Thursday, January 6, 2011

TIADA SALING BERBUNUHAN DALAM ISLAM

6 JAN 2011

Q 2:54


Q2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah menzalimi(menganiaya) diri-diri kamu sendiri dengan mengambil anak lembu(untuk disembah), maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri. Itu adalah lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani"

Ada yang memahamkan maksud perintah Allah "bunuhlah diri-diri kamu"  dari ayat itu sebagai berbunuhanlah sesama sendiri, ada yang memahamkan sebagai mereka yang tak sembah anak lembu membunuh mereka yang menyembah anak lembu, ada pula yang memahamkan sebagai perintah bagi mereka yang menyembah anak lembu itu agar membunuh diri untuk bertaubat.

Kesemua pembunuhan ini kemudiannya di atas-namakan Allah untuk menghalalkan pembunuhan yang demikian.

Islam sebagai agama yang harmoni dan aman, tidak mungkin mengunjurkan atau mengusulkan sebarang bentuk pembunuhan sesama sendiri apatah lagi diri sendiri, hanya kerana berlainan kepercayaan. Jika Allah mengunjurkan pembunuhan ke atas orang-orang yang berlainan kepercayaan, bagaimana mungkin Allah menurunkan ayat Q109:6 “lakum deenukum waliya deen” yang bermaksud, bagi kalian agama kalian, bagiku agamaku. 

Kita percaya bahawa ayat Quran itu tidak bertentangan  satu sama lain. Oleh itu, mungkinkah yang dimaksudkan”bunuhlah diri kamu sendiri” itu ialah “matikanlah/musnahkanlah diri kamu yang berkepercayaan begitu” dan “hidupkanlah dirimu yang baru”? atau dalam kata mudah "mati sebelum mati". Mungkinkah "diri" yang dimaksudkan itu bukanlah diri fizikal, tapi mentaliti, acuan-acuan fikiran, dogma-dogma, budaya, tradisi, yang telah sebati dengan diri kita? Jadi, perintah "bunuhlah diri" itu bermaksud bunuhlah diri yang itu, diri yang bergelumang kepercayaan lama itu, justeru dengan matinya diri lama itu, hiduplah diri yang  baru...mungkin kah begitu?

Kepercayaan nenek moyang yang dah sebati dalam diri seseorang, sememangnya sukar untuk dilucutkan sebab ianya dah tertanam dalam jiwa sekian lama. Hanya dengan mematikan diri dari semua itu, berserah kepada Allah, sang MAHA GURU, bukan bertuhankan fikiran, bukan bertuhankan perasaan, bukan bertuhankan tradisi, bukan bertuhankan konsep masyarakat, tapi sepenuh penyerahan pada Allah untuk mengajar sesuatu yang baru pada kita, sesuatu kebenaran.

Mungkinkah begitu? Jika mungkin, benarlah bahawa Islam sesekali tidak mengunjurkan konsep saling berbunuhan, tapi Islam adalah kedamaian, keharmonian dan keamanan. Jika tidak, bagaimanakah mungkin Islam itu dikatakan agama damai?


14 comments:

  1. Salam Puteri,

    Mana datang logik minta ampun kepada Tuhan dengan cara membunuh diri sendiri atau bunuh orang lain. Itu sudah bercanggah dengan banyak ayat Quran lain berkaitan dengan pembunuhan atau pun memohon keampunan. Tuhan kata tidak ada percanggahan dalam ayat-ayatNya. Saya lebih cenderung terjemahan ayat itu sepatutnya begini.

    2:54 Dan apabila Musa berkata: Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah melakukan kesalahan dengan mengambil anak lembu itu. Oleh itu mohon ampunlah kepada Pemeliharamu - lawan (confront) diri kamu sendiri - itu lebih baik bagi kamu di sisi Tuhan.

    Misal kepada lawan (confront) diri kamu sendiri ni contohnya kalau ada keinginan melakukan zina sewaktu berdating dengan boyfriend lawanlah keinginan itu supaya kesalahan itu tercegah dari dilakukan.

    ReplyDelete
  2. Ye.. begitulah yang Puteri maksudkan, Tolokminda. Tak menasabah kan bila orang memahamkan ayat tu sebagai Allah menghalalkan pembunuhan sesama manusia, apatah lagi bila ada yang memahamkannya sebagai bunuh diri sendiri. Salah faham pada ayat ini, boleh menimbulkan salah sangka pada bukan Islam yang menyangka Islam adalah agama keganasan, sedangkan ianya tidak sama sekali.

