Monday, January 18, 2010

PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

18 Januari 2010
Biasa betul saya membaca dan mendengar pakar2 poligami menggunakan Quran 4:3 untuk menguatkan hujah kebolehan berpoligami bagi mereka.

Puteri sejak dulu memang masih mencari2 kebenaran bahawa poligami ni dibolehkan berleluasa. Malah keheranan saya meningkat bila ada pulak puak2 yang mempromosi poligami seolah ianya sesuatu yang digalakkan.

Kajian persendiriran yang Puteri dapat sejauh ini berkaitan poligami ialah seperti di bawah. Bagaimana pun, Puteri alu-alukan perbincangan secara aman berkaitan topik ini, untuk memperbetulkan kesilapan fahaman Puteri jika terdapat.

Quran 4:1-6 itu jelasnya menceritakan tentang perlunya menjaga kebajikan anak2 yang menjadi yatim. Anak2 menjadi yatim bila bapanya meninggal dunia, yang mana sebelumnya bapalah yang menjadi pengurus/penjaga kebajikan anak2 ini. Apabila pengurus/penjaga meninggal dunia, ayat 4;1-6 itu memberitahu bagaimana cadangan2 menguruskan harta yang ditinggalkan demi memastikan kebajikan anak2 itu terus terjamin.

Adalah pelik jika dalam membincangkan PENGURUSAN HARTA anak2 yatim tiba2 muncul ayat berpoligami di tengah2nya. Kebiasaan yang diperkatakan ialah Q4:3 yang ditafsirkan oleh kebanyakan sebagai "kahwinilah" + "dua, tiga atau empat". Kalau kita baca ayat itu sepotong2, memang kita tak akan perasan yang kisah yang dibawakan adalah berkaitan kaedah PENGURUSAN HARTA anak2 yatim.

Q4:1 - membuat muqaddimah surah An-Nisaa' dengan memperkenalkan kepada manusia bahawa manusia itu dicipta dari DIRI yang SATU dan kemudian pasangannya dan kemudian banyaklah lelaki dan wanita. Dan tak lupa dalam ayat ini ada peringatan perlu saling menjaga hubungan dan bahawa Allah selalu mengawasi manusia.

Q4:2 - menyarankan agar pengurusan harta anak2 yatim dilakukan dgn baik dan amaran bahawa jika tidak demikian, ianya adalah dosa besar.

Q4:3 - memberi alternatif jika manusia itu merasa bimbang tak dapat berlaku adil terhadap pengurusan harta anak2 yatim di bawah jagaannya, maka himpunlah wanita2 dalam dalam kelompok dua-dua, tiga-tiga atau empat2 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu tadi. Mengambil kira  bahawa surah ini adalah surah An-Nisaa' yang rata2 menceritakan tentang wanita, maka saya melihat martabat wanita telah diangkat dalam ayat ini dengan memberi kepercayaan/amanat kepada wanita2 untuk menguruskan harta2 itu dalam berkelompok. Omputih kata, "2 heads are better than 1". Jadi, saranan untuk himpunkan wanita dalam gandingan 2, 3 atau 4 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu adalah relevan menurut ukuran saya. Ayat ini menurut saya tidak bermaksud kahwinkan atau kahwini. Mempertimbangkan si pemberi nafkah adalah bapa/lelaki, maka sepeninggalannya (mati) bolehlah pengurusan itu diberi kepada wanita iaitu si isteri yang ditinggalkan. Pilihan menguruskan harta itu dibenarkan dilakukan sendiri oleh si isteri atau pun berkumpulan 2 atau 3 atau 4, setelah mempertimbangkan bahawa illmu pengurusan harta bukan mudah dan bagi membantu para wanita2(isteri2) menguruskan harta, bolehlah gabung/himpunkan mereka dengan yang berilmu kaitannya. Bagaimanapun, jika dibimbangi dengan gabungan itu tak dapat berlaku adil, biarlah isteri tu sorang aje uruskan. Saya menggunakan perkataan himpun sebagai memahamkan "nun kaf ha" dalam bhs Arab kerana kepercayaan saya bahawa "nun kaf ha" yang dalam bahas Arab tu juga bermaksud himpun. Bagaimana pun, saya mengaku bahawa saya bukanlah pakar bahasa arab, jadi ianya masih boleh dibahaskan lagi jika ada yang mendapati tidak bersetuju dengan saya. Seterusnya ayat 4:3 ini memberi lagi alternatif, jika bimbang keadilan tak dapat dicapai dengan cara pengurusan berkelompok itu, maka cukuplah seorang saja menguruskan atau ambillah mereka yang dipercayai yang berada dalam kuasamu (tangan kananmu miliki).  Kesemua ini, saya kaitkan dengan pengurusan harta anak yatim kerana permulaan ayat ini ada "wa" yang memberi maksud "dan" dalam bahasa melayu, menunjukkan kelangsungan cerita dari ayat yang sebelumnya iaitu perihal pengurusan harta anak yatim.

