Tuesday, March 9, 2010

Islam dan Melayu

11 Mac 2010

Malaysia dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Saya lebih suka kepada nama Tanah Melayu dari Malaysia kerana ia jelas menunjukkan bangsa pemilik tanah itu. Meskipun dalam perkataan "Malaysia" ada kekata "Malay" yang dalam bahasa inggerisnya merujuk kepada Melayu, namun saya lebih suka kepada perkataan "Malaya" jika mahu di-omputihkan. Sebenarnya pilihan saya itu adalah kerana saya tak tahu maksud "sia" di akhiran itu. Itulah kecetekan ilmu saya agaknya.

Dengan mengistiharkan pilihan saya ini, bukanlah bermakna saya bersifat perkauman atau 'racist'. Sememnagnya saya berbangsa Melayu dan oleh sebab itulah saya tak rela jika ada usaha memudarkan ciri-ciri Melayu samada dalam perkataan, watak, suasana, budaya, bahasa dll. Saya tak rela bangsa Melayu pupus dari mukabumi.

Saya ingin berkongsi pemahaman saya seperti di bawah. Saya alu-alukan para pakar sejarah untuk memperbetulkan saya jika berlaku kesilapan dalam tulisan saya.

Tanah Melayu adalah tanah bertuah yang kaya dengan sumber alam. Strategik kedudukannya di peta dunia itu, mejadikannya pusat persinggahan(transit) yang amat strategik bagi pedagang-pedagang laut antarabangsa yang belayar dari timur ke barat. Ciri-ciri unik inilah telah menjadi rebutan kuasa-kuasa barat sejak dulu lagi.

Setiap negeri-negeri Melayu ada sultan masing-masing yang mentadbir negeri dalam jajahan takluknya. Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas pembubaran Malayan Union, mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu . Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa inggerisnya (Federation of Malaya) melalui kedaulatan perlembagaannya, menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga, maka Yang Maha Mulia Baginda Queen atau Parliament United Kingdom tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatannya di atas negeri-negeri yang tersebut itu, dan hendaklah tamat kuatkuasa dan hak seluruhnya. Ini bermakna Persekutuan Tanah Melayu ada kedaulatannya tersendiri selepas 31 Ogos 1957.

Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948 yang mana ahli majlis itu terdiri dari wakil2 dari Melayu, Cina, India serta Inggeris. Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Begitu juga wakil orang India.

Namun apa yang berlaku hari ini, tuntutan demi tuntutan kita dengar dari orang bukan Melayu menuntut kesamarataan hak.

Puteri petik ini dati ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 31/05/2009 dari kolum Awang Selamat

"... kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman)
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Namun apa yang berlaku pada hari ini? Apakah orang bukan Melayu hari ini sudah lupa akan KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU. Apakah nikmat yang mereka kecapi selama ini dari generasi ke generasi telah membuat mereka lupa apa itu nikmat hasil dari PEMBERIAN ORANG MELAYU? Dengan taraf warganegara yang diberi oleh orang Melayu, mereka bebas hidup dalam negara Melayu ini menjalankan perniagaan dengan cukai yang sama dengan orang Melayu, dengan bayaran lesen yang sama harga dengan orang Melayu, menjalankan ibadah2 keagamaan mereka di rumah-rumah ibadat mereka,  mengamalkan budaya mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka, menggunakan nama menurut tradisi bangsa mereka dan banyak lagi. Keadilan hak apa yang mereka mahukan lagi?

Menurut Puteri , keadilan bukan bermaksud samarata hak tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di zaman rasulullah sendiri, kalau tak silap ingatan Puteri melalui pembacaan, Nabi Muhammad sendiri ada membuat garis perbezaan dalam sesuatu perkara, membezakan keutamaan orang-orang Islam dari bukan Islam dari segi keutamaan hak. Begitu juga  Nabi pernah mengutamakan pelantikan pemimpin dari kaum Quraish berbanding dari kaum lain.

