Sunday, January 16, 2011

SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI

16 JAN 2011

Kita seringkali diperdengarkan dengan sebuah hadis "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami", di merata-rata ceramah agama samada oleh para ustaz ataupun ustazah, penceramah bebas, para tok imam, tok kadi, mufti-mufti , profesor agama dan lain-lain jenama mereka dalam menyampaikan dakwah.

Setiap kali hadis itu diperdengarkan, akan merasa rendah diri setiap wanita pada lelaki dan akan merasa rendahnya darjat mereka berbanding lelaki yang bergelar suami. Sang suami yang mendengar hadis itu pula, akan kembang diri, tinggi diri, kembang lubang hidung sebab lega bernafas, kembang berbagai benda lagi yang boleh dikembangkan untuk merasa lega.

Justeru, sekembalinya wanita-wanita ini dari ceramah agama, mereka diselubungi misteri dan insaf, dengan penuh rasa takut jika kelak tak akan masuk syurga di akhirat kerana takut menjadi derhaka pada sang suami hari ini. Mereka berazam mengubah diri untuk menjadi isteri yang solehah, isteri yang taat, isteri yang tak derhaka, demi suatu ganjaran di akhirat kelak yang dijanjikan sebagaimana hadis tersebut.

Namun persoalan yang masih lagi bergelojak dalam benak hati saya ialah kenapa masih lagi berlaku perselisihan besar yang sehingga menzalimi fizikal wanita, menganiaya mental dan emosi para isteri, yang akhirnya membuat sang isteri "derhaka" juga pada suami bila membela dirinya? Asal bela diri dikatakan derhaka sebab melawan suami. Suami membentak-bentak, menghedik-herdik si isteri, tapi isteri mesti diam aje, jika tidak mau derhaka pada suami. Pokoknya, isteri tak ada modal nak cakap pada suami sebab tak ada hadis yang mengatakan syurga suami bawah tapak kaki isteri.  Maka keganasan rumahtangga terus berlaku sampai hari ini meskipun isteri dah berusaha sedaya mungkin untuk mematuhi hadis tersebut.


Dalam adegan-adegan begini, sang suami akan bertukar jadi pakar hadis, maka keluarlah hadis suami seperti berikut  "awak tau tak, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Awak nak jadi dehaka, tak masuk syurga?", untuk menginsafkan kembali si isteri. Jadi, kayu pemukul yang digunakan untuk memukul isteri tak boleh digunakan untuk memukul balas suami, sebab nanti tak masuk syurga. Suami tendang isteri boleh, tapi isteri tak boleh tendang suami nanti tak masuk syurga. Suami lempang isteri boleh, tapi isteri tak boleh lempang suami nanti tak masuk syurga.


Apa yang Puteri ingin bincangkan di sini ialah, apakah benar maksud hadis itu sebagaimana yang difahami oleh ramai penganut islam hari ni dalam arus perdana? Jika benarlah fahamannya begitu, kenapa ia masih tak memberi manafaat dalam kerukunan rumahtangga? Bukankah pesanan yang benar mendatangkan kebaikan? Apakah benar hadis itu ditujukan kepada para isteri secara khususnya?


Bagaimana jika Puteri katakan, hadis itu sebenarnya adalah peringatan kepada kaum lelaki yang bergelar suami. Mungkin para penceramah tersilap menghantar mesej hadis tersebut. Mungkin mereka membaca hadis itu secara terburu-buru dan menghantar mesej yang salah kepada umum. Atau mereka malas berfikir justeru menurut membabi buta kata-kata tok guru mereka yang mengantuk dalam kelas masa guru mengajar, dan hasilnya mereka menyampaikan mesej yang salah dari satu genarasi ke generasi seterusnya. Mungkin tak itu semua boleh berlaku? Atau apakah anda akan mengatakan mereka ni semua adalah penyampai yang maksum yang tak boleh silap dalam menyampaikan atau tak boleh lalai dalam kelas? Lantaran itu, segulung ijazah mereka sudah cukup untuk mengiktiraf bahawa setiap mesej yang mereka sampaikan adalah BENAR, tanpa perlu kita cross-check sebab kita tak ada segulung ijazah yang setaraf dengan mereka. Yang demikian, bagi hadis yang tersebut di atas itu, sebalik ianya sesuai untuk para suami, ianya ditekan tubikan kepada para isteri agar mereka terus hidup dalam ketakutan.

Bagaimana agaknya respon balas anda jika Puteri kata ianya adalah hadis peringatan kepada para suami dan bukan untuk para isetri sebagaimana yang biasa mereka katakan?...Mari kita bincangkannya....

Hadis : "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami"


Sebaik seorang wanita itu berkahwin, wanita yang dulunya hidup di bawah kasih sayang ibu dan bapanya sejak kecil, kini hidup dengan seorang asing yang hanya dikenali hati budinya beberapa tahun kebelakangan sahaja, dan ada juga yang hnya beberapa bulan. Ini cukup merisikokannya jika suami itu tidak dapat mengasihinya sepertimana ibu dan bapanya. 

Yang demikian, Puteri lebih cenderung mempercayai bahawa hadis itu ditujukan kepada para lelaki, sebagai peringatan kepada para suami, bahawa syurga wanita ini, yang kau kahwini ini, yang dulunya syurga buatnya adalah hidup dalam gelumang kasih sayang  ibubapanya, ....kini.... syurga baginya adalah dalam tanggungjawabmu sebagai suami. Jika suami kaki tendang terajang,  herdik tengking, dan penuh dengan makian, sudah tentu tiada syurga buat isteri, bukan syurga yang dini'mati dalam alam rumahtangganya itu.... Sebaliknya, jika suami yang penuh bertanggungjawab, penuh kasih sayang, sudah tentulah syurga, yang dinikmati isteri, dalam melayari hidup bersama suami.. Puteri percaya, tidak ada seorang wanita pun yang mahu keluar dari syurga kehidupan bersama ibubapanya kecuali dia percaya dan yakin bahawa kehidupan  barunya, bersama lelaki yang bergelar suami itu, adalah lebih kasih sayang dari yang dialaminya sekarang. Yang demikian, kita seringkali mendengar janji-janji yang diluahkan oleh sang lelaki yang  bakal bergelar suami, seperti " saya bejanji mahu membahagiakan awak", "saya cintakan awak" dan lain2. Kesemuanya, adalah janji "syurga" buat wanita itu. Begitu juga, tiada ibubapa yang mahu melihat anaknya derita, namun kerana kasihnya pada si anak yang percaya bahawa dia akan meni'mati syurga dalam kehidupan baru bersama suami, maka ibubapa dengan sepenuh kasihsayangnya, menyerahkan anak yang dikasihinya itu kepada sang suami, demi syurga yang diidamkan anaknya.


Lantaran itu, Puteri percaya, hadis itu adalah pesanan moral bagi para lelaki sebagai peringatan akan tanggungjawabnya membahagiakan isteri yang kau ambilnya dari lubuk kasihsayang ibubapanya untuk meni'mati syurga dibawah jagaanmu.

Para suami/lelaki atau sesiapa aje yang membaca hujahan Puteri ini, tak perlu merasa terancam dan melenting sebaik membaca hujahan ini, sebab Puteri menyarankan agar para suami lebih bertanggungjawab pada isteri. Tak kan tak suka? 

Seorang suami tak perlu meminta-minta/memaksa isteri menghormatinya, tapi jika suami adalah orang yang cukup bertanggungjwab, dengan sendirinya isteri akan taat, setia dan hormat kepadanya. 


Dapat ke anda melihat mesej ini dalam hadis tersebut?



**nota:

Sudilah kiranya meneruskan pembacaan pada komen-komen di bawah kerana terdapat hujah-hujah menarik untuk difikirkan dari peserta.


sudi-sudilah juga lanjutkan pembacaan anda ke sini:
http://puteriayu74.blogspot.com/2011/08/persaingan-atau-tanggungjawab.html

129 comments:

  1. Salam,

    Itulah sebabnya saya sekarang tidak suka menurut membuta-tuli sesuatu riwayat hadis. Saya lebih suka cross-check dengan Al Quran dahulu.

    Kalau kita baca Al Quran, tidak wujud konsep "syurga di bawah tapak kaki suami". Buktinya, kisah isteri Firaun yang tidak percaya kepada "ketuhanan" Firaun itu tetap dibalas dengan kebaikan oleh Allah.

    Di sini kita lihat, penentuan isteri masuk syurga bukannya pada ketaatan membuta-tuli pada suami. Jika suami itu seorang yang tidak menyekutukan Allah, dan menyampaikan ayat-ayat Allah sebagai pedoman hidup, barulah logik si isteri yang engkar tidak layak masuk syurga (sebab isteri itu sebenarnya engkar pada ayat-ayat Allah).

    Dan jika si isteri itu mengkhianati amanahnya sebagai seorang isteri walhal masa nak kahwin dulu beria-ia benar nak pikul tanggungjawab itu, maka memang logiklah tidak layak masuk syurga.

    Tetapi kalau suami itu yang menyekutukan Allah dengan menjadikan pembesar-pembesar agama lebih ditakuti daripada Allah serta mengkhianati amanah sebagai suami, secara logiknya suami itu yang tak layak masuk syurga.

    Maka jika kita menilai berasaskan Al Quran, baik lelaki mahupun wanita, sama-sama ada potensi untuk masuk syurga tanpa mana-mana pihak diletakkan di bawah tapak kaki sesiapa. Begitu juga si suami atau si isteri itu berpotensi masuk neraka gara-gara perbuatan buruk mereka sendiri.

    Islam itu suatu yang saksama, bukannya bias pada mana-mana gender. Tetapi sedikit sekali orang yang mengaku Islam menyedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hampir serupa. Jarang kita jumpa orang macam kita kat malaysia. mereka terlalu suka follow hadith tanpa usul periksa dari AlQuran dan logik akal. Dalam AlQuran ada cakap...kalau kita follow majoriti kita akan sesat. lantaklah setinggi manapun darjat sesuatu ulama itu, tapi ulama tetap manusia dan punya kelemahan...sebab itu wajib kita double check dulu setiap fakta yang kita terima da jangan follow membabi buta.

      Delete
    2. Jgn bercakap pandai. Allah turun kan Al-quran dan Hadis utk dijadikan panduan dlm kehidupan harian. Mmg la dlm alquran xde ckp 'syurga dibawah tapak kaki suami' . beza alquran dan hadis, Al-quran adalah kalam allah yg diwahyukan kepada nabi muhammad saw (setiap lafaz adalah ayat2 alquran) hadis manakala merupakan kata-kata, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW bagi menerangkan,atau memperincikan apa yang didatangkan oleh Al- Quran. Korg paham ke dlm alquran ape yg tersirat atau tsurat? Jgn jd angkuh dgn kebodohan sendiri.. jgn pertikaikan hadis.

      Delete
    3. so ape beza 'syurga dibawah tapak kaki ibu'?
      ini xsilap sy perumpamaan. kite kene taat kepada ibu dan suami sbb utk dapat keberkatan dlm khidupan. nabi muhammad saw pon dah pesan kepada sahabat2 dan sahabat beliau dah smpai kn melalui pelbagai riwayat. so pada pendapat sy puteri salah tafsir. hidup ni xde keberkatan xguna. so nk cari kberkatan jgn la derhaka pada ibu dan suami walau ape pon perangai suami bersabar la.. kalo agak2 dah xsabar berbincang cr baik. mahkamah syariah byk.. jgn menghasut org supaya xmenghormati kaum suami. pk sblom bcakap tuh puteri.

      Delete
    4. kalo x follow ulama nk follow sape.. sbb itu la iman kene kuat supaya x sesat. cakap mcm org bodoh..

      Delete
    5. Ye, sila taat suami walau ape pon perangai suami kata Encik Anonymous yang menulis pada April 23, 2013 at 4:29PM.. sampai jadi begini...
      http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130518/je_09/Wanita-mati-dipercayai-dipukul-suami

      Delete
    6. kesian, menulis ikut nafsu. puteri nafsu?

      Delete
    7. Maksud taat suami tu perkara yang memberikan kebaikan.Sebagai contoh kalau suami kata kita berhari raya dirumah ibu bapanya patut kena ikut atau pujuklah suami cara baik.Kalau suami memukul kita, kita adukan ke pehak berkuasa agama Islam.Kenapa kita terus memberontak dan melawan.Seolah2 disini kaum HAWA mahukan kuasa antara lelaki dan perempuan tu samarata.Kita jangan ingat lelaki saja kejam pada isteri pun banya juga kejam pada suami.Contonya setiap bulan gaji suami kena pada isteri.Isteri guna kereta suami guna basikal.Perkara ini tak pun kaum ADAM kecohkan sangat.Janganlah terlalu emosi hanya kerana kuasa tu terletak ditangan suami.Itu kuasa yang Maha Esa.Allah dan berikan tanggungjawab yang adil kepada hambaNya.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Janji akan suatu ganjaran di sana, di akhirat kelak, telah membuat manusia leka dan banyak berkhayal dari berrealiti. Saya lebih suka melihat kepada, apa adanya sekarang, pada realiti kehidupan itu sendiri. Kalau dalam konteks syurga neraka sebagaimana yang Juang nyataka.. betullah tu.

    Apa yang saya cuba sampaikan ialah.. marilah lihat pada realiti kehidupan yang kita hidupi hari ini dan sesuatu pesanan yang ditinggalkan Rasulullah itu (Quran dan hadis-sebagaimana amanat dalam Quran), adalah untuk bimbingan kehidupan, bukan utk bimbingan kematian.

    Jadi, dapatkah Juang lihat kesahihan hadis itu dalam konteks yang Puteri nyatakan dalam artikel? Bukan dalam konteks yang sebagaimana diwar-warkan ramai?

    ReplyDelete
  3. salam puteri,

    Saya membacanya dgn empati mutlak dan bukan bersimapati adanya.

    Jelas lagi sekira idelogy luaran diri dikaitkan maka sebedemikian pasti terjadi!

    Terlalau banyak kaitan sandaran firman/hadis oleh si pengemar amalan arus-perdana.

    Mari kita fikirkan bersama bagaimana amalan yg benar mutlak?

    salam
    JP

    ReplyDelete
  4. Salam


    Syurga & neraka boleh difahamkan

    Bahagia atau derita...


    "Syurga dibawah tapak kaki suami"

    Atau, boleh jadi...

    "Neraka dibawah tapak kaki suami"


    Kalau dapat suami macam sipolan tuh

    Syurgalah bagi si isteri tuh.. ditelapak kaki suami...

    Atau, boleh jadi...

    Kalau dapat suami macam sipolan tuh

    Nerakalah bagi si isteri tuh.. ditelapak kaki suami...


    Bergantung siapa suami si wanita tuh...

    ReplyDelete
  5. Nampakny, Jebon dapat tangkap maksud Puteri.

    ReplyDelete
  6. Perkara yg puteri maksudkan tuh dah lama ada dlm kepala sy, ianya jarang atau mungkin tiada orang agama yg memperkatakannya...

    Salam

    ReplyDelete
  7. Biar pun dah lama, pelan-pelan kita keluarkan satu persatu, macam Quran yang diturunkan berperingkat-peringkat.. ye tak?

    ReplyDelete
  8. salam puteri dan semuanya,

    sya telah membaca beberapa artikel puteri dan respon dari para respon, snagat baik dan tertaik minda saya.

    Apakah akan menjadi keberatan sekiranya puteru telah bersuami dan berkongsi cara puteri sebagai isteri?

    Saya mohon maaf in-advance sekiranya melanggar perundngan tatasusila peribadi puteri?

    salam
    JP

    ReplyDelete
  9. Salam saudara JP yang sangat saya hormati.

    Terimakasih kerana berminat turut serta dalam blog Puteri yang tak seberapa ini.

    Puteri suka mengalirkan pendapat-pendapat Puteri berkaitan kehidupan secara umum, melalui blog ini dan juga dalam beberapa blog lain sebagai peserta perbincangan.

    Pertama sekali, tulisan Puteri di mana-mana pun, bukan bertujuan membangga diri, menunjuk kehebatan diri, jauh sekali jika disangkakan pendakwah bebas. Sebaliknya luahan Puteri melalui penulisan, adalah untuk mencari penyelesaian kepada berbagai permasalahan yang Puteri dan sahabat-sahabat Puteri hadapi dalam hidup.

    Puteri sesekali tidak berhasrat untuk menjadikan sesiapa, melalui blog ini, idola masyarakat ataupun bantal tumbuk masyarakat.