Q4:4 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini menurut kefahaman saya, menyarankan agar berilah ganjaran berbentuk "sad dal qaf ha" (yang orang melayu kata sedekah), dalam ayat ini saya fahamkan sebagai ganjaran/upah/hadiah. Jadi, dengan sepenuh rela hati, berilah ganjaran kepada pengurus wanita itu (mungkin si isteri seorang atau isteri dan team pengurusannya), tapi jika mereka dengan rela hati nak belanja kamu balik sebahagian dari hasil dari ganjaran/upah/hadiah yang dia dapat dari kamu tu... bersamalah menikmatinya.

Q4:5 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini pula melarang menyerahkan pengurusan harta anak yatim kepada orang2 yg tak ada pengetahuan tentang ilmu pengurusan harta, sedangkan Allah melantik kamu sebagai general manager atau pengelolanya. Ayat ini menguatkan hujah saya berkaitan ayat 4:3, di mana jika si isteri sebagai pengurus wanita tu tak reti nak uruskan kerana kekurangn ilmu berkaitnnya, maka wajarlah diberi peluang untuk mempelajarinya dengan bergabung/himpun bersama pengurus yang lebih arif tentangnya. Selain itu, bayangkan senarionya dalam ayat ini bahawa di zaman Rasulullah itu ada ditubuhkan BAITULMAL ANAK2 YATIM sebagai pemegang amanah menjaga dan menguruskan harta anak2 yatim yang mana bapanya meninggal. Peringatan dalam ayat 4:5 ini menegaskan bahawa kalau nak ambik orang bekerja sebagai pengurus2 baitulmal itu (dalam konteks sekarang mungkin dipanggil account manager), pastikan mereka itu ada ilmu berkaitannya, kalau tak.... hancus.... Peringatan lagi kepada para pengurus2 itu, berilah anak2 yatim itu perbelajaan dan pakaian dan cakap baik2 dengan mereka, jangan dok menengking/bengkeng ajer dengan mereka, mentang2 budak tu takder bapak...ha gitu la lebih kurang pemahaman saya pada ayat ni.

Q4:6 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Dalam pengurusan itu, disarankan agar anak2 yatim itu diuji tahap kebolehan pengurusan harta. Kalau lulus, serahkanlah harta mereka untuk mereka uruskan sendiri. Ayat ini memberi peringatan yg menurut kefahaman saya, begini "Janganlah ambik % lebih2 sangat dari upah pengurusan tadi, mentang2 budak2 tu masih kecik". Kalau pengurus tu org berada, tak yah la ambik upah, jadi pemegang amanah sudahlah, kan mereka anak2 yatim, tapi kalau pengurus tu orang miskin, ambiklah upah sikit tapi patut2 le. Pastu, setelah sekian lamanya menjadi pemegang amanah/pengurus harta mereka, bila budak2 tu dah layak uruskan sendiri, bawalah saksi untuk mengesahkan penyerahan itu.

Jadi, kat mana relevannya 4:3 tu terselit bab poligami pulak? Puteri confuse .....

Nota:
Untuk ringkasan tatacara pengurusan harta anak yatim, sila lihat komen Puteri Mac 15, 2010 di bawah.