Oleh itu, Melayu di Malaysia mesti sedar akan akibat perpecahan bangsa Melayu itu sendiri. Perpecahan tidak membawa kebaikan tapi banyak mengundang kelemahan.Saya petik kekata Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada 11/03/2010, iaitu
" Sesungguhnya tepuk dada tanyalah iman, adakah kita ingin menjadi Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR mahupun Melayu atas pagar." 
Sesungguhnya Melayu adalah Melayu sahaja, tidak ada Melayu UMNO, tidak ada Melayu Pas, tidak ada Melayu PKR atau pun Melayu atas pagar.  Saya menyokong kuat kata-kata Mufti seperti berikut :
"Walaupun kita bercakap sebagai pemimpin politik, kita perlu ingat hak-hak asasi yang diberi di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu dipelihara dan hak-hak ini perlu diperjuangkan tanpa sempadan politik demi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam dari segi ekonomi dan sosio-budaya."
Saya bukanlah penyokong UMNO, Pas atau pun PKR. Saya adalah penyokong Melayu-Islam Bersatu. Anda boleh mengkelompokkan diri dalam parti politik mana-mana pun, tapi bersatulah dalam perihal Melayu dan Islam. Anda adalah Melayu jika dalam Kad Pengelanan Malaysia, anda istiharkan keturunan Melayu, tak kira anda parti UMNO, PAS, PKR, DAP dll. Jika anda malu berbangsa Melayu, mungkin anda boleh pergi mengangkat sumpah dan menukarkan bangsa anda. Atau anda boleh mengistiharkan kepada dunia bahawa anda tidak berbangsa dalam dunia ini dengan kenyataan bahawa anda memperjuangkan Islam sahaja tanpa membezakan bangsa. Lantaran itu, Puteri selalu terheran dengan orang yang kononnya berminat memperjuangkan Islam tanpa mahu membezakan bangsa, lantas memperjuangkan bangsa pada mereka ini adlah tidak penting sama sekali. Keterheranan Puteri ini bersandarkan kepada bacaan Puteri pada sepotong ayat di dalam Quran, surah Al-Hujurat ayat 13 seperti berikut:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saing kenal mengenal.  Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah itu ilmunya sangat luas"
 Dari ayat tu, Puteri faham bahawa Allah sengaja ciptakan berbangsa-bangsa  dan bersuku-suku. Contohnya berbangsa Melayu,Cina, India dll. Dan dalam bangsa Melayu tu pulak contohnya, ada suku-suku yang mana dapat kita lihat dari perbezaan loghat-loghat bahasa dan citarasa makanan. Bukankah mengekalkan perbezaan ini adalah satu nikmat yang Allah mahu kita rasai dengan saling kenal mengenal? Bukankah itu juga bermakna sebagai manusia atau khalifah di bumi ini, kita bertanggungjawab mengekalkan perbezaan-perbezaan ini agar dapat dinikmati terus oleh generasi-generasi seterusnya? Namun dalam masa yang sama, kita perlu ingat bahawa tiada bangsa atau suku yang lebih baik di sisi Allah, tapi hanya insan/manusia/jiwa yang paling bertakwa kepada Allah. Tidakkah terlihat akan halusnya ciptaan Allah itu yang sangat luas ilmunya? Siapakah kita untuk melakukan kerosakan di bumi ini untuk menafikan bangsa sedang Allah sengaja ciptakan manusia itu berbangsa-bangsa? Apa khidmat yang mesti kita lakukan selaku petugas(servant) Allah di bumi ini untuk mengekalkan survival sesatu bangsa?

Inilah yang ramai sekali terlepas pandang dalam kesibukan yang mereka namakan "perjuangan islamik". Bukan ke penganut Islam percaya bahawa Quran itu adalah garis panduan kehidupan Islamik? Maka perlu ikuti keseluruhan dan bukan sepotong-sepotong mahu yang itu dan tidak yang ini... jika demikian, ianya bolehlah dikatakan perjuangan menurut nafsu sendiri, kehendak sendiri, pilihan sendiri dan bukan menurut garis panduan kehidupan yang di jelaskan Quran.