    Puteri baca beberapa terjemahan Quran seperti sumber-sumber berikut:
    e-bacaan:
    Q2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

    Sahih Int. Noble Quran:
    Q2:54 And [recall] when Moses said to his people, "O my people, indeed you have wronged yourselves by your taking of the calf [for worship]. So repent to your Creator and kill yourselves. That is best for [all of] you in the sight of your Creator." Then He accepted your repentance; indeed, He is the Accepting of repentance, the Merciful.

    Yusuf Ali:
    Q2:54 And remember Moses said to his people: "O my people! Ye have indeed wronged yourselves by your worship of the calf: So turn (in repentance) to your Maker, and slay yourselves (the wrong-doers); that will be better for you in the sight of your Maker." Then He turned towards you (in forgiveness): For He is Oft-Returning, Most Merciful.

    Pickthal:
    Q2:54 And when Moses said unto his people: O my people! Ye have wronged yourselves by your choosing of the calf (for worship) so turn in penitence to your Creator, and kill (the guilty) yourselves. That will be best for you with your Creator and He will relent toward you. Lo! He is the Relenting, the Merciful.

    Free minds:
    Q2:54 And Moses said to his people: "O my people, you have wronged your souls by taking the calf, so repent to your Maker, and kill yourselves. That is better for you with your Maker, so He would forgive you. He is the Forgiving, the Merciful."

    Shakir:
    Q2:54 And when Musa said to his people: O my people! you have surely been unjust to yourselves by taking the calf (for a god), therefore turn to your Creator (penitently), so kill your people, that is best for you with your Creator: so He turned to you (mercifully), for surely He is the Oft-returning (to mercy), the Merciful.

    Quran Indonesia:
    Q2:54 Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertobatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu(*). Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima tobatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (*-> membunuh dirimu ada yang mengartikan : orang-orang yang tidak menyembah anak lembuitu membunuh orang yang menyembahnya. Adapula yang mengartikan orang yang menyembah anak patung anak lembu itu saling bunuh membunuh, dan ada pula yang mengartikan: mereka disuruh membunuh diri mereka masing-masing untuk bertaubat)

    Malay:
    2:54 Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.


    Alangkah sadis bila kefahaman begini dipilih untuk dijadikan fatwa kukuh bahawa penganut agama bukan Islam halal dibunuh.

    ReplyDelete
  3. Salam Puteri,

    Jika kita semak perkataan "faoqtuloo" yang terdapat di dalam ayat-ayat Quran, kebanyakannya amat sesuai diterjemahkan sebagai hadapi/lawan/confront. Al-Quran terbuka untuk semakan semua. Sama-samalah kita memahami dengan kefahaman terbaik yang mampu kita usahakan.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih tuan Tolokminda.

    Input tuan tu menambah koleksi maklumat saya dan saya setuju ianya sesuai.

    Yang demikian, hukum bunuh bagi murtad sepertimana yang dikatakan hukum hudud, perlu diperinci lagi agar tiada kezaliman berlaku.

    Janganlah hanya kerana pihak berkuasa tak berjaya mengubah kepercayaan seseorang itu, dia dihukum bunuh dengan menamatkan kehidupannya. Bukankah itu satu kezaliman? Mengapa tidak melihatnya sebagai suatu keperluan berhujah, antara pihak berkuasa dengan orang yang labelkan murtad itu, mudah-mudahan suatu persetujuan dicapai kedua pihak, mudah-mudahan ada ilmu baru yang bakal ditemui? Apakah hanya kerana mereka tak berjaya menjadikan dia PENGIKUT kepercayaan mereka, maka mereka dihukum bunuh? Tidak terasa ke yang si pembunuh itu sepertinya menjadi PEMILIK HUKUM dan PEMBACA AQIDAH orang?

    Masalahnya sekarang ialah bila seseorng itu dengan suatu jawatan yang disandangnya, merasakan diri sudah cukup benar. Orang yang begini, disitulah tamatnya, kerana dia tak akan berusaha lagi untuk mengkaji dan mempelajari pembaharuan, dia tak akan membuka pintu ijtihad lagi, dia selesa di takuk itu dan tak mau berganjak lagi. Sedangkan setiap benda hidup (seperti manusia dan zaman) pasti berubah-ubah dan berkembang dalam penemuan-penemuan baru perjalanan hidup. Jika merasakan diri sudah cukup benar, tanyakan pada diri, apakah aku mati dalam tubuh yang hidup?

