Monday, January 18, 2010

PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

18 Januari 2010
Biasa betul saya membaca dan mendengar pakar2 poligami menggunakan Quran 4:3 untuk menguatkan hujah kebolehan berpoligami bagi mereka.

Puteri sejak dulu memang masih mencari2 kebenaran bahawa poligami ni dibolehkan berleluasa. Malah keheranan saya meningkat bila ada pulak puak2 yang mempromosi poligami seolah ianya sesuatu yang digalakkan.

Kajian persendiriran yang Puteri dapat sejauh ini berkaitan poligami ialah seperti di bawah. Bagaimana pun, Puteri alu-alukan perbincangan secara aman berkaitan topik ini, untuk memperbetulkan kesilapan fahaman Puteri jika terdapat.

Quran 4:1-6 itu jelasnya menceritakan tentang perlunya menjaga kebajikan anak2 yang menjadi yatim. Anak2 menjadi yatim bila bapanya meninggal dunia, yang mana sebelumnya bapalah yang menjadi pengurus/penjaga kebajikan anak2 ini. Apabila pengurus/penjaga meninggal dunia, ayat 4;1-6 itu memberitahu bagaimana cadangan2 menguruskan harta yang ditinggalkan demi memastikan kebajikan anak2 itu terus terjamin.

Adalah pelik jika dalam membincangkan PENGURUSAN HARTA anak2 yatim tiba2 muncul ayat berpoligami di tengah2nya. Kebiasaan yang diperkatakan ialah Q4:3 yang ditafsirkan oleh kebanyakan sebagai "kahwinilah" + "dua, tiga atau empat". Kalau kita baca ayat itu sepotong2, memang kita tak akan perasan yang kisah yang dibawakan adalah berkaitan kaedah PENGURUSAN HARTA anak2 yatim.

Q4:1 - membuat muqaddimah surah An-Nisaa' dengan memperkenalkan kepada manusia bahawa manusia itu dicipta dari DIRI yang SATU dan kemudian pasangannya dan kemudian banyaklah lelaki dan wanita. Dan tak lupa dalam ayat ini ada peringatan perlu saling menjaga hubungan dan bahawa Allah selalu mengawasi manusia.

Q4:2 - menyarankan agar pengurusan harta anak2 yatim dilakukan dgn baik dan amaran bahawa jika tidak demikian, ianya adalah dosa besar.

Q4:3 - memberi alternatif jika manusia itu merasa bimbang tak dapat berlaku adil terhadap pengurusan harta anak2 yatim di bawah jagaannya, maka himpunlah wanita2 dalam dalam kelompok dua-dua, tiga-tiga atau empat2 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu tadi. Mengambil kira  bahawa surah ini adalah surah An-Nisaa' yang rata2 menceritakan tentang wanita, maka saya melihat martabat wanita telah diangkat dalam ayat ini dengan memberi kepercayaan/amanat kepada wanita2 untuk menguruskan harta2 itu dalam berkelompok. Omputih kata, "2 heads are better than 1". Jadi, saranan untuk himpunkan wanita dalam gandingan 2, 3 atau 4 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu adalah relevan menurut ukuran saya. Ayat ini menurut saya tidak bermaksud kahwinkan atau kahwini. Mempertimbangkan si pemberi nafkah adalah bapa/lelaki, maka sepeninggalannya (mati) bolehlah pengurusan itu diberi kepada wanita iaitu si isteri yang ditinggalkan. Pilihan menguruskan harta itu dibenarkan dilakukan sendiri oleh si isteri atau pun berkumpulan 2 atau 3 atau 4, setelah mempertimbangkan bahawa illmu pengurusan harta bukan mudah dan bagi membantu para wanita2(isteri2) menguruskan harta, bolehlah gabung/himpunkan mereka dengan yang berilmu kaitannya. Bagaimanapun, jika dibimbangi dengan gabungan itu tak dapat berlaku adil, biarlah isteri tu sorang aje uruskan. Saya menggunakan perkataan himpun sebagai memahamkan "nun kaf ha" dalam bhs Arab kerana kepercayaan saya bahawa "nun kaf ha" yang dalam bahas Arab tu juga bermaksud himpun. Bagaimana pun, saya mengaku bahawa saya bukanlah pakar bahasa arab, jadi ianya masih boleh dibahaskan lagi jika ada yang mendapati tidak bersetuju dengan saya. Seterusnya ayat 4:3 ini memberi lagi alternatif, jika bimbang keadilan tak dapat dicapai dengan cara pengurusan berkelompok itu, maka cukuplah seorang saja menguruskan atau ambillah mereka yang dipercayai yang berada dalam kuasamu (tangan kananmu miliki).  Kesemua ini, saya kaitkan dengan pengurusan harta anak yatim kerana permulaan ayat ini ada "wa" yang memberi maksud "dan" dalam bahasa melayu, menunjukkan kelangsungan cerita dari ayat yang sebelumnya iaitu perihal pengurusan harta anak yatim.

Q4:4 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini menurut kefahaman saya, menyarankan agar berilah ganjaran berbentuk "sad dal qaf ha" (yang orang melayu kata sedekah), dalam ayat ini saya fahamkan sebagai ganjaran/upah/hadiah. Jadi, dengan sepenuh rela hati, berilah ganjaran kepada pengurus wanita itu (mungkin si isteri seorang atau isteri dan team pengurusannya), tapi jika mereka dengan rela hati nak belanja kamu balik sebahagian dari hasil dari ganjaran/upah/hadiah yang dia dapat dari kamu tu... bersamalah menikmatinya.