    Jadi, Puteri tak nampak keperluan untuk memaparkan cerita peribadi seseorang untuk dijadikan contoh, meskipun ianya cerita peribadi Puteri sendiri. Jika ada pun penulisan Puteri sebelum ini yang menyentuh tentang individu, ianya adalah sentuhan secara umum tanpa mendedahkan siapa individu itu secara khusus. Mereka di blog lain mungkin banyak menceritakan peribadi Rasulullah untuk dijadikan contoh. Tuan boleh menuruti mereka di sana jika berminat akan cerita-cerita peribadi, juga di blog-blog artis dan selebriti, yang banyak menceritakan hal-hal peribadi.

    Samada Puteri belom bersuami, bersuami atau telah bersuami, bukanlah SEBAB penulisan-penulisan Puteri muncul tentang kehidupan wanita bergelar isteri. Kita semua boleh pelajari dari sejarah dan sejarah tak semestinya hanya sejarah peribadi kita.

    Tuan meminta perkongsian peribadi seseorang individu sebagai isteri. Tidakkah tuan terfikir, yang pendedahan demikian melibatkan bukan hanya peribadi si isteri?

    Cukuplah kita bercakap secara umum, akan realitinya kehidupan dan bukan menuju khusus utnuk sesiapa. Manakala sesiapa yang terkena batang hidung, Puteri tak berniat langsung mengenakan sesiapa secara khusus, yang demikian, maafkanlah Puteri jika ada yang berasa tersindir.

    Apa pun ia, tulisan-tulisan Puteri di blog ini, adalah untuk renungan kita bersama. Selamat berintelektual dengan fikiran terbuka. Jangan sempitkan fikiran dengan melihat penulisan ini sebagai khusus diri seseorang, tuan mungkin akan tersekat di situ.

    ReplyDelete
  10. Salam Puteri,

    80:34 Pada hari seorang lelaki melarikan diri dari adik beradiknya sendiri.
    80:35 Dan dari ibu dan bapanya.
    80:36 Dan dari isteri dan anak-anaknya.
    80:37 Setiap seorang dari mereka, pada hari itu, hanya mengambil tahu hal masing-masing.

    Nak harap syurga di bawah tapak kaki suami macamana kalau mereka sendiri pun lari meninggalkan semua orang dan ambil tahu hal mereka sendiri-sendiri saja? Itu menunjukkan hadis yang mengatakan syurga itu di bawah tapak kaki suami itu tidak benar. Yang benar adalah syurga itu milik Tuhan. Jadi abdikanlah diri kepadaNya dengan sepenuh komitmen. Pasti masing-masing boleh jadi isteri atau suami yang baik. Barulah boleh sembang pasal syurga.

    ReplyDelete
  11. Salam TM,
    Setuju dengan Ayat Quran surah 80 itu dan tkasih berkongsi di sini, ianya amat bermanafaat bagi renungan bersama untuk kehidupan.

    Bagaimana pun, kalau tuan melekat fahaman pada Quran tekstual dan melihat syurga itu sebagai satu ganjaran di sana kelak, memang sesuai dan logik lah apa yang tuan katakan tu. Sudah tentu gambaran dalam FIKIRAN tuan bahawa adanya satu tempat yang dinamakan syurga dan satu tempat lagi yang dinamakan neraka, dan bukan syurga aje milik Tuhan, neraka pun milik Tuhan juga. Itu cerita kematian. Dengan fahaman dan fikiran sebegitu, layaklah tuan menafikan hadis itu kerana kelekatan tuan pada ganjaran di akhirat kelak. Puteri tak nafikan ganjaran syurga dan neraka milik Tuhan tu. Itu hak DIA sebagaimana yang DIA janjikan dalam Quran.

    Dalam masa yang sama, dalam keadaan berusaha untuk tidak sewenang-wenangnya menyalahkan kebenaran orang lain, Puteri cuba melihat kebenaran yang ada dalam kata-kata mereka itu(contoh hadis tersebut di atas), dalam realiti kehidupan.

    Dalam merenung pada hadis itu, Puteri dapat melihat kebenaran kata-kata perawi itu. Yang salah ialah kefahaman orang lain pada bait-bait kata-kata hadis itu. Samada memang mereka tersalah faham atau sengaja membuat orang lain salah faham demi kepentigan mereka sendiri, mereka memutarbelit maksud murni hadis itu dan menyebarkannya pada orang lain yang mengakibatkan banyak kerosakan dalam masyarakat. Kerosakan-kerosakan seperti memburuk-burukkan perawi hadis ini dengan mengatakan dia pembohong, kerosakan seperti menganiaya isteri dengan menakut-nakutkan bahawa tak akan ada ganjaran syurga jika derhaka pada suami... dalam kedua-dua kes ini, kerosakan ialah kerana salah faham pada maksud hadis itu.

    Kalau kita cuba merenung kembali hadis tu tanpa prejudis dan dengan berlapang dada, kita akan dapat melihat maksud baiknya. Jadi, kerosakan seperti menuduh dan menakut-nakutkan itu, mungkin tidak berlaku.... mungkin la..

    Jangan lihat SIAPA yang berkata, tapi apa yang dikatakannya. Setuju atau tidak aje, bukan betul atau salah.

    ReplyDelete
  12. salam semua daN KHUSUS pUTERI YG SAYA HORMATI TANPA USULAN SESIAPA.

    Berkaitan soalan saya ke atas puteri adalah SEKIRANYA tidak melanggar perundangan peribadi puteri sahaja SEKIRANYA sebaliknya cuma diabaikan sahaja.

    Minda saya terterik dan menarik BAGAIMANA pemikiran puteri mampu memberikan keterangan yg sedemikian rtupa??

    Mari kita bersama terjemahkan dgn huraian masing2 kekata usulan saya ini "I cannot know the UKNOWN if to the KNOWN I cling".

    Semoga kita lihat bagaimana gagasan fikiran manusiawi dengan pantas mengaitkan sesuatu sebagai sandaran hujah.

    Saya berprinsip WAJIB mutlak menghormati pemikiran sesiapaun. Saya mengajak bebaskan pemikiran yg berbau "PEMEGGANG HUKUM or PEMILIK HUKUM".

    Saya sngat yakin Allah menciptakan Quran dengan sempurna dan memasukan dengan sempurna dalam JIWA semua insaniah yg hidup didunia juga kepada makhluk2 yg berlaianan jenis!!

    Sila beri komentar terbuka......

    Salam
    JP

    ReplyDelete
  13. Salam Puteri,

    Saya faham apa yang cuba puan tampilkan. Tapi di dalam Quran apa yang dimaksudkan syurga itu memang bukan bumi yang ada sekarang ini. Kecualilah kalau puan boleh membuktikan sebaliknya. Mengapa mahu berpening kepala memikirkan satu ungkapan belum tentu kebenaran sumbernya sedangkan Tuhan sendiri telah memberitahu dengan jelas kedudukan setiap orang manusia di sisiNya. Tidakkah tuan puteri percaya bahawa Tuhan telah memberi petunjuk yang terbaik supaya puan dapat hidup bahagia di dunia ini?

    ReplyDelete
  14. Salam TM,

    Tkasih pendapat yang sungguh memberangsangkan itu.

    Saya tidak menafikan bakal adanya satu tempat yang dinamakan "Syurga" sepertimana gambaran yang dinyatakan dalam Al-Quran tu.

    Kita juga biasa dengar ungkapan-ungkapan menarik seperti "rumahku syurgaku". Saya tak fikir tuan akan mengatakan, salah, bagi mereka yang mengungkap kata-kata demikian. Saya kira, tuan, saya dan majoriti manusia dlm dunia, yang faham Bahasa Melayu, akan mudah faham maksud ungkapan ringkas itu. Jadi, mengapa menafikan bahawa perkataan "syurga" dalam sesuatu ungkapan, boleh juga bermaksud kebahagiaan selain sebagaimana digambarkan Quran. Bukankah kita seringkali menggalakkan manusia berfikiran terbuka luas? Meskipun Puteri bukanlah pendokong kuat haids, namun, adalah tidak mustahil jika Nabi Muhammad pernah berkata begitu sebagaimana riwayat hadis. Sesiapa pun boleh menafikan riwayat yang di bawa oleh seseorang jika dia tak mau percaya. Tapi ianya kelihatan tidak adil jika kita menolaknya hanya kerana prejudis kita pada SIAPA yang membawanya. Begitu juga Puteri melihat, banyak pendapat TM yg baik dan menasabah dek akal logik, tapi oleh kerana ianya datang dari TM dan bukan ulama yang berjenama, mereka menolaknya. Tak adil kan?

    Tuan TM, Puteri bukan sekadar percaya yang Tuhan TELAH memberi petunjuk terbaik untuk kita menjalani kehidupan di dunia, malah Puteri juga percaya yang sehingga kini, Tuhan MASIH LAGI memberi petunjuk untuk kehidupan kita semua.

    Saya suka komen tuan yang membina itu.

    ReplyDelete
  15. salam semua,

    Dialog Puteri dan TM sangat menarik minda saya.

    Jelas terbukti dalam berintelektualisasi dalam mengaitkan Firman atau Hadis juga pendapat2 luaran diri sendiri adalah pasti berbeza.

    qURAN DENGAN KEMUTLAKAN YG BENAR TIDAK MAMPU DIGUGAT OLRH PEMIKIRAN MANUSIAWI.

    Yang mampu digugat adalah pemikiran manusia dlm mengaitkan dalil2 dri sumber yg tersebut.

    KEBENRAN TIdak staTIK!

    Dalam jiwa manusia telah SEMPURNA Quran diperuntukan! Tiada permaslahn...

    Sekarang saya mohon diberikan pendapat/pandangan dgn jitu "Äpakah kebenaran atau kesalahan yang perlu dibuktikan dalam kehidupan?"

    salam
    JP

    ReplyDelete
  16. Salam

    Sy pernah terfikirkan sebagaimana yg puteri katakan tuh, sy tidak ada prajudis dgn mana2 perawi hadis atau ulama dahulu, cuma ada masalah sedikit, iaitu orang tengah... seperti berikut...

    Anda ---> Pentafsir atau perawi hadis atau tafsir dgn hadis ----> Rasul/i.e al-Quran

    Anda & tafsiran anda ------> Rasul/i.e al-Quran

    Adakah melalui orang tengah tidak menjarakkan kita dengan al-Quran??

    P/S: Jika tidak ada hadis benda/maksud yg dikatakan hadis tuh sebenarnya boleh di-common sense-kan saja... itu sebabnya mereka yg menolak hadis boleh menjadi lebih terbuka pemikirannya, berbanding mereka yg berhadis...

    ReplyDelete
  17. salam puteri dan semua.

    Minda/emosi mendesak agar saya berkongsi pengalaman terkini.

    Sangat sesuai kalau saya andaikan artikel puteri berkaiatan suami/isteri di sini.

    Saya menulis ini secara sepontan yg memang selalau saya amalkan.

    Ceritanya begini : Seorang wanita berumur hampir 43 tahun kalau saya tak silap. Dia telah bernikah selama hampir 17 tahun. Sekarang mempunyai anak 5 orang. 3 perempuan dan 2 lelaki berumur 5tahun - 16 tahun.

    Dia mahu bertanya pendapat saya berkaitan masalah rumahtangga dia yg menyamai dgn artikel puteri tersebut di atas ini. Saya mendengar sahaja tanpa mencelah apa jaua semasa penerangan diberikan. Hampir sejam lamanya dia pun berhenti dan mahu saya komen dgn terbuka dan ikhlas.

    Saya memaklumkan fahaman saya ini sangat berbeza dari mainstream or kebanyakkan orang di sini or di mana2 daerah dalam dunia ini.

    Fahaman saya bersuami/isteri atas dasar pernikahan yg dipersetujui bersama alias ikatan-partnership.

    Bersuami/isteri bukan bermaksud menjadi PEMILIK/PENGUASA oleh si suami or isteri!

    Fahaman islam saya adalah HAK bersama utk hidup dalam dunia dgn perserujaun dgn ikatan-janji. Sekiranya didapati sesuai Alhamdulillah dan teruskan sahaja. jika sebalinya dibatalkan sahaja. Sebab islam sangat halus dan seni menyelamatkan semama manusai.

    Jadi anda berhak MEMILIH apalahn utk MAHU dan PERLU bersama walaupun telah mengalamai karenah suami selama hidup sebegai suami/isteri?

    Kalau anda berkata "saya tak kuasa bla bala.." Maka suami akan "berkuasa ke atas anda bla bla....".

    Terserah pd anda dengan hak anda kerana fahaman saya Islam sangat adil tidak menjadi si isteri sebegai PKERJA dalam rumahtangga......

    Wanita itu nampaknya bersemangat dan merasai minda/fahaman dia dirfresher dari perbualan kami yg singkat dan semudah sahaja.....

    Sekrang ni saya menerima panggilan dari kakaknya menuduh saya sebagai "pendesak adiknya bercerai..."aadduuss! Saya terkejut dan tersedar minda saya dan saya respon "terima kasih lah sangkaan anda sedemikian dan termudah. sekiranya rasa tak lega sila saya dipanggil utk kita berdialog shaja bukan berdebat....kaknya melatakan telepon".

    Saya suka sahaja bersharing di sini agar dapat komen yg membina supaya saya sedar diri memberikan pendpat apa jua perkara....

    Salam
    JP

    ReplyDelete
  18. Tok Jebon tulis :
    "Adakah melalui orang tengah tidak menjarakkan kita dengan al-Quran??"

    Jebon, Quran bagi Puteri tidak berjarak pun. Bacalah apa pun, dengarkanlah siapa pun, tidak menjarakkan Quran dari diri. Kalau dalam gambarajah yang jebon lakarkan tu, memang nampak berjarak. Samalah macam Pak Ustaz bagitau Puteri akan satu terjemahan ayat Quran, dan dia kata, "ini perintah Allah dan kalau awak menolak awak kafir/engkar". Puteri tanya, "ini terjemahan siapa?" Pak ustaz kata "ini terjemahan pakar tafsir dan bukan saya pandai-pandai". Pada Jebon, ada org tengah tak?

    Mungkin apa yang saudara JP cuba sampaikan perlu kita halusi, bila dia menulis "Jelas terbukti dalam berintelektualisasi dalam mengaitkan Firman atau Hadis juga pendapat2 luaran diri sendiri adalah pasti berbeza." dan "Saya sngat yakin Allah menciptakan Quran dengan sempurna dan memasukan dengan sempurna dalam JIWA semua insaniah yg hidup didunia juga kepada makhluk2 yg berlaianan jenis!! ...".

    Al-Quran tekstual yang ada sekarang ini, meskipun ianya masih kekal dalam bahasa ibunda Nabi Muhamad, kelihatan berbagai maksud yang berbeza bila diterjemahkan oleh pembacanya. Bukankah itu hasil Quran diri yang tidak berjarak?

    Jebon tulis:
    "P/S: Jika tidak ada hadis benda/maksud yg dikatakan hadis tuh sebenarnya boleh di-common sense-kan saja..."

    itu dia.... quran diri?

    ReplyDelete
  19. Salam Puteri dan Jebon juga semua bros/sis,

    Saya suka pengamatan yg berbeza di sini sebagai manusia yg berminda.

    Sila saya disharing pengalaman masing2 di sini ÄPAKAH itu KITAB Al-Quran yg hakiki?

    Saya suka mengamati dengan sedar akan gerak-geri minda berfungsi......

    Semoga saya menyedari diri dalam memahamkan agama islam dipersada bumi ini.

    Puteri. saya terkagum dan tak menyangka minda anda sedemikian rupa!

    I cannot know the uknown if to the KNOWN I cling.

    salam
    JP

    ReplyDelete
  20. Salam

    Puteri tulis...
    Pak ustaz kata "ini terjemahan pakar tafsir dan bukan saya pandai-pandai". Pada Jebon, ada org tengah tak?

    Sudah tentu ada orang tengah KALAU kita baca terjemahan tuh dan terima bulat2 apa yg orang lain terjemah dan tafsirkan dengan tanpa selidik lagi... ustaz tuh berkata benar tentang pakar tafsir yg menterjemahkan al-Quran, tetapi ustaz tuh tak ceritakan pulak tentang diantara pakar2 tafsir tuh pun berbeza terjemahan dan tafsiran...