19 comments:

  1. salam semua,

    Berkaitan perkara yg dijadikan topik adalah baik sekali jika terbuka perbincangannya.

    Swecara persahabatan di dunia tafsiran seseorang dengan mengaitkan Quran, hadis, kitab2 yg diyakini muktabar akan menjadi sumber dan alat penyedapan tafsiran orang yg ada skill meet opportunity sahaja.

    Sebagai contoh SAHAJA. saya seorang kauam adam. Quran kitab mutlak jangan dipersoalkan dengan keraguan peribadi sebagai wanita2 yang tak bersetuju diPOLIGAMI.

    Sila perpanjangkan dgn huraian, Saya akan menyambut secara terbuka dgn dasar PERSAHABATAN sahaja, Jika respon sebaliknya saya WAJIB yakin dengan firman Quran dan hadis yg sahih sahaja berkaitan perkara TANPA dikontes!

    Guru agama tadika 2010.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ayat2 al-Quran yg "dikatakan kebanyakan orang" sebagai hukum poligami yg puteri bawakan tuh adalah "zanni" adanya... samada poligami atau tidak, adalah tafsiran manusiawi belaka... walaupun sy bukan pendokong kuat hadis, namun sy bawakan hadis dibawah utk dijadikan persoalan...

    Pada masa zaman Nabi Muhammad, dimana Fatimah az-Zahra telah mengadu kepada bapanya (Nabi Muhammad) bahawa suaminya iaitu Saidina Ali ingin berpoligami. Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Miswar bin Makhramah, dia berkata: "Saya mendengar Rasullullah s.a.w bersabda ketika ia berada diatas mimbar: "Sesungguhnya Bani Hasyim bin al-Mighirah minta izin untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan Ali Bin Abi Thalib. Saya tidak mengizinkan, kemudian saya tidak mengizinkan, kemudian saya tidak mengizinkan, kecuali jika Ali Bin Abi Thalib menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Kerana sesungguhnya dia (Fatimah) adalah sebahagian dari diriku, merunsingkanku apa yang merunsingkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya." (HR. Bukhari, terdapat juga pada HR. Muslim, Tirmizi, dan Abu Daud).

    Persoalan yg timbul ialah JIKA benar poligami itu benar2 suruhan al-Quran bukan "tafsiran manusiawi" dan hadis diatas JIKA benar2 (sahih) dari Nabi kenapa pula Nabi boleh berijtihad supaya Fatimah tidak dipoligamikan?? Kenapakah Fatimah tidak menurut sahaja hukum al-Quran yg "dikatakan orang" menyuruh poligami??

    Pada pendapat sy selagi ada lelaki yg ber-FANTASI ingin berpoligami, selagi itulah ayat2 al-Quran yg berkenaan akan di-TAFSIR-kan utk mengamalkan poligami... nampaknya tipah tertipu lagi... atau terus akan tertipu...

    ReplyDelete
  3. Pendapat dan hadis yang Jebon bawakan itu, mendorong saya kepada membincangkan seterusnya kaitan anjuran Quran dalam mempergauli isteri sebagaimana Q4:20

    "Dan jika kamu ingin bertukar isterimu dengan isteri yang lain, ....."

    Perkataaan "istibdal" bermaksud bertukar. Boleh juga bermaksud menggantikan. Jadi, kalau seorang lelaki berkahwin mahu beristeri lain, perlulah menceraikan isteri sedia ada dahulu sebagaimana contoh dalam hadis itu. Tambahan dalam ayat Q4:20 itu, diperkuatkan lagi dengan wujudnya perkataan "tempat" (mim kaf alif nun=makaana). Bermaksud menggantikan tempat isteri sedia ada.

    Saya tak nampak maksud menghimpunkan isteri atau menambah isteri dalam ayat 4:20 itu. Apa yang saya dapat fahamkan ialah "bertukar tempat" itu praktikalnya ialah ceraikan yang sedia ada dan ambillah yang lain sebagai ganti tempat isteri itu.

    Mohon saya ini diberi penjelasan jika terkeliru...

