Tuesday, February 14, 2012

Cerai - gantung tak bertali

Dah lama Puteri memerhatikan nasib wanita Islam di Malaysia ni yang kian hari kian terjerut dek fahaman yang, entah sedar atau tidak, menindas kaum wanita. Mahu kembali ke zaman jahiliyah ke kita ni?

Penat aje usaha Rasulullah mengangkat martabat dan maruah wanita dalam masyarakat, sebagai satu cara hidup Islam, dan tinggalkan cara hidup jahiliyah, tapi apa yang berlaku di akhir zaman ini, manusia kembali kepada jahil. Puteri teringat ayat Quran yang Puteri pernah baca, terjemahnya lebih kurang begini : 
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lebih baik dari Allah, hukumnya, bagi kaum yang yakin?"(Q5:50)

Dalam Quran terdapat beberapa tempat ditunjukkan akan tatacara menjalankan hukuman agar kita keluar dari kegelapan hukum jahiliyah sehingga kita mendapat nur cahaya jalan yang lurus.

Merujuk kepada artikel dalam suratkhabar, yang dipaparkan di sini, dan atas cadangan sahabat Puteri, Jebon, Puteri berminat untuk menulis berkaitan artikel ini.

Seperti kisah dalam artikel itu, dah biasa Puteri dengar, bila kes cerai luar mahkamah dibawa ke dalam mahkamah, ramai sekali suami yang "U-turn", iaitu bermati-matian menafikannya, mungkin sebab tak mahu bayar denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah. Maka, bermulalah kisah sadis wanita bergelar isteri itu yang terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun kerana mahu pihak berkuasa mengesahkan lafaz cerai tersebut, dek ego lelaki yang tak mahu mengaku lafaznya yang hanya didengari oleh isteri.

Bayangkan penderitaan yang wanita itu terpaksa tempuhi. Suami mudah aje, dalam masa duduk berasingan dengan isteri sementara menunggu keputusan mahkamah yang makan bertahun-tahun itu, entah-entah dah nikah seorang lagi di seberang sempadan. Maklumlah, suami boleh poligami. Isteri bagaimana? Bukankah satu kezaliman tu sengaja melewat-lewatkan dan membuat seorang manusia dalam penasaran? 

Alasan tak ada saksi, sungguh tak menasabah. Ada ke sempat nak cari saksi dulu nak ceraikan isteri dalam keadaan marah tu?

Hanya kerana dia seorang wanita, yang dicipta dengan sifat lemah lembut, mereka ambil sambil lewa aje keadilan terhadap wanita. Mengapa takut nak ubah sistem mahkamah yang jelas sekali banyak meremehkan kes sehingga berlakunya apa yang dikata gantung tak bertali? Seharusnya mahkamah perlu prihatin kes begini untuk elakkan masalah gantung tak bertali yang lebih lama lagi. Sudahlah kawan tu digantung tak bertali oleh suami, mahkamah pun turut serta menggantung kes dia sampai bertahun-tahun lagi. Pertimbangan beginikah yang dikatakan adil? Kalau kerana denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah tu membawa banyak mudharat dari memberi keadilan, ubahlah hukuman itu, semoga tanpa denda, suami tak ragu2 lagi untuk mengaku. Isteri pun tak kena belitan naga sakti pembohongan suami. Perlu pertimbangkan, kemaslahatan umum, bukan sekadar meraih pendapatan institusi. Meskipun Puteri faham hasrat mendenda itu supaya suami tidak sewenangnya melafazkan cerai pada isteri, namun realitinya, tidak semua manusia tu sesabar kakitangan mahkamah syariah yang sanggup mengunci lidah. Sebahagian mereka jahil akan wujudnya undang2 begitu kerana tidak ada dalam hukum hakam kitab Fiqh. Realitinya sekarang, setelah dikuatkuasakan, ianya lebih banyak memberi masalah kepada isteri yang dianiaya oleh suami yang jenis tak nak mengaku, yang mengakibatkan gantung tak bertali. Demi kemaslahatan umum, Puteri merayu, runtuhkanlah ego dengan mempertimbangkan untuk mengubahnya semula.

Bayangkan, makin lama ditangguh-tangguh, tubuh makin dimamah usia. Nak kawin lain tak boleh, sebab agama Islam yang mereka ceramahkan kata, wanita tak boleh polyandri macam lelaki yang boleh poligami. Jadi, seorang wanita yang berkahwin, kalau suami tak ceraikannya, sampi mati pun tak boleh kawin lagi. Inikah cara hidup yang tuan-tuan katakan ISLAM? Maaf, Islam yang Puteri yakini tidak menzalimi dan tidak menganiayai sesiapa.

Peraturan-peraturan yang tidak menasabah seperti nak cari saksi yang mendengar lafaz cerai perlu diubah kepada pembuktian yang lebih relevan. Mengapa tak mahu ubah peraturan sebegitu? Sikap takut untuk mengubah sistem/konsep/birokrasi sedia ada di mahkamah syariah yang melecehkan, sehingga membuat masyarakat teraniaya, mana lebih buruk? Sedangkan, diantara ciri syariat Islam ialah mudah dan memberikan kemudahan dalam segala urusan kehidupan.

Menjadi isteri, seperti tidak ada jalan keluar bagi masalah rumahtangga Islam di Malaysia. Lebih sadis bila ada yang menganggap wanita berkahwin, sebagai pekerja rumahtangga. Mereka menganggap seorang wanita yang telah bersetuju untuk berkahwin, ibarat pekerja yang terikat dengan perjanjian. Huh! sungguh, manusia telah kembali kepada hukum jahiliyah.

Apakah mahkamah tidak lagi mengambil kira sikap suami serta peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam rumahtangga yang menjurus kepada perceraian? Pengaduan isteri yang mengadu akan derita yang dialaminya, apakah tidak lagi perlu dilihat sebagai kuatnya hujah lebih baik bercerai dari hidup tidak sefahamanan? Apakah mahkamah hanya mengambil kira sumpah suami yang bersumpah (entah bohong entah tidak)? Inikah hasil didikan agama yang tidak menggalakkan menggunakan akal tapi taklid  pada hukum statik, tanpa perlu dihujahkan kerasionalannya? Inikah tahap pemikiran para pemuka keadilan di Mahkamah Syariah Malaysia? Jelas sekali kita perlukan satu anjakan paradigma. Kita perlukan gelombang baru. Pilihlah samada mahu berjinak-jinak dengan gelombang baru atau mahu gelombang tsunami yang merubahnya.

ISLAM adalah untuk semua, bukan untuk orang-orang beragama Islam sahaja. Mengapa masih takut untuk menyatukan sistem kehakiman syariah dan sivil? Kalau kerana berbeza sistem perundangan, kajilah mana yang lebih adil dan lebih realistik. Sunnatullah adalah hukum alam yang logik dan seimbang. Kalau mahkamah syariah merasa inferior bila bergabung dengan mahkamah sivil, pasti ada sesuatu yang tak kena. Seharusnya hukum Allah mengatasi segala sesuatu dan sesuai untuk manusia sejagat, barulah ISLAM itu dihormati semua dan mereka akur dan setuju berlindung di bawah perlembagaan ISLAM. Renungkanlah sahabat!!!

