Friday, December 25, 2009

Tuhan sempurna

24 December 2009

Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi saya kerana buat pertama kalinya saya bertemu secara "live" dengan seorang yang selama ini saya hanya mendengar cerita tentangnya, membaca tulisan2 nya. Maklumlah, saya ni budak kampung. Peluang begini sudah tentu saya anggap peluang besar.

Pertemuan yang bukan "live" dalam sebuah dewan kuliah besar, atau "live" melihat beliau berkata2 di atas stage ataupun di kaca TV. Tapi "live" duduk semeja makan thosai bersama di tepian kedai mamak, berada dalam sebuah kereta bersama dan bersiar2 bersama2.

Hari yang tak pernah saya rancang ini telah saya nikmati dengan santai, aman dan gembira sekali. Beliau bersama keluarganya telah bersama saya dan rakan dalam satu pertemuan yang saya anggap spontan.

Seorang yang sangat ringkas, tidak mementingkan prestige, itulah beliau yang saya kenali. Selama ini saya hanya mendengar beritanya dari mulut teman. Kini siapa sangka, saya sedang duduk menghirup milo panas bersebelahannya.

Yang menarik ingin saya kongsikan ialah bilamana dia menjelaskan satu cerita:
 
A: "Anda percaya Tuhan?"
B: " Sudah tentu"

A: " Anda percaya Tuhan anda sempurna?"
B: "Sudah tentu"

A: " Jika anda percaya Tuhan itu sempurna, siapakah anda untuk bertanya lagi tentangNYA?"

9 comments:

  1. Kalau Tuhan sempurna mesti kitab injil takda orang berani nak ubah, nanti kena sambar petir.

    ReplyDelete
  2. Mana tau Dia Tuhan? Mana tau makhluk lain menyamar jadi Tuhan, Takkan Tuhan suruh bunuh sesama manusia?

    Jawapan : Tuhan tu maha kuasa, kun faya kun, aku kata beriman, maka berimanlah semuanya. Itulah Tuhan sebenar.

    ReplyDelete
  3. Kalau Tuhan itu sempurna, tentu semuanya ciptaaan juga sempurna.

    ReplyDelete
  4. Tuhan sempurna, makhluk jadianya juga sempurna, semuanya sempurna. Tidak ada yang tak sempurna.

    ReplyDelete
  5. Tok janggut,
    kalau kejadian semuanya sempurna,kenapa
    1. Khatan itu diamalkan oleh manusia? bukankah itu menunjukkan sesuatu anugerah dari Pencipta yg tidak diperlukan oleh manusia ?
    2. Kenapa wujud cacat cela dikalangan makhluk ?

    ReplyDelete
  6. Pada saya sempurna itu adalah LENGKAP +ve dan -ve nya. Tidak mengenal malam tanpa siang, tidak mengenal benar tanpa salah, tidak mengenal suka tanpa duka... apakah sempurna pada anda jika hanya ada syurga tanpa neraka?

    ReplyDelete
  7. salam semua,

    Kesempurnaan adalah HIDUP kekal sahaja,

    Bukan makhluk apa jenjispun!

    Tanpa akal dan perasaan!

    Tak menyamai makahluk2 berpancaincera or tidak.....

    Itulah kesempurnaan. Bagi orang yg percaya agama akal mereka mengaitkan TUHAN.

    Sila perpanjangkan dgn berhikmah dan berhemah......

    Guru agama tadika 2010

    ReplyDelete
  8. guru agama tadika menulis "Kesempurnaan adalah HIDUP kekal sahaja"...

    Tetiba Puteri teringat pada seorang sahabat yang pernah berkata "mati itu cuma berpindah alam."

    Cuma Puteri tak berapa faham maksud tuan pada ayat ini .."tanpa akal dan perasaan! Tak menyamai makhluk2 berpancaindera or tidak...."

    ReplyDelete
  9. Borgata to be the first casino to open new sports betting on
    Borgata Hotel 메이저놀이터 Casino & Spa will debut 벳 인포 스포츠 토토 분석 벳피스트 new 토토 총판 처벌 큐어 벳 sports betting 스포츠토토 최고배당 벳피스트 venues in Pennsylvania on Thursday, May 30. The casino's gaming license will 토토 검증 expire

    ReplyDelete