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan ayat 4:129 yang menyebut tentang keadilan terhadap isteri2? Apakah ia sebenarnya juga pasal pengurusan anak2 yatim?

    Harap dapat kemukakan pandangan.

    ReplyDelete
  5. Berikut adalah fahaman Puteri berkaitan persoalan saudara Juang. Menurut Puteri, adalah sangat perlu memahami sesatu ayat Quran menurut konteksnya dan bukan sepotong-sepotong. Konteks ayat 4:127-130 menceritakan tentang perlunya memberi hak kepada orang2 yang lemah(termasuk anak yatim dan wanita). Bagaimana pun, huraian peribadi Puteri ini tidaklah mutlak benar, dan masih lagi terbuka kepada sebarang pendapat2 yang berbeza sebagai pertukaran pendapat.

    Ayat 4:127, mengulangi dan menekankan perlunya memberi hak kepada anak-anak yatim, hak warisan bagi wanita, hak isteri yang dikahwini dan hak anak2 yang masih dipandang lemah, sebagai rangkum semula dari ayat2 yang telah disebutkan di awal surah ini.

    Ayat 4:128 ialah berkaitan hak isteri, bila suami nusyuz dan tidak pedulikan.

    Ayat 4:129 menjelaskan fakta bahawa walau para lelaki sangat mahu berlaku adil terhadap para wanita, namun hakikatnya tidak semua lelaki mampu begitu. Sangat jelas ayat ini masih lagi relevan dalam topik "memberi hak orang2 yang lemah" dimana khusus dalam ayat ini, ialah wanita. Saya memahamkan ayat ini bukanlah tentang isteri-isteri kepada seseorang lelaki sebagaimana lazimnya dibawakan oleh kebanyakan. Saya memahamkan ayat ini menceritakan umumnya perlakuan kebanyakan lelaki kepada wanita-wanita.

    Segmen ayat "FaLa Tameelu Kul Almaeel Fa taza roo ha Kal Mu’al laqah" tidak saya terlihat kaitan cenderung kepada salah satu isteri bila berpoligami, sebaliknya ianya adalah kenyataan akan lazimnya tindak tanduk lelaki kepada wanita yang sememangnya sehingga hari ini, seringkali mengabaikan hak-hak wanita, itulah yang berlaku secara umum. Sebutan "ta mim ya lam" (tameel) menurut terjemahan inggeris ialah sway atau dalam bahasa melayunya ialah kuasa atau pengaruh. Saya membaca ayat ini, sebagai satu amaran kepada para lelaki yang berbunyi begini:"maka janganlah menguasai sepenuhnya/semuanya, berilah hak perlindungan baginya (wanita) yang sudah penat menunggu ."

    Memandangkan saya bukan pakar bahasa Arab, maka saya membuka kepada pakar2 bahasa arab untuk memperbetulkan fahaman saya pada ayat ini.
    Meskipun tidak terlihat perkataan "zaujah" yang bermaksud isteri dalam ayat ini, perkataan "Nisaa'" yang bermaksud wanita itu bila dihubungkaitkan dengan 4:128 berkaitan hak isteri bila suami nusyuz, dapatlah saya fahamkan bahawa 4:129 juga bermaksud satu amaran kepada suami yang nusyuz dan tidak mempedulikan isteri, agar janganlah kamu (suami nusyuz dan tidak pedulikan isteri) menguasai sepenuhnya/semuanya (isteri kamu) sehingga kamu tidak memberi hak isteri kamu yang telah penat menunggu (untuk dipisahkan/bercerai).

    Ayat 4:130 kemudiannya menjelaskan bahawa sesungguhnya jika lelaki dan wanita itu dipisahkan/bercerai, Allah tetap akan mencukupkan masing2 dengan limpah kurniaNya.

    Sila beri pandangan.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Pemahaman sy KEBETULAN lebih kureng sama dgn puteri dlm hal ini... ayat Q4:129 tuh perlu dibaca dgn ayat sebelum dan selepas ayat tuh barulah nampak konteks keseluruhan "ceritanya" cuba baca terjemahan yg sy bawa dibawah ini menurut turutannya...