Mungkin fahaman yang disebar luas bahawa Allah benci perceraian, adalah berdasarkan dari sepotong hadis
 riwayat Abu Daud seperti berikut "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak". 
Hadis ini adalah  untuk talak yang tanpa sebab, atau dengan kata  lain, main-main talak atau suka suka nak cuba talak.  Bagaimana pun menurut kitab Fathul bari, juz 11 halaman 271, ianya dianggap cacat kerana mursal.

Apakah mungkin Allah membenci perceraian bila dalam Q4:130 terdapat firmannya:

 "Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya"(Q4:130).
Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian. Kemudian, Dia menolong kedua-dua belah pihak. Jadi, bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah kedua-dua belah pihak perlu ditolong?

Inilah yang pernah Puteri hujahkan dulu dengan seorang kawan di satu lawan web, berkaitan kisah realiti sikap mahkamah terhadap kes perceraian suami isteri yang digantung tak bertali. Cerai- gantung tak bertali adalah suatu KEZALIMAN, tuan-tuan. Dan orang yang zalim, harus diperangi.

Bagi peguam bela syariah dan si suami yang seperti di atas pula, Puteri ingin membawa sepotong hadis dari Bukhari  dan Muslim seperti berikut untuk santapan rohani kalian:
Ummu Salamah berkata bahawa Rasulullah mendengar pertengkaran di depan pintu bilik baginda, lalu baginda keluar menemui mereka dan berkata "AKu hanyalah seorang manusia. Kadang-kadang datang padaku prang-orang yang bersengketa. Boleh jadi sebahagian daripada kalian lebih pintar daripada sebahagian yang lain (dalam berhujah) sehingga ku mengira dialah yang benar, lalu aku mengeluarkan keputusan yang menguntungkannya. Kerana itu,  barangsiapa yang aku putuskan mendapat hak orang lain, maka ia sebenarnya tidak lain adalah secebis daripada api neraka. Jadi terserahlah kepadanya sama ada mahu mengambilnya atau membiarkannya"

64 comments:

  1. Salam

    Selalunya kita diajarkan oleh ajaran berelemenkan lahwal hadis mengenai isteri nusyuz. Namun kalu kita selidik didalam Quran sebenarnya tidak sebut hanya perempuan/isteri sahaja yang nusyuz tetapi ada juga istilah suami nusyuz;

    [4:128] Dan jika seorang isteri bimbang ketidak-patuhan (nusyuz) atau palingan dari suaminya, maka tiada kesalahan keatas mereka untuk berdamai diantara keduanya dan perdamaian adalah lebih baik walaupun sifat tidak bertolak ansur menghadiri jiwa; dan jika kamu berbaik-baik dan prihatin, maka sesungguhnya Allah sangat menyedari apa yang kamu melakukan.

    Buat masa nih sy fikir menterjemahkan kata nusyuz sebagai ketidak-patuhan, ia bermaksud ketidak patuhan lelaki/suami menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, same as ayat Q4:34 tanggungjawab bagi perempuan/isteri sebagai isteri...

    Salah faham yang menjurus istilah nusyuz kepada isteri sahaja, itu adalah element lahwal hadis, - bak kata pakyeh lahwal hadis yg mentertawakan Islam (he-he-he)...

    Fakta dari Quran ini sesuatu yg tidak disangka dan kelihatan kontradik dengan kefahaman Quran yg diajarkan kepada kita selama ini kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jebon,

      Kalau saya sebut, nanti ramai lelaki yang melenting dan kata saya memandai-mandai aje tafsir sendiri.

      Tapi itulah, mmg benar ada ayat nusyuz suami dalam Quran, tapi jarang sekali penceramah kita selama ni mewar-warkannya pada umum.

      Mereka ini, seperti yang dinyatakan dalam Q2:42 iaitu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka tahu.

      Mungkin mereka TAKUT untuk mendedahkannya kerana takut isteri jadi PANDAI atau dengan kata lain, mereka ni mahu membodoh-bodohkan wanita.

      Padahal, kan bagus kalau wanita tahu tentang itu, supaya amalan manusia lelaki bergelar suami itu sentiasa diperhatikan oleh manusia wanita agar tidak tersimpang dari kehendak Allah, demi menjaga keharmonian hidup dalam dunia.

      Delete
    2. Mungkin dalam kes paparan akhbar tu, mahkamah memutus tidak bercerai kerana sistem mahkamah memutuskan HANYA mengikut TAJUK yang dipohon. Contohnya, isteri mengisi borang permohonan mengesahkan lafaz cerai. Jadi mahkamah tak ambil kira perkara lain, tapi hanya tumpukan samada sah atau tak LAFAZnya itu.

      Ini juga adalah satu lagi masalah birokrasi di mahkamah syariah.

      Jadi agaknya, sebab itulah mahkamah mencadangkan isteri MEMOHON fasakh pula. Mungkin dalam tuntutan fasakh itu nanti, barulah dibicarakan/dipertimbangkan samada suami nusyuz atau tidak bagi isteri menuntut fasakh.

      Nampak tak masalah birokrasi di situ? Satu hal la pulak, isteri nak kena turun naik mahkamah lagi, bayar peguam ntah berapa tahun lagi. Akhirnya siapa yang meraih untung? Masalah, masih tergantung.

      Delete
  2. Salam

    Puan puteri, ada beza diantara baca Quran secara verbal dengan secara tafsir... nusyuz suami pada ayat Q4:128 - tidak perlu ditafsir dan statemen sy tuh bukan tafsir, baca secara verbal pun boleh tahu adanya nusyuz suami - apapun kata nusyuz diterjemahkan pada ayat itu ia tetap menunjukkan adanya nusyuz suami...

    Buat masa ini sy tidak tahu samada kewujudan Mahkamah Syariah ini releven ataupun tidak, mungkin releven tetapi perlukan perubahan atau mungkin tidak releven - entahla... namun berkenaan kes utk mengesahkan samada suami ada melafazkan cerai atau tidak ia tidak perlu dibezakan dengan tuntutan fasakh kerana utk mengesahkannya serupa juga macam tuntutan fasakh - berkaitan perceraian.

    Fasakh ialah tuntutan cerai isteri - kalau isteri hanya mahu mengesahkan samada suami ada melafazkan cerai atau tidak tetapi "tidak mahu bercerai" lainlah cerita. Namun jika isteri mahu mengesahkan samada suami ada melafazkan cerai atau tidak kerana "mahu bercerai", maka tidak perlulah nak dibezakan dengan tuntutan fasakh - membanyakkan karenah biokrasi ajer, itu kena duit lagi tuh...

    ReplyDelete
  3. Salam Puteri,

    Saya berpendapat Tuhan sudah menggariskan dengan cukup mudah dan jelas. Fenomena gantung tak bertali pasti tidak timbul sama sekali jika mereka yang mendakwa menjalankan amanah Tuhan benar-benar faham mesej yang Tuhan turunkan.

    4:19 Wahai kamu yang percaya. Tidak dibenarkan kepada kamu memiliki perempuan tanpa kerelaan mereka..

    Transliterasi: Ya ayyuha allatheena amanoo la yahillu lakum an tarithoo alnnisaa karhan..

