Tuesday, December 1, 2009

Berhala

30 Nov 2009

BERHALA


Ntah kenapa ye, suka sangat saya membincangkan berkaitan tajuk ni. Padahal dah beberapa kali saya meluahkan pandangan saya berkaitan ini dalam beberapa perbincangan di beberapa forum yang pernah saya lawati.

Mungkin dorongan ini kerana saya masih lagi melihat ramainya manusia yang berbeza pendapat tentang perkataan ini. Maka, menurut perkiraan saya, agak menarik perkataan ini untuk terus diperbincangkan.

Berhala yang saya lihat berakar kata "hala" menggambarkan dalam fikiran saya sebagai "tuju", "matlamat","fokus" dan yang semaksud dengannya. Ramai kawan2 saya yang bila saya tanya "Apa itu berhala?" mereka menjawab "Patung2 sembahan". Saya bersetuju juga dengan pemahaman mereka, dalam ertikata "menyekutukan ALLAH".

Namun
apa yang lebih saya tekankan ialah bukan ritual2nya atau perlakuan2 mereka menyembah patung2 itu, tapi hala manakah JIWA nya ketika itu. Meskipun kita orang2 islam tidak meletakkan apa2 objek di hadapan kita semasa solat, apakah pasti setiap dari kita tidak menyembah "patung2 berhala"?

Persoalan ini seringkali tenggelam timbul dalam fikiran saya. Meskipun secara fizikalnya tiada apa2 objek di hadapan kita semasa solat, bagaimanakah fokus kita ketika itu? Gambarannya macam serupa ajer dengan mereka yang menyembah patung2 dan mempercayai itu Tuhan mereka JIKA ketika solat, hati, perasaan, fikiran tidak tertumpu/fokus/hala pada ALLAH.

Perkara ini mendorong fikiran saya bertanya apa itu khusyu' pula...

10 comments:

  1. Salam Puteri,

    Kita tak tahu apa yang mereka buat ketika berada di hadapan patung-patung mereka. Yang pasti mereka solat, memohon sesuatu kepada Tuhan. Dan yang kurang saya pasti ialah kenapa harus ada perantara antara kita dengan Tuhan. Pada saya tidak perlu.

    Satu cerita yang orang lain tak pernah ketahui saya rasa ialah apa benda yang terdapat di dalam kaabah suatu masa dulu. Tok Guru ngajar Quran saya(30 tahun dah meninggal) pernah memceritakan kepada saya bahawa di dalam kaabah terdapat patung-patung yang dah rosak di dalamnya. Dia lihat dengan matanya sendiri. Masa tu katanya tak seperti sekarang, pergi mekah ambik masa sebulan lebih naik kapal laut. Dia mati pun, umurnya 113 tahun. Tak tahulah pulak tahun berapa dia pergi Mekah.

    Saya tak ambil berat sangat dengan ceritanya, maklumlah saya masih kecil. Apakah simbolik di sebalik ceritanya, saya pun sendiri kurang pasti.

    Tapi bila dah dewasa, dan boleh berfikir sendiri buruk dan baik, mungkin ada benda yang dia nak ceritakan.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kalau saya katakan solat kita yang tak betul, awak setuju tak? Kalau betul masakan orang yang solat sampai lekuk dahi pun masih berbuat jahat. Masih mengata itu dan ini, walhal dia mengaku bahawa dialah islam, dialah ulamak yang serba tahu dan sebagainya.

    Tuhan kata, solat itu untuk menghindarkan diri kita daripada melakukan kejahatan. Apakah kita bersolat selama ini. Rasa saya tidak, kita hanya melakukan ritualnya sahaja untuk mengabui mata masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Persoalan "kenapa harus ada perantara antara kita dengan Tuhan." tu, menarik juga untuk kita renungi ye... Merasai hubungan terus dengan Tuhan, tentu sekali menarik, kan?!

    Persoalan samada solat kita betul atau tak, saya tak ada jawapan yang PASTI. Namun, Puteri nampak point yang penulis cuba nyatakan, dan bagi Puteri, ada benarnya. Pendapat penulis camner cara solat dgn hala yang betul agar dapat menghindari dari melakukan kejahatan tu?

    ReplyDelete
  4. Apabila kita berdoa, kita sebenarnya berkata kata dengan Tuhan yang Maha Esa, dan ini dianggap diterima baik oleh semua yang beriman. Namun, bila kita ceritkan pada orang Yang Maha Esa turut berkata kata dengan kita - kita dianggap gila. Anihkan ?

    ReplyDelete
  5. Khusyuk dalam solat adalah kemampuan pribadi setiap individu di dalam menghayati perhubungan antara diri dengan Tuhannya. Sementara itu, berbuat jahat pula adalah keinginan pribadi untuk melakukan sesuatu yang dianggap jahat.
    Saya berpendapat bahawa khusyuk dan berbuat jahat itu adalah ukuran keimaanan lantas ketakwaan seseorang. Tanyalah diri sendiri apa ketinggian nilai keimanan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Khusyuk seperti yang diceritakan oleh Ularmak hanya menggambarkan sesuatu yang sukar malah mustahil untuk dicapai. Khusyuk didalam AlQuran lebih sengan dihampiri pada pandangan saya, kerana secara harfiah maksudnya merendah diri.

    Pada saya tidak sukar untuk menzahirkan perasaan merendah diri kepada KHOLIQ. Hanya dengan menguatkan ingatan bahawa kita sentiasa berhadapan dengan AlAdzim, tentunya khusyuk kita hadir dimana-mana.

    ReplyDelete
  7. Perkara "baik" dan "jahat" yg dibawakan "Anonymous" menarik minat saya untuk menulis sesuatu berkaitannya... silalah kembali ke blog ini dan membaca berkaitannya tak lama lagi. TK

    ReplyDelete
  8. Pandangan ayyohpeen menarik perhatian saya .. iaitu kearah menghadirkan khusyuk di mana-mana setiap masa. TKsh

    Anynomous tulis.."bila kita ceritakan pada orang Yang Maha Esa turut berkata kata dengan kita - kita dianggap gila. Anihkan ?" ..Mmg aneh! agak2 "suara" apa yg dtg dlm JIWA kita dlm bentuk idea, naluri,gerak hati, intuisi, faham dll?

    ReplyDelete
  9. Masuk dan mengenal Islam satu hal.
    Setelah masuk islam dan beriman...suatu
    peningkatan.
    Beiman dan yakin,...satu lagi proses.
    Yakin dengan wahyu...dan yakin dengan penyaksian
    sukar bagi umat akhir zaman melainkan sedikit.

    ReplyDelete
  10. bagaimana penyaksian yang tuan maksudkan?

    ReplyDelete