Ramai sekali sahabat-sahabat saya yang tidak memahami maksud sebenar saya bila saya katakan "Ya, saya setuju bahawa setiap manusia mesti menjalani cara hidup Islam kerana ini telah dijelaskan dalam kitab panduan hidup (Quran) 3:19 dan saya juga setuju bahawa di Malaysia, Melayu mestilah berjuang untuk mempertahankan bangsanya melalui pengekalan hak-hak tertentu demi menjaga survival bangsa Melayu. Islam wajib diamalkan bukan hanya di Malaysia, tapi di serata pelosok dunia. Melayu mesti berjuang mengekalkan haknya di Tanah Melayu. Antara hak Melayu ialah Perlembagaan berRaja. Jika Quran itu adalah Kitab Perlembagaan untuk Islam, maka Perlembagaan Persekutuan adalah kitab Perlembagaan untuk Melayu. Oleh itu sebagaimana kita rajin mengkaji Quran, marilah kita juga rajin mengkali kitab Melayu."

Inilah yang ramai sekali terbuai perasaan akibat terlalu takut jika dikatakan tidak Islamik jika mempertahankan bangsa. Maka atas kesedaran inilah juga sesetengah pihak mengambil kesemptan untuk memainkan agenda bahawa perjuangan di Malaysia mestilah berteraskan Islamik dan bukan bangsa. Mereka menutupi perjuangan nasionalis dengan perjuangan agama sahaja. Sedangkan agama itu adalah cara hidup dan menurut manusia yang percayakan Quran, tiada cara hidup yang diredhai Allah kecuali Islam. Islam dalam konteks kehidupan di dunia, meliputi perjuangan mempertahankan survival bangsa. Pokoknya, apa pun bangsa anda, cara hidup yang mesti di amalkan ialah ISLAM. Fahamkah anda maksud mesej yang sampaikan?

Semoga sahabtat-sahabat saya yang membaca tulisan saya kali ini, dapat mengambil sebanyak mana masa yang diperlukan untuk merenungkan maksud saya yang tulen.

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kalo tengok Jamal Abdillah lagu "Gadis Melayu" ditukar kpd "Gadis Malaysia" utk disesuaikan dgn gagasan 1 Malaysia... entah rosak atau tidak lagu tuh??...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Pernah tak kita terfikir, Rasulullah pun tidak mempertahankan hak-hak bangsa Arabnya sendiri. Jadi, walaupun pahit untuk dikatakan (memang kadangkala kebenaran itu amat pahit untuk ditelan), bukan ajaran Al Quran mengangkat hak-hak sesuatu bangsa melebihi bangsa-bangsa lain. Allah tidak ajar manusia buat begitu.

    Jika itu bukan suruhan Allah, kita tidak boleh terlalu taksub sangat pasal hak-hak bangsa kita, sebab tiada satu bangsa pun dalam sejarah berjaya diangkat melebihi bangsa-bangsa yang lain. Ini kerana bila sesuatu bangsa itu lama berada di atas, ia mula bangga diri yang menyebabkan akhirnya mereka jatuh tersembam ke bumi.

    Cuba kita fikirkan, bukan atas kuasa manusia itu hendak lahir dari keturunan sesuatu bangsa. Bila Allah sendiri lahirkan manusia itu daripada bangsa yang lain, tidak ada belas kasihankah kita yang mereka pun nak hidup dengan adil dan saksama seperti kita? Bayangkan kita dilahirkan dari keturunan bangsa yang kita kata pendatang itu, apa pula perasan kita bila tidak dapat persamaan sedangkan bukannya kita yang nak lahir daripada keturunan itu pun. Allah yang tentukan itu semua.

    Hakikatnya kita semua adalah bangsa manusia atau bangsa Adam.

    ReplyDelete
  4. sikap tidak ada belas kasihan itu bukan Islamik.