    Mesejnya mudah saja, jika isteri sudah tidak mahu teruskan, suami tidak ada pilihan lain selain melepaskannya.

    ReplyDelete
  4. http://insani.tripod.com/kata2.html

    http://insani.tripod.com/tiga.htm

    ReplyDelete
  5. Dalam Islam, semuanya perlukan persetujuan. Tak setuju, tak sah! Tiada paksaan dalam Islam.

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya salah seorang isteri yg digantung tak bertali. Suami menipu & menganiaya, saya failkan taklik...xda 2 org saksi yg mendengar atau melihat (suami xdtg ke mahkamah), maka hakim suruh tarik kes. Saya failkan pula fasakh. Tunggu sebulan utk naik mahkamah, semata nak bgtau hakim yg saman xdpt diserahkan kerana defendan xbg kerjasama dan mengelak2. Jadi minta izin hakim bagi kebenaran serah secara tampalan pulak!...tangguh lagi lebih sebulan....aduhhhh....kerenah2 birokrasi mcm tu yg buat saya tertekan. Suami mmg terang2 xnak dtg mahkamah, katanya nak gantung tak bertali..nak tengok sampai tua...sy xda org nak....sedangkan yg bersalah dlm kes sy ialah suami, tapi sy pulak di hukum dan dianiaya. Mana cara keadilan untuk mengajar suami ego & sombong mcm ni?...tau hukum, tau hadis...tp dek ego (talak ada ditgnnya) dan bodoh sombong, maka isteri yg xberdosa ni jd mangsa.....berapa lama lagi nak naik turun mahkamah?...tolonglahhhhh....sy buntu xtau nak buat mcmana...kalau boleh nak suruh tangkap & gari je suami mcm ni...paksa duduk dlm mahkamah mcm penjenayah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan paling sakit hati bila suami dengan bangga nya sms pada saya, dia sudah ada 2 lg isteri....(nikah di siam le kot?)....aduhaiii...buat apa lagi simpan sy ni?..sy pun xnak ambil tau hal dia, xnak ganggu dia & isteri dia kat sana...tolonglah lepaskan saya cara baik...segala hutang2 dia, xpa saya bayar bulan2....(aniaya saya!)...penat menangis, apa lagi sy nak buat?...tolonglah mahkamah syariah malaysia!!!

      Delete
    2. Salam..masalah saya pun lebih kurang sama dengan puan. Kes fasakh yang saya failkan kini hampir 3 tahun masih belum selesai.Saya juga kini telah terlanjur dan bersekedudukan dengan lelaki lain. Lantaklah...saya dah give up dengan mahkamah syariah MALAYSIA ni....dosa saya biar suami, peguam suami dan hakim yang tanggung...

      Delete
    3. Puan Anonymous yang menulis pada September 14. 2012 10:17 AM,

      Puan, menurut petunjuk dalam Quran yang saya pernah baca, dosa kita orang lain tak tanggung.

      Saya petik dari beberapa petikan yang pernah saya jumpa seperti berikut, untuk rujukan puan:
      1) Q6:164 "... Dan seseorang itu tidak akan memikul beban dosa orang lain"

      2) Q35:18 "Dan orang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain. Dan jika seorang yang dibebani berat dosanya memanggil yang lain untuk memikul bebannya itu, tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun kaum kerabatnya"

      3) Q53:38-39 "Bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah di usahakannya"

      Delete
    4. Bagus...sokong la lg undang2 syariah...korang suka kn...org pmpuan xda hak kt mana2 pn...second class citizen...korang x tgk ke kt timur tgh lg haru ...kesian kt kaum wanita

      Delete
    5. To anonymous..sy pun sama.. Kes fasakh dh almost 3 thn, husband suddenly file nusyuz n mhkmh ckp fasakh sy kena hold dulu sbb nk dgr tuntutan nusyuz laki tu. N yes, sad to say, sy dh ada teman lelaki pun sekarang ni. Umur kian meningkat, nk tgu brp lama lgi nk teruskan kehidupan? Sgt kecewa dgn perundangan syariah sini.

      Delete
    6. Sama mcm saya..

      Delete
    7. Org yg brputus asa akan selalu gagal. Ingat, gagal. Klu dlm diri tu penuh dgn keimanan trhadap Allah & islam, cxla buat tndakkn yg mndatangkn dosa. Sbb tu Allah timpakan musibah dan sulitkn segala urusan. Ingat, Yakin dgn ape yg Allah tentukn n banyakkn berdoa mohon dipermudahkn. Bkn banyakkan dosa.. Berzina plak tu... Astaga

      Delete
  7. Saya pun dalam kes yg sama...saya telah failkan kes cerai taklik pada bulan 12, 2009, sampai sekarang ni...dah 4 saksi beri keterangan tapi still tak bole lepas. Suami banyak hutang dan lari setelah menipu ramai kawan dan customer dia dari Julai 2009 sampai sekarang tak balik2 lagi. Nafkah anak2 pun tak pernah bagi...Apa lagi yang mahkamah syariah nak saya pun tak tahu. Suami dah kawen lagi satu (semasa dgn saya pun dah kawen sorang). Yang tersiksa, wanita dan anak2. Ini satu bentuk kezaliman...sedangkan Allah angkat martabat saya sebagai seorang wanita. Suami kat sana sedap2 berbini baru, tak bagi nafkah anak2, hidup senang lenang...saya pun ada lelaki yang nak jadikan sy sebagai isteri, tapi disebabkan kekangan sebegini..maka meranalah wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lafaz taqliq selepas nikah tu sepatutnya memudah cara. ustaz yang menghakimi kes di mahkamah syariah saja yang bebal tak ikut peraturan. - guz.

      Delete
    2. Biasa tu.. pak ostad mahkamah syariah akan kata " kejap eh, sy nak keluar pegi bank kejap, anak saya baru jap call minta duit"... ha ha ha ha... Lepas tu, bila dia balik semual opis, dah penat, dia kata puan balik la dulu bersabar .....
      Ni macam punya pak ostad dia letak kat mahkamah syariah utk selesaikan masalah wanita insan yang lemah yang wajib diberi perlindungan oleh kaum lelaki....

      Delete
  8. Salam Puteri Dan semua yg membaca saya in gin mencadangkan kita bergabung Dan buat petition. Tubuhkan WAIT-wanita Islam tear gantung. Guna lawyer , buat sidangAkhbar, hantarSurat kat PM, berjuang untuk yg tertindas. Kalau minat Mariah sama2kita berjuang ramai yg terse pit begini jgn meneluh sini je. Nanti saya boleh but meeting kita semua

    ReplyDelete
  9. Saya yg post comment tadi pasal WAIT tu. Bolehh kita berhubung. Saya dah buka account email khas untuk WAIT, saya harap Puteri dapat hubungi saya. sama2 kita boleh bantu dan bela nasib sisters kita yg malang. email ke wait001asas@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak bertanya mengenai WAIT...masih ada lagi ke?