    [4:128] Dan jika seorang wanita bimbang dari kebencian suaminya, atau tentangan, maka tidak ada kesalahan kepada mereka untuk berdamai diantara keduanya, kerana perdamaian lebih baik, dari mementingkan diri sendiri; dan jika kamu berbaik-baik, dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah sangat menyedari apa yang kamu melakukan.

    [4:129] Dan kamu tidak akan dapat untuk berlaku adil dengan wanita-wanita, walaupun kamu amat berhasrat, maka janganlah kamu cenderung dengan sepenuh kecenderungan, maka kamu membiarkannya seperti tergantung, dan jika kamu memperbaiki, dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah adalah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

    [4:130] Dan jika keduanya berpisah (farraqa), maka Allah mencukupkan masing-masing dari limpahanNya; dan Allah adalah Yang Merangkumi, Yang Bijaksana.

    Jika dibaca sekaligus dari ayat Q4:128 hingga Q4:130, dapat dilihat persoalan ayat tuh tntng masalah suami dgn isterinya, then apabila perkahwinan tidak dapat "diselamatkan" lagi berlakulah perceraian diantara keduanya, ini dapat dilihat perkataan "farraqa" dari akar kata "FRQ" bermaksud "pisah", "cerai", sila rujuk pelbagai terjemahan utk perbandingan...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Mungkin konteks tersebut perlu dilihat daripada ayat 4:127.

    Ayat 4:127 menceritakan perihal lelaki yang ingin mengahwini wanita dari kalangan anak2 yatim atau yang tertindas untuk membuat keadilan dan kebaikan.

    Ayat 4:128 memberitahu jika isteri kepada lelaki yang ingin berkahwin lagi itu takut diabaikan oleh suaminya nanti (fitrah wanita memang takut suaminya kahwin lain), maka carilah jalan kedamaian. Terus terang kepada suami itu apa yang dikhuatirinya. Selalunya isteri ada rasa mementingan diri bahawa suaminya itu hak miliknya sahaja dan tidak rela dikongsi. Sifat begitu tidak baik untuk menjadi seorang suci hati. Dan suami perlu bergaul dengan baik jika isteri mahu cari kedamaian. Jangan wujudkan pertengkaran atas alasan nak kahwin lain kerana suami kena faham fitrah wanita bukan mudah nak terima berpoligami.

    Ayat 4:129 adalah peringatan kepada suami yang ingin berkahwin lagi. Walaupun niat asalnya untuk buat keadilan dan kebaikan, tetapi mereka kena tahu bahawa bukan senang suami nak berlaku adil kepada semua isteri2nya. Oleh itu jangan tunjukkan kecenderungan hanya pada seorang isteri yang menyebabkan isteri2 lain terasa dipinggirkan.

    Ayat 4:130 pula mengizinkan suami-isteri itu berpisah jika isteri tidak sanggup dimadukan akibat si lelaki itu tidak berupaya berlaku adil.

    Perkahwinan memerlukan persefahaman antara pihak2 yang terlibat. Ia tidak boleh dilakukan secara paksaan.

    Poligami adalah cara terbaik menghalang suami menyimpan teman2 wanita seperti yang biasa berlaku di Barat.

    Seorang lelaki yang ada tanggungjawab terhadap keluarga akan lebih terurus kehidupannya berbanding lelaki bujang yang bebas dan tiada komitment. Dan jika lelaki itu mempunyai lagi ramai tanggungannya (ramai isteri), dia akan lebih berkomitment tinggi dan berdisplin dalam hidup.

    Bagi pihak wanita, poligami mampu mengajar melawan ketamakan atau mementingkan diri untuk bolot seorang lelaki. Ia baik untuk membentuk jiwa yang merendah diri.

    Samalah seperti antara kita dengan Tuhan. Jika kita rasa nak bolot Tuhan untuk kita seorang sahaja, itu tidak baik kepada hati. Semua makhluk boleh berkongsi Tuhan yang sama.

    Itulah hiraki kehidupan.