    Puteri tulis...
    Mungkin apa yang saudara JP cuba sampaikan perlu kita halusi, bila dia menulis "Jelas terbukti dalam berintelektualisasi dalam mengaitkan Firman atau Hadis juga pendapat2 luaran diri sendiri adalah pasti berbeza." dan "Saya sngat yakin Allah menciptakan Quran dengan sempurna dan memasukan dengan sempurna dalam JIWA semua insaniah yg hidup didunia juga kepada makhluk2 yg berlaianan jenis!!

    Komen:
    Memang sy perasan tuh tetapi apakah signifikannya dengan iman yg kita akan putuskan utk kita berpegang??

    Puteri tulis..
    Al-Quran tekstual yang ada sekarang ini, meskipun ianya masih kekal dalam bahasa ibunda Nabi Muhamad, kelihatan berbagai maksud yang berbeza bila diterjemahkan oleh pembacanya. Bukankah itu hasil Quran diri yang tidak berjarak?

    Komen:
    Betollah tuh... masalahnya ramai yg terima bulat2 apa yg orang lain terjemahkan tanpa menyelidik lagi...

    Puteri tulis...
    itu dia.... quran diri?

    Komen:
    Entah tak tahu, cuma al-Quran tidak sebut yg syurga dibawah telapak kaki suami, so kalu takde hadis ianya boleh dicommon sense-kan saja...

    ReplyDelete
  21. Salam Puteri,

    Saya rasa tidak salah kalau pinjam perkataan syurga untuk menggambarkan satu suasana ideal dan membahagiakan yang kita usahakan di dunia ini. Misalnya, tidak ada salahnya ungkapan rumahku syurgaku.

    Tapi ungkapan "syurga isteri di bawah tapak kaki suami" merupakan ungkapan berbaur penghinaan kepada kaum isteri atau wanita. Saya yakin Nabi yang mulia tidak akan mengucapkan ungkapan seperti ini. Mengatakan Nabi mengucapkan sesuatu yang bersifat hina sebenarnya secara tidak langsung menghina Nabi juga.

    Ada banyak cara untuk memupuk hubungan baik di antara suami dan isteri - di dalam Al-Quran banyak petunjuk mengenainya. Mengapa harus pilih juga ungkapan yang tidak semenggah. Hanya kerana sipolan kata Nabi yang berkata begitu? Bagaimana kalau Nabi tidak kata?

    ReplyDelete
  22. Salam TM,

    Jika ungkapan itu dilihat dari perspektif yang tuan nyatakan itu, saya bersetuju, ia seperti satu penghinaan pada wanita, saya pasti merasa merasa marah jika gambaran itulah yang ditekantubikan pada mana-mana isteri. Malah saya melihatnya sebagai satu kunci penganiayan bagi suami kepada isteri yang sikit-sikit nak gunakan hadis itu untuk kononnya sedarkan isteri supaya takut pada suami. Nampaknya kita bersetuju jika ianya difahami dari sudut itu.

    Namun, ungkapan itu jika dilihat dari sudut yang lain, sebagaimana yang Puteri cuba sampaikan di atas, ia BOLEH JUGA dilihat sebagai satu peringatan keras kepada para lelaki yang bergelar suami. Jadi mengapa mereka harus sempitkan fahaman mereka pada ungkapan itu dari satu sudut sahaja justeru menekan wanita akibat fahaman sempit mereka itu?

    Nampaknya melalui perbincangan kita ni, kita sama-sama berjaya meluaskan perspektif penglihatan kita dalam menilai sesuatu ungkapan, khususnya seperti topik.

    Persoalan "Bagaimana jika Nabi tidak berkata demikian?" tidak akan timbul jika mereka tak mulakan dengan bersungguh-sungguh menggunakan hadis itu keatas wanita.

    Jadi, nampaknya kita dah boleh berhujah dengan mereka (yang seringkali menggunakan hadis itu untuk kepentingan diri mereka), samada dari kedua-dua perspektif itu atau pun hanya satu sudut sahaja yang kita mahu, jika mereka benar-benar percaya bahawa hadis itu dari Rasulullah.

    Setidak-tidaknya, wanita-wanita di luar sana yang membaca perbincangan kita ini(meskipun tidak turut serta dalam membincangkanya), mendapat manafaat dari perbincangan begini.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  23. Saya berpendapat selain kita semak al-quran, kita juga diminta menyemak hadis & ijmak ulama'...jangan ketepikan/tolak semua ini. Dalam banyak hal, ijmak ulama' digunakan sebagai panduan. Kerana, adakah kita lebih 'alim daripada ulama2 silam? dewasa ini ramai antara kita telah terpedaya / dikelirukan dengan ungkapan 'jangan ikut membabi buta kita harus mempersoalkan semua kenapa sesuatu itu diajukan/disuruh kita lakukan'

    ReplyDelete
  24. En Sam, bukan perkara siapa lebih alim yang kita bincangkan di sini. Segulung ijazah belum tentu dia lebih alim dari petani, penternak dan nelayan.

    Sudi-sudilah teliti setiap barisan ayat-ayat perbincangan, hayatinya dengan penuh kejujuran serta kerendahan hati dan lihatlah realiti kehidupan.

    Q7:179 : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

    ReplyDelete
  25. Salam Puteri yth dan juga bros/sis

    Saya meneliti kebanayakkan respon anda di sini.

    PEMIKIRAN ANDA SUNGGUH BERBEZA DARI YANG PERNAH SAYA TEMUI DI MANA2 CYBER DAN FORUM.

    bIASANYA SAYA MENEMUI FAHAMAN MANUSIA DENGAN SESUATU FAHAMAN YG MEREKA YAKINI. TAMSILNYA ; Syafiah plus ahli sunnah wal-jamaah, syiah, Quranic, wahabism, Qadiani dll.

    Saya mendapati mereka merujuk kitab Al-Quran tekstualism. Cuma ada yg berbeza mengambil maksud tu apakah tepat, samar atau makna yg berbagai2.

    Seperti contoh yg puteri paparkan mksud terjemahan Quran berkaitan "bunuh"itu. Tanggapan yg berbeza kelihatan jelas.

    Saya bertanya puteri berpeggang cara bagaimana utk mendapat KEBENARAN YG HAKIKI?

    Abaikan sahaja sekiranya permohonan ini melanggar perundangan peribadi anda.

    salam
    JP

    ReplyDelete
  26. JP, saya sendiri pun tak tahu yang mana kebenaran hakiki. Klu saudara tahu caranya, silalah kongsi. Saya hanya menulis menurut pengalaman dan perkongsian pengalaman sekeliling saya. Itulah realiti bagi saya. Kalau saya "terbang" ke zaman silam atau masa depan yang saya sendiri tak pernah alami, apakah itu realiti bagi anda?

    ReplyDelete
  27. Salam Jebon,

    Mungkin signifikannya ialah dalam beragama, kita perlu bercommon-sense (mcm yg Jebon tulis tuh) aje dalam setiap perkara yang kita hadapi, tak kiralah samada ianya disebut atau tak disebut dalam Quran.

    Jadi, jika ianya tak disebut dalam Quran bukanlah bermakna ianya terbatal atau tak boleh dipegang. Asalkan ianya boleh dicommon-sensekan, kita boleh berpegang dengannya, ye tak?

    Dalam blog Jebon, http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/02/kebangkitan-islam-itu-yang-bagaimana.html
    Puteri ada menyentuhnya sikit dan kelihatannya Juang ada menjawabnya dengan terbuka.

    ReplyDelete
  28. Puteri bawakan di sini sedutan perbincangan dari blog Jebon di bawah tajuk "Kebangkitan Islam itu yang bagaimana?? "

    Komen
    Puteri : Mungkin tak, kita sebenarnya boleh beriman dengan Allah meskipun tanpa Kitab Quran(tekstual), jika kita amalkan benar2 dan sungguh2 pengamatan dan penghayatan pada alam dengan sejujurnya? (December 20, 2010 11:09 AM )

    Juang :Salam,
    Sebenarnya Al Quran itu sebahagian daripada peraturan alamiah yang telah dicatatkan dan dijadikan pedoman kita.

    Maka kalau ada manusia yang tidak pernah sampai Al Quran kepadanya tetapi dia menggunakan pancaindera dan akalnya untuk mencari erti kehidupan, sebenarnya dia boleh mencapai keimanan macam para Nabi terdahulu capai. Tambahan pula sebelum dituliskan Al Quran pun sudah ramai manusia berjaya mencapai keimanan tersebut.

    Al Quran bukanlah kemestian untuk kita capai keimanan sebab ramai yang mengadap Al Quran pun (secara berlagu) tetapi bila dikemukakan sesuatu ayat Allah itu yang mudah mereka faham, mereka berpaling lari. (December 20, 2010 4:27 PM )

    Puteri: Jadi, tak salah kan kalau seseorang tu berkata "Tanpa Quran pun saya tetap beriman dengn ALLAH." dan juga "Saya tak bergantung pada sesuatu apa pun termasuk Quran, tapi hanya pada ALLAH" (December 21, 2010 12:23 AM )

    Juang : Ya, Puteri. Selagi dia tidak menolak kebenaran yang termaktub dalam Al Quran dan di mana jua, selagi itulah manusia terbukti beriman kepada Allah.

    Sebab itulah kita jangan main pukul rata mengatakan apa yang disampaikan oleh penganut agama lain semuanya salah. Kita kena pandai membezakan besar dan palsu tidak kira daripada mana ia datang. (December 21, 2010 8:17 AM)

    ReplyDelete
  29. salam Puteri juga bros/sis,

    Semacam telah terjawab soalan saya yg berkaitan "Apa itu Kitab Al-Quran yg Hakiki?"

    Telah saya assumed minda puteri ini memang sangat berbeza dan sejauh mana penerangan beliau adalah jitu.

    Saya ingin bertanya lagi dengan seikhlas hati "sebab-musabab manusia yg berbeza fahaman, mazhab,sector atau menyamainya mengaitkan ayat2 tekstualQuran sebagai sandaran, perlindungan, kekuatan hujah dsb.....kekadang sedar/tak sedar menjadi Pemilik Hukum!!?"

    Saya mohon Puteri dan sesiapa yg sudi dengan hormatanya..

    Salam
    JP

    ReplyDelete
  30. Salam JP.

    Puteri menulis sekadar apa yang ada dalam diri Puteri dan saudara boleh bersetuju atau tidak aje dengan pendapat Puteri jika didapati berbeza. Kita semua bukan Pemilik ilmu untuk mengukur hujah siapa yang jitu atau tak. Kalau kat sekolah dulu, memanglah kita dididik untuk suatu skema jawapan, dan guru selayak pemilik ilmu akan menanda jawapan kita dan menentukan jawapan siapakah yang jitu dan memberi pemarkahan berdasarkan suatu ukuran ilmu. Saya kira, dalam perbincangan sekolah universal macam yang kita lalui sekarang ni, tak perlulah ada antara kita mengukur-ukur demikian, selayaknya, siapakah guru dunia yang mengukur pendapat kita semua?

    Apa yang kita lakukan sekarang adalah bertukar-tukar maklumat diri untuk himpunan maklumat diri.

    Berkaitan pertanyaan saudara, mungkin manusia gemar mengaitkan petikan tekstual ayat Quran sebagai penguat hujah, sebab dia percaya akan pedoman Al-Quran itu adalah kitab petunjuk. Membawa petikan mana-mana ayat Quran untuk dikongsikan sebagai petunjuk, bukanlah bermakna dia PEMILIK HUKUM.

    Mungkin yang jadi masalah ialah bila dia marah orang lain tak ikut petunjuk ayat tu menurut fahaman yang dia yakini sahaja, dan menolak fahaman orang lain meskipun make-sense. Cuba JP teliti balik respon Puteri dan Jebon di atas tentang contoh Pak Ustaz tu. Ketika itu, ketika dia marah dan menghukum orang lain salah bila tak ikut petunjuk sesuatu ayat Quran sebagaimana yg dia fahami, ketika itulah dia berlagak seolah pemilik hukum.

    ReplyDelete
  31. Salam,

    Al Quran membezakan di antara nilai-nilai baik dan nilai-nilai buruk. Nilai-nilai baik ada pada para Nabi dan nilai-nilai buruk ada pada orang-orang yang mendustakan.

    Oleh kerana Al Quran disampaikan oleh Nabi yang tahu membezakan nilai-nilai baik dan nilai-nilai buruk (setelah diajar oleh Allah), tidak mungkin Nabi akan mengatakan sesuatu yang buruk nilainya.

    Kalau kita menilai tanpa bias pada mana-mana gender, ungkapan mengatakan "syurga isteri di tapak kaki suami" itu sudah buruk nilainya. Jadi tidak mungkin seorang Nabi yang tahu membezakan baik-buruk boleh mengatakan sedemikian rupa seolah-olah dia menolak ajaran Allah yang telah menurunkan Furqaan (pembeza) kepadanya untuk tahu bezakan nilai baik atau buruk.

    Ramai manusia yang mendengar apa yang si polan katakan tentang seseorang Nabi, tanpa memikirkan wajarkah seorang Nabi berkata sesuatu yang buruk nilainya?

    Jika manusia itu waras akalnya dan bersih hatinya, pasti mereka boleh kenal beza baik dan buruk. Nilai baik-buruk yang ada di sekeliling kita itulah kayu ukur untuk menentukan terjemahan Al Quran dan terjemahan riwayat hadis mana yang benar.

    Semua orang boleh petik nama-nama si polan terdahulu untuk mengatakan Nabi cakap/buat itu ini. Namun mereka terlupa yang seorang Nabi tidak akan bercakap sesuatu yang membawa kepada nilai-nilai buruk. Kalau Nabi nak bercakap nilai-nilai buruk, lebih baik Allah pilih iblis jadi Nabi.

    ReplyDelete
  32. Salam Puteri

    Berkenaan respon puteri diatas sy qoute komen tolokminda dlm perbahasan beliau diblog beliau dlm artikel Safa & marwah bukan nama bukit"...

    Tolokminda tulis...
    Sebenarnya samada kita menggunakan petunjuk Tuhan di alam terbuka mahupun menggunakan petunjuk yang Tuhan disampaikan melalui KitabNya, kita masih boleh mendapat hasil yang sama.

    Komen sy:
    Al-Quran ilham... good work tolokminda...

    ReplyDelete
  33. Salam Jebon,

    Tetapi ramai orang mengaku Islam hari ini tidak dapat menerima bahawa Al Quran itu sebenarnya ilham yang diturunkan kepada Nabi.

    Perlu kita fikirkan, kenapa ilham Al Quran itu diturunkan kepada Nabi, bukannya kepada ahli-ahli kitab yang perasan mereka adalah pewaris Kitab-kitab terdahulu? Ini kerana Nabi adalah seorang yang jujur dan amanah. Kalau Nabi seorang pendusta, logikkah Al Quran diturunkan kepada Nabi?

    Kalau kita nak amanahkan sesuatu barang berharga disampaikan kepada orang lain, pasti kita pilih insan-insan yang jujur dan amanah untuk melakukan tugas itu. Macam itulah Allah, oleh kerana Al Quran itu satu pengajaran yang berharga, maka Allah pilih insan-insan yang jujur dan amanah dalam menyampaikan ayat-ayatNya.

    Jadi kalau kita nak cari terjemahan/tafsiran Al Quran yang benar-benar seperti yang mesej Allah, carilah orang-orang yang jujur dan amanah dalam menyampaikan ayat-ayat Allah itu. Kalau awal-awal sudah cakap "dalam agama tak boleh guna akal", nyatalah itu bukan orang-orang yang boleh ditaati apa yang mereka kata kerana mereka sudah mendustakan ayat-ayat Allah.

    ReplyDelete
  34. Salam Juang dan semua.

    Seorang Nabi yang dikatakan maksum sudah tentu berciri sebagaimana yang Juang gambarkan tu.

    Jadi, jika masih mahu percaya hadis itu dari Nabi, bersangka baiklah pada maksudnya.

    Jika bersangka yang hadis itu buruk maksudnya, tinggalkan sahaja dan jangan dikenakan pada wanita.

    Jebon, terimakasih memetik tulisan TM tu dan membawanya ke sini, saya bersetuju dengan apa yang ditulisnya itu.

    ReplyDelete
  35. salam Puteri juga bros/sis,

    Minda saya menarik utk meneruskan perkongsian maklumat berkaitan fahaman islam.

    Sekedar informasi yg sangat ikhlas dari saya.

    Saya berumur dalam golongan awal 40an. Berpendidikan sekolah formal alias Condition-School selama kurang lebih 20tahun. Bersamaan juga menerima ajaran agama ISlam juga bertatacara sedemikian.