      Delete
  10. Assalamualaikum puan,
    Sy ibu muda yg juga digantung tak bertali, sy dianaya. Tidak diberi nafkah lgsung selama beberapa tahun. Dia menghilangkan diri entah kemana. Selama ni sy menyara hidup dibantu seorang lelaki. Sy juga bersekududukan dgn lelaki itu kerana tak mampu menyara anak2 sendirian. Pada pandangan umum, kami mcm suami isteri dan dia menjaga sy dan anak2 dgn penuh tgjwb. Sy nk kawin dgn dia tp xboleh sbb undang2 syariah. Sy dah penat berulang alik ke mahkamah syariah. Duit pun dah byk habis. Skrg sy disahkan mengandung kembar, apa yg harus sy lakukan? Lelaki itu bersungguh2 nk peristerikan sy dgn sah tp kami buntu

    ReplyDelete
  11. Salam puan Anonympus yang menulis pada October 29,2012 1:58 AM.

    Puteri simpati dengan nasib yang menimpa puan. Ini bukan pertama kali Puteri mendengar luahan hati kaum sejenis Puteri dengan luahan begini.

    Inilah masalah mahkamah syariah di Malaysia hari ini. Namun, suara seperti Puteri yang seringkali melawan arus, tidak sampai di corong pembesar suara untuk hinggap ke telinga mereka. Kalau sampai pun, mereka akan tanya "apa latarbelakang kamu, sejarah pendidikan kamu dalam hukum hakam syariah, lulusan mana, dll". Sekiranya latarbelakang yang tak bertepatan dengan haluan mereka, maka akan di sampahkan aje.

    Mungkin, mereka ni orang yang terikat dengan tekstual yang tak berminat dengan realiti. Mungkin, mereka adalah ulat buku yang mati dalam helaian terakhir mukasurat buku itu. Mereka adalah orang hebat hafazan kitab-kitab, tapi mungkin bukan pemikir ilmu di sebalik hujah yang termaktub dalam kitab.

    Puan, mungkin ada suara sinis yang menyindir puan dalam keadaan yang puan tanggung sekarang. Puteri berdoa puan tabah hadapinya kerana bukan mereka pemilik hukum yang layak menghukum puan. Allah lebih mengetahui perincian kehidupan setiap individu dan kepada Allah sahajalah puan berserah, ye.

    Puteri bukanlah seorang yang layak untuk menasihati puan. Sekadar memberi pendapat peribadi untuk puan renungkan dan timbang wajar untuk diri puan, boleh lah. Bagaimana, kalau puan menggunakan cerai taklik yang menyatakan akan jatuh talak bilamana suami ghaib setelah beberapa bulan dan tidak memberi nafkah? Dah cuba?

    ReplyDelete
  12. Kalau berminat membaca lagi berkaitan topik, puan boleh ke sini: (blog shabat Puteri)

    http://berhujah.wordpress.com/2010/04/15/benarkah-al-quran-menganjurkan-mengantung-wanita-yang-diceraikan-tanpa-tali/

    Di situ, Puteri ada berbincang dengan beberapa kawan yang berminat membahaskan topik berkaitan. Manalah tau, kalau-kalau puan dapat idea dari tulisan itu yang boleh digunakan untuk membantu puan atau peguam puan membela diri puan.

    ReplyDelete
  13. Semakin ramai wanita di Malaysia ditindas dan dizalimi oleh lelaki yang bergelar suami, yang sepatutnya menjaga isteri dan anak-anak. Moga-moga, Mahkamah Syariah dan hakim-hakim dapat membuka mata dan hati mereka untuk melihat penyeksaan yang ditanggung oleh isteri-isteri akibat perbuatan suami yang tergolong dalam Manusia akhir zaman..

    ReplyDelete
  14. Salam.
    Saya pun hidup digantung xbertali selama 2 tahun lbh.suami sya menghilangkan diri selepas seminggu berkahwin.puas saya mencari sampai saya nekad utk memohon fasakh.sya pergi dpatkan khidmat bantuan guaman tp hari pertama pembacaan afidavit peguam xde.hakim minta sya hadir bersama peguam.bila sya pergi ke bantuan guaman..diaorg ckp kes saya dlam siasatan.saya jumpa pegawai bertugas..dia ckp xde siapa yg bgtaw hari kes awak..sedih sgt2.da la ambik cuti tanpa gaji ke mahkamah.benda free mcm tu la.lepas tu sya cri peguam swasta yg murah.paling murah sya dpt 3500..tu pun xtermasuk kedatangan peguam..ambik 4k lbh la jgk..tp semua dia org yg wat.nak dekat setahun kes sya bru blh settle.tinggal lg 2x ke mahkamah.
    Cuma sya xfham kenapa diaorg suka melambatkan kes.semua nak guna duit.duit gaji sya habis byr lawyer je.sya xfham dgn undang2 syariah kat malaysia.dr segi islam sya da xde ape2 dgn suami lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah puan, kalau manusia lebih utamakan UPAH dari bekerja kerana ALLAH

      Delete
    2. Lawyer pon cari makan gak. RM3,500 tu fee yang termaktub dalam Peraturan Mahkamah Syariah. Buat kerja kerana Allah tu maksudnya buat kerja secara ikhlas, bukan buat kerja free.

      Delete
  15. Salam

    Puan Puteri blog sy tak simpan lagi artikel ini, dimana ia perbincangan lama diblog doktrinisasi dulu yg telah didelete, maka dipastekan disini saja...

    AKIBAT DIGANTUNG TIDAK BERTALI, ADA WANITA JADI MURTAD – HAIRAN METRO

    PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

    Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.

    Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.

    “Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.

    Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.

    “Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka.” katanya.

    Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.

    Beliau berkata, wanita yang sudah nekad menukar agama itu individu berpendidikan yang arif mengenai hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran dan mereka berharap undang-undang itu digunakan.

    Bagaimanapun, katanya, apa yang diharapkan mereka tidak menjadi kenyataan, malah proses ‘melepaskan diri’ terlalu sukar walaupun suami sudah berkahwin baru dan sengaja mahu melihat isteri digantung tidak bertali sehingga mati.

    Menurutnya, mahkamah syariah mempunyai tanggungjawab dan amanah cukup berat bagi mendaulatkan hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran bagi memastikan golongan itu termasuk ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali diberikan keadilan sewajarnya.

    “Keadilan penting bagi memastikan golongan berkenaan dibantu bagi membina kehidupan baru selain menyelamatkan mereka daripada sikap suami atau pihak tertentu yang hanya mementingkan diri sendiri.

    “Kita tidak mahu ada sesetengah wanita sepatutnya mampu menjalani kehidupan sempurna, tetapi akibat dihalang pihak yang tidak bertanggungjawab, kehidupan mereka berubah ke kancah yang tidak sihat dan merosakkan masa depan mereka.” katanya.

    Tanpa berselindung, beliau tidak menafikan ada ibu tunggal yang terbabit kes yang tidak sihat, tetapi jika dikaji secara terperinci ia boleh dikaitkan dengan punca yang tidak sepatutnya terjadi, termasuk tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.

    Katanya, banyak masalah yang menyebabkan ibu tunggal itu tertekan termasuk anak yang tamak harta sehingga tidak membenarkan ibunya berkahwin lain kerana bimbang harta itu akan dimiliki pasangan baru ibu mereka.

    “Sepatutnya, masalah yang membelenggu ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali boleh diselesaikan dengan baik jika lunas Islam dijadikan asas utama kerana ia sudah pasti akan memberikan satu keputusan yang adil dan saksama.