    ReplyDelete
  8. Salam puteri,

    Saya begitu tertarik dengan artikel puteri ini. Walaupun saya lelaki tapi saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh puteri. Dari dulu lagi memang saya tak percaya islam membenarkan poligami, sebab boleh dikatakan poligami membawa banyak keburukan. Dan mustahil Tuhan menyuruh kita melakukan keburukan. Kalau dikatakan poligami dapat mengelakkan lelaki menyimpan perempaun lain, saya rasa tak berapa betul tu.

    Bukankah dalam islam itu tidak membezakan antara lelaki dan perempuan. Kalau begitu kenapa lelaki dibolehkan berkahwin 4, perempuan tak boleh.

    Masalahnya tidak semua boleh menerima hakikat ini.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Untuk memastikan sistem kehidupan teratur, pemimpin kena satu. Sebab itu dari Ketuhanan, Islam sudah ajar Mengesakan Tuhan. Mana logik makhluk mentaati banyak 'tuhan2' selain Allah? Begitulah, mana logik perempuan tunduk kepada ramai suami?

    Dalam bab perkahwinan, Al Quran tidak melarang lelaki berkahwin lebih daripada satu. Jika ia benar2 membawa mudarat, sudah pasti jelas pengharamannya di dalam Al Quran.

    Yang jelas diharamkan oleh Al Quran adalah zina kerana ia terang-terang membawa mudarat kepada sistem kemasyarakatan.

    Poligami bukannya satu kemestian. Hanya berjaya dilakukan atas dasar kesucian hati pihak yang terbabit. Orang2 yang betul suci hatinya, bolehlah berlaku adil. Ia memerlukan jiwa2 yang sabar dan sanggup berkorban.

    ReplyDelete
  10. Norma alam selalu berpasangan. Kalau seorang lelaki dan banyak perempuan, saya rasa ia sudah lari dari norma alam. Saya kurang pasti sama ada Allah melarang atau tidak perkahwinan lebih dari satu. Pada saya kalau nak menolong, bukan melalui perkahwinan pun kita boleh menolong pompuan yang teraniaya.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Cuba kita lihat singa. Allah izin ia mempunyai ramai isteri. Jadi apakah itu sudah lari dari norma alam? Malah ayam jantan belakang rumah itu pun Allah izinkan memiliki ramai isteri2.

    Apakah lelaki yang mempunyai akal yang hebat daripada binatang2 itu tidak berupaya berlaku adil kepada isteri2nya?

    Apa-apa pun, dalam bab perkahwinan, yang pentingnya "willingness". Kesanggupan dan keikhlasan. Kalau tidak mampu, tidaklah menjadi kesalahan sebab Allah tahu tahap kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  12. Apakah kita mahu jadi macam ayam jantan?

    ReplyDelete
  13. Salam Jebon,
    Tkasih atas sumbangan terjemahan anda itu untuk diamati bersama oleh para pembaca blog ini.

    Salam Penulis,
    Tak menjadi masalah pada saya samada pembaca menerima atau tidak pendapat2 saya. Saya tidak sesekali bertujuan mengajar dan jauh sekali dari mempengaruhi sesiapa. Sebaliknya saya membuka fahaman2 saya di blog ini untuk membuka ruang kepada diri saya diperbetulkan sekiranya saya tersilap.

    Saudara Juang yang saya hormati.
    Bagi saya, fahaman anda, saya atau orang lain yang berbeza2 itu tiada yang salah atau benar. Kita masing2 dalam bidang pemikiran yang terhad sahaja, yang mana saya tak melabelkan salah atau benar mana2 tafsiran/terjemahanan yang diberi. Saya melihat semua perbezaan ini sebagai pilihan masing2 sahaja.

    Fahaman saya adalah tersndiri dan fahaman saudara juga tersendiri. Saya tak menulis di sini untuk mempengaruhi sesiapa dan tiada sesiapa juga yang mempengaruhi saya dalam fahaman saya ini. Jika secara kebetulan, sesiapa bersetuju dengan pendapat2 saya di sini, saya namakan sefahaman sahaja. Jika sesiapa tak bersetuju, bukanlah kuasa saya untuk memahamkan sesiapa. Saya bincangkan terus dengan aman, semoga kita sama2 dapat pencerahan.