    Dalam kira2 saya berumur 30 tahun minda/perasaan saya memberontak berpunca dari dalaman saya selalau bertanya "äpa itu iman dan islam yg sejati dlm beragama islam".

    Agak ramai juga yg menuduh saya melanggar fahaman islam arus perdana or main-stream. Juga ramai para fahaman agama yg saya sebutkan berbagai mazhab, sector dan label yg berbagai juga menanggap saya telah TERSESAT. Berbagai dalil2 Quran dan hadis saya tolak mentah kerana mindda saya TIDAK dapat menerima alasan dan huraian yg dipaparkan.

    Saya berperinsip bahawasanya TIADA tuhan(saya tidak bergantung ke atas mana2 pihak.....) TAPI Allah sahaja!

    Sehingga seorang hamba Allah beliau mahu saya membaca dan memberi pendapat dari mana dia perolehi, saya tidak tahu seperti di bawah ini :

    Islam is NOT a name; it is a description of one's total submission and devotion to God ALONE, without idolizing Jesus, Mary, Muhammad, or the saints. Anyone who meets this criterion is a "Muslim" (Submitter). Therefore, one may be a Muslim Jew, a Muslim Christian, a Muslim Hindu, a Muslim Buddhist, or Muslim Muslim.

    God's Messenger of the Covenant delivers God's proclamation that "The only religion approved by God is Submission" (3:19) and that "Anyone who seeks other than Submission as a religion, it will not be accepted from him/her" (3:85)

    Minda saya cuma berkata "BEBASkan dari yg diketahui/kenali adanya....."

    Sila sesiapa sudi mengkoreksi saya dengan terbuka.......

    SALAM
    jp

    ReplyDelete
  36. Salam,

    "Puteri: Seorang Nabi yang dikatakan maksum sudah tentu berciri sebagaimana yang Juang gambarkan tu. "

    Oleh kerana Nabi dijauhi daripada sifat-sifat menipu dan berdusta, maka sebab itu tidak boleh kita main serkap jarang semua yang dikatakan "Hadis" itu semestinya daripada Nabi.

    Kenapa selidiklah dahulu sejauh mana kata-kata yang disampaikan itu benar atau pun mempunyai unsur-unsur yang buruk nilainya. Kalau setakat nak mengajar yang buruk, syaitan lebih hebat melakukannya.

    Bebaskan diri daripada mentaliti, "hadis" daripada si polan itu semestinya daripada Nabi. Allah tidak pernah meletakkan nilai kebenaran itu pada si polan-si polan tersebut.

    Berbalik pada topik yang diutarakan, jelas menunjukkan riwayat hadis itu tidak mengandungi moral yang baik, kerana merendah-rendahkan martabat wanita. Bahagianya rumahtangga itu terletak pada toleransi di antara kedua-dua pihak. Kalau salah satu pihak nak merendah-rendahkan pihak yang lagi satu, macam mana rumahtangga nak bahagia?

    Konsep yang sama juga terpakai dalam membina masyarakat yang bahagia. Jika satu kaum merendah-rendahkan kaum yang lain, macam mana nak capai kebahagiaan dalam masyarakat?

    ReplyDelete
  37. Salam Juang yang saya hormati,

    Puteri setuju dengan pendapat Juang tu, bahawa Nabi kita, yang kita percayai maksum tu, tidaklah menipu ataupun berdusta, malah masa kat sekolah dulu, ustazah cakap yang Nabi bersifat, Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah(Alhamdulillah masih ingat rupanya Puteri bab ini!)... dan itu, masih lagi Puteri imani dengan sesungguhnya. Nampaknya kita bersetuju lagi bahagian ini ye saudara Juang.

    Dan Puteri juga setuju bila Juang menulis "Sebab itulah kita jangan main pukul rata mengatakan apa yang disampaikan oleh penganut agama lain semuanya salah. Kita kena pandai membezakan besar dan palsu tidak kira daripada mana ia datang. (Petikan dari blog Doktrinisasi, tajuk "Kebangkitan Islam itu yang bagaimana??" December 21, 2010 8:17 AM)

    Dari situ, Puteri pelajari yang kita tak bolehlah pukul rata pendapat-pendapat lain sebagai salah hanya kerana ianya dilabelkan sebagai "Hadis". Jadi, mungkin kita perlu hati-hati dalam mempelajari hadis, dan mengambil kira apa yang Jebon katakan pertimbangan common-sense. Atau adakah menurut Juang, kerana ianya dilabelkan buku "hadis", kita buangkannya terus tanpa perlu lihat apa ada di dalamnya?

    Mungkin common-sense yang Puteri bawakan di atas, tidak terlihat sebagai common-sense oleh Juang, tak apalah kalau Juang tak dapat menerimanya, itu hak peribadi Juang untuk menolak. Puteri cuma berkongsi apa yang Puteri dapat lihat dari sudut lain yang berbeza aje, iaitu sebagai peringatan kepada suami untuk menjagai kebahagiaan isteri. Jika Juang masih lagi mahu melihatnya sebagai penghinaan, boleh juga dan Puteri tak kata ianya salah, malah kalau Juang telusuri baris-baris perbincangan topik ini dari awal hingga terkini, di atas sana Puteri dah akui yang mana jika dilihat dari sudut itu, sememangnya kelihatan suatu penghinaan, dan macam Juang kata, tak mungkinlah Nabi menghina wanita, sedang dalam masa yang sama Baginda memperjuangkan hak wanita... itu memang bercanggah nampaknya, ye tak, dan tak masuk akal walau cuba dicommon-sensekan.

    Yang demikian, Puteri cuba mengajak bagi sesiapa yang sudi, untuk melihatnya dari sudut yang lain aje, yang mana tidak ada unsur merendahkan martabat Nabi itu sendiri, dan ntah kenapa Puteri dapat melihat bahawa ianya make-sense jika dilihat dari sudut itu, iaitu sudut peringatan kepada para suami. Mungkin di sinilah kita berbeza nampaknya, iaitu capahan sudut penglihatan kita.

    Puteri sebenarnya kagum dengan Juang yang memegang utuh suatu pendirian dan tidak akan mudah berganjak darinya selagi tidak meyakininya. Ianya seperti darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh Juang.

    ReplyDelete
  38. salam puiteri dan semua,

    Setelah saya meneliti diskusi di sini berkaitan topik sangat menarik. Sejauh mana mampu bersharing dgn hasilkajian yg berbeza dan bersamaan tujuan mahu "kebaikan dan kegunaan bersama..."sebagai khalifah yg beramanah.

    Quran dan hadis adalah aslinya dalam bahasa arab yg diamalkan oleh manusia terdahulu zaman setelah , terkini dan akan datang...

    Lojikanya dalam bahasa inggeris kate The past is history or recall. the future is undertain yet, Where are we standing? (just simple english aje!)

    Dari bahasa arab bertukar ke terjemahan bahasa yg berbagai bangsa di alam ini.

    Terkini kita dapat Quran yg diterjemahkan dalam Bahsa Melayu/Malaysia dan Inggeris yg kita mudah sebagai orang berbangsa melayu memahamkan terjemahan tersebut. Jadi kita memahamkan Quran dan Hadis menurut zaman kita terkini dan derahnya...

    Sebalum kita menelaahkan kedudukan pemahaman Quran dan Hadis yg diterjemahkan sebegitu luas sekarang. sila kita terjemahkan dalam bahsa melayu or bahasa malaysia kalimat inggeris ini :

    I/we CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN i/we cling!

    AYUH KITA LIHAT PERBEZAAN TERJEMAHAN DAN HURAIANNYA KALAU KITA KAITKAN "TOPIK" PERKARA DI ATAS.

    MARI KITA BERLAPANG DADA DGN PERMULAAN BISSMILLAHI RAHMANI RAHIM.

    Salam

    ReplyDelete
  39. Salam Puteri,

    Sebenarnya apa yang saya sampaikan tentang riwayat hadis selama ini telah ada orang lain yang berfikir tentangnya. Contohnya seperti Kassim Ahmad yang mengeluarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula". Bukanlah beliau suruh tolak semua riwayat hadis (begitu juga saya), tetapi supaya kita jangan cepat bersangka yang semua riwayat hadis itu benar-benar daripada Nabi. Bayangkanlah jika Nabi tidak pernah berkata seperti yang disebut dalam riwayat hadis dan kita percaya membuta-tuli itulah kata-kata Nabi, bagaimana kita nak menjawab di hadapan Allah kelak? Itulah persoalannya.

    Sebaiknya sesuatu kata-kata yang di luar Al Quran, tidak perlulah kita sabitkan dengan Nabi apatah lagi mutu pengajarannya tidak kukuh dan diragui. Ini kerana jika riwayat hadis itu mengandungi nilai-nilai yang buruk, tak pasal-pasal nama Nabi dilihat buruk.

    Cuba kita renung kata-kata seperti "ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk". Biarpun kata-kata itu tidak disandarkan pada nama mana-mana Nabi, tetapi pengajaran pepatah itu memang bernilai untuk melahirkan masyarakat yang merendah diri.

    Kebenaran dan kekuatan sesuatu kata-kata bukannya pada nama mana-mana Nabi yang disandarkan, tetapi pada nilai pengajaran yang terkandung dalam kata-kata itu. Ini jarang difikirkan oleh majoriti orang yang mengaku Islam hari ini.

    ReplyDelete
  40. Salam Juang,

    Saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai riwayat sipolan. Saya berpendirian bahawa Tuhan menurunkan Kitab bukan untuk kita mengagung-agungkan rasul atau malaikat atau kitab atau hari kiamat. Tetapi Kitab itu diturunkan supaya kita hidup mengagungkan Tuhan melalui satu tatacara hidup yang direstuiNya. Oleh itu jika tatacara hidup yang direstui Tuhan yang kita mahu praktikkan maka mencukupilah menyandarkan kepercayaan kepada KitabNya.

    ReplyDelete
  41. Salam semua.

    Juang, Puteri faham apa yang Juang cuba sampaikan bila Juang menulis "Bukanlah beliau suruh tolak semua riwayat hadis (begitu juga saya), tetapi supaya kita jangan cepat bersangka yang semua riwayat hadis itu benar-benar daripada Nabi.".

    Bagaimana pun, Puteri bersetuju dengan pendirian Tolokminda, di mana kita tidak perlu mengagung-agungkan sesiapa atau apa2 pun, kecuali mengagungkan Allah sahaja. Kalau pun Muhamad itu manusia terpilih, itu peribadi dia. Dan kita boleh memilih utk mempercayai kata-katanya jika kita percaya bahawa dia adalah maksum. Tapi individu itu dah lama pergi dari kita dan di antara dia dan kita dah sangat jauh jarak masa kehidupannya. Jadi, memanglah menasabah kalau timbulnya keraguan pada si penyampai2 yang mengakui itu dan ini sebagai kata-kata Nabi, lebih-lebih lagi kalau maksud yang diperlihatkan pada kita berciri tidak adil.

    Jadi, memang Puteri setuju tentang ini. Di situlah kita menggunakan kebijaksanaan diri kita untuk menilai sejauh mana sesuatu ungkapan itu make-sense bila disampaikna pada kita. Bukan sekali-kali bertujuan mentuhankan Nabi Muhammmad pula, seolah, jika terdengar aje suatu ungakapn itu dari Nabi, kita terus percayakannya.

    SIAPA pun yang berkata itu, tidaklah penting. Nak kaitkan itu kata Nabi Muhammd ke Ibrahim ke, itu tak penting, yang penting ialah apa yang dikatakannya.

    Jika kita dapat melihat suatu kebaikan dari ungkapan itu, kita boleh memilih untuk menerimanya, sebaliknya jika kita melihat keburukan dari ungkapan itu, kita boleh memilih untk menolaknya. Nampak tak bahawa kuasa memilih itu di tangan kita, bukan di tangan penguasa atau orang lain.

    Setuju lagi dengan Tolokminda bahawa Kitab adalah untuk petunjuk kehidupan dan bukan SEKADAR untuk dibaca dengan lagu merdu, dicium dan kemudian disimpan dan dijagai dengan cermat dan terhormat, dalam almari indah, tanpa kita kaji ada khasiat di dalamnya yang memanfaatkan kehidupan kita.

    Kitab Al-Quran bukan Allah.

    Yang demikian itu, masih banyak lagi petunjuk-petunjuk lain di luar kitab itu, yang perlu kita perhatikan, dengarkan, rasakan, fikirkan, untuk kehidupan. Petunjuk yang ini pun, telah diberitahu kepada kita dalam Kitab Al-Quran itu sendiri.

    Kita nampaknya telah berbincang hingga ke sudut yang sedalam ini, semoga di tahap ini, kita dapat melihat akan kehebatan Al-Quran itu, dalam memberi petunjuk kehidupan, yang mana bukan sekadar melekat HANYA pada apa yang isebut dalam Quran secara tekstual, tapi juga Quran alam semesta.

    Jadi, jika sesuatu ungkapan itu tak disebut dalam Kitab Al-Quran secara tekstual, bukanlah bermakna ianya terbatal atau tak boleh dipegang. Tapi, selagi ianya boleh disemak dengan kebijaksaan diri (common-sense), itu juga adalah ayat-ayat Allah yang ada dalam dada. Bukankah itu juga petunjuk dari Q29:49?

    ReplyDelete
  42. Salam, puteri n kwn2,
    Saya ni pengunjung tegar web2 yg discus AlQuran je!Nampaknya udah jadi trend apabila ada saja ayat2 alquran dlm bm diutarakan web tuh jadi ta'panjang hayatnya! ngapa eahhh? Rasa saya ye kut? mazhab syiatan/jakun tuh lebih BERKUASA disini mungkin. Jangan marah yeaa!!hanya sebagai ingatan bersama,saya ni udah macam ketagih je na'jumpa balik kat web yang telah dighibkan!!!

    ReplyDelete
  43. Salam Tuan Anonymous yang menulis pada January 23, 2011 6:38PM.

    Di blog Puteri, bukanlah khusus membincangkan AlQuran sahaja. Tuan boleh membaca posting-posting Puteri dari awal sampai terkini.

    Khusus posting ini, ianya adalah petikan dari Hadis, bukan?

    Tak panjang hayat? Itu fitrah makluk, tuan. Saya menerima dengan redha.

    Oh tidak, saya tak marah tuan mahu melabelkan apa pun pada saya... sila aje, kalau itu memuaskan hati tuan. Saya mendoakan kesejahteraan tuan.

    ReplyDelete
  44. Salam,
    Syurga isteri di bawak tapak kaki suami dan syurga anak-anak di bawah tapak kaki ibu. Kenapa ya boleh ada ungkapan(hadis) ini? Kalau kita tidak fikir ungkapan ini salah dan kalau kita fikir ungkapan ini betul, pasti kita akan jumpa jawapannya kenapa ungkapan ini diadakan...

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum. Diizinkan Allah swt saya terjumpa blog ini dengan takberniat langsung pada mulanya. Inilah kuasa Allah swt yg mutlak ke atas makhluk di bawah kekuasaanNya yang mutlak, Subhanallah!

    Terasa pulak dihati kecil ni untuk bersama bertukar pendapat secara terbuka. Mudah2an ada gunanya kehadiran saya di sini sebagai pengunjung tiba2 sahaja.

    Saya tertakluk di bawah ini dari kekuasaan, sifat2 Allah swt yg tak terukur dan terkira. Saya hanya kutip sedikit sahaja seperti saya tuliskan.

    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)

    Saya terfikir bahawasanya AKAL manusia dan kemanusiaan adalah sekerap resah dan gelisah, terburu2, dan selalu bermain dgn lojik2 tidak mutlak adanya.

    Kekeraplaziman akal kita yg tak sempurna ni bercanggah dengan lojika2 akal yg lain2. Mengapa terjadi?

    Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

    Allahu 'Alam.

    Mak Long Tijah.

    ReplyDelete
  46. Salam Tok Janggut yang dah lama tak muncul di blog ini. Selamat kembali.

    Pada Puteri, kedua-dua ungkapan itu wujud untuk memberi perhatian/peringatan kepada suami dan ibu.

    Bagi isteri, suami yang penyayang adalah kebahagiaannya. Selepas berkahwin, memang suamilah tempat seorang wanita mengadu dan berkasih sayang. Begitu ramai sekali isteri yang sanggup bersusah payah bersama suami, selagi suami itu penyayang dan tidak mengkhianatinya. Jadi, para suami perlu ingat itu.