    “Bukan itu saja, ia sudah pasti menyelamatkan golongan berkenaan supaya tidak melakukan tindakan tidak bijak, termasuk berfikir untuk meninggalkan agama dianuti.” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1/10

      Puteri

      Inilah antara masalah-masalah yang selalu bekitar dalam kalangan teman-teman Puteri…

      Masalah birokrasi Mahkamah Syariah kononnya macam mereka sajalah dalam dunia ni adalah orang2 yang PATUH PERINTAH.. jadi tak berani nak ubah peraturan, SEBAB TAKUT ENGKAR… BULLSHIT!!! kata omputih (izinkanlah Puteri berlaku tak sopan).

      Persoalannya apakah mereka TAK MAHU ubah peraturan sebab TAKUT dikatakn ENGKAR atau mereka adalah orang2 BODOH yang mahu berada di TAKUK LAMA. Kenapa Puteri katakan BODOH? sebab hanya orang2 yang bodohlah tak mahu berubah, mereka ibaratnya MATI tanpa perubahan lagi, kerana YANG HIDUP PASTI BERUBAH.

      Ketakutan/kebimbangan mereka untuk melalui “sesuatu” yang mereka BELUM tahu, menjadikan mereka tak mahu berganjak dari zon yang mereka berada sekarang(zon selesa).. sedangkan alam terus berkembang, dunia terus berubah, dan mereka masih mahu terus berada di takuk lama.

      Wanita yang sedar bahawa yang hidup mesti berubah, pastinya sentiasa mengubah kehidupannya untuk sesuatu yang lebih baik bagi dirinya. Maka itulah, ada antara mereka yang hilang kepercayaan pada sistem kehakiman syariah Malaysia dan berpindah ke luar negara kerana mengetahui bahawa hidup di Malaysia sebagai wanita Islam belum dapat lagi dikatakn hidup sebagai wanita merdeka. Sistem kehakiman Syariah Malaysia masih lagi lembap dan mundur tindakan susulannya, yang membuat sesatu kes digantung, ditunda dan dipinggirkan bertahun2 lamanya, tanpa pihak berkuasa melihat keutamaan untuk menyelesaikan yang boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk.

      Persepsi beginilah yang ada dalam fikiran ramai wanita Malaysia hari ini yang ingin mendapat keadilan. Bilamana sistem kehakiman dipisahkan antara sivil dan syariah, pasti mendatangkan tundaan, birokrasi yang rumit.

      Sejak dulu lagi Puteri dah usulkan cadangan bahawa Sistem kehakiman disatukan. Tak ada salahnya bila hakim syariah dan hakim sivil digabungkan kerana Islam itu sendiri adalah adil untuk semua dan bukan untuk muslim sahaja. Bagi yang meyakini bahawa Islam adalah untuk manusia sejagat, pasti bersetuju untuk menyatukan kehakiman sivil dan syariah, tapi bagi yang BIMBANG kedudukan akan tergugat, atau bimbang bahawa pemikiran mereka dilihat tidak universal dan tidak adil bagi manusia sejagat, tentunya menolak semahunya.


      Puteri

      Kali ini mmg Puteri paparkan kemarahn Puteri yang meluap-luap pada JANTAN Malaysia yang tak menepati ciri2 yang dinyatakan Quran 4:34 sebagai pemimpin bagi wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain.

      Apa maksud bahagian yang lebih tu kalau bukan tenaga mereka? Nak kata, bijak, rata-rata ramai wanita yang lebuh bijak dari lelaki hari ini. Dikatakan lelaki sebagai pencari nafkah juga kerana kelebihan tenaga fizikal mereka.

      Ni tak, asal terjemah ayat tu…. dok pikir, tenaga lebih nak kawin lain… itu aje dalam kepala hotak korang eh!!!!

      Delete
    2. Juang

      Salam,

      Pada pendapat saya, isteri-isteri yang benar-benar dipukul oleh suami kena buat laporan polis dan dapatkan laporan perubatan. Dokumen-dokumen itu boleh mengukuhkan dakwaan mereka bila dibawakan ke mahkamah.

      Jika si suami sudah sampai tahap mengancam nyawa si isteri, itu bukan berkasih-sayang lagi namanya. Tujuan perkahwinan adalah untuk sama-sama dapat kedamaian hidup dan si lelaki melindungi wanita. Tetapi kalau sudah berperang sampai si isteri tidak dilindungi lagi, apa erti dipertahankan rumahtangga itu?

      Jika terbukti si suami berniat nak mendera si isteri dengan menggantung tanpa tali, maka menjadi kewajiban pihak-pihak berkuasa menggunakan cara-cara yang layak untuk memberi pilihan sama ada melepaskan si isteri dengan diberikan ganti-rugi jika si isteri itu kaya atau guna duit zakat jika isteri itu miskin. Settle cara menang-menang.

      Tak salah saya, perihal gantung tak bertali ini sudah ada countermeasurenya iaitu ketika akad-nikad, si lelaki kena membaca syarat-syarat taklik. Contohnya kalau si suami meninggalkan si isteri selama 6 bulan tanpa apa2 nafkah, si isteri boleh tuntut fasakh dengan nilai RM1.

      Tapi untuk perkahwinan orang dulu-dulu, kes gantung tak bertali banyak terjadi sebab tiada syarat begitu.

      Pihak Syariah terpaksa menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak (lelaki dan wanita). Jika undang-undang dilonggarkan sangat, takut-takut ada pula wanita yang ambil kesempatan kahwin lari dengan lelaki lain yang menyebabkan si suami yang sudah keluarkan banyak belanja perkahwinan menanggung kerugian pula.

      Ingat, jika ada lelaki tidak jujur dengan cinta, wanita pun ada juga yang bersikap begitu. Jadi masalah ini perlu dinilai dan dipertimbangkan semasak-masaknya hasil perbincangan lelaki dan wanita.


      Puteri

      Juang tulis :
      1)Jika terbukti si suami berniat nak mendera si isteri dengan menggantung tanpa tali, maka menjadi kewajiban pihak-pihak berkuasa menggunakan cara-cara yang layak untuk memberi pilihan sama ada melepaskan si isteri dengan diberikan ganti-rugi jika si isteri itu kaya atau guna duit zakat jika isteri itu miskin. Settle cara menang-menang.

      Komen Puteri: kalau dah terbukti suami berniat jahat, masih lagi nak suruh isteri beri ganti rugi?

      2)Jika undang-undang dilonggarkan sangat, takut-takut ada pula wanita yang ambil kesempatan kahwin lari dengan lelaki lain yang menyebabkan si suami yang sudah keluarkan banyak belanja perkahwinan menanggung kerugian pula

      Komen puteri: Zaman sekarang ni, belanja perkahwinan pun masing2 berkongsi bukan semua ditanggung oleh suami…. Juang, nak suruh mereka guna duit zakat utk bayarkan bagi pihak isteri?? Kamon la… be realistik kata omputih…

      Pihak baitulmal nak bagi bantuan kat ibu tunggal pun punyalah payah.. agak2 nak ke mereka gunakan utk bayarkan bagi pihak isteri yg kena dera gitu? Setahu Puteri lah kan..pihak baitulmal ni kalau bab ambik bahagian dia dalam faraid, cepat aje dia menuntut, tapi bab nak kuar duit bagi kat orang ni…mak ai…

      Delete
    3. Juang

      Salam

      “Bagaimana wanita-wanita yang diceraikan itu boleh digantung sampai bertahun-tahun?”

