Monday, May 24, 2010

Kebebasan wanita

23 MEI 2010

Lama Puteri tak melayari internet sejak beberapa minggu kebelakangan ni, yang sempat adalah membaca email kawan-kawan yang dah melambak-lambak dalam mailbox. Kalau masih ada yang Puteri belum balas setakat hari ni, insyaallah Puteri akan usahakan untuk memberi respon.

Tak sangka dalam kesibukan Puteri, rupanya Puteri tak menulis apa-apa artikel baru untuk bulan April 2010. Aahh! ini satu kerugian rasanya buat Puteri, kecuaian, kedangkalan, kebodohan serta kelalaian Puteri sendiri.

Jadi, untuk artikel pertama bulan Mei 2010 ini, biarpun agak lewat, Puteri nak menulis tentang sesuatu yang menyelinap ke fikiran Puteri sejak akhir-akhir ini....iaitu kebebasan wanita.

Dulu Puteri selalau duduk menangis bila mengenang nasib menjadi seorang wanita yang berada dalam masyarakat sekeliling Puteri. Wanita sebagai anak, mesti ikut cakap mak bapak. Wanita sebagai isteri mesti ikut cakap suami. Wanita sebagai ibu mesti melayani anak-anak. Terfikir Puteri, apakah wanita itu seperti tak ada kuasa atas dirinya sendiri?  Bila isteri nak keluar, suami kata tak boleh, isteri kena patuh,kalau tak, dikatakan derhaka pada suami menurut fahaman arus perdana. Kalau seorang ibu tak kemas rumah, tak masak, anak-anak yang disoal siasat oleh pihak-pihak tertentu akan mengatakan "ibu saya tak bertanggungjawab". Anak-anak nakal seringkali ibu yang dipersalahkan kerana tak menjaga anak dengan betul. Wanita di rogol, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga susila aurat. Wanita hamil luar nikah, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga maruah diri. Wanita buang anak luar nikah, wanita juga dipersalahkan. Demi menjaga hati masyarakat, wanita seringkali terpaksa duduk di bawah cengkaman-cengkaman persepsi masyarakat.

Meskipun ramai wanita kini yang menduduki kedudukan penting dalam negara dan institusi, namun masih ada pihak-pihak tertentu yang dengan sinis menyindir bahawa wanita tidak berhak menjadi pemimpin, maka kaitan Quran 4:34 seringkali disempit tafsirkan untuk tujuan cengkaman itu. Lantaran itu, jatuhlah ramai wanita ke pelosok dapur dan dipenjara dalam rumah berjeriji besi sehinggalah si suami pulang kerumah.

Amat menyedihkan lagi bila masih ada sesetengah wanita di zaman ini yang dinafikan haknya untuk berkomunikasi menggunakan internet dengan alasan yang tidak  menasabah. Wanita seringkali dihubungkaitkan dengan tidak panjang akal, tidak pandai berfikir dll.

Yang lebih mengherankan, secara tiba-tiba para suami menjadi pakar dalil, bila bercakap tentang kuasa suami pada isteri, sedangkan mengajar anak mengaji pun tak pernah, mengimami solat dalam keluarga pun tak pernah. Semua tugas itu dibebankan ke pundak isteri sebagai tanggungjawab. Apa lagi bila si isteri menolak untuk digauli suami, dalil yang biasa diperdengarkan ialah "malaikat akan mengutuk kamu sampai pagi".. (entah apa agaknya darjat hadis tu ye.. sapa tau sila kongsi di sini )

Puteri tak berhasrat tulis panjang-panjang berkaitan ini. Puteri ingin membaca komen-komen dari para pembaca blog ini berkaitan pendapat dan pengalaman mereka sendiri berkaitan apa yang mereka faham tentang kebebasan seorang wanita.

10 comments:

  1. Salam puteri,

    Sebenarnya kalu rujuk Quran tanggungjawab lelaki keatas anak2 nya lebeh besar dari isteri, tetapi sebaliknya yg berlaku dlm realiti masyarakat kebanyakan orang2 Melayu si isteri pula yg banyak menanggung beban, contohnya la yer kalu berlaku perceraian kebanyakannya isteri yg menjaga anak2 si suami, itu sebabnya byk ibu tunggal hidup susah, bekas suami pula mengabaikan nafkah anak2 mereka setelah bercerai, padahal kalu betol ikut Quran samada bercerai atau tidak, si suamilah yg menyara atau support hidup anak2nya...

