Sunday, May 27, 2012

FIKIRAN DAN PERJALANAN HIDUP

27 Mei 2012

Manusia dengan daya fikirannya telah mencipta komputer, telah berjaya ke dasar lautan dan meneroka isi bumi, telah berjaya ke angkasa lepas dan melakukan banyak lagi perkara perkara luarbiasa di luar dirinya sendiri. 

Namun, masih belum mampu menjelajahi kedalaman dirinya sendiri.

Nampaknya, perjalanan menuju bulan lebih dekat daripada perjalanan ke dalam diri sendiri. Tidak ramai orang yang mahu melakukan perjalanan ke dalam diri sendiri kerana ia tidak memerlukan apa-apa pun selain PERHATIAN. 

Ye.... perhatian penuh  setiap saat untuk mendengarkan dan melihat setiap gerak fikiran dan perasaan dengan tepat, tanpa penyimpangan dari pengaruh apa pun.

6 comments:

  1. Sy tak tahu apakah yg sy nak tulis ni ada kena mengena dengan tajuk, but kalau takde kena mengena jgn bengang la...

    Kalau dahulu saya suka baca tulisan Astora... kalau sekarang agaknya tulisan siapa yg sy suka baca?? Sekarang nih sy suka baca tulisan Hishamudin Rais atau Tukartiub (TT)... kalau Astora selalu buat justifikasi menggunakan pendapat ulama dan hadis...

    Hishamudin Rais pula sy lihat lebeh kepada pemerhatian beliau (keatas fenomena sekeliling beliau) dan pengalaman yg beliau lalui... cuba try baca dua artikel tulisan beliau alamat ini... tapi seronok juga baca komen2 pembaca tuh...

    http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/jika-kita-rajin-membaca-kita-akan-tahu.html

    http://www.malaysiakini.com/columns/199383


    Pernah ke puteri pergi ke blog Tukartiub??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pernah melawat ke blog TT ni satu ketika dulu.... tapi dah lama betul tak ke sana. Bagus juga artikel yang baru-baru.

      Puteri dah banyak uzur dan kesihatan tak berapa baik sejak akhir-akhir ini. Tak banyak masa nak menulis dan tak banyak peluang nak duduk membaca di kompiter.

      Ye, dulu masa forum Astora, memang rasa segar dan sihat nak berbincang banyak topik dan respon menarik. Tapi sekarang rasa sangat sunyi bila tak tau ke mana perginya kawan-kawan tu semua dan tak ada wadah menarik untuk berborak-borak meneropong alam ni.

      Mungkin beginilah sunyinya bila hidup sudah sampai di hujung-hujung.

      Delete
  2. Tak sunyi kalau ingin mengetahui siapa itu Puteri Rasulullah s.a.w serta Bonda Puteri Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  3. Yang ini bagaimana pula??

    http://tukartiub.blogspot.com/2012/02/bila-aku-terlihat-gambar-ini.html?zx=b8eb5d8fa0f8852d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar pandangan peribadi saya berkaitan penulis tukar tiub - terlalu banyak kebencian dalam dada. Merbahayanya jika ia lahir dari hati yang berhasad.

      Puteri berlindung kepada Allah penguasa manusia, yang memiliki manusia yang juga adalah tuhan manusia, dari syak wasangka manusia yang ada dalam dada manusia itu sendiri, dan dari mereka yang dalam hatinya ada hasad.

      Delete