Thursday, January 14, 2010

Poligami lagi....

14 Januari 2010

December 2009 lalu sorang lagi sahabat saya datang mengadu kisah suami nak berpoligami. Aduss.... lagi lagi ini ... apa tak ada cerita lain buatan lelaki pada wanita? Kelihatan sahabat saya tu, masih bengkak matanya masa menceritakan pada saya akan nasibnya. Saya mendengar penuh teliti dan mencatit beberapa baris insiden agar dapat saya pertimbangkan kembali senario keseluruhannya.

Saya menyeru wanita di luar sana, janganlah terus mendodoi air mata. Rintihan2 kalian saya dengari sayu, menyentuh kalbu... Tapi kalian mesti gagah untuk bangkit semula. Alami peristiwa itu sebagai satu perjalanan hidup. Bersyahadat setiap detik dengan "aku tidak bergantung hidup selain kepada ALLAH". Jadi siapa suami yang kalian tangisi itu? Tuhan kalian ke? Mahu dipoligami, janganlah merintih dan mengeluh.. terima aje pilihan kalian itu.. Jika merasa tak adil, HIDUPkan lah diri kalian!!!! ISLAM itu ADIL!!!

Semalam saya berjumpa sorang lagi teman yang baru diceraikan suami lebih kurang setahun lalu. ADUSSS..... lagi lagi ini...

Kenapa la korang ni???? Kalau nak mengadu pada aku.. AYUHLAH TEGAS... jangan macam ABU ATAS TUNGGUL!!!! Ketahui lah hak korang seadil2nya... Jangan LEMAH sahabat2 ku..

Tulisan kaitan poligami juga boleh dibaca di sini :
http://puteriayu74.blogspot.com/2010/01/pengurusan-harta-anak-yatim.html

2 comments:

  1. Salam,

    Puteri ada blog yg jauh berbeza dari mainstream

    http://tolokminda.wordpress.com

    Tafsir al-Quran disitu lain dari yg lain...

    ReplyDelete
  2. Tksh Jebon. Akan sy manafaatkan sebaik mungkin. Sy akan update tulisan sy berkaitan poligami di atas. Jika berminat, bolehlah kembali dan membacanya semula dengan penambahan baru kelak.

    ReplyDelete