    Si suami masih bertanggungjawab terhadap anak2nya walaupun telah bercerai dengan bekas isteri, tetapi perkara itu jarang berlaku sekarang... realiti sekarang nih apabila berlaku perceraian, si isteri sahaja yg menanggung anak2, si-suami pula entah ghaib ke mana, atau ada yg kahwin lain tetapi mengabaikan nafkah anak2 dengan bekas isteri terdahulu... fikirkanlah kenapa ibu tunggal sekarang nih hidup susah...

    Ada pula yg menjadikan alasan berpoligami utk menolong ibu2 tunggal, padahal anak-anak ibu2 tunggal itu sepatutnya disupport oleh bekas suami, itu tanggungjawab bekas suami, kerana itu anak-anak genetik bekas suami walaupun telah bercerai... nampak tak ramai yg mengaku ikut Quran, tetapi sebenarnya tak ikut...

    ReplyDelete
  2. Ini adalah rencana woman liberation.
    Woman Liberation di Barat telah capai kemerdekaan dan sama taraf dengan kaum lelaki.
    Waima jalan/agama mereka adalah falsafah dan Athiestism.
    Jalan agama menetapkan bahawa wanita perlu jalankan tanggung jawab 1)bersexual 2)beranak dan urusan anak 3) bermasak dan urusan rumah.
    Tanggung jawab yang di beri Allah sebagai suri rumah tangga sudah cukup berat, hingga mereka di kecualikan dari mencari rezeki dengan orang ataupun menjadi hamba orang lain ataupun haba duit.
    Jika wanita abaikan kerjaya "suri rumah tangga" mereka yang Allah telah beri kapada mereka, maka akan huru hara lah etika/adap yang Allah khaskan untok wanita.
    Perlu di ingat ,kerjaya "suri rumah tangga" adalah kerjaya yang terbaik, senang dan Islam/peaceful untok merekaa. Tetapi adap/adat/etika ini telah di kafirkan dengan duit. Maka motif wanita berkerja bukan untok Allah, tetapi untok jalankan jentera kafir Yahudi pencetak "duit Cina Mampos".
    Kita ini jala/agama "duit Cina Mampos" yang pemerintah sekutukan dengan jalan/agama Islam.!!!

    Sila baca rencana saya "Duit Cina Mampos = Duit Yahudi Penipu" di blog saya.
    an Islam

    ReplyDelete
  3. Pakyeh, bukan ke dalam Quran ada menyatakan hak yang sama bagi wanita dan lelaki dalam amal saleh? Contonya An-Nahl 16:97. Apakah wanita bekerja itu bukan amal saleh?

    ReplyDelete
  4. Salam Puteri,
    Perempuan dan lelaki memang sama. Kerja perempuan adalah beranak,jaga anak, masak dan halrumah. Itu adalah pekerjaan wanita yang di beri Allah.You working for Allah. Mak ia pekerjaan yang teramat soleh.Pekerjaan ini tidak sempurna jika di gajikan orang laim.Minta lah gaji banyak2 dari suami.!!! Jadi tak payah lah berkerja luar rumah dengan Boos yang tua keladi.!!!

    Waima jika wanita tidak berkahwin maka damalah dia dengan lelaki...berkerja luar rumah.

    ReplyDelete
  5. Salam Ustaz Pakyeh.

    Boleh tak kongsikan pada Puteri dalil2 yang kerja perempuan adalah beranak, jaga anak, masak dan halrumah, sebagaimana yang Pakyeh kata itu adalah perkerjaan wanita yang diberi Allah? TKsh

    ReplyDelete
  6. Salam Puteri.
    Maaf jika tersinggong.Kita hidup bawah pemerintahan Sekular.Jadi fahaman kita telah jadi secular.
    Fahaman secular "menghamba abdi"kan semua manusia lelaki, perempuan dan ada kalanya kanak2 melalui wang kertas.
    Sekolah secular mengajar kiat ajadi "working class hero"(rujuk rencana saya "Falsafah John Lennon".
    Sebelum British Melayu kaya tanpa berkerja dengan orang lain. Mereka kaya dengan makanan dan anak yang berdozen. Hidup mereka di kira Merdeka dan kaya walaupun tanpa berduit.
    Duit kertas adalah candu dan ajen monopoly kuasa dan harta.
    Maka jika kita mengikut ekonomi Islam,kita tak perlu jadi hamba kapada duit kertas. Duit kertas adalah penipuan(rujuk rencana "Duit Cina mampos_Duit Yahudi Penipu".
    Saya tidak halang perempuan berniaga seperti Siti Katijah isteri Rasullallah, tetapi saya tidak setuju wanita lari dari tanggung jawab suri rumah tangga untok perhambakan diri mereka kapada duit Cina mampos. Ia nya bukan Islamik.

