Friday, December 24, 2010

Apakah ini satu keadilan menurut Islam?

24 hb Disember 2010

Apakah ini satu keadilan menurut Islam?

Kes 1:
Dalam satu kes di Kuala Terengganu iaitu kes Kalthum binti Muda lawan Nazir Baitulmal Kuala Terengganu (1362), baitulmal tetap mewarisi walaupun dalam keadaan waris adalah miskin dan boleh menyebabkan harta keluarga menjadi berkurangan. Dalam kes ini, pemohon adalah isteri si mati dan merupakan waris tunggal yang hanya mewarisi sebanyak satu perempat daripada bahagian pusaka dan tiga perempat baki diserahkan kepada baitulmal. Oleh kerana kesusahan hidup, waris telah menuntut supaya baitulmal menghalalkan bahagian tiga perempat tersebut dan diserahkan kepada beliau sebagai waris yang berhak untuk mewarisi keseluruhan pusaka suaminya. Pewarisan oleh baitulmal boleh menyebabkan pemohon tidak boleh meneruskan perniagaan yang diusahakan sebelum ini akibat kehilangan sebahagian besar modal perniagaan.

Kes 2:
Dalam kes  Encik Alias bin Embong (2004) Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu telah menolak pemberian pusaka kepada dhu arham walaupun dalam kes ini dhu arham adalah waris tunggal si mati. Justeru, mahkamah memutuskan dengan mengambil pandangan Mazhab Syafi‘i di mana baitulmal akan mewarisi kesemua harta pusaka tanpa waris atas alasan baitulmal di Malaysia adalah berfungsi dengan baik di bawah pengurusan yang teratur. Di samping tiada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memberikan pusaka kepada dhu arham yang merupakan sandaran kepada pandangan Mazhab Hanafi.

Kes 3:
Dalam kes Che Som bt. Ismail (1999) apabila diputuskan semua harta si mati diwarisi oleh baitulmal sebagaimana  pandangan Mazhab Syafi‘i dan waris dhu arham tidak menerima pusaka. Dalam kes ini, bapa saudara si mati yang masih hidup tidak diberikan pusaka kerana diselangi oleh ibu si mati yang telah meninggal dunia lebih dahulu (dhu arham).
(Bayangkan kalau bapa saudara tu sedang sakit buah pinggang perlu dialisis 3 kali seminggu, apakah Baitulmal akan memberi bantuan kepada bapa saudara itu selain mengambil harta yang BOLEH diwarisi daripada simati?)

Kes 4:
Ddalam kes Chik bt. Jusoh (2002)apabila si mati meninggal dunia tanpa waris, semua hartanya diserahkan kepada baitulmal. Akibat tiada wasiat dilakukan maka anak angkat si mati tidak mendapat apa-apa bahagian meskipun anak angkat itu djagainya dari kecil dan menjagainya ketika tua dan sakit. (Dimanakah peri kemanusiaan kehakiman Islam Malaysia)?

7 comments:

  1. Salam Puteri,

    Kalau yang diberi hak kepada harta simati itu tidak terdapat dalam senarai yang dinyatakan di dalam Quran maka mereka telah melakukan kesalahan dan kezaliman.

    ReplyDelete
  2. salam Tolokminda,

    bagaimana baitulmal?

    ReplyDelete
  3. Salam Puteri,

    Baitulmal masuk dalam list ke?

    4:11 God directs you regarding the inheritance of your children: To the male shall be as that given to two females. If they are women, more than two, then they will have two thirds of what is inherited. And if she is only one, then she will have one half. And to his parents, each one of them shall have one sixth of what is inherited, if he has a child. If he has no child and his parents are the heirs, then to his mother is one third; if he has siblings then to his mother is one sixth. All after a will is carried through or a debt. Your parents and your children, you do not know which are closer to you in benefit, a directive from God, for God is Knowledgeable, Wise.

    4:12 And for you is half of what your wives leave behind if they have no child; but if they have a child then to you is one quarter of what they leave behind. All after a will is carried through or a debt. And to them is one quarter of what you leave behind if you have no child; but if you have a child then to them is one eighth of what you leave behind. All after a will is carried through or a debt. And if a man or a woman who is inheriting has no descendants, but has a brother or a sister, then to each one of them is one sixth, but if they are more than this then they are to share in one third. All after a will is carried through or a debt, which does not cause harm. A directive from God, and God is Knowledgeable, Compassionate.

    ReplyDelete
  4. Aha... kalau gitu, dari mana datangnya dalil untuk bahagian BaitulMal dalam hak warisan?

    ReplyDelete
  5. Salam Puteri,

    Cuba tanya ustaz. Kalau tak silap saya di TV9 ada rancangan Tanyalah Ustaz :P

    ReplyDelete
  6. Saya telah pergi ke blog tuan :
    http://tolokminda.wordpress.com/2011/01/05/yang-manakah-wajar-kita-percaya-hadis-tuhan-atau-hadis-sipolan/

    dan saya dapat ilmu darinya. Tkasih tuan Tolokminda.

    Jadi masalahnya sekarang ialah bagaimana nak membuka "lapek" yang menyelubungi konsep/fahaman pihak penguasa mahkamah syariah yang berkuasa di Malaysia hari ini, agar keadilan benar-benar dapat diapplikasikan kepada MANUSIA?

    ReplyDelete
  7. Salam Cik puan Puteri, boleh saya dapat sumber kes dari mana? terima kasih

    ReplyDelete