    Begitu juga pada anak-anak, ibulah tempat mereka berkasih sayang. Ibu yang pengasih adalah kebahagiaan anak-anak. Ini sangat benar dalam realiti kehidupan sekeliling kita di mana, rata-rata ibulah tempat anak-anak mengadu, dan anak-anak lebih rapat dengan ibu. Meskipun dah berkahwin, anak-anak masih lagi rapat dengan ibu. Jadi ungkapan itu juga sesuai buat peringat para ibu untuk kebahagiaan anak-anaknya.

    *****
    Selamat datang Mak Long Tijah dan tkasih sudi berkongsi pendapat. Kalau Puteri tak jawab persoalan-soalan perserta perbincangan di sini, bukanlah bermakna Puteri tak sudi bertukar pendapat, tapi mungkin Puteri tak ada jawapannya... mungkin orang lain ada jawapannya atau mungkin ada org lain yang macam Mak Long Tijah juga, yang tiba2 terjumpa blog Puteri ni, dan kalau dia ada jawapannya, maka mungkin mereka akan jawab kelak.

    ReplyDelete
  47. Salam

    Maklong Tijah tulis...
    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    Komen:
    Benar, tetapi itu bukan isu yg dibincangkan disini...


    Maklong Tijah tulis...
    Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

    Komen:
    Selagi manusia itu hidup mereka akan berdepan utk membuat keputusan dan berijtihad dlm menjalani kehidupan mereka, samada mutlak atau tidak mutlak bukan isunya, kerana yg mutlak hanya milik Allah, manusia tetap akan berdepan untuk membuat keputusan dan berijtihad dlm kehidupan mereka walaupun bersifat fragment...

    So No : 1, 2, dan 3 yg anda katakan tuh tidak tepat utk dikaitkan dngn permasalahan yg cuba puteri sampaikan... kalau anda rasa ianya ada kaitan andalah yg sepatutnya tolong tunjukkan utk kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  48. Mak Long Tijah yang dihormati.

    Puteri dapat rasakan ada sesuatu yang ingin Mak Long Tijah bincangkan dan kongsikan. Bagaimana pun, sebagai budak yang masih merangkak-rangkak dalam pelajarannya, agak sukar kalau semua perkara nak dibincangkan di bawah satu topik.

    Sebagai budak baru belajar juga, itulah sebab Puteri fragmentkan topik-topik tertentu untuk di hujahkan bersama secara khusus. Puteri belajar pelan-pelan, Mak Long. Mungkin Mak Long tak sabar-sabar pula nak limpahkannya pada Puteri. Nanti termuntah pulak Puteri kalau telan sekaligus.

    Idea yang cuba Mak Long Tijah sampaikan tu sangat baik untuk kita sama-sama renungkan. Terimakasih kerana beri Puteri idea untuk topik baru. Insyaallah, kita akan bincangkannya kelak ye.. Puteri pun banyak tak faham apa sebenarnya apa yang ingin Mak Long Tijah kongsikan, jadi nanti kalau Puteri dah buka topik baru berkaitannya, kita bincangkan ye... jangan lari pulak...

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Jbeon dan puteri dan semua :

    Mak Long berasas yg sedikit shj dri sifat2 Allah yg tak terkira dan terkukur.
    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)

    Maklong memang tidak mutlak dalam apa jua perkara yg berdasar AKAL dan AKAL2an MANUSIA DI DUNIA INI, tEPAT CKP jEBON TU DAN JUGA PUTERI SANGAT BERAKAL2AN DLM PENERANGANNNYA MENJADI LAZIM.Telah berminat?

    mAKLONG DGN ASAS DI ATAS TIDAK DAPAT MEMASTIKAN KEBENRAN MELALUI APA JUA CARA! MAK LONG RASEKAN MCM TIADA JALAN KHUSUS LA DLM MENCARI KEBENRAN YG BUKAN DRI qURAN, HADIS, IJMAK ULAMAK DST.

    MAK LONG TAK LARI LAH SELAGI KALAU MAK LONG MAHU MENGAITKAN CARA AKAL2-AKALAN SHAJA MENARIK FIRMAN TEKSTUAL YG MANUSIA JUMLAH 6RIBU LEBIH KLU MAK LONG XSILAP. DAN JUGA HADIS2 YG XTAHAU ASAL-USULNYA HANYA BERITA2 LAMPAU. BOLEH SHAJ KLU KITE BERMINAT UTK BERAKAL2AN.

    MAKAN BERHATI2 DGN AKAL YG MAMAPU MENGAMBBARKAN KEBENARAN YG SAMAR KEKDANG TERLIHAT MACAM BENAR ADANYA.

    Mak Long kerap ajak para isteri menjadi dirinya sendiri dan juge para suami menjadi diri sendiri shaja out of ideologi berbaur dominant, indoctrine dan sedra-mara fahaman tersebut. JD bukan tekstualisma apa jua yg menentukan HUKUM-HAKAM bersuami ister dll.

    ALLAH U 'ALAM SAHAJA.

    ReplyDelete
  50. terlupa nak sampaikan lg. terbukti akal dan akalan maklong tidak sempurna benar!

    Sila sahaja puteri buka bebarapa topik la if u want/need sahaja.

    Jangan stataik dgn ala mainstream yg dah ber2tahun di amalkan manusia tapi masih bercanggah adanya.

    Mak Long konsisten dgn berdasarkan No: 1. 2 . 3 yg sedikit shj tu, will c hoh.......

    wassalm

    ReplyDelete
  51. Salam Maklong Tijah

    Bila anda telah ber-argumentasi seperti yang diatas ini itu bermakna anda telah menggunakan akal anda... ia tetap dipertanggungjawabkan sebab itu keputusan anda...

    Peace...

    ReplyDelete
  52. Salam Puteri n kwn2,
    Syahdunya saya Puteri panggil saya tuan! ta'payah lea ber-tuan2 dgn saya!dan yg amat sangat sedih tuh! Puteri salah anggap post saya tuh,bkn saya na'lebelkan puteri atau sesiapa dgan p'kataan "disini" tetapi saya maksudkan sipolan2 yg selalu puteri sebut2 tuh!mereka ni ta'boleh'periok nasi' mereka tergugat!mula lea!!Apabila org awam/biasa ni faham alquran spt mengenali anak2 mrk, abis lea bocor "periok"

    Saya sgt simpati dgn blog2 yg tlh dighaibkan tuh,sbb saya dapati mereka ni hujah hanya alquran tapi ngapa dighibkan????apa hak mutlak sipolan2 tu ke????? Mohon maaf sejuta ampun wahai Puteri n kwn2, teruskan p'bincangan anda, saya pasti menjadi follower tegar punya not to worry beb! peace!!!!

    ReplyDelete
  53. Assalam. Sy melihat tulisan empunya blog ini seolah-olah menidakkan sebuah hadis "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami". penulis seperti mengaplikasikan defense mechanism terhadap hadis tersebut dgn mengutarakan logik akal beliau semata-mata tanpa disokong dgn mana2 dalil. sudahlah tidak menerima hadis tersebut, mengapa pula para penceramah dan ustaz2 yg membawa hadis ini kedalam ceramah mereka dipersalahkan?seolah-olah mereka para ustaz yg berceramah tentang suami isteri dan rumahtangga ini bersikap berat sebelah dlm menyampaikan ilmu.penulis juga dilihat mempertikaikan pula ijazah ilmu Islam yg mereka miliki seperti belum tentu betulnya segala yg disampaikan oleh para ustaz dan penceramah2 tersebut.saya juga melihat si penulis lebih kepada mental judge kpd para suami dan isteri yg mendengar hadis tersebut dalam ceramah2 agama dgn menulis sebegini: "Setiap kali hadis itu diperdengarkan, akan merasa rendah diri setiap wanita pada lelaki dan akan merasa rendahnya darjat mereka berbanding lelaki yang bergelar suami. Sang suami yang mendengar hadis itu pula, akan kembang diri, tinggi diri, kembang lubang hidung sebab lega bernafas, kembang berbagai benda lagi yang boleh dikembangkan untuk merasa lega."

    Rasanya tidak perlu penulis bersikap sexist dan cuba menyebarkan fahaman logik anda itu kepada para wanita dan isteri yg lainnya.tidakkah anda terfikir bahawa tulisan anda ini akan mengubah cara pemikiran para isteri yg selama ini cuba mencari keredhaan Allah swt melalui keredhaan suami mereka?anda telah memberikan mereka ruang yg mereka rasakan mereka boleh melawan para suami bila mereka para isteri merasakan mereka di jalan yg betul.Islam telah menggariskan hak2 para suami dan isteri itu sendiri utk mereka membela diri mereka dgn cara talak bg suami dan fasakh bg isteri.tidak perlu pula rasanya anda mewujudkan lagi cara baru utk menuntut hak bagi para isteri.dan telah jelas dlm Islam bawah isteri wajib mentaati suami mereka.saya kira tulisan anda ini lebih kepada fahaman anda semata-mata.muhasabah diri semula, sila lihat dan kaji balik tulisan anda ini apakah yg anda cuba sampaikan kpd para pembaca, apakah anda menulis ini berdasarkan ilmu beserta rujukan kepada mana2 guru agama ataupun hanya berteraskan ideologi dan kepercayaan anda sahaja?wallahualam...

    ReplyDelete
  54. Salam hormat tuan Anonymous yang menulis pada August 8, 2011 2:46 PM.

    Terimakasih sumbangan pendapat anda di sini.

    Pertama sekali, anda merasa TERJEJAS ke dengan kata-kata saya tu? he he.. takut isteri anda melawan anda? he he.. Saya percaya, kalau anda suami yang baik, dan isteri anda tidak ada rasa tak puas hati dengan anda selama ni, tak jadi kudis kata2 saya tu pada dia. Sebab dia dah ada suami yang dia rasakan WAJIB TAAT.

    Apa yang saya tulis adalah pendapat saya, fahaman saya beserta rasa/pengalaman saya dan teman-teman wanita yang bergelar isteri. Kalau anda atau sesiapa rasa tak logik dan tak sesuai, tinggalkan aje.

    Kalau para isteri dah merasakan mereka di jalan yang betul, dan kepercayaan mereka itu mantap dan tak tergoyah lagi, tulisan saya ni pun, tak akan jadi apa-apa pada mereka. Kecuali iman mereka rapuh dan mereka juga pernah tertanya-tanya dalam benak hati mereka selama ini seperti tulisan saya, cuma mereka takut nak luahkan atau takut kena lempang dengan suami mereka.

    Kalau anda suami yang baik dan bertanggungjawab pada isteri, menggembirakanhati isteri, apa ditakutkan? Kalau anda rasa saya tidak berilmu dan telah jauh menyimpang, doakanlah agar saya mendapat petunjuk yang benar.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  55. Salam Puteri,

    Kenapa dipertikaikan yg dah sahih. Hadis tersebut menerangkan "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami". Hadis yg Puteri sebut tu memang terang jelas dan indah sekali. Tapi kenapa Puteri kaitkan dgn suami yg sepak terajang, herdik dan maki isteri. Tiada kaitan hadis tersebut dgn suami yg seperti itu. Kerana kalu ada pun manusia yg bernama suami bersifat begitu, itu bukan suami namanya tetapi adalah lebih kepada binatang. Hadis tersebut tidak menyatakan syurga isteri di bawah tapak kaki binatang kan.

    Jadi berbalik lah pd hadis tersebut yg menyatakan syurga isteri di bawah tapak kaki suami di mana suami di sini dirujuk sebagai manusia yg penyayang, yg 100% bersifat sebagai seorang suami sebagaimana datangnya hadis tersebut dari Rasulullah SAW yg beliau sendiri adalah suami yg sangat penyayang. Di sini la baru tulen, terang dan jelas maksud hadis tersebut, oleh itu berpegang la pd hadis tersebut wahai para isteri kepada manusia yg bernama suami mu kerana memang syurga mu di bawah tapak kaki suami mu.

    ReplyDelete
  56. Salam tuan Anonymous yang menulis pada September 8, 2011 11:52PM.

    Pertamanya, boleh tak tuan tolong Puteri semakkan darjat hadis tersebut?

    Keduanya, kalau tuan baca dengan berlapang dada dan tanpa prejudis MAKSUD yang Puteri ingin sampaikan di atas, tentu tuan akan dapat fahami bahawa Puteri bukan suruh para isteri derhakai suami, apa yang Puteri cadangkan ialah para suami perlu memahami amanat dari pesanan kata2 hikmah tersebut agar para suami BERINGAT bahawa kebahagiaan isteri adalah dalam amanah mereka sebagai suami.

    Kalau para suami semua dah macam Rasulullah, tak perlulah diberi peringatan begitu lagi. Maka peringatan yang diberi adalah untuk para suami yang tak macam tuan (saya teka!) yang menurut peribadi Rasulullah yang penyayang itu.

    Atau, apakah tuan percaya bahawa SEMUA mereka yang bergelar suami itu SUDAH faham bahawa mereka perlu menjadi suami penyayang sepeti tuan?

    Menurut kata2 tuan di atas, suami yang mengamalkan tendang terajang lebih kepada binatang. Agak2 tuan la kan, lelaki begitu mahu ke mereka menggelarkan diri mereka binatang atau mereka masih lagi gertak isteri mereka dengan berkata "Kau jangan cuba melawan aku, sebab aku SUAMI kau dan hadis mengatakan syurga isteri dibawah tapak kaki suami" ATAU tuan rasa mereka akan mengaku begini "Kau jangan cuba melawan aku, sebab aku BINATANG dan aku akan terus baham kau sebab aku BINATANG". Jika demikianlah ayatnya, Puteri rasa, sebaik habis "binatang" itu menuturkan kata2nya dan belum pun sempat dia nak gunakan hadis.. dia akan insaf.

    ReplyDelete
  57. assalam
    tak tau aku nak cakap apa, itulah realita hidup ....haditspun digunakan sebagai alat untuk melanggengkan kekuasaan. namun kita musti mengerti maksud hadits itu dan juga musti mengerti tentang hukum lain yang dapat meneggelamkan persoalan itu. misalnya jika kita disuruh suami berzinah dg laki-laki lain masa mau ta'at. hukum itu bisa berubah dengan sebab-sebab tertentu ... Allah swt memberian rukhsoh atas segala yang dialami manusia. namun jangan mencoba untuk mencari kelemahan-kelemahan sebuah kebenaran karena itu perbuatan orang-orang yang tidak beriman .

    ReplyDelete
  58. salam Bohhori.

    Jika kamu mahu memahamkan kata-kata bijak pandai dulu kala itu dari sudut yang Puteri nyatakan, iaitu ianya merupakan peringatan kepada kaum lelaki agar menjaga AMANAH yang diberikan padanya sebagai suami, tentu kamu akan lihat kebenarannya, bukan kelemahannya.

    Berimanlah dengan apa yang kamu mahu imani kerana kelak hanya kamu yang bakal menjawab untuk dirimu di akhirat kelak.

    Kenapa susah sangat kaum lelaki untuk menerima sekiranya ianya dilihat sebagai satu PERINGATAN/AMANAT yang ditinggalkan untuk mereka? Bukankah baik juga tujuannya? Apa sudah buta hati?

    ReplyDelete
  59. Salam puteri,

    Saya tertarik hujah yang puteri cuba utarakan. Cuma kurang setuju bila puteri mengatakan penceamah terburu atau tersilapa dalam mengutarakan pendapat mereka. Kerana pada hemat saya mereka yang memberi ceraah mempunyai ilmu yang jelas.

    Memang tidak ada apa2 ayat dalam Quran menyatakan Syurga isteri di telapak kaki suami.

    Cuma dalam banyak hujah, ambillah apa yang baik. Mudah untuk isteri masuk ke syurga dengan mentaati suaminya selagi mana suami itu tidak mengajak atau membawa isteri kearah yang dilarang syarak.Pada pandangan saya inilah maksud syurga isteri di telapak kaki suami.

    Nabi pernah bersabda yang mafhumnya "andai manusia boleh menyembah sesama manusia, akan aku perintahkan isteri menyembah suami"...Itu lah tinggi darjat suami pada isteri. Bal lebih tinggi dari ibu bapa mereka sendiri.

    Namun bagi kaum adam, hadis tersebut bukanlah satu tiket utk membuka ego, tetapi ia juga datang dengan tanggungjawab besar iaitu mendidik isteri ke jalan Allah, sehinggakan dosa isteri yang ingkar perintah Allah akibat suami yang tidak menunaikan tanggungjawabnya, turut ditanggung oleh si suami.

