18 Mac 2010
Dalam kebiasaan masyarakat Islam sedunia, bila sebut perkataan "masjid", fahamlah kita semua akan maksudnya iaitu merujuk kepada sebuah bangunan yang dibina untuk tujuan orang-orang Islam berhimpun untuk menunaikan ritual solat sebagai menyahut seruan azan yang dilaungkan. Bagi sesetengah negara seperti Singapura, masjid adalah tempat berhimpunnya orang-orang Islam dalam menjalankan kegiatan sosial mereka. Lawatan saya ke masjid di Singapura, di dalamnya, selain terbina ruangan khas untuk orang-orang Islam melakukan ritual solat, terdapat beberapa ruangan seperti bilik darjah, siap dengan kerusi bermeja dan papan putih. Bila saya tanyakan kepada kawan saya, dia kata itu digunakan untuk mengajar seperti kelas bahasa Arab dan kelas mengaji. Kemudian saya di bawa ke satu bahagian lain yang lebih besar di tingkat atas. Ruang itu digunakan untuk sesi ceramah atau seminar. Di tingkat lain, saya terlihat bilik darjah yang ada peralatan komputer. Rupanya ia memang makmal komputer yang digunakan untuk membangunkan generasi Islam yang celik IT. Sebelum saya keluar dari masjid, terpandang la pulak saya pada sebuah TV besar di ruang hadapan masjid yang memaparkan berbagai jadual aktiviti di masjid itu. Di ruang berturap di hadapan masjid, kelihatan beberapa anak-anak yang berumur sekitar 5-13 tahun sedang berlatih seni pertahanan diri. Saya beredar dari masjid itu dengan penuh kesedaran bahawa betapa penganut Islam di Singapura sungguh2 memanafaatkan ruang tanah terhad mereka dengan berbagai kemudahan untuk manafaat sosial dalam bangunan bertingkat. Saya berharap para penguasa masjid-masjid di Malaysia datang melawat juga masjid-masjid di Singapura sebagaimana saya telah lihat dan alami, dan semoga ada yang Malaysia dapat pelajari dan ambil manafaat untuk masyarakat Malaysia, selain menjadikan masjid tempat solat semata-mata.
Mengadakan sebuah bangunan serbaguna seperti apa yang dipanggil masjid oleh "mainstream" adalah baik, menurut pendapat Puteri. Ini adalah kerana ia tidak lagi menjadi tempat ritual sesuatu perkara sahaja, tapi ianya menjadi tempat berkumpul untuk kemaslahatan umum. Puteri sokong maksud membangunkan bangunan sedemikian.
Dalam posting kali ini, Puteri ingin berkongsi fahaman Puteri berkaitan MASJID dari satu sudut yang agak berbeza dari apa yang mainstream maksudkan.
MASJID yang Puteri fahami dari satu sudut yang lain ialah yang bermaksud TEMPAT SUJUD, yang Puteri ambil dari akar kata sim jim dal . SUJUD pula Puteri fahamkan sebagai kerendahan hati. Maka TEMPAT SUJUD atau MASJID itulah HATI kita sendiri. Sebuah masjid tu perlu bersih. Ini bermakna, perlunya sebuah hati yang bersih untuk seseorang itu menunaikan kerendahan hati terhadap Allah. Dari masjid yang sentiasa terjaga bersih, akan mudahlah untuk sujud kepada Allah. Dengan kerendahan hati sahaja lah akan muncul jiwa yang bersih dan suci. Dari situ, diri akan melayari kehidupan dengan penuh kepatuhan.
Bukankah HATI yang membuat ketetapan "mahu atau tak mahu", "setuju atau tak setuju" dan segala macam lagi pilihan diri? Bukan kah pilihan-pilhan hati kita itu direstui oleh diri kita?...
Bukankah perintah untuk berlaku adil itu sangat bergantung pada kesucian hati dan bukan terdapat di mana-mana bangunan/binaan?
Hiduplah jiwa yang tenang dalam redha dan diredhai...
Showing posts with label rendah hati. Show all posts
Showing posts with label rendah hati. Show all posts
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