Q4:5 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini pula melarang menyerahkan pengurusan harta anak yatim kepada orang2 yg tak ada pengetahuan tentang ilmu pengurusan harta, sedangkan Allah melantik kamu sebagai general manager atau pengelolanya. Ayat ini menguatkan hujah saya berkaitan ayat 4:3, di mana jika si isteri sebagai pengurus wanita tu tak reti nak uruskan kerana kekurangn ilmu berkaitnnya, maka wajarlah diberi peluang untuk mempelajarinya dengan bergabung/himpun bersama pengurus yang lebih arif tentangnya. Selain itu, bayangkan senarionya dalam ayat ini bahawa di zaman Rasulullah itu ada ditubuhkan BAITULMAL ANAK2 YATIM sebagai pemegang amanah menjaga dan menguruskan harta anak2 yatim yang mana bapanya meninggal. Peringatan dalam ayat 4:5 ini menegaskan bahawa kalau nak ambik orang bekerja sebagai pengurus2 baitulmal itu (dalam konteks sekarang mungkin dipanggil account manager), pastikan mereka itu ada ilmu berkaitannya, kalau tak.... hancus.... Peringatan lagi kepada para pengurus2 itu, berilah anak2 yatim itu perbelajaan dan pakaian dan cakap baik2 dengan mereka, jangan dok menengking/bengkeng ajer dengan mereka, mentang2 budak tu takder bapak...ha gitu la lebih kurang pemahaman saya pada ayat ni.

Q4:6 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Dalam pengurusan itu, disarankan agar anak2 yatim itu diuji tahap kebolehan pengurusan harta. Kalau lulus, serahkanlah harta mereka untuk mereka uruskan sendiri. Ayat ini memberi peringatan yg menurut kefahaman saya, begini "Janganlah ambik % lebih2 sangat dari upah pengurusan tadi, mentang2 budak2 tu masih kecik". Kalau pengurus tu org berada, tak yah la ambik upah, jadi pemegang amanah sudahlah, kan mereka anak2 yatim, tapi kalau pengurus tu orang miskin, ambiklah upah sikit tapi patut2 le. Pastu, setelah sekian lamanya menjadi pemegang amanah/pengurus harta mereka, bila budak2 tu dah layak uruskan sendiri, bawalah saksi untuk mengesahkan penyerahan itu.

Jadi, kat mana relevannya 4:3 tu terselit bab poligami pulak? Puteri confuse .....

Nota:
Untuk ringkasan tatacara pengurusan harta anak yatim, sila lihat komen Puteri Mac 15, 2010 di bawah.

Sunday, January 17, 2010

Menghukum?

16 Jan 2010

Seorang sahabat Puteri yang membaca blog ini memberi komen begini "Penulisan anda adalah baik tapi bagaimana dengan praktikalnya?"

Puteri ingin sekali meluahkan di sini buat sahabat Puteri itu dengan kekata begini :
"Siapa anda yang menghukum saya hanya dengan melihat diri saya dari perspektif anda yang ternyata bukan saya? Jika anda memasukkan saya dalam satu ruang bersempadan sebagaimana yang anda gambarkan, sudah tentu anda akan melihat saya sebagai TIDAK IDEAL menurut SEPATUTnya muatan2 yang anda fikirkan perlu berada dalam ruang bersempadan yang anda cipta itu"

Saya berubah, saya hidup ... maka HUKUMan anda bahawa saya tidak mempraktiskan kata-kata saya itu adalah tidak sesuai dengan saya kerana saya sentiasa berubah, dinamik dan punyai sempadan yang menganjal menurut kesesuaian.  Perubahan2 saya setiap detik ini sudah tentu tidak sesuai jika anda masukkan dalam KOTAK IDEAL anda  yang STATIK itu.

Thursday, January 14, 2010

Poligami lagi....

14 Januari 2010

December 2009 lalu sorang lagi sahabat saya datang mengadu kisah suami nak berpoligami. Aduss.... lagi lagi ini ... apa tak ada cerita lain buatan lelaki pada wanita? Kelihatan sahabat saya tu, masih bengkak matanya masa menceritakan pada saya akan nasibnya. Saya mendengar penuh teliti dan mencatit beberapa baris insiden agar dapat saya pertimbangkan kembali senario keseluruhannya.

Saya menyeru wanita di luar sana, janganlah terus mendodoi air mata. Rintihan2 kalian saya dengari sayu, menyentuh kalbu... Tapi kalian mesti gagah untuk bangkit semula. Alami peristiwa itu sebagai satu perjalanan hidup. Bersyahadat setiap detik dengan "aku tidak bergantung hidup selain kepada ALLAH". Jadi siapa suami yang kalian tangisi itu? Tuhan kalian ke? Mahu dipoligami, janganlah merintih dan mengeluh.. terima aje pilihan kalian itu.. Jika merasa tak adil, HIDUPkan lah diri kalian!!!! ISLAM itu ADIL!!!

Semalam saya berjumpa sorang lagi teman yang baru diceraikan suami lebih kurang setahun lalu. ADUSSS..... lagi lagi ini...

Kenapa la korang ni???? Kalau nak mengadu pada aku.. AYUHLAH TEGAS... jangan macam ABU ATAS TUNGGUL!!!! Ketahui lah hak korang seadil2nya... Jangan LEMAH sahabat2 ku..

Tulisan kaitan poligami juga boleh dibaca di sini :
http://puteriayu74.blogspot.com/2010/01/pengurusan-harta-anak-yatim.html