    Saya ingin berkongsi fahaman saya pada ayat 4:127 di sini memandangkan ianya telah di tarik untuk memperincikanya.

    4:127 Dan mereka bertanya pendapat2 perundangan(hak) berkaitan wanita. Katakanlah “Allah menfatwakan kamu mengenai mereka(wanita) dan apa yg dibacakan keatas kamu di dalam Kitab dalam perkara anak2 yatim perempuan, yang mana tidak kamu berikan peruntukan mereka(wanita dan anak yatim) apa yang tertulis(termaktub) untuk mereka(wanita dan anak2 yatim), dan kamu berhasrat menghimpunkan mereka yang tertindas dari kalangan kanak2 (kanak2 lelaki dan perempuan) dan semoga anak2 yatim itu mendapat pengadilan. Dan apa jua perbuatan baik kamu maka sesungguhnya Allah itu mengetahui."

    Di sini, saya melihat penyenaraian golongan org2 yg lemah dalam ayat itu:
    1.Wanita 2. Anak2 yatim perempuan 3. Kanak2 yg tertindas(lelaki dan perempuan)

    item no.2 dinyatakan khusus anak2 yatim perempuan dalam ayat tu, sebagai sesuai dengan pertanyaan yang ditanya iaitu berkitan wanita. Bagaimana pun yang termaktub di awal surah An-Nisa adalah anak2 yatim secara keseluruhannya. Penekanan anak2 yatim perempuan dlm ayat ini adalah sebagai penyesuaian pertanyaan berkaitan wanita yang mana termasuklah anak2 perempuan yang yatim.

    Peruntukan2 yg termaktub utk wanita dan anak2 yatim telah di nyatakan di awal surah An-Nisa (cth : 4:1-6 harta anak2 yatim ; 4-7-14 hak2 warisan bagi wanita; 4:15-18 hak pengadilan bagi wanita yang bersalah; 4:19-21 hak isteri yg di kahwini).

    Oleh sebab itulah di posting yang awal dari ini, saya menulis bahawa ayat 4:127 ialah
    sebagai ringkasan fatwa2 tentang hak yang telah dimaktubkan sebelumnya.

    Oleh sebab itulah saya MASIH LAGI memahamkan 4:127 itu adalah berkaitan HAK ORANG2 YANG LEMAH.

    Untuk kefahaman tentang poligami pula, MUNGKIN ayat 33:50 tu perlu difahami secara perinci. Secara ringkasnya, saya membaca ayat itu khusus utk Nabi kerana di permulaan ayat menyeru "Hai nabi..." kemudian hampir ke penghujungnya ada disebutkan "sebagai pengkhususan bagimu(Nabi), bukan untuk semua orang mukmin". kemudian cuba pula perhatikan ayat 4:20 yang membenarkan lelaki yang mahu bertukar isteri, dan bukan menghimpunkan isteri2.

    ReplyDelete
  14. Salam semua,

    Berkaitan perkara. Saya tetarik dengan masing2 menjadi pembawa hurian dgn kerahan minda masing2 dan Quran dirarik sebagai penguat hujah atau keterangan, TERBAIK!

    sebelum dimuktamadkan pendapat perkara berkaitan yg khusus ini,

    Bagaimana tatacara mencari penterjemah yg PASTI dari Quran, Sebagai contoh di bawah ini :
    as-Saffat 037:096

    ‏37:96 والله خلقكم وماتعملون

    Transliteration WaAllahu khalaqakum wama taAAmaloona
    Literal And God created you and what you make/do ?

    Yusuf Ali "But Allah has created you and your handwork!"
    Pickthal When Allah hath created you and what ye make?
    Arberry and God created you and what you make?'
    Shakir And Allah has created you and what you make.
    Sarwar even though God created both you and that which you have made?"
    Khalifa "When GOD has created you, and everything you make!"
    Hilali/Khan "While Allah has created you and what you make!"
    Malik when Allah is the One Who created you and that which you have made?[96]
    QXP When Allah has created you and your handicraft?
    Maulana Ali And Allah has created you and what you make.
    Free Minds "While God has created you, and all that you make!"