    ReplyDelete
  7. Pak Yeh, apakah wanita yang bekerja tu dilihat sebagai LARI dari tanggungjawab suri rumahtangga semata2 untuk mengHAMBAkan diri kepada DUIT sebagaimana yang Pak yeh nyatakan? Jika begitulah gaya pemikirannya, saya merasa sedikit kecewa atas minda yang masih tidak bebas.

    Saya masih ingat lagi pernah membaca buku sejarah zaman rasulullah, di mana Rasulullah membasuh bajunya sendiri, rasulullah membasuh pinggan dan banyak lagi kerja2 rumah.Saya juga masih ingat lagi membaca kisah wanita-wanita Ansar yang banyak sekali berjaya membangunkan ekonomi dan masyarakatnya.

    Setiap manusia ada peranan masing-masing dan tidak kiralah lelaki atau wanita, berperanan sahaja tanpa prejudis dalam pembangunan.

    Hidup dalam masyarakat adalah perkongsian, bukan kepemilikan sebagai tuan dan hamba, lantaran meletakkan siapa tuan dan siapa hamba, siapa bos dan siapa pekerja, siapa buat kerja rumah dan siapa cari duit.

    Istimewanya wanita yang mampu menanggung proses kehamilan serta melahirkan, bukanlah bermakna TANGGUNGJAWAB kerja-kerja rumah dibebankan atas bahu wanita. Saya tak nafikan fitrah semulajadi wanita yang lembut, penyayang dan penuh kasih adalah sangat sesuai untuk proses membesarkan sertat mendidik anak-anak menjadi manusia ISLAM. Ini tak bermakna jika wanita itu keluar bekerja, dia dianggap LARI dari tanggungjawab.

    Pak yeh, 1jam masa yang digunakan bersama anak-anak dengan penuh bijaksana adalah lebih baik dari 10 jam masa yang dipenuhi bersama anak-anak dengan sia-sia.

    Sekadar pendapat Puteri yang masih mentah..

    ReplyDelete
  8. Saya mengaku kalah, kerana adanya ayat AlQuran 2:256 "Tiada paksaan di dalam agama". Haqiqatnya wanitapun boleh jadi pemimpin/President,Perdana Menyeri.
    Yang penting bagi wanita adalah anak2 tidak di salah ajar oleh maid syndrome.

    ReplyDelete
  9. Pakyeh, tak ada menang atau kalah dalam perbincangan begini. "The truth is pathless" itulah pepatah seorang hamba Allah yang masih Puteri ingati sampai sekarang. Membentangkan hujah masing-masing beserta dalil-dalil yang menasabah adalah "the game of life".
    Selagi belum mati, kita masih lagi menuju kebenaran, menurut jalan masing-masing.

    Saya berkongsi rasa bimbang dengan pakyeh berkaitan anak-anak yang disalah didik dengan "maid syndrome, jika yang dimaksudkan ialah ibubapa tidak menjalankan amanah Allah sebagai ibu dan bapa. Ini tidak terletak pada wanita sahaja, malah juga pada lelaki sebagai bapa.

    Ibubapa bukanlah pemilik anak-anak. Mereka sekadar memegang amanah Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Oleh itu, jika ada keperluan untuk ibubapa menyerahkan tugas menjaga anak-anak ke pihak yang lain, semestinya dipastikan bahawa penjaga itu dapat menjaga yang terbaik serta menjaga kebajikan anak-anak itu sebagai yang utama.

    Tkasih pakyeh.

    ReplyDelete
  10. Aku adalah milik Allah, bukan milik sesiapa di dunia ini. Dan hanya kepadaNYA lah aku akan kembali.

    wanita berkahwin bukan untuk menjadi PEKERJA dalam rumahtangga. Wanita memberi SUMBANGAN dalam institusi rumahtangga.

    ReplyDelete