Sunday, May 27, 2012

Mendidik agar diri bertanggung jawab

Tarikh asal saya menulis topik ini ialah 20 hb Ogos 2011.
Bagaimana pun ia terletak lama dalam kotakdraf saya, sehinggalah saya meneliti semula semua kotak yang ada pada hari ini , 27hb Mei 2012


Kita boleh mula memupuk rasa tanggungjawab dalam diri kita dan diri anak-anak dengan memperkenalkan tanggungjawab pada perkara-perkara yang ada di sekeliling kita dan kebiasaan dalam kehidupan seharian kita seperti:

1) Setiap orang yang selesai makan, bertanggungjawablah untuk membersihkannya sendiri.
2) Setiap orang yang bangun tidur, bertanggungjawablah mengemaskan tempat tidur sendiri
3) Setiap orang yang membuat kerja-kerja yang menghasilkan sampah, bertanggungjawablah membuang sampah-sampah ke dalam tong sampah.
4) Setiap orang yang masuk tandas, bertanggungjawablah membersihkan tandas sebelum keluar.
5) Setiap orang yang mengambil buku untuk di baca, bertanggungjawablah meletakkan semula ke tempat asalnya sesudah baca.

Masyarakat adalah himpunan dari individu. Yang demikian, nampak tak, kalau setiap individu sudah ada rasa tanggungjawab pada diri, dan sikap bertanggungjawab ini telah terpupuk ke dalam diri masing-masing, banyak masalah masyarakat yang kita lihat hari ini dapat diselesaikan.



3 comments:

  1. Salam puteri


    Off topic,

    Ada beberapa link disini yang puteri boleh kaji mengenai ajaran al-Quran tentang perkahwinan...

    kahwim(klik)

    rumahtangga(klik)

    Cerai(klik)

    isu semasa/kahwin(klik)

    ReplyDelete
  2. Lama tak borak dgn puteri, email la sy kalau senang2 atau bukalah facebook, mungkin boleh cam saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca bolehlah delete dua komen ini...

      Delete