    Suami wajib melayan isterinya sebaiknya seperti mana ditetapkan syarak dan tidak berhak mereka dizalimi.

    Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

    Just my 2 cents...Lebih baik rujuk kepada ustaz/ustazah yang lebih berilmu daripada berdiskusi agama tanpa yang alim kerana kita mungkin cenderung membuat penafsiran sendiri ayat Quran dan Hadis yang akhirnya boleh mendatangkan dosa pada diri kita sendiri..wassalam

    ReplyDelete
  60. Salam saudara Anonymous yang menulis pada November 9, 2011 12:55AM.

    Terimakasih kerana sudi membaca artikel Puteri serta membincangkannya di sini.

    Kalau suami yang tuan maksudkan itu seorang suami yang berperangai baik sepeti contohnya Rasulullah sendiri, atau Saidina Ali (menantu Rasulullah) atau khulafa ar-rashidin yang lain, sudah tentu sekali sangat sesuai hadis-hadis yang tuan bawakan itu untuk isteri.

    Kalau ayat Quran, ada asbabun nuzulnya, Puteri percaya begitu juga dengan hadis. Jadi, nampaknya tak boleh pukul rata aje.

    ReplyDelete
  61. Thanks puteri for your feedback.

    Apapun pandangan kita sebagai manusia, banyak cacat celanya kerana suka atau tidak kita sebolehnya akan cuba memenangkan hujah yang memihak diri kita baik lelaki mahupun perempuan. Yang biasanya kadang2 kita sendiri tidak pasti atas asas kebenaran/dalil apa kita berhujah kerana mungkin ilmu kita sendiri tidak cukup.

    Namun, selagi mana kita berpegang pada Quran dan Hadis maka nescaya kita tidak sesat, itu pesan Nabi kita.

    Pun begitu, Quran dan Hadis ada ahlinya, bukan sebarang orang boleh membuat penafsirannya. Maka sama2lah kita belajar dan rujuk kepada mereka yang benar2 ahli dalam bidang agama.

    Manusia penuh dengan kekhilafan, namun bukanlah cara islam membalas kejahatan dengan kejahatan. Islam berpegang kepada yang Haq tetap Haq, dan batil tetap batil. Tidak ada perkara membenarkan batil menjadi Haq....

    Wassalam..

    ReplyDelete
  62. salam tuan Anonymous yang menulis pada Nov 9,2011 8:41PM.

    Puteri faham maksud tuan di atas.

    Sebagai manusia yang tak hidup di zaman nabi, kita semua mengagak-agak MAKSUD sebenar sesuatu mesej yang yang dikatakan pernah dikatakan oleh Rasulullah.

    Bagi Puteri, khusus hadis di atas, Puteri tidak melihatnya untuk kepentingan wanita sahaja, hanya kerana Puteri seorang wanita. Sebab itulah Puteri mengajak para pembaca melihat semula maksud baik hadis tersebut, demi kerukunan kehidupan suami isteri. Rasulullah dizaman hayatnya adalah pejuang hak wanita, setelah baginda melihat lelaki tidak melayani wanita sebagaimana wanita itu ada haknya untuk hidup sepertimana semanusianya lelaki.

    Wanita dikategorikan sebagai insan yang lemah yang diletak dalam kategori anak-anak kecil dan orang-orang tua. Yang demikian, amaran-amaran banyak di keluarkan kepada kaum lelaki untuk menjaga insan dalam kategori ini, kerana kelebihan lelaki dari segi kekuatan tenaganya.

    Puteri tidak sesekali mengajak wanita untuk perangi suami, tapi ayat2 Quran banyak sekali yang mensarankan agar perangi manusia yang zalim. Untuk tuan fahami maksud "perang" pula, sila lihat pada posting Puteri di posting bertajuk "maksud FITNAH"
    http://puteriayu74.blogspot.com/2011/08/maksud-fitnah.html )

    ReplyDelete
  63. Jangan lekas memberi komen sendiri pada hadis-hadis mengenai suami kerana hadis-hadis tersebut terbit dari Rasulullah SAW sendiri dan kalau kita memperbincangkan hadis-hadis tersebut tanpa ilmunya maka kita khuatir akan menjadi kufur sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Abu Isa At-Tarmizi dalam kitab sunannya.

    Wajib bagi isteri mematuhi setiap arahan suaminya selagimana ianya tidak melanggari hukum syarak atau boleh memudaratkan dirinya sendiri. Sehinggakan kalau mahu berpuasa sunat wajib meminta izin dari suaminya dahulu.

    Walaubagaimanapun si isteri mempunyai hak juga terhadap suaminya sebagaimana yang dikhabar dalam hadis yang iaitu "Inna lirabbika alaika haqqa, walinafsika alaika haqqa, waliahlika alaika haqqa....." yang membawa maksud ke atas diri kita ada hak Allah yang perlu ditunaikan, hak diri kita, dan juga hak ahli kerabat kita, sekiranya tidak ditunaikan maka ianya akan dipertanggungjawab di hdapan Allah Taala.

    Kaum isteri juga mempunyai saluran yang tertentu dalam syariat Islam dimana sekiranya suaminya tidak mengikuti peraturan Islam maka dia boleh mengadu kepada pejabat agama untuk diberi bimbingan.

    Sekiranya seorang lelaki itu faham akan tugas sebenar seorang suami apa maka ssudah tentu ramai lelaki yang tidak mahu berkahwin, itulah petikan kata-kata ulamak tasawuf di dalam kitab-kitab mereka. Seorang suami wajib memberi nafkah batin yang cukup kepada isterinya, dimana ramai yang salah sangka bahawa nafkah batin hanya berkisar pada hubungan kelamin sahaja.

    Nafkah batin itu sebenarnya adalah pendidikan ilmu Tauhid yang wajib diajari suami kepada isterinya. Seorang suami pula wajib mengetahui akan setiap selok belok pengetahuan agama agar ahli yang dipimpinnya itu tidak sesat haluan kerana suatu masa dia akan dipertanggungjawab akan setiap perkara mengenai orang dipimpinnya. Masya Allah...

    Lazimnya dizaman moden ini ilmu-ilmu agama hanya perlu bila hidup tersepit, ketika kematian, ketika nak sembahyang dan lain-lain lagi. Ianya bukan lagi menjadi satu panduan hidup. Maka ilmu-ilmu agama ini hanya ada pada ustaz-ustaz dan imam-imam, dan sekiranya mereka ini mati maka tinggallah kita yang kurang arif mengenai agama.

    Maka hasilnya banyak kes-kes rumahtangga yang berlaku pada hari ini kadangkala ianya sampai peringkat tidak masuk di akal dimana seorang suami sanggup menjual isterinya sendiri.

    Semoga kita mengambil iktibar akan setiap kejadian yang berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami yang baik dan bertanggungjawab, tak payah dipaksa-paksa untuk taat... akan dengan sendirinya isteri dan anak-anak taat padanya. Tapi kalau suami yang tidak bertanggungjawab, meskipun dipaksa suruh taat, dengan meletakkan suatu HUKUM WAJIB TAAT, ikhlas untuk taat itu tidak hadir. Suatu perbuatan yang tidak ikhlas adalah sia-sia aje. Suami yang tak bertanggungjawab, di dunia lagi isteri dah merasa NERAKAnya hidup berumahtangga. Sebab itulah pesanan agar suami menjaga kebahagiaan/syurga isteri itu dikeluarkan.

      Delete
  64. assalamualaikum..minta izin nak share...
    tmkseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dirasakan ada manafaat untuk dikongsikan, silakan aje

      Delete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. Salam

    Sy pun tak tahu nak link-kan dimana artikel yang sy jumpa ini, agaknya disini sesuai, utk baca lihat disini (klik)

    Kalu tak jadi kesalahan sy cadangkan puan buatlah posting isu khusus berkenaan ini... hahahaha kalu mahkamah sivil sumpah2 tidak diterima kerana intangible...

    ReplyDelete
  67. Terimakasih jebon, satu artikel yang sangat menarik untuk diteliti bersama. Insyaallah, akan saya kupaskan menurut fahaman Islam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      saya merupakan seorang wanita,maka saya adalah seorang isteri.pernikahan itu adalah satu perkongsian. pernikahan itu juga adalah satu pelengkap apa yang lebih kepada apa yang kurang. pada hemat saya,tidak perlulah kita nak mengembur gembarkan isu ini. tidak salah sekiranya seorang isteri berangapan bahawa syurganya di bawah tapak kaki suami.
      puteri selalu mengutarakan bahawa pihak leleki seperti tidak bersetuju dengan apa yang puteri cuba nak sampaikan. namun,saya sebagai isteri juga Agak kurang bersetuju dan berasa ada sedikit keterlaluan d sana.
      puteri,tidak lah semua manusia itu mampu mentafsir apa yang kita utarakan sama seperti apa yang kita fikirkan. saya agak risau jikalau ada pihak isteri pula yang akan salah faham pada topik perbincangan ini. saya agak setuju dengan apa yg d utarakan oleh saudara August 8,2011 2:46pm.
      sudahkah puteri bernikah?? kerana pada saya,hanya mereka yang mengalami akan lebih mengerti berbanding mengambil pngalaman sekeliling dan lain2.
      biarlah sang isteri itu kekal dengan rasa hormat dan taat pada suami. tuhan tu kan maha adil? sabar tu kan sebahagian iman.
      salam. -puan balQis-

      Delete
    2. Salam Puan balQis yang saya kasihi.

      Memang tak salah kalau isteri MAHU menganggap syurganya dibawah tapak kaki suami. Silakan aje.

      Puan boleh aje tidak bersetuju dengan pendapat Puteri, dan Puteri alu-alukan perbezaan pendapat puan di sini. Malah Puteri gembira puan ada kesudian membacan dan telah pun selesai membaca artikel Puteri yang ini. Alhamdulillah.

      Puteri tidak sesekali cuba mempengaruhi sesiapa di sini, sebaliknya pembaca haruslah melihat bahawa ini adalah pendapat peribadi Puteri dan luahan ikhlas dari hati Puteri sendiri. Keterlaluan atau tidak, terserahlah pada penilaian pembaca sendiri, suatu rasa untuk masing-masing rasakan sendiri. Jadi tidak timbul isu salah faham, bila masing-masing dengan kefahaman sendiri.

      Delete
  68. Walaupun memasing ada pendapat sendiri. Ia perlu jua berlandaskan dengan pemahaman inna lillahi wa inna ilaihi rojiun kerana kita ini tetap memerlukan bimbingan serta pertolongan Yang Maha Tahu lagi Maha Perkasa walaupun kita rasa telah dianugerah kelebihaan sdg kita bila diakhir ucapan sering menyebut insya allah.

    ReplyDelete
  69. Saya setuju Jaka Jaki. Segala yang kita faham, perlu kembalikan pada ALLAH yang MAHA tahu. Jadi, tidak timbul salah menyalahkan sesiapa, bila sedar bahawa SIAPAKAH yang benar?

    ReplyDelete
  70. haha....senang je...barang sape yg pikul tanggungjawab suami kne r tanggung dosa anak bini sbb tu kuar hadis 'syurga di tapak kaki suami'. Isteri wat dosa spe yg tanggung...mne aci kalo isteri wt dosa suami yg masuk neraka walaupon si suami warak dan tidak sesekali meninggalkan ajaran agam...macam mak bapak la cube kalo kite kte ahh je kt ibu kita time die suruh bende yg x menyalahi hukum agama,,,,,pe hukum nye?????sebelum kite akhil baligh spe tanggung dosa kite??????So konsep die same je ngan suami isteri...paham x cik/Puan Puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Anonymous yang menulis pada July 23, 2012 6:26 PM,

      Tuan yakin ke kalau isteri buat dosa suami yang masuk neraka?

      Tuan dah baca Q6:164 dan Q35:18?
      Q6:164 ".... dan tidak berbuat dosa setiap orang kecuali atas dirinya sendiri dan tidak memikul seseorang akan dosa orang lain"

      Q35:18 " Dan tidak akan menanggung orang yang berdosa akan dosa orang lain.."

      Delete
  71. jika suami menasihati/ meminta isteri mendengar kata demi sesuatu kebaikan, wajib isteri itu mentaati. isteri yang mmg dasarnya jenis degil, ego, keras kepala mmg berpotensi untuk melawan, kerana mereka pasti ada alasan tersendiri jika tidak setuju dgn teguran suami walaupun pada hakikatnya apa yang suami tegur itu adalah untuk kebaikan rumahtangga. wanita2 mcm ini mmg tak perlu dijadikan isteri kerana bakal menyusahkan kepala otak suami. degil, melawan, demanding. Jauhkan diri dari wanita seperti ini. saya ckp dari pengalaman. saya putuskan pertunangan saya yang hanya tinggal 3 bulan untuk pernikahan dek kerana issue ini. Syukur Alhamdulillah keputusan saya tepat. -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya tak ada sefahaman, tuan. Mungkin jodoh tuan bukan dengan wanita tu.

      Tak sesuai dengan tuan, bukan bermakna tak sesuai utk semua orang. Jangan aniaya wanita itu dengan menyebarkan suatu yang kelihatan buruk pada tuan, kerana tak semestinya yang tuan lihat buruk itu adalah buruk juga pada orang lain. Mungkin dilihat ia sebagai suatu kelebihan yang banyak pada orang lain.

      Delete
  72. Kalau hendak guna jugak frasa di bawah tapak kaki, maka saya syorkan berkata syurga atau neraka terletak di bawah tapak kaki masing-masing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap la dok bawah tapak kaki tu kan Rani.

      Delete
  73. Apa hukum si isteri mengatakan dirinya tidak sesuai dan menyatakan musuh ketat tempat sekerjanya sesuai untuk suaminya dan suami kepada rakan baik tempat sekerjanya sesuai untuk dirinya. Dengan alasan ini si isteri memberi layanan yang tidak ikhlas dan selalu merungut dan menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Anonymous yang menulis pada September 8, 2012 3:14PM,

      Saya bukan pakar hukum hakam untuk tuan rujuk bab HUKUM. Kalau sekadar pendapat perobadi saya, bolehlah.

      Pendapat saya, isteri tu macam ada tak puas hati dengan suami, semacam ada protes di situ dengan sindirannya. Mungkin bagus juga kalau suami cuba selidiki apa ciri yang ada pada sumai rakan baik tempat sekerjanya tu yang menarik perhatiannya, sehingga dikatakan sesuai untuk dirinya. Mungkin ciri itulah yang ingin isteri mahukan pada suaminya.

      Delete
  74. ASSALAMUALAIKUM(Syurga isteri di bawah tapak kaki suami)ITU MERUJUK KEPADA KETAATAN ISTERI ITU KEPADA SUAMI..merujuk sesuatu hadis atau ayat al-quran berdasarkan pendapat peribadi sendiri adalah bertentangan,kita ada pakar2 hadis, dan pakar2 berkenaan hal ehwal keluarga di jabatan syariah..anda boleh rujuk.Untuk mentafsir hadis dan al-quran memerlukan ilmu yang tinggi bukan boleh di tafsir mengikut pendapat sendiri.

    Bnyak hadis yang menerangkan tentang ketaatan isterikepada suami di antaranya:

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

    "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

    (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

    Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

    (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

    Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

    "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

    (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  75. DAN sambungan...diDALam Al-Quran juga ada menjelaskan tentang ketaatan.

    Bagaimana isteri itu memperolehi syurga dengan taat kepada suami.

    Ciri Isteri Yang Soleh.

    Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang orang yang beriman dan beramal soleh. Salah satu di antaranya ialah firman Allah: Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. [al-Baqarah 2:25] Bahkan orang-orang yang soleh ini kedudukan mereka setaraf dengan para Nabi, Siddiqin dan yang mati syahid. Firman Allah:

    Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqin (jujur dan benar), dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang Soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan. [al-Nisa’ 4:69]

    Demikianlah besar dan hebatnya ganjaran isteri yang soleh. Apakah amalan seorang isteri yang membolehkan dia mencapai darjat seorang yang soleh? Soalan ini dijawab oleh rangkap kedua ayat 34 surah al-Nisa’, iaitu taat dan yang memelihara (ketaatan tersebut) ketika suami tidak hadir bersama, dengan apa yang Allah pelihara.

    ReplyDelete
  76. sambungannya.....

    Ketaatan Seorang Isteri.