    Renungi lagi kata2 dalam tulisan Puteri yang membawa mesej, hidupkan Islam untuk kesejahteraaan seluruh manusia, dan pastikan hak sesatu bangsa itu kekal untuk survival bangsa.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Di antara hak sesuatu bangsa dengan hak seseorang manusia, yang mana lebih Islamik?

    Pada pandangan saya, menegakkan hak asasi manusia itulah yang perlu diperjuangkan dahulu dengan semangat menghormati perbezaan bangsa.

    Sesuatu bangsa akan dihormati secara automatiknya apabila memperjuangkan hak asasi manusia. Dahulu bangsa Arab dihormati bila adanya insan seperti Nabi Muhammad yang memperjuangkan hak asasi manusia.

    Tetapi sesuatu bangsa itu akan dipandang hina bila mencabuli hak asasi manusia.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju bahawa hak asasi manusia itu WAJIB diperjuangkan kerana saya percaya itulah ASAS cara hidup Islam.

    Perjuangan Islam itu tidak boleh tidak, MESTI dilakukan oleh setiap individu yang hidup dalam muka bumi, dan ianya mesti diteruskan dari generasi ke generasi manusia. Ini tidak bermakna selagi kita belum berpuas hati dengan praktikal islam sesuatu masyarakat, maka kita pinggirkan hak survival sesatu bangsa.

    Sesatu bangsa itu akan mudah berkuasa di tanah airnya. Jika Arab berkuasa di tanah Arab, Cina berkuasa di negeri China, India berkuasa di negeri India, jadi saya lihat perlunya mempertahankan kuasa Melayu di Tanah Melayu. Ini perlu agar perlaksanaan Islam lebih mudah dijalankan, kerana realitinya ialah majoriti Melayu adalah pengamal Islam di Malaysia. Meskipun terdapat pemimpin Melayu yang terkeluar dari amalan hidup Islam, bukanlah bemakna bangsa Melayu itu dibubarkan seluruhnya. Gantikanlah aje yang pemimpin sedemikian dengan yang lebih baik praktikal Islamnya dari kalangan Melayu.

    Malaysia adalah tanahair WARISAN Melayu-Islam. Islam bukan untuk diwariskan tapi mesti dilaksanakan sebagai cara hidup, tapi Melayu adalah warisan, satu amanah bangsa untuk kita(orang-orang melayu) pastikan kelangsungannya serta survivalnya untuk dinikmati generasi akan datang. Baju kurung adalah warisan Melayu. Tak salah kan, kalau Puteri berbaju kurung dan dalam masa yang sama Puteri mempraktiskan Islam. Puteri mahu menghidupkan ciri2 Melayu dalam kehidupan Islam Puteri. Tak salah juga jika ada yang mahu menggayakan jubah Arab dalam Tanah Melayu ketika mempraktiskan Islam. Islamnya tak hilang, yang berbeza adalah ciri kebangsaan mana yang dihidupkan. Sudah tentu jika praktikal Islam Puteri tu diterima oleh masyarakat, maka dengan sendirinya bangsa Melayu lah yang akan harum, kerana paparan ketika diterima itu bercirikan Melayu. Dengan cara ini sahajalah martabat Melayu akan bangkit. Barulah sesuai dengan " Kuntum khaira ummati ukhrijat linnaas.” Yang bermaksud Kamu sebaik-baik kaum yang diturunkan diantara manusia. Apakah mustahil Melayu boleh kearah itu? Apakah salah individu2 Melayu yang diaggregatekan menjadi satu bangsa Melayu, komited kearah itu? Puteri mengajak kita bersama ke arah itu, dan tak mustahil jika dengan BERSATU, Melayu mampu membuktikan praktikal Islam yang baik kepada kaum2 lain di dunia. Bangsa lain akan merasa selamat berlindung di bawah pemerintahan Melayu-Islam di Tanah Melayu.