      Itu menunjukkan ada kelemahan dalam sistem perundangan kekeluargaan Islam yang dipakai di negara ini kerana wujudnya ketidakadilan.

      Walau bagaimana mereka sudah ambil langkah pencegahan untuk perkahwinan generasi baru dengan adanya lafaz taklik itu agar tiada kes gantung tak bertali.

      “Juang, nak suruh mereka guna duit zakat utk bayarkan bagi pihak isteri?? Kamon la… be realistik kata omputih… pihak baitulmal nak bagi bantuan kat ibu tunggal pun punyalah payah”

      Saya hanya berikan cadangan yang logik untuk menangan masalah ini. Tetapi kalau pihak berwajib yang menguruskan zakat itu tak nak guna logik, saya berlepas diri daripada apa yang mereka kerjakan.

      Ingat, setiap amanah yang kita sanggup pikul akan dipersoalkan kelak. Jadi sesiapa yang sanggup pikul pegang duit zakat itu tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ummat, mereka akan dipertanggungjawabkan kelak. Betapa besarnya beban yang dipikul itu.

      “Komen Puteri: kalau dah terbukti suami berniat jahat, masih lagi nak suruh isteri beri ganti rugi?”

      Ya, dalam Al Quran ada menyuruhnya bila berlakunya penceraian di antara lelaki kafir dengan wanita mukmin yang ingin hidup bersama masyarakat Islam. Jika dengan orang kafir pun Al Quran tunjukkan nilai pekerti yang mulia (beri ganti rugi), takkanlah sesama Islam nak beri ganti rugi pun tak boleh?

      “Komen puteri: Zaman sekarang ni, belanja perkahwinan pun masing2 berkongsi bukan semua ditanggung oleh suami ”

      Kalau macam itu, lagi mudah nak beri ganti rugi sebab si suami itu tak keluarkan duit yang banyak masa nak kahwin dulu.

      Di antara kelebihan membayar ganti-rugi itu agar tiada pihak nak mengungkit-ungkit dan wanita yang diceraikan itu boleh membina hidup baru tanpa gangguan psikologi daripada bekas suaminya.

      Puteri

      oo gitu ye Juang. kalau gitu Puteri nak tanya ni… apa akan jadi dalam kes si isteri yang tak bekerja, apakah dia tak boleh diceraikan selagi tak mampu nak bayar gantirugi? Apakah si isteri terpaksa balik semula menadah tubuh pada si suami dengan deraan yang mungkin lebih menggila kerana mengetahui HUKUM menyebelahi dia kerana isteri tak ada duit?

      Perkahwinan adalah mutual agreement.. tak ada KONSEP tuan dan hamba. Kalau dah teruk kena belasah dengan suami, bila isteri tuntut cerai sbb tak tahan bersama lagi, masih lagi isteri kena bayar gantirugi… Puteri rasa itu sungguh tak adil...

      Puteri setuju bilamana Juang kata kelebihan gantirugi agar tidak saling mengungkit. Cuma, puteri nak tanya sikit lagi, apakah suami perlu bayar gantirugi bagi deraan fizikal dan mental yang dilakukannya sejak bertahun-tahun lama hidup bersama?

      Delete
    4. Juang

      Salam,

      “Puteri: oo gitu ye Juang. kalau gitu Puteri nak tanya ni… apa akan jadi dalam kes si isteri yang tak bekerja, apakah dia tak boleh diceraikan selagi tak mampu nak bayar gantirugi? Apakah si isteri terpaksa balik semula menadah tubuh pada si suami dengan deraan yang mungkin lebih menggila kerana mengetahui HUKUM menyebelahi dia kerana isteri tak ada duit? ”

      1) Adakah si isteri itu sebatang kara tanpa ibubapa atau saudara mara? Kalau ada, tidakkah mereka boleh membantu membayar ganti-rugi kalau mereka nak si isteri itu diceraikan daripada si suami?

      2) Si isteri berhak dapatkan perlindungan jika si suami membuat tindakan yang boleh mengancam keselamatan dirinya. Jadi, sementara emosi si suami tidak terkawal, si isteri boleh dipisahkan sehingga keadaan pulih. Dalam keadaan terpisah itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak memikirkan kesilapan masing-masing. Jika masing-masing ego, ada baiknya mereka tidak disatukan kembali.

      3) Hukum yang tidak adil, sudah pastinya bukan datangnya daripada Allah. Jadi kalau nampak di mana kelemahan hukum itu, dan atas usaha kitalah untuk perbetulkannya sedaya yang kita boleh. Tetapi kalau pihak berwajib ego tak mahu dengar pandangan yang lebih baik, itu di antara mereka dengan Allah nanti.

      “Puteri: Perkahwinan adalah mutual agreement.. tak ada KONSEP tuan dan hamba.

      Kalau dah teruk kena belasah dengan suami, bila isteri tuntut cerai sbb tak tahan bersama lagi, masih lagi isteri kena bayar gantirugi… Puteri rasa itu sungguh tak adil.. ”

      Kerana perkahwinan itu mutual agreementlah kena ada ganti rugi yang sewajarnya kalau si isteri mahu diceraikan. Sama macam agreement biasiswa, si pemberi biasiswa mengikat perjanjian dengan si pelajar dengan syarat si pelajar akan bekerja dengan syarikat yang berikan biasiswa itu. Tetapi jika pelajar itu hendak bekerja dengan syarikat lain, dia kena bayar ganti-rugi yang sewajarnya.

      Jika si isteri dibelasah oleh si suami, dia boleh menuntut ganti-rugi di atas kecederaannya. Maka adil bagi kedua-dua pihak jika mahu bercerai kerana berperang besar macam itu. Si suami dibayar ganti rugi di atas penceraian (sebab dia kena bayar harga perkahwinan dahulu) dan si isteri boleh tuntut ganti rugi di atas kecederaan perbuatan suami.

      Delete
    5. Puteri

      Juang tulis : (sebab dia kena bayar harga perkahwinan dahulu) …

      Komen Puteri : Tak faham lah bab ni… boleh huraikan lagi tak? Ni bab jual beli ke?

      Juang tulis :
      Krn perkahwinan itu mutual agreementlah kena ada ganti rugi yg sewajarnya kalau si isteri mahu diceraikan. Sama macam agreement biasiswa, si pemberi biasiswa mengikat perjanjian dengan si pelajar dengan syarat si pelajar akan bekerja dengan syarikat yg berikan biasiswa itu. Tetapi jika pelajar itu hendak bekerja dengan syarikat lain, dia kena bayar ganti-rugi yang sewajarnya

      Komen Puteri:
      Ooohh! Klu dlm kes si suami tak melanggar apa2 perjanjian, hanya si isteri yg dah tak sukakannya dan mahu bercerai, Puteri pun setuju dberi ganti rugi kpd sisuami.. :) klu Tuan Juang susuri kembali kes yg Puteri bawakn di atas, ianya melibatkn kes si isteri minta cerai krn keganasan si suami yg kaki buli dn kaki dera fizikal & mental isteri. Dalam kes itu, tak adillah pd hemah Puteri klu si isteri (serta seluruh keluarga isteri,menurut Juang) trpaksa mmbayar gantirugi pd si suami, sedangkn penderitaan yg dialami isteri…? Sedangkn juga si isteri tlh “serve” suami ..