    Imam Syafie pernah berkata dalam sebuah bukunya "Setiap kali bertambahnya ilmuku, maka bertambahlah kejahilanku.” Ini bermakna, setiap kali kita tahu akan sesuatu yang baru, kita baru tersedar yang selama ini kita tak tau tentang itu, dengan kesedaran itu, kita sedar juga bahawa begitu jahilnya aku selama ini. Namun sebaliknya ada manusia yang setiap kali bila sedar ilmunya bertambah, semakin bongkak dan sombong dengan banyak ilmunya lantas merasa cukup berpuas hati setakat itu sahaja. Justeru menggunakan ilmu yang setakat banyak itu yang ada padanya, untuk menghukum orang lain dengan apa dia yakini sudah cukup benar.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya berpendapat maksud "bunuh/lawanlah diri kamu" itu adalah supaya kita "bunuh/lawan" ego masing-masing. Ini kerana tiada siapa yang boleh melawan ego tuan punya diri melainkan dirinya sendiri.

    Cuba kita fikirkan, apakah yang menyebabkan ada manusia jadikan patung anak lembu sebagai objek perantaraan dengan Tuhan? Semuanya kerana ego kononnya kalau rajin beritual mengadap patung anak lembu itu, mereka dilihat lebih mulia daripada kaum-kaum yang tidak beritual macam mereka.

    Dan bagi pelopor amalan itu pula, tujuan mereka buat amalan itu supaya mereka mudah dapat pengaruh daripada orang-orang yang menurut membuta-tuli. Mereka rasa megah dipuja-puji oleh pengikut mereka. Mereka mahu hidup dalam keadaan dipuja-puji oleh orang ramai. Itulah keegooan mereka.

    Jadi bila kita melawan atau membunuh perasaan ego itu, maka kita akan jadi orang yang merendah diri. Ingatlah, setinggi mana ego manusia itu, bila mati nanti akan tahulah mereka siapa diri mereka yang sebenarnya. Maka sebab itu biar kita lawan/bunuh ego itu sebelum tiba hari yang dijanjikan.

    Bila kita sudah lawan ego itu nanti, kita tidak akan rasa sedih dan takut ketika saat kematian.

    ReplyDelete
  6. salam semua,

    Sangat menarik berkaitan perkara.

    Gagasan fikiran manusiawi pasti tidak tepat dalam menyampaikan Quran di alam ini.

    Terbukti di sini berbagai terjemahan dipaparkan.

    Apakah ada manusia ynag layak menyampaikan maksud jitu dari Quran?

    Minda saya juga terkial2 dan teraba2 aje bak si buta mencari jalan.....

    note : Quran adalah kitab petunjuk utk makhluk di alam ini~!

    salam

    JP

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Al Quran sudah berikan panduan supaya kita ikut yang paling baik di antaranya bukannya yang paling tepat. (rujuk 39:18)

    Maknanya bukan tugas kita hendak mencari yang tepat, tetapi carilah yang paling baik dahulu. Daripada yang paling baik itu nantilah Allah akan bawakan kita kepada pemahaman yang lebih tepat. Itulah sebaik-baiknya cara untuk mendapat petunjuk Tuhan agar kita tidak diragu-ragukan dengan perasaan "mana satu yang tepat ini?"

    ReplyDelete
  8. salam Juang,

    Saya sangat tertarik penerangan anda dan sandaran firman yg berkaitan.

    Mohon saya mendapat kaedah yg anda telah berpengalaman.

    Semoaga dengan berinteraksi khusus perkara berkaitan Allah memberikan hidayah utk kita semua di sini.

    Salm
    JP

    ReplyDelete
  9. "Paling baik" bukanlah ditentukan oleh sesiapa, sebab kalau ianya ditentukan oleh satu organisasi atau individu lain bagaimana pendapat yang "paling baik" itu, itu bermakna akan ada peraturan-peraturan atau aturan menentukan pendapat siapakah yang paling baik. Tapi hakikatnya, paling baik untuk saya mungkin bukan paling baik untuk JP, paling baik untuk JP mungkin paling baik untuk Juang, paling baik untuk Juang mungkin bukan paling baik untuk Jebon atau PakYeh atau pun Tolokminda. Begitu juga jika sekali pun kita semua berkongsi setuju akan satu pendapat yang paling baik, mungkin ianya bukan yang paling baik buat si pekak, buta, dan OKU yang lain.