    Dalam rangkap kedua ayat 34 surah al-Nisa’, Allah menggunakan perkataan “Qanitatun” yang berasal daripada perkataan “Qunut”, bererti berterusan dalam ketaatan. Seorang isteri tidak akan mencapai darjat soleh jika dia hanya mentaati suaminya secara sekali-sekala. Ini sebagaimana peranan seorang suami yang berterusan dalam bertanggungjawab ke atas isterinya, maka isterinya pula berterusan dalam mentaati suaminya.

    Di antara ahli ilmu ada yang berpendapat taat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah ketaatan kepada Allah. Pun begitu, mereka meneruskan bahawa antara ketaatan kepada Allah ialah mentaati suami yang telah diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mengurusi mereka. Dalam erti kata lain, ketaatan kepada Allah ialah dengan mentaati suami yang melaksanakan tanggungjawabnya.

    Di sini terdapat satu pelajaran penting bahawa suami ialah jalan atau wasilah untuk seorang isteri beribadah kepada Allah dan menempah tiket ke syurga. Apabila seorang isteri taat kepada suami, dia sebenarnya taat kepada Allah, beribadah kepada Allah dan membuka pintu syurga Allah untuk dirinya sendiri. Berkenaan pintu syurga ini, Rasulullah bersabda:

    Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktunya, berpuasa dalam bulan Ramadhannya, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya: “Masukilah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu sukai”. [Musnad Ahmad, no: 1661 dengan sanad hasan]



    Taat Depan Dan Belakang.

    Apabila dikatakan berterusan mentaati suami, ia bukan sekadar apabila di hadapan suami tetapi meliputi juga di belakang suami. Maksud di belakang suami ialah ketika suami tidak hadir bersama atau di luar pengetahuan suami. Sebagai contoh, jika suami melarang daripada memakai solekan, maka hendaklah ditaati larangan ini. Jangan ketika hendak keluar rumah tidak memakai apa-apa solekan namun setibanya di pejabat, terus dikenakan pelbagai solekan. Kemudian apabila hendak pulang ke rumah, dibersihkan semua kesan solekan tersebut.

    Berterusan mentaati suami meski pun di belakangnya, inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah: dan yang memelihara (ketaatan tersebut) ketika suami tidak hadir bersama.



    Syarat Ketaatan.

    Seterusnya Allah berfirman: … dengan apa yang Allah pelihara. Ertinya, ketaatan seorang isteri kepada suaminya hanya terhad kepada perkara-perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dalam susun kata yang lain, ketaatan tersebut hendaklah selari dengan syari’at Islam. Tidak ada ketaatan dalam perkara-perkara mungkar, sebagaimana tegas Rasulullah: Diwajibkan mendengar dan taat ke atas setiap muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tiada wajib mendengar dan tidak wajib taat. [Shahih al-Bukhari, no: 7144]

    Ringkasnya, ketaatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam perkara-perkara yang selari dengan syari’at Islam, maka isteri hendaklah taat kepada suami. Ini seperti mentaati larangan suami agar tidak memakai solekan kerana ia termasuk berhias (tabarruj) yang dilarang oleh Islam. Kedua, dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan syari’at Islam, maka isteri tidak perlu taat kepada suami. Ini umpama suami yang menyuruh isteri untuk mendedahkan auratnya, maka tidak perlu mentaati suruhan tersebut kerana ia bertentangan dengan syari’at Islam.

    Ketiga, dalam perkara-perkara yang harus atau mubah, maka ia terserah kepada budi bicara dan persefahaman di antara suami dan isteri. Pun begitu, adalah lebih baik jika isteri mengikuti kesukaan serta pilihan suami kerana yang sedemikian dapat menaikkan darjatnya ke tahap isteri yang terbaik. Ini merujuk kepada sebuah hadis di mana Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]

    ReplyDelete
  77. saya ulang::

    Di sini terdapat satu pelajaran penting bahawa suami ialah jalan atau wasilah untuk seorang isteri beribadah kepada Allah dan menempah tiket ke syurga. Apabila seorang isteri taat kepada suami, dia sebenarnya taat kepada Allah, beribadah kepada Allah dan membuka pintu syurga Allah untuk dirinya sendiri. Berkenaan pintu syurga ini, Rasulullah bersabda:

    Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktunya, berpuasa dalam bulan Ramadhannya, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya: “Masukilah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu sukai”. [Musnad Ahmad, no: 1661 dengan sanad hasan]

    syarat untuk taat:

    Syarat Ketaatan.

    Seterusnya Allah berfirman: … dengan apa yang Allah pelihara. Ertinya, ketaatan seorang isteri kepada suaminya hanya terhad kepada perkara-perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dalam susun kata yang lain, ketaatan tersebut hendaklah selari dengan syari’at Islam. Tidak ada ketaatan dalam perkara-perkara mungkar, sebagaimana tegas Rasulullah: Diwajibkan mendengar dan taat ke atas setiap muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tiada wajib mendengar dan tidak wajib taat. [Shahih al-Bukhari, no: 7144]

    ReplyDelete
  78. Susah Untuk Taat?

    Apabila berbicara tentang ketaatan kepada suami, mungkin ada di antara para pembaca yang merasa tidak senang. Bahkan mungkin ada yang membacanya sambil mengeleng-geleng kepala, tanda mengingkarinya.

    Sedarilah bahawa ketaatan ini bukanlah sesuatu yang merupakan adat kebiasaan manusia – sepertimana yang kerap dikatakan oleh kaum modenis dan pembela hak wanita kebaratan – namun ia adalah firman Allah di dalam al-Qur’an al-Karim dan sabda Rasulullah. Apabila kita merasa berat atau ingkar, hendaklah bersikap jujur kepada diri sendiri dan bertanya, adakah saya bersifat angkuh (ego) untuk taat kepada suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy fikir disini tiada siapapun perempuan yang ingin derhaka kepada suaminya - isunya disini ialah syurga bukanlah terletak pada bawah kaki siapa-siapa - "tiada siapa dapat dipertanggungjawabkan keatas perbuatan orang lain." Suami yang baik, bertimbang rasa, berkelakuan baik dan tidak "playboy", maka secara sendirinya isteri akan menyayanginya dan taat sepenuhnya (qunut) kepada suami, kalau berlaku sebaliknya isteri ada hak mereka untuk tidak taat. Bukankah akhir ayat [Q4:34] ada menyebut;

      "tetapi jika mereka (isteri) mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka; Sesungguhnya Allah adalah tinggi dan besar."

      Kebanyakan suami2 pada zaman sekarang walaupun isterinya taat, namun ada juga yang tidak bertimbang rasa, peel yg tidak baik, dan ditambahkan lagi kalau playboy jelas ianya akan menyusahkan isteri. Hadis yang anda bawa diatas ada konteknya bukan dibaca secara dimanipulasikan, maka jangan cuba menafikan ilmu orang lain yang tidak sefahaman dengan kepercayaan kita jika ianya rasional. Mari kita lihat pula hadis dibawah ini.

      Pada masa zaman Nabi Muhammad, dimana Fatimah az-Zahra telah mengadu kepada bapanya (Nabi Muhammad) bahawa suaminya iaitu Saidina Ali ingin berpoligami. Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Miswar bin Makhramah, dia berkata: "Saya mendengar Rasullullah s.a.w bersabda ketika ia berada diatas mimbar: "Sesungguhnya Bani Hasyim bin al-Mighirah minta izin untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan Ali Bin Abi Thalib. Saya tidak mengizinkan, kemudian saya tidak mengizinkan, kemudian saya tidak mengizinkan, kecuali jika Ali Bin Abi Thalib menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Kerana sesungguhnya dia (Fatimah) adalah sebahagian dari diriku, merunsingkanku apa yang merunsingkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya." (HR. Bukhari, terdapat juga pada HR. Muslim, Tirmizi, dan Abu Daud).

      Sebagaimana cerita hadis diatas, maka adakah anda boleh menganggap Fatimah az-Zahra tidak taat sepenuhnya (qunut) kepada suaminya (Saidina Ali) lantaran tidak setuju dipoligamikan?? Malah kalau kita lihat berdasarkan hadis diatas ini, tidak pulak Nabi menyuruh Fatimah az-Zahra mengizinkan suaminya memadukannya utk mendapatkan payung emas di syurga, sebaliknya Nabi sendiri menyokong tindakan Fatimah az-Zahra yg tidak taat sepenuhnya (qunut) kepada kemahuan suaminya (Saidina Ali) yg ingin berpoligami.

      Jadi kalau ada perempuan2 zaman sekarang yg bersikap seperti Fatimah az-Zahra diatas, adakah anda berani berkata mereka itu derhaka kepada suami dan masuk neraka???

      Delete
    2. Salam hormat kepada tuan Kama Rudin. Terimakasih kerana sudi membaca tulisan saya yang sekadar coretan peribadi yang dikongsikan kepada umum.

      Tuan, seperti kata tuan berhujah, tak ada mana-mana isteri yang mahu derhaka kepada suami yang telah dipilihnya untuk menjadi teman hidupnya. Saya fikir, tak ada wanita yang mahu menikahi mana-mana lelaki untuk tujuan tidak gembira.

      Namun dalam realiti kehidupan, tak semua pengalaman berumahtangga wanita mengalami suami yang baik dan bertanggungjawab seperti yang tuan senaraikan di atas (atau yang seperti diri tuan). Perkongsian tuan itu sangat baik dan dah banyak kali saya diperdengarkan dengan hujah yang demikian.

      Tuan Kama Rudin, katalah seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang tidak pernah memukul isterinya, tidak pernah menghalang isteri bersolat dan berpuasa. Tapi suami ini seringkali berjudi yang akhirnya menjadikan dirinya banyak berhutang yang mana samada dia sedar atau tidak ianya melibatkan kesusahan hidup isteri dan anak-anak. Suami ini mengamalkan ilmu-ilmu yang "pelik" (kalau pun ia bukan ilmu hitam)dari seorang yang jelas peribadinya berjudi, minum arak, berzina, namun dia memilih untuk berguru dengan orang begini. Suami tidak pernah memukul fizikal isteri, tapi suami mahu isteri layani kehendak seksualnya bila-bila masa dia perlukan tanpa mempedulikan waktu haid, nifas ataupun sakit si isteri. Apakah itu bukan dinamakan penderaan fizikal juga, tuan Kama Rudin? Suami kata dengan KUASAnya sebagai suami, dia berhak melarang isteri melawat ibubapa isteri meskipun mereka sedang sakit kerana katanya ada hadis yang menyokong. Suami tak pernah menyuruh isteri melakukan perkara yang buruk seperti tak tutup aurat, menjual diri dll, tapi isteri saban hari meraa tertekan emosi dan mental dengan sikap suami yang tak mahu menjalankan perintah-perintah Allah. Apakah itu bukan satu penganiayaan terhadap isteri, tuan Kama Rudin? Bila isteri mengingatkan suami akan perihal solat, puasa, dll perintah Allah yang suami lalai, isteri dicemuh dengan "sial" dan "babi". Apakah begitu Islam yang tuan Kama Rudin rasakan layaknya untuk seorang isteri taat pada suami? (Wajib taat hanya kerana selagi suami tidak menyuruh kepada maksiat?)

      Sebagai seorang yang jahil dan fakir ilmu, ikhlas saya bertanya tuan Kama Rudin, begitukah ISLAM yang tuan yakini benar dan adil untuk manusia bergender perempuan taati? Dan apakah tidak adakan jalan keluar untuk isteri bebaskan diri dari suami yang begini, demi menikmati suatu kehidupan yang lebih aman dalam perjalanan menuju Allah?

      Delete
  79. Salam puteri, sy bersetuju dgn pandangan puteri. Sebagai isteri sedih kdg2 mengenangkan suami tercinta dgn mudah menghina pengorbanan seorg isteri. Bila ditegur atau hendak meluahkan perasaan kita kita diherdik dgn kata nista dan keji spt babi, sundal, sial dsb. Hanya wanita yg pernah melaluinya akn faham dan rasa begitu pedih serta sedih bila suami mengatakan diada hak utk berbuat demikian krn syurga di bwh telapak kakinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, yang perlu kita sedari sekarang ialah jangan lagi hidup bergantung pada suami, tapi hanya pada Allah. Nanti puan tidak lagi akan rasa bersedih. Wanita adalah manusia seperti yang punya maruah dan harga diri, bukan seperti 'babi' yang di labelkan itu.

      Semoga ada jalan keluar buat puan.

      Delete
  80. Salam puteri..
    "Syurga dibawah tapak kaki syurga"?? Saya rasa x de relevannya pernyataan tu dlm zaman skrg ni..sbg contoh diri sy sendiri dpt seorang suami yg suka memukul serta memaki hamun sy..masih lg sy nk takut dan berpegang pd kenyataan itu sedangkan hakikatnya tapak kaki itulah yg memijak anggota bdn sy tanpa rs belas kasihan dan bila sy pertahankan diri dgn serangan semula sang suami dgn bangga mengatakan dia tidak ampunkan saya sdgkan sy yg diperlakukan umpama binatang masih lg nk harapkan pengampunan dari suami??? Sy rs Allah Maha Kaya dan Adil..Hanya Dia yang tau apa yg sang isteri lalui dan hanya Dia yang berhak tentukan syurga atau neraka buat seorang isteri dan bukan seorg lelaki yang bergelar suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan tak perlu berpegang pada kenyataan itu kerana maksudnya mungkin telah dimanipualsikan. Kenyataan itu bukan untuk mempertakut-takutkan isteri, tapi pada fahaman saya, ia adalah satu peringatan pada sang suami agar memegang amanah besar itu dengan hati-hati sebab, sebagai suami syurga atau nerakanya kehidupan isterinya bergantung pada dirinya. Kalau suami tendang terajang, memang nerakalah kehidupan yang isteri rasa, kalau suami yang baik syurgalah buat isteri. Jadi saya percaya kenyataan itu merupakan AMARAN atau tanggungjawab besar buat sang suami.

      Delete
  81. LELAKI yang suka membuli pempuan,mereka tak sedar bahawa syurga itu berada di tapak kaki IBU(P)
    dan
    PEREMPUAN yang suka membuli LELAKI,mereka tak sedar bahwa syurga itu berada di tapak kaki SUAMI(L)
    para anak-anak lelaki perempuan yang masih memiliki IBU menyebut nama IBU tiga kali baru boleh memanggil nama AYAH betapa besarnya pengorbanan jasa ibu kepada kita....
    Saya akui diri saya sebagai lelaki sentiasa memberi peluang kepada perempuan sebanyak tiga kali dan bila saya rasa diri diperkecilkan,minta maaf..
    saya rela bergelar dayus kalau perkataan dayus itu dapat menyedarkan perempuan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan dajal, semua manusia ada harga diri dan tak harus diperkotak katik kan. Saling hormat menghormati. Lelaki tidak lebih mulia dari wanita kerana yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertakwa.

      Delete
  82. Assalamualaikum. Diizinkan Allah swt saya terjumpa blog ini dengan takberniat langsung pada mulanya. Inilah kuasa Allah swt yg mutlak ke atas makhluk di bawah kekuasaanNya yang mutlak, Subhanallah!

    Terasa pulak dihati kecil ni untuk bersama bertukar pendapat secara terbuka. Mudah2an ada gunanya kehadiran saya di sini sebagai pengunjung tiba2 sahaja.

    Saya tertakluk di bawah ini dari kekuasaan, sifat2 Allah swt yg tak terukur dan terkira. Saya hanya kutip sedikit sahaja seperti saya tuliskan.

    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)

    Saya terfikir bahawasanya AKAL manusia dan kemanusiaan adalah sekerap resah dan gelisah, terburu2, dan selalu bermain dgn lojik2 tidak mutlak adanya.

    Kekeraplaziman akal kita yg tak sempurna ni bercanggah dengan lojika2 akal yg lain2. Mengapa terjadi?

    Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

    Allahu 'Alam.

    ReplyDelete
  83. hangpa sembang apa ni?adoi..