      Juang tlh menjawabnya seperti berikut:
      Si suami dibayar ganti rugi di atas penceraian (sebab dia kena bayar harga perkahwinan dahulu) dan si isteri boleh tuntut ganti rugi di atas kecederaan perbuatan suami.

      Komen Puteri:
      Katalh Puteri mau Juang jadi hakim dlm satu kes yg seperti di atas, serba sdkt ceritanya gini, perkahwinan pasangan ni tlh dilangsungkan 20 tahun yg lalu dgn suami memberi mas kahwin sebyk RM25.50 dn hadiah(hantaran) bernilai RM10,000 kpd isterinya. Seminggu slps brkahwin, suami mula menunjukkn aksi garangnya bila pd satu hari isteri trlupa letak garam dlm masakannya, suami menterbalikkan semangkuk lauk/makanan dari atas meja, dn mengherdik si isteri dgn kekata “lain kali kalau nak bagi aku makan, rasa dulu masakan kau!!!”. Sejak tu, berbagai lg penderaan mental dn juga fizikal yg tlh dilakukn ke atas isteri (nk cerita semua pjg sgt.. nnt lebih 4096 char pulak). Puas bertahan dn brdoa, brsabar smbil mengamalkn brbagai ayat2 suci Quran yg dikatakn boleh jadi penyembuh, pelembut hati dll, tapi lom juga brhasil mnunjukkan sebarang perubahn, si isteri pun pergilh mengadu pd sang hakim. Katanya, Yang Arif Tuan Juang, sy tlh lama cuba brtahan dgn suami sy, tapi kini sy tak dapat bertahan lg krn usia sy yg semakin meningkat, fizikal sy yg semakin uzur, kesihatan sy smakin mmburuk. Demi nyawa sy, kesihatan sy, kselamatan sy serta kdamaian sy utk hidup seterusnya dlm dunia ini, sy memohon agar Yang Arif mngizinkn permohonan sy utk bercerai dari suami secara aman. Sy faham bahawa sy ada hak utk menuntut gantirugi atas segala kecederaan/perlanggaran hak, yg telah sy alami selama 20 tahun sy hidup bersamanya, sekiranya sy mahu. Bagaimana pun, sy tidaklh brhasrat utk menyulitkn perceraian ini, justeru, dgn rela hati & tnpa paksaan dari mana2 pihak, sy tidak mmbuat sebarang tuntutan pd suami sekiranya sy diizinkan untuk bercerai darinya. MATLAMAT tuntutan perceraian ini, adalh utk membolehkn sy menikmati hidup yg lebih aman dn selamat dari apa yg telah sy alami sejauh 20 tahun ini, dn bukan utk mnjadikn penceraian ini satu perniagaan yg mnguntungkn. Yang Arif, apa yg telah sy lalui dlm hidup bersama suami, membuat sy merasa ragu hiudp berrumahtangga, bagaimana pun sy tidak menjadikn pengalaman peribadi sy ini utk menghukum sama semua rumahtangga, dn sy percaya tingkahlaku suami sy tidaklah mencerminkan tinglaku semua suami muslim. Oleh yg demikian, sy merayu dan memohon pertimbangan yg adil dari Yang Arif sebagai penguasa menurut hukum Islam yg adil, utk mmberi sy peluang dan memudahkan sy meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup sy yg masih ada, dengan aman. Semoga perceraian ini kelak memberi didikan kpd kami secara tersendiri.

      Soalan Puteri:
      1 Gantirugi yg Juang maksudkan, adakh? a)RM25.50 b) RM10,000 c) Rm10,000 + Rm25.50
      2) Bagaimana penghakiman Tuan Juang dlm kes trsebut?

      Delete
    6. Juang

      Salam,

      “Soalan Puteri:
      1 Gantirugi yg Juang maksudkan, adakh? a)RM25.50 b) RM10,000 c) Rm10,000 + Rm25.50
      2) Bagaimana penghakiman Tuan Juang dlm kes trsebut? ”

      Pertama kita kena lihat bayaran yang diletakkan dalam akad perkahwinan itu. Itulah yang rasmi yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kemudian barulah dilihat pada kos-kos lain termasuk wang hantaran. Tetapi kebiasaannya wang hantaran itu dianggap sebagai sagu hati (hadiah) pihak lelaki kepada perempuan, dan bila namanya sudah hadiah, jarang orang nak tuntut balik melainkan kalau orang itu terlalu berkira (ini pandangan peribadi saya laa).

      Kemudian, ada sesetengah negeri yang menjadikan wang hantaran itu adalah mas kahwin. Jadi untuk soalan 1, boleh jadi a), b) atau c) bergantung kepada bayaran rasmi yang disebut dalam akad.

      Samalah dengan kes perjanjian yang lain, kalau pihak A telah berjanji bayar kita sebanyak sekian nilai, tetapi kemudian kita sendiri tidak komit pada perjanjian itu, maka kita akan bayar balik bayaran yang telah dibuat. Itu common sense pun boleh nampak.

      2) Untuk kes yang Puteri bawakan, kita kena tengok ikrar yang suami itu lafaz taklik dahulu. Kalau dia ada buat taklik mengatakan yang jika dia sengaja mencederakan isteri dan isteri boleh tuntut ke mahkamah untuk bercerai, maka jika sabit kesalahan itu, memang si isteri boleh bercerai tanpa perlu bayar apa-apa ganti rugi sebab memang si suami itu yang melanggar apa yang dilafazkannya dahulu. Ini pun common sense juga.

      Di sini kita nampak fungsi lafaz akad nikah dan taklik. Pada lafaz akad itu, ia boleh digunakan oleh pihak suami untuk membuat tuntutan ganti-rugi jika pihak isteri mahu bercerai. Dan pada taklik, ia boleh digunakan untuk pihak isteri melindungi diri dan membuat tuntutan cerai jika pihak suami tidak komit apa yang ditaklikkan.

      Sebenarnya dalam masyarakat Melayu kita, ramai pihak suami tak begitu menghayati lafaz taklik sebab mereka lebih gerunkan lafaz akad nikah. Jika mereka teliti lafaz taklik itu, mungkin mereka akan lebih berhati-hati daripada bersikap kasar terhadap isteri. Dan sepatutnya kes gantung tak bertali takkan wujud jika suami itu sedar tentang taklik tersebut.

      Kalau pihak perempuan benar-benar ingin menjaga diri daripada kemungkinan risiko selepas perkahwinan, mungkin mereka boleh tambahkan lagi lafaz taklik selain yang disediakan oleh pejabat agama.

      Tetapi kebiasaannya perasaan tak sabar nak kahwin itu menyebabkan ramai yang memandang remeh pasal dokumen perjanjian mereka itu. Bila sudah jadi perang besar, barulah sedar dan nak tuntut macam-macam.

      Jika perkahwinan orang Melayu hari ini sudah jadi suatu yang berisiko apatah lagi peningkatan kes suami baran, maka pihak isteri haruslah bijak menyediakan dokumen perjanjian yang melindungi hak mereka jika berlaku apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Janganlah kerana tak sabar nak kahwin, perkara-perkara itu dipandang tidak penting.