    Bangsa lain yang berstatus warganegara Malaysia, tidak sesekali diabaikan hak asasi mereka. Hak asasi setaip warganegara telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (kitab melayu) perkara 5-13 yang selama ini telah dinikmati bersama oleh warganegara bukan Melayu.

    ReplyDelete
  7. Puteri merasa gembira bila PERKASA berjaya mengumpulkan lebih 10,000 orang Melayu tanpa mengira parti politik di PWTC baru-baru ini. Walaupun Puteri tak dapat hadir ke majlis itu dek kerana dok kat ceruk kampung ni, aura perjuangan Puteri berkaitan "Melayu Bersatu" nampaknya sedikit sebanyak mendatangkan hasil.

    Meskipun ramai yang tak setuju dengan perjuangan seperti yang Puteri laungkan, semasa Puteri menulis di blog dan forum-forum, namun hari ini, Puteri mampu mengukir senyum, melihat petanda suara Puteri tidak sia-sia.

    Tanda perubahan ini, sangat wajar Puteri nobatkan kepada seorang sahabat Puteri yang bersemangat waja dalam perjuangannya. Tahniah untuk anda sahabatku!

    ReplyDelete
  8. Salam Putri,
    Rencana yang baik sekali.

    komen Pak Yeh :
    Malaysia maananya Melayu mati dalam bahasa Cina.
    Memang British ingin matikan Melayu. Melayu talibarut(UMNO) di beri peralehan kuasa, bukan Merdeka.
    Mereka maseh menjalankan pemerintahan British sebagai proxy.
    Dr M kata Amerika proxy Yahudi.
    Pak Yeh kata Malaysia proxy British.
    British adalah proxy Yahudi.
    Maka Malaysia juga proxy Yahudi.

    Bagi saya Indonesia juga perlu di panggil Malaya atau Tanah melayau, sebab mereka semua bercakap bahasa Melayu.
    INDIONESIA ADALAH NAMA YANG DI BERI OLEH PENJAJAH.
    Hakikatnya ,tiada lagi Indo nya, semua dah jadi Muslim. Kenapa tak namakan MUSLIMASIA ???

    Saya sangat suka perjuangan ke Melayuan Sheikh Putri.
    Shabas ! Keep it up !

    ReplyDelete
  9. Salam Puteri,
    Ada Melayu yang kata Melayu itu illusi.
    Rujuk blog Dr Azly Rahman.

    Bagi saya dia telah menjadi Melayu Murtad.
    Apa pendapat puteri.?

    ReplyDelete
  10. Salam pak yeh.
    Saya tak suka menghukum sesiapa hanya kerana saya melihatnya dari sudut yang berbeza.

    Kalau ada yang kata Melayu itu illusi, mungkin benar kenyataan itu apabila dinilai dari satu sudut di mana bangsa yang wujud dalam dunia ni adalah terbina dari budaya-budaya yang berbeza-beza, dan begitu juga Melayu. Dan kalau tak silap saya, ada juga yang mengatakan hidup ini sendiri adalah illusi.

    Bolehlah saya setuju dengan kenyataan, Melayu itu illusi, dalam ertikata, yang "real" adalah individu-individu.

    Bagaimana pun, jika kenyataan yang mengatakan bangsa Melayu itu sahaja yang illusi tidak bangsa-bangsa lain, maka saya tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  11. Kita kenal bangsa dari bahasanya.
    Jika bangsa itu illusi...katakan Arab itu illusi...Jadi bahasa Arab itu illusi...Jadi AlQuran yang berbahasa Arab itupun illusi ke ???

    Auta, punya Dr Azly. Falsafa dia guna untok pusing. bukan untok mencari kebenaran. Sejarah di ketepikan bila mendefinasikan bangsa Melayu.

    Awas !!! Falsafah ibarat pedang dua mata.

    ReplyDelete
  12. Puteri teringat mutiara kata ini :

    "Pada masa satu bangsa menghina dirinya, pada masa itu bangsa lain akan menghinanya"

    - MENG TSE (kira2 300 tahun S.M)

    ReplyDelete