Sunday, January 2, 2011

TAKUT

2 JAN 2011


Kalau kita amati balik diri kita, mengamati diri kita dengan sejujurnya, kita akan dapati selama bertahun-tahun kita banyak ketakutan. Takut pada pada yang kita tahu dan yang kita tak tahu. Kita takut pada kematian, takut pada apa akan jadi sekejap lagi, esok dan seterusnya. Malah, dalam agama juga kita banyak ditakut-takutkan dengan berbagai-bagai ketakutan. Ketakutan-ketakutan inilah yang telah mendorong manusia mencipta konsep teologi, mencipta falsafah, sebagai lorong pelepasan dari realiti sebenar, kerana tak mau melihat realiti. Jadi, sedar tak yang kita hidup begitu lama dalam khayalan? Kita menolak untuk melihat realiti dengan mengalaskannya dengan konsep-konsep, falsafah-falsafah. Kita takut menghadapi realiti?

Lihat balik cara masyarakat mendidik anak-anak. Terlalu banyak yang dimulakan dengan ketakutan. Maka anak-anak membesar menjadi manusia yang serba serbi takut. Gerak geri, tindakan-tindakan, budaya, tradisi.. semua tu sarat dengan ketakutan. Sehinggakan ada anak yang takut untuk angkat tangan dalam kelas untuk bertanya, kerana takut dikatakan "soalan bodoh", "sesat" dll.

Budaya takut yang tertanam dalam diri kita sekian lama, membuat kita membesar menjadi manusia yang sentiasa takut, takut untuk mengubah dan takut akan perubahan. Justeru, ramai sekali yang mengambil keputusan untuk kekal berada di zon selesanya.

7 comments:

  1. Salam Puteri,

    Kekal dalam zon takut, bukan zon selesa.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Mereka rasa selesa untuk seketika sementara bayangan ketakutan itu tidak menjelma.

    Belajar menerima kenyataan atau hakikat walaupun pahit, dapat meredakan ketakutan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Puteri said...

    O ye... terimakasih meng'highlight' itu. Ye.. yang Puteri maksudkan ialah kekal dalam zon takut itu, yang juga zon selesa mereka. Ini bermakna, zon selesa mereka ialah hidup penuh ketakutan.

    Kenapa Puteri katakan begitu? kerana untuk melihat realiti dan berhadapan dengannya, bukanlah satu zon yang selesa. Kita mungkin berhadapan dengan sindiran-sindiran sinis, dengan tentangan-tentangan, juga kepahitan-kepahitan yang ada di dalamnya (kerana melawan arus), yang bukan suatu keselesaan... tapi, bagi yang mahu menempuhinya dengan jujur dan berani, akan keluar dari keperitan itu dengan cukup terhormat kerana suatu beban yang cukup besar yang selama ini kita dokong, telah pun berjaya kita lenyapkan dari diri kita.

    Kemudian, kita hidup tanpa takut lagi, kita hidup dengan merasai satu tenaga baru dalam diri. Di mana tiada ketakutan, kita bebas. Maka, kemudiannya, segala apa yang kita lakukan bukan lagi KERANA apa2 yang di luar diri kita, bukan lagi kerana takutkan dosa, bukan lagi kerana takut kan Allah, bukan lagi kerana takutkan azab kubur, neraka dll, tapi.... setiap perbuatan bertukar menjadi perbuatan seikhlas hati, kerana "AKU MAHU" sahaja

    ReplyDelete
  4. Ramai juga yang TAKUT membaca QURAN kerana katanya TAKUT sesat kalau tanpa guru mursyid...

    ReplyDelete
  5. Salam Puteri,

    Walhal yang mereka sangka "guru mursyid" itulah yang akan menipu mereka daripada memahami mesej-mesej sebenar Al Quran.

    Setiap penganut agama ada "guru mursyid" mereka masing-masing yang mereka percaya golongan itulah yang akan memimpin mereka ke jalan yang benar. Sehinggakan bila disuruh sujud kepada matahari, bulan, patung atau batu pun mereka sangka itulah yang Allah suruh.

    ReplyDelete
  6. Mungkin tak, tnpa disedari, itu juga bertuhankan 'guru mursyid'?

    ReplyDelete
  7. salam semua,

    saya rangkumkan semua pandangan/pendapat di sini dan mengajak bagaimana mendapatkan kebenaran mutlak dalam beriman pada Allah dan kitabnya?

    salam
    JP

    ReplyDelete