      Delete
    7. Bgus la kalo murtad...ak sokong tu...terbela ckit martabat wanita...kalo ko masuk syurga pn laki ko dpt 72 bidadari..xde mase nk layan ko la...dlm ayat al-quran hak wanita ni x byk mana pn...so syariah law is lame to me...

      Delete
    8. lafaz ta'liq setahu saya sudah terlaksana masa saya menikah dulu pada tahun 1.1.1973. Tentunya bermula jauh lebih dulu lagi dari tarikh itu. kesemua pasangan yg bermasaalah sekarang ini semuanya tertakluk kepada lafaz ini..rasa2 saya lah. - guz

      Delete
  16. Puteri

    Apa yang juang tuliskan sebagai jawapan balas, dapat saya terima seadanya sebagai suatu pendapat dari seorang sahabat saya, iaitu Juang. Penghakiman Juang juga saya terima seadanya memandangkan,agaknya, jalan cerita kes yang saya berikan tak cukup jelas untuk Juang menjawab spesifik a), b) atau c). Bercakap pasal pihak perempuan menyediakan taklik dengan syarat2 utk menjaga keselamatan dirinya, juga saya setuju dan mungkin pendapat tu perlu dititikberatkan oleh wanita2 di masa akan datang. Terima kasih.

    Bagaimana pun, jawapan2 Juang belum menjawab soalan saya pada khusus contoh kes yang saya bawakan di mana perkahwinan itu sudah berlangsung 20 tahun yang lalu, dan saya kurang bersetuju untuk menyalahkan pihak2 yang bermasalah sekarang/hari ini kerana suatu kejahilan mereka dulu, kerana bagi saya, seorang hakim, tanpa mengira kejahilan mereka yang lalu, seharusnya membuat pengadilan menurut masalah yang timbul hari ini, untuk menyelesaikan masalah, dan bukan setakat memberi nasihat tanpa sebarang kata putus (diceraikan atau tidak). Kelihatannya isteri dalam masyarakat Islam Malaysia hari ini, masih lagi dilihat “bersalah” jika minta cerai, sekalipun dia didera bertahun2 lamanya(seperti contoh kes), kerana pendapat yang mengatakan wanita tetap mesti membayar gantirugi apabila mohon cerai meskipun seperti kes yang Puteri bawakan, masih kuat fikiran masyarakat kita hari ini. Jelas dalam taklik kebanyakan negeri di Malaysia ialah, jika suami melanggar takliknya, maka jika si isteri mengadu di mahkamah dengan membayar RM1, maka jatuh talaknya. Namun hakikatnya/realitinya, ia tak semudah itu.

    Jadi, tak heranlah, masih ramai wanita teraniaya dalam masyarakat kita hari ini, sengaja dibiarkan tergantung sehingga usianya lanjut dan tak berupaya utk menikmati rumahtangga yang baru. Mungkin penerangan Puteri dalam contoh yang di atas masih belum cukup jelas memaparkan penganiayaan atas si isteri (Puteri mmg tak pandai menulis cerpen). Atau mungkin, fikiran Puteri tak terjangkau kebijakan dalam memikirkan sesuatu yang common sense, sebagaimana ramai lelaki mampu lakukannya.

    Puteri mahu mencuba sekali lagi… Tuan Juang, tanpa mengira undang2 syariah mana2 negeri, Puteri mohon penghakiman dari Tuan Juang sendiri (sebagai manusia yang mahu menegakkan keadilan dan mahu berlaku adil) atas kes itu, menurut logika tuan. TKasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juang

      Salam Puteri,

      Untuk mengadil sesuatu perkara, kita kena mendengar cerita daripada kedua-dua pihak. Sekarang ini Puteri hanya bawakan cerita di pihak si isteri sahaja (kawan Puteri). Kita belum lagi mendengar cerita di pihak suami.

      Kalau Puteri betul-betul mahu mencari keadilan, Puteri kena juga dapatkan cerita di pihak si suami itu untuk kita sama-sama menilainya di sini.

      Seseorang hakim tidak boleh membuat keputusan hanya setelah mendengar kisah sebelah pihak. Nanti jadi berat sebelah dan ada pihak yang teraniaya.

      Ingat, kedua-dua gender lelaki dan perempuan tidak terlepas berbuat salah dalam hal perkahwinan. Maka maklumat daripada kedua-dua pihak harus perolehi dahulu sebelum kita kita membuat keputusan.

      Takkanlah datang seorang perempuan mengadu kata suaminya jahat, terus si hakim itu benarkan isteri itu bercerai?


      Puteri

      Kenapa MESTI disuruh isteri tu balik pada suami sedangkan dia dah tak mau menjadi isteri si dia. Apatah lagi kalau suami tu hobinya suka mendera. Apakah tiada empati langsung masyarakat kita hari ni dengan suruh si isteri tu balik juga pada suami? Islam tentukan dibolehkan CERAI sebanyak 2 kali dan rujuk sebanyak 2 kali, tentu ada hikmahnya, kan. Kali ke 3 cerai, tiada rujuk lagi. Dalam contoh kes yang Puteri bawakan, dia minta diceraikan, bukan minta fasakh… cuba lelaki buka mata, kalau isteri minta fasakh… sori beb, tiada rujuk bagimu…

      Ada orang, bila bercerai baru dia SEDAR.

      Puteri

      Dalam kes isteri tiada keupayaan harta/wang utk membayar satu jumlah tuntutan suami jika mau diceraikan, apakah TERPAKSA si isteri kembali pada suami?

      Gitu ke keadilan ISLAM? Tidakkah terlihat seperti satu KONSEP perhambaan?

      Delete
    2. Juang

      Ambil konsep wanita yang ingin bersama dengan orang mukmin meninggalkan orang musyrik, Al Quran suruh bayar pampasan kepada pihak lelaki itu. Jika wanita itu akan dikahwini oleh lelaki beriman, maka bakal suami itu sebaik-baiknya membayar. Jika wanita itu tidak dikahwini sesiapa, maka bolehlah guna wang bersama (zakat, tabung negara etc) untuk menyelesaikan isu itu dengan baik.

      Macam Puteri kata, wanita itu ingin membina perkahwinan baru, maka duit hantaran bakal suami itu boleh digunakan untuk membayar pampasan kepada bekas suami agar tiada ungkit-mengungkit lagi. Jadi tiada masalahnya di situ jika wanita itu ingin bercerai dan kahwin lain (ada orang boleh tolong bayarkan).

      Tetapi kalau hanya hendak bercerai kerana si lelaki itu panas baran, ada baiknya si isteri ambil masa duduk berjauhan dengan suami sampai keadaan tenang. Mana tahu masa akan datang mereka berubah? Dalam waktu itu, si isteri ada hak untuk menjauhi suami jika suami mengancam nyawanya. Duduklah rumah ibubapa atau saudara-mara untuk waktu tertentu biar si suami terasa sunyi dan kehilangan. Tetapi cubalah pertahankan perkahwinan itu sebaik mungkin apatah lagi jika ada anak-anak. Dan kalau mahu bercerai juga, biarlah dