.

    Berpesan-pesan dengan kesabaran; Berpesan-pesan dengan kebenaran; Berpesan-pesan dengan kasih-sayang. Allahumma shalli ala Muhammad wa ali Muhamad.

    ReplyDelete