    Jadi, Puteri berpendapat, diri sendirilah penentu pendapat siapa yang paling baik untuk diadaptasikan pada diri sendiri. Bukankah begitu maksud Q17:14?

    ReplyDelete
  10. Salam Puteri dan JP,

    Setuju dengan pendapat Puteri. "Paling baik" tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak. Ia suatu yang terbuka dan manusia kena berusaha untuk mendapatkannya (bukan tunggu disuap oleh ulamak agama).

    Untuk menentukan yang paling baik, kita kena lihat pada hasilnya. Kita kena bereksperimen dengan semua pendapat itu dan lihat kesannya dan implikasinya dalam pelbagai sudut. Jika kesannya buruk atau sia-sia, maka kita tolaklah sehingga kita jumpa pendapat yang kukuh.

    Contohnya dalam memahami erti "solat" yang paling baik, dahulu saya mendengar pelbagai pendapat (termasuk ajaran tradisi) dan menggunakan ilham yang Allah datangkan kepada saya. Sehingga Allah datangkan Tolokminda membawa pendapat bahawa "solat adalah komitmen" dan saya cuba uji dengan pelbagai ayat Al Quran dan melihat kesan jadikan komitmen suatu yang penting dalam hidup, maka saya pilih untuk berpegang pada pendapat ini biarpun berbeza dengan ajaran tradisi.

    Jika ada sesiapa yang dapat kemukakan bukti yang lebih kuat daripada Tolokminda (dalam kes istilah solat itu), barulah saya boleh terima yang lebih baik pula.

    Begitulah konsep saya belajar. Saya bukan pandang pada orangnya, tetapi pada bukti-bukti yang dikemukakan tidak kiralah siapa orang itu.

    Saya kira, cara inilah yang terbaik agar kita tidak mengidolakan seseorang manusia membabi-buta seperti kaum-kaum musyrik terdahulu lakukan.

    Yang penting dalam mengamalkan ayat 39:18 adalah berlapang dada dan berfikiran terbuka. Tidak taksub dengan kepercayaan tradisi. Fokus pada mencari yang terbaik sahaja.

    ReplyDelete
  11. salam semua,

    minda saya tertarik membaca ketrangan puteri, Begitu juga dengan keterangan Juang,

    Prinsip saya sangat menghormati minda seseorang dengaN KEBEBASAN MUTLAK.

    Saya BEBASKAN DIRI dari memberikan keterangan yg berbau selayak PMEGGANG HUKUM.

    Cuma saya berpendapat sekiranya minda kita menerima apapun deology luar diri kitada telah menjadi second-hand bermaksud tidak originality wpun tatacara arus-perdana menyetujui...

    ibarat terjemahan Quran sekuatmana minda si penerjemah juga si pemabawa riwayat hadis2 sehingga hari ini adalah gagasan fikiran manusiawi sahaja yg bukan sempurna.

    Bagaimana kita mempertimbangkannya....?

    Note: Quran adalah kitab penunuk semesta alam yg jitu!

    salam

    ReplyDelete
  12. salam Puteri,

    Mohon kezinan anda sekiranya Bro Juang sudi berdiskusi dgn saya khusus bab solat yg beliau yakini berdasar dri Tolokminda?

    Bro Juang saya alu2kan anda sharing pengalaman anda itu dgn terbuka di sini.

    Saya tegaskan prinsip saya WAJIB menghormati minda sesiapa sahaja. Saya tidak mengamalkan sebagai Pemeggang apa jua hukum di alam ini.

    Dengan sangat hormat saya alu2kan dgn terbuka berutjuan bersama mendapat kemefaatan ilmu.

    Note: Allah senantiasa PEMEBRI hidyah ke tas sesiapa yg Dia mahukan.

    salam
    JP

    ReplyDelete
  13. Solat itu komitmen?

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Kalau kita mencipta kereta, apakah yang penting bagi kita pada kereta itu? Kereta itu komited berfungsi mengikut spesifikasi penciptaannya atau kereta itu membuat amalan 'menyembah' kepada kita?

    Daripada perumpamaan inilah saya nampak kenapa solat lebih sesuai dengan perkataan komitmen berbanding amalan ritual penyembahan.

    ReplyDelete