    ReplyDelete
  84. Suami yg lempang2 pukul2... Nafkah tak bagi... Berhak minta cerai... Sapa plak suruh pi taat suami macam tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pergi pejabat agama mengadu, mereka kata, balik la dulu puan, bersabarlah, taat la pada suami, syurga isteri bawah tapak kaki suami... sekarang lihat ni..
      http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130518/je_09/Wanita-mati-dipercayai-dipukul-suami

      Delete
  85. Salam... saya adalah seorang suami... tiap2 kali perselisihan paham isteri saya suka lari dari rumah (keluar tanpa kebenaran) sampai tak terkira berapa bnyk kali dia lari... setiap kali dia lari saya akan pergi ambil walau dimana sekalipon even kampung halaman dia.. selama perkahwinan saya tidak pernah memukul isteri saya ketika berlaku perselisihan... banyak kali dia keluar sampaikan saya tak tahu nak buat camana... last bertengkar menerusi sms dan dia ugut nak melahirkan anak pertama saya di kampung halaman sedangkan kami telah memilih hospital di ibukota untuk melahirkan anak pertama kami... saya terus balik ke rumah kerana pejabat saya dekat ngan rumah... sampai2 rumah saya dapati isteri saya sudah keluar... dan rumah sudah berkunci... saya tunggu dihadapan rumah... saya terperasan isteri saya balik kerana mahu mengambil barang yg tertinggal... setelah mengetahui saya ada dihadapan rumah isteri saya terus punsing balik dan saya sempat kejar kerana isteri saya menunggu lif... saya pon pegang tangan dia... saya tarik di untuk masuk kedalam rumah untuk selesaikan... sepanjang saya tarik dia.. dia menahan kakinya dan enggan untuk masuk kerumah... sampai isteri saya tarik baju saya sehingga ada sedikit melecet dijarinya... akibat tarikkan saya tangannya ada sedikit sakit dan lebam... setibanya didalam rumah saya bertengkar lagi lebih teruk... saya tak tahu mahu nasihatkan bagaimana isteri saya kerana dia tidak takut pada berbuatannya itu.. dosa dan pahala... oleh yang demikian saya mengertak isteri saya menyatakan saya mahu bunuh diri jika dia keluar lagi dari rumah macam tuh... sekarang saya binggung, apa yang saya gertak tadi dijadikan alasan untuk keluar dari rumah 2 hari kemudian... alasannya dia takut... itu menjadi alasan atau sebab utama untuk keluar rumah... tambahan lagi dia telah memberitahu keluarganya dan sekarang campur tangan keluarga merumitkan lagi masalah ini… abgnya telah membawanya balik ke kampung halaman isteri saya… puas saya menyuruh dia kembali akan tetapi dia engan… satu lagi setiap pertengkahan dia asyik suruh saya ceraikan dia…

    Ungkit mengunkit selalu menjadi sebab pergaduhan… dia selalu ungkit kesalahan saya yang lalu… mmg benar saya pernah buat salah dahulu… saya juga telah mengaku kesalahan saya kepada ibu dan bapa isteri saya dan saya sudah bertaubat… dan saya juga telah bagi pilihan kepada isteri saya iaitu jika dia menerima saya dia juga haru menerima kesalahan saya ini dengan rela hati… sewaktu itu isteri saya belum lagi mengandung… dan jika tidak saya katakn saya boleh lepaskan isteri saya pada masa itu… jawapan dari isteri saya adalah menerima saya seadanya… mendapat peluang kedua saya telahpun benar2 berubah… tetapi kesalahan saya dulu menjadi ungkitan setiap kali bergaduh…

    Saya perlukan pendapat untuk selesaikan isu ini… ibu dan bapanya menyuruh dia berpisah dengan saya…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, saya bukanlah kaunselor yang layak untuk menasihatkan tuan dalam hal ini. Bagaimana pun, memandangkan tuan telah pun mengeluarkannya di sini, maka saya merasa terpanggil untuk memberi pendapat peribadi saya.

      Tuan, cinta bukanlah sesuatu yang boleh ditambat. Jika isteri benar telah tidak mahukan tuan, lepaskanlah dia dengan cara yang baik. Allah pasti akan memberi rezeki yang lebih baik buat tuan dan isteri. Jika dia benar cintakan tuan, pasti dia akan kembali pada tuan meskipun tanpa tuan tambat dia. Tapi jika tidak, mengapa perlu tuan melekat pada cinta yang tidak jujur?

      Delete
  86. Salam,,,saya pula seorang isteri mempunyai 3 orang cahaya mata.Saya seorang isteri yang sangat setia dan sanagt percayakan suami saya.Beberapa tahun yang lepas pada usia perkahwinan saya yang ke 5 tahun,saya dikejutkan dengan kecurangan suami saya.Suami saya ada hubungan dengan perempuan lain.Peristiwa ini berjalan selama hampir 5 tahun lamanya.

    Saya suruh dia kahwin tapi kekasihnya tidak mau menerima dia melainkan jika suami saya menceraikan saya.dipendekkan cerita,akhirnya kekasihnya menjalin hubungan dengan lelaki lain dan akhirnya berkahwin.Suami saya sangat kecewa

    Sejak dari hari itu suami jadi liar suka berpoya-poya dengan wanita-wanita indon ke kelab karaoke untuk berhibur.Mungkin untuk melepaskan kekecewaannya.Hidup saya semakin gelap akibat perbuata suami.Pernah beberapa kali saya minta cerai dan lari dari ruma sebab sangat kecewa dengan sikap suami.

    selang beberapa tahun suami berhenti dari semua tu.Kami hidup aman damai seadanya.Tapi,tak lama lepas tu saya dapat tangkap lagi dia jalin hubungan dengan wanita indon lagi.Saya memang betul-betul pening fikir.Sejak hari itu setiap kali bergaduh memang perka ungkit-mengungkit ni pasti akan terjadi.Semua ni adalah disebabkan sifat suami yang sering mengkhianati kepercayaan saya.

    Saya ingin jadi isteri yang baik.Tetapi dlam masa yang sama sikap suami telah menjadikan saya sering bersangka buruk padanya.

    Puter,,

    Bagaimanakah caranya untuk saya menjadi seorang isteri yang baik dan kembali percaya pada suami saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, tidak salah mencintai manusia di dalam dunia ini dan menjadikan dia teman hidup puan, agar puan hidup gembira dalam alam ini. Namun apalah ertinya puan hidup dalam harapan yang sentiasa merundum.

      Puteri dapat rasakan yang puan cukup mencintai suami puan, kerana itulah meskipun telah beberapa kali ditangkap berlaku curang, puan masih lagi memberi peluang. Itulah kelebihan wanita, yang sungguh pemaaf jenisnya.

      Puan, mengapa tidak mencari cinta Tuhan? CintaNYA pada puan tidak pernah susut tak pernah kurang walau seinci pun. Menggila mencintai manusia akan dikecewakan, tapi tidak Tuhan. Puteri tak mahu puan terlalu mencintai suami sehingga hampir hampir saja mensyirikkan Allah kerana terlalu bergantung pada suami.

      Dengan mencintai Allah, puan boleh jadi isteri yang baik, masak, basuh baju, kemas rumah seperti biasa, namun semua itu puan lakukan kerana Allah suka kita membantu orang sekeliling kita. Bukan lagi kerana cinta pada suami, tapi kerana Allah. Puan akan rasa gembira lakukannya kerana Allah.

      Puan tidak perlu percayakan suami, kerana sudah beberapa kali dia kecewakan puan. Tapi puan yakinlah pada Allah, DIA maha melihat, mendengar dan tahu apa yang kita semua buat, depan atau belakang kita. Allah menjanjikan balasan yang setimpal atas semua pekerjaan. ALlah tidak leka atau lalai walau sesaat pun.

      Kembalikan semua pada Allah, dan puan tidak akan bersedih lagi, kerana meskipun puan tak tahu apa yang suami lakukan di belakang puan, Allah ada dan tahu. Puan serahkan aje pada Allah dengan berkata "cukuplah Allah bagiku"

      Delete
  87. termaktub aku tingalkan umat ku al quran dan hadis fikir2 kan lah.bertelagah bukan memberi kita jalan putus,hukum allah dah banyak kita persenda kan,ayuh tadah tangan mari kita bertaubat,banyak2 ingak kat allah

    ReplyDelete
  88. Buat puteri.. Ini dari dari hadis :

    1. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

    2. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

    Rasulullah bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. “
    Pada pandangan saya sendiri.. Soal suami pukul isteri jika tanpa sebab, dosa itu pada suami kerana tidak menjaga isteri sebagainya janjinya sewaktu akad nikah.. Bukan bermaksud si suami sewenang-wenangnya terlepas dari hukuman atau balasan dr Allah s.w.t.. Islam maha adil.. Itu pandangan saya.. Sekian

    ReplyDelete
  89. Sokong dengan komen di atas,
    x perlu dipetikaikan sesuatu yang jelas.

    ReplyDelete
  90. As salam. Saya rasa persoalan puan ni hanya mendatangkan persoalan dan rasa was2. mengapa tidak di rujuk kepada pakar hadis kemudian di share bersama.

    ReplyDelete
  91. assalam, marilah kita semua beristifar banyak2,berdoa semoga kita tidak disesatkan oleh bisikan syaitan..berhati-hati bila berbicara..allahhuakbar..

    ReplyDelete
  92. Kepada wanita, cukupkan ilmu. Supaya terpandu. Sentiasa tgk diri, diri kat level mane agak2nya(baiki diri). Seharusnya hamba allah itu bahagia. Bukannye sengsara. Allah x pernah menzalimi kita, knp smpi kite menzalimi kite sendiri? Renungkanlah.

    ReplyDelete
  93. Ye tuan Anonymous yang menulis pada June 13, 2013 at 1:47 AM, memang ramai wanita yang masuk neraka, neraka yang dicipta lelaki semasa di dunia lagi wanita dah rasainya.

    Danbagi sesiapa yagn rasa was-was .. sesungguhnya itulah penyakit dalam dada, maka tinggalkan ...

    yang memandu wanita seharusnya lelaki tapi lelaki dunia hari ini semakin malas menimba ilmu..lihat aje di majlis majlis ilmu samada di sekolah, universiti, atau pun di masjid dan surau.. yang ramainya ialah wanita...

    ReplyDelete
  94. Salam tuan puteri....agak terlewat jumpa blog ini....boleh tak tuan puteri nyatakan dari mana atau sumber hadis yang tuan puteri sebutkan Tu....saya dah lama cari tapi belum jumpa....maksud saya " Syurga di bawah tapak kaki suami" Tu....sepanjang saya mengikuti kuliah2 pon x der pulak ustaz yang dapat bagi kata putus bahawa itu adalah hadith....tolong yer tuan puteri....takut2 kalau ramai yang mengatakan itu hadith tapi yang sebenarnya bukan hadith...boleh menyebabkan kita mendustai Nabi.....hadith dan ayat alquran yang menyuruh suami dan isteri menjadi hamba yang taat mmg banyak...sape2 yg nak syurga kenalah usaha x bole ada sikap prajudis

    ReplyDelete
  95. Dan sebagai kesimpulan untuk perbincangan yang berlarutan Tu...renung2kan lagu ini.....Lagu Kisah Rumahtangga ( Versi Rakaman Piring Hitam)
    Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    Lirik : S Sudarmaji



    Lirik:-

    Oo dengarlah tuan-tuan
    Sebuah kisah suami isteri
    Kadangkala terdapat siisteri memerintah suami
    Disuruh duduk duduk
    Dijerit-jerit dibentak bentak
    Suaminya dulu hensem
    Rambut panjang dah jadi botak

    U la la Kalau memilih isteri alah abang
    Biar betul-betul
    Jangan tersalah pilih alah abang
    Kena queen control
    O la la la la la la la
    Kisah rumahlah tangga ada ada saja

    O kadang pula terdapat
    Suami jahat isteri budiman
    Isterinya cukup sabar
    perangai suami ( Ya Allah ) macam setan
    kalau di belakang isteri
    hai joli sana joli sini
    kala di depan isteri
    amboi pijak semut pun tak mati

    U la la kalau memilih suami alah adik
    Biar betul-betul
    Jangan tersalah pilih alah adik
    Kena kaki botol
    Ula la la la la la la la
    Kisah rumah lah tangga ada ada saja

    Oh rumahtangga yang cantik
    Suami isteri hidup aman
    Kalau salah sedikit
    Lekas-lekas diselesaikan
    Oh perkara kecil-kecil
    Jangan suka dibesarkan
    Itulah satu contoh
    Perlu kita buat pedomen

    U la la, kalau memelih pasangan alah tuan
    Biarlah berpadan
    Supaya hidup aman alah tuan
    Sepanjang Zaman

    O la la la la la la la Kisah rumahlah tangga
    Itu semestinya

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum.. Sy nk tnya.. Bgaimana pula hukum seorang isteri yang mnendang suaminya ? Tidak mmbenarkan sang suamimenziarahi ke rumah ibu bapanya? Sang isteri kononnya bergurau mnendang suami sdangkan si suami merasai ksalitannya sehingga beberapa hari.. Adakah dayus jika dia mmbiarkan klakuan isterinya ? Bgaimana pula kalau dialepaskn isterinya krn suami mnjadi trauma dgn.apa yg trjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, saya percaya Islam adalah mengamalkan cara hidup aman damai macam lrik lagu di atas tu... he he he
      jadi tak kiralah suami atau isteri yang jenis brutal melulu tu,... kasi out je

      Delete
  97. Suamikah atau isterikah mestilah menghormati antara satu sama lain . APA nak buat , wanita dianggap alat untuk memuaskan nafsu lelaki, dalam agama pun itu yang tekankan, tengoklah riwayat perkahwiman nabi Muhammad saw. Sex yang kita utamkan , sampai tengok rambut pun masalah. Ini lay sebabnya sum bang mahram bermaharajalela dikalangan kita.

    ReplyDelete
  98. Aslm para sahabat semua...BG pendapat saya kita kenalah berguru atau mncari ustaz atau ustazah supaya dapat mnjelaskan perkara yg betul,bukanya mmbuat kesimpulan sendiri.akhir kelak sesat jadinya.....yg hakikinya smuanya drpd Allah swt.

    ReplyDelete
  99. Saya syg isteri,tp fmly jd penghalang utk kami bersatu kembali...ape ptut sy buat

    ReplyDelete
  100. Saya syg isteri,tp fmly jd penghalang utk kami bersatu kembali...ape ptut sy buat

    ReplyDelete
  101. Bagaimana pula ya seorang suami yang kuat beribadat solat puasa tak tinggal tapi kuat memaki hamun isteri dgn perkataan seperti babi sial celaka bila terjadi perselisihan faham?isteri tk diberi ruang untuk meluahkan rasa hati bila meluahkan dituduh kuat melawan derhaka...isteri tdk dibenarkan berjumpa dgn adik beradik isteri hanya kerana terjadi perselihan faham antara suami dan adik beradik isteri?suami sering menghina keluarga isteri dgn menceritakan keaiban keluarga siisteri kepada teman rapat suami?bagaimana perasaan anda seorang isteri jika sisuami melebihkan anak tiri dari anak kandung sendiri..anak kandung dimarahi dimaki dipukul..sdgkan anak tiri terangan berbohong dan pemalas didepan mata suami dan bila si isteri mengadu isteri yg susah senang dgn sisuami tu tadi dimaki dicarut dihina bagai sampah..sehingga bapa dan ibu kandung si isteri turut dihina dan tak mengaku mereka tiada kaitan dgn sisuami dan sisuami mengatakan dia tak berdosa kerana itu hanya ibu bapa mertua sahaja...cuba letakkan diri anda ditempat si isteri..apakah yang anda rasa..ingatlah wahai lelaki isteri ni amanah Allah..shurgA seorang isteri itu di tapak kaki suami..seandainya suami menggunakan keegoaan dan darjat yg Allah dah letakkan dia sebagai ketua keluarga dgn cara yg salah..jgn salah kan isteri jika isteri tawar hati dan mati kasihnya terhadap suami..ingat jika si isteri menangis kerana org yg dikasihinya iaitu suami menyakiti hatinya balasannya sisuami akan dipukul diakhirat sama dgn setiap titik air mata isteri jika isteri tidak memaafkannya..Subhanallah sesungguhnya Allah itu maha adil..wanita itu Allah letakkan dalam darjat yg tertinggi..yang sebenarnya forum kurang menerangkan hak wanita..sebab itu banyak wanita yang ditindas terutama siisteri sebab sering dirantai dgn hujah jika membantah..menyatakan pendapat pun boleh dihisb derhaka..adilkan itu tuan tuan..

    ReplyDelete
  102. Makan tahun cerita nih.!! SubhanaAllah...
    Lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah itu...hanya dgn ada sifat akal yang sedikit...banyak ilmuNya yang dlimpahkan disini. Alhamdulillah..
    Bangun...bangunlah dari tidurmu...
    Suka melihat aku ramai disini...semuanya benar belaka.
    Semuanya ingin mengenal sesama aku..
    Syukur...

    ReplyDelete