    George Sale Whereas God hath created you, and also that which ye make.
    JM Rodwell When God hath created you, and that ye make?"

    Asad the while it is God who has created you and all your handiwork?"

    Salam terkasih.

    Guru agama tadika,

    ReplyDelete
  15. Salam Cata.
    Kalau saudara faham apa yang saya tulis di atas, saya menjelaskan bahawa fahaman adalah tersendiri, tak ada yang betul atau yang salah bagi saya Bagaimana seseorang tu nak fahamkan, adalah pilihan yang dia rasakan sesuai utk dirinya dan persekitarannya. Mungkin boleh juga saya katakan penyesuaian seseorang dengan persekitaran yang dialaminya. Dan lagi, saya ada menulis bahawa apa pun terjemahan/tafsiran adalah dari keterbatasan(terhad) pemikiran kita.

    Jadi, kalau saudara mahu yang PASTI, tanyalah diri sendiri, apakah pilhan yang pasti sesuai buat saudara.

    Saudara boleh juga memberi sumbangan di sin dengan membawakan tafsiran2 saudara sendiri yagn saudara yakini benar.

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Maksud ayat as-Saffat 037:096 tuh segala tindakan kita berada dlm sunnah Allah... sunnah Allah berlaku tetapi diatas tindakan kita... ingat juga Allah tidak menzalimi hamba2-Nya, tetapi hamba2-Nya lah yg menzalimi diri sendiri... berbalik kpd isu poligami... nampaknya tipah tertipu lagi... he-he-he...

    ReplyDelete
  17. Q37:96 "Dan Allah mencipta kamu dan apa2 yang kamu lakukan"

    Saudara Cata bertanya "Bagaimana tatacara mencari penterjemah yg PASTI dari Quran, Sebagai contoh di bawah ini :as-Saffat 037:096"

    Pemahaman Puteri dari ayat 37:96 tu ialah tiada satu terjemahan yang PASTI untuk semua manusia. Sesiapa yang membaca sesatu ayat Quran, lantas berserah kpd ALLAH dengan sejujur danikhlasnya untuk memahamkannya, maka dapatan yang berbeza adalah sesuai untuk sipenerima, kerana ayat itu menyatakan bahawa Allah menciptakan kamu (setiap individu) dan apa jua yang dilakukan.

    Ciptaan yang berbeza sudah pasti dapatan serta kelakuan juga berbeza.

    ReplyDelete
  18. Memandangkan capaian carian "pengurusan harta anaka yatim agak menggalakkan pada artikel ini, maka Puteri membuat keputusan untuk membuat ringksan dari fahaman Puteri pada ayat tersebut di atas.
    Pengurusan harta anak yatim
    1. Diuruskan oleh pemegang amanah – lelaki atau perempuan
    2. Boleh diuruskan oleh individu atau berkumpulan
    3. Mestilah dilakukan oleh orang yang ada ilmu pengurusan harta
    4. Jika pengurusan berkumpulan diragui akan ketelusan/keadilannya, maka biarlah seorang sahaja.
    5. Pengurus harta boleh mengambil upahnya pada kadar yang patut sahaja.
    6. Dilarang menyerahkan pengurusan harta kepada orang yang tidak ada ilmu berkaitannya.
    7. Pengurus harta perlu :
    a. Memberi perbelanjaan secukupnya
    b. Memberi pakaian secukupnya
    c. Berkata dengan ucapan yang baik terhadap anak-anak yatim
    d. Menguji tahap kematangan anak-anak yatim dalam menguruskan harta peninggalan mereka. Kalau lulus, serahkanlah harta mereka untuk mereka uruskan sendiri dengan membawa seseorang sebagai saksi penyerahan.

    ReplyDelete
  19. kita banyak dengar keburukan poligami yang bilangannya tu hanya sedikit sahaja, tetapi keluarga poligami yg berjaya byk kite x dgr padahal byk yg bahagia.. usah didebatkan lagi, bagi yang berniat baik, akan baik jadinya..

    ReplyDelete