Thursday, December 10, 2009

HIDUP

9 DEC 2009

HIDUP

Kawan Puteri yang dah 8 tahun berkahwin, selamat melahirkan anak pertamanya pada 5hb Dec 2009. Puteri pergi melawatnya kat hospital, dia kelihatan letih berbaur gembira. Teringat bayi yang baru melihat dunia itu, mendorong Puteri menulis topik ini.

Seringkali kita membaca dan mendengar orang memperkatakan tentang HIDUP. Puteri rasa perkataan ini sangat baik kalau kita perluaskan dan fahami sedalam mungkin.

Apa itu hidup? Puteri masih ingat cikgu kat sekolah dulu kata, sesuatu yang hidup itu adalah sesuatu yang bernafas. Sekali tu, mak puteri kata "Tolong hidupkan kipas tu!". Puteri naik heran masa tu camner la pulak kipas ni nak hidup kalau kaitan perkataan hidup tu dengan kipas yang tak leh bernafas tu? Jadi Puteri kata, "ish mak, kipas tak leh hidup tapi boleh ON!". Mak senyum ajer, dia cuma cakap, "kau tekan butang tu, nanti dia hidup le!". :)

Puteri terus hidup dengan mempelajari setiap detik. Sesuatu yang hidup menurut Puteri adalah sesuatu yang sentiasa berubah setiap detik. Berani berubah, mahu berubah... bukan tidak boleh berubah. Teringat Puteri akan kekata sahabat Puteri, "BERANI berubah sampai MATI"....

Mari kita tanyakan pada diri kita...SUDAHKAH AKU HIDUP HARI INI? tanyakan itu pada diri dengan ikhlas dan berulang2, setiap hari ... tanpa fikiran, tanpa perasaan, dengan penuh rasa tak tau serta merendah hati seikhlasnya yg aku tak tau... kongsikan dapatan anda di sini... tanpa berintelektual... hanya pengalaman dapatan anda dari soalan itu.

4 comments:

  1. Manusia yang hidup adalah manusia yang bersemangat dan tidak mudah berputus asa.

    ReplyDelete
  2. Puteri setuju dengan pendpt "Juang". Tnpa semangat.. tiada JIWA.. kalau berputus asa, tak ada kemahuan lagi.. jawabnya MATI. Yg HIDUP pasti ada kemahuan tak putus asa MAHU itu dan ini dan itulah PERUBAHAN setiap detik...ye tak?

    ReplyDelete
  3. Kehidupan ini bukanlah suatu yg.kita dugakan
    dan apakah kelahiran kita atas dasar nafsu
    ibu bapa kita..?

    Kedua ibu bapa tidak memikirkan tentang apa yg.
    bakal dilahirkan kerana mereka juga demikian
    caranya dilahirkan.

    Semua orang dilahirkan tanpa diketahui oleh diri
    sendiri.Samada bersedia.., setuju atau tidak...
    maka tiada upaya menolaknya.Kenyataan perlu
    diterima dan memikirkan rahsia kehidupan itu.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa2lah kan.... kelahiran kita bukan atas dasar nafsu ibu bapa kita. Mungkin ianya adalah ketetapan yang dipilih.

    Contohnya ibu bapa tidak menduga akan melahirkan anak yang cacat, tapi pilihan2 yang telah dipilih sebelumnya telah membawa kepada satu ketetapan hari ini. Begitu juga pilihan2 hari ni membawa kepada ketetapan masa depan. Saya pernah mendengar seorang sahabat berkata, waima nak mati cara mana pun adalah pilihan kita.

    Bagaimana pun, fikiran seperti itu, tak ramai bersetuju, kerana penolakan dari rasa bersalah jika terjadinya sesuatu yang memedihkan atau mendukacitakan. Sebaliknya, ramai pula yang cepat2 mengambil sikap memunya bila sesuatu yang baik terhasil darinya.

    Sesuatu yang masih perlu Puteri renungkan...

    ReplyDelete