Sunday, March 7, 2010

Siapa sebenarnya yang buta

7 Mac 2010

Dalam rancangan "Terubuk Masin Untuk PM" - 9:00pm TV3 tadi, saya melihat paparan wartawan berkaitan sedutan sedikit kehidupan kanak-kanak cacat penglihatan serta hasratnya bertemu PM Malaysia.

Apa yang ingin Puteri kongsikan di sini ialah soalan wartawan kepada seorang pekedai yang diwawancaranya iaitu " Siapa sebenarnya yang buta?".

Menurut wanita itu, kita yang mengaku diri tidak buta, kelihatannya lebih buta dari mereka yang kita labelkan sebagai orang buta, atas pengalamannya mengamati pelanggan-pelanggannya seperti berikut :
1. Mereka (orang cacat penglihatan) lebih prihatin keatas barang-barang yang mereka beli, seperti memastikan harga dengan teliti dan memastikan mereka mendapat barang yang bukan "display".
2. Mereka (orang cacat penglihatan) lebih prihatin akan benda2 yang ada di jalanan yang mengganggu perjalanan atau yang boleh memudharatkan pejalan kaki.

Kemudian, wartawan memaparkan luahan dari seorang yang cacat penglihatan, antaranya ialah :
-> Barang-barang seperti motosikal dan meja makan seringkali diletakkan di atas laluan pejalan kaki yang mana menyukarkan orang seperti mereka. Ini adalah kerana garisan kuning yang dibuat pada laluan itu adalah bertujuan untuk memudahkan mereka, namun bila barang2 seperti itu telah diletakkan di situ, ianya menyukarkan mereka.

Puteri berfikir sejenak, apakah selama ini kita buta melihat barang-barang itu di situ? Apakah kita buta selama ini dari memahami makna garisan kuning itu? Apakah kita buta selama ini dari menyedari kewujudan manusia seperti mereka? Layakkan kita menggelar mereka buta sedang si buta itulah yang memberitahu kita akan kesalahan perletakan barang-barang disitu? Siapa sebenarnya yang buta?

Agaknya entah berapa banyak lagi yang kita buta melihat selama ini jika tidak ditegur oleh orang-orang yang kita labelkan sebagai buta?

Lantaran itu, Puteri berfikir lagi, kita melihat dengan apa sebenarnya? Apakah benar kita melihat dengan sepasang mata yang ada bola mata yang sihat yang ada mata hitam yang ada iris yang dikatakan melaluinya kita melihat objek lantas dipantulkan ke retina mata dan kemudiannya ditafsirkan oleh saraf otak yang kemudian otak menterjemahkan kepada kita? Begitu  ke?... Jika demikian dikatakan penglihatan yang sihat,  kenapa kita tak "melihat" seperti mereka yang kita kategorikan sebagai "buta" atau "cacat penglihatan"?

Persoalan ini membuat Puteri lanjutkan pemikiran Puteri bertanya, dalam memahami kehidupan di dunia ini, jika kita ASYIK melekat dengan apa yang kita BACA dari tekstual sahaja, melihat kah kita? Fahamkah kita?  Berapa banyak papantanda yang telah dipaparkan untuk kita BACA peringatan, arahan atau perlarangan, tapi kita tak "melihat" dan berusaha memahami?

Atau apakah kita perlu memahami kehidupan bukan hanya melekat pada TEKSTUAL yang kita baca, tapi IQRA(bacaan) yang lebih luas dari itu melalui penglihatan mata hati?

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Puteri,

    Di sinilah pentingnya kita menggunakan akal. Sekadar melihat guna mata, tetapi kita tidak berfikiran jauh ke hadapan, maka kita tidak nampak kesan2 sampingan yang mungkin terjadi.

    Macam kes letak motorsikal atau meja di laluan pejalan kaki. Manusia itu tidak berfikiran jauh kehadapan untuk memikirkan kesan perbuatannya itu kepada orang lain. Manusia itu hanya fikir keuntungan dirinya sendiri.

    Yang menyebabkan ramai manusia buta hati kerana mereka hanya pentingkan diri dan malas berfikir untuk kemudahan orang lain.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 amalan sikap "pengikut" yang menjadikan manusia buta hati.

    Hanya kerana orang lain buat, maka kita pun nak buat juga. Tanpa "melihat" persekitaraan dan membacanya (IQRA).

    Takut untuk memulakan sesuatu yang baru yang tak biasa orang buat, sbb takut memimpin gelombang baru.

    Kadang2 kita melihat tapi tidak mengamati...

    ReplyDelete
  4. Wahyu pertama untuk Nabi Muhammad ialah "....IQRA'...."

    Kemudian ada pulak yang kata Nabi Muhammad buta huruf?

    Mari kita renungkan, buta apakah sebenarnya? Buta huruf ke? buta hati ke? buta minda ke? buta akal ke? buta kemanusiaan ke?

    IQRA' camner pulak yang menghapuskan keBUTAan sehingga menjadikan Nabi Muhammad pemimpin tersohor dan dikagumi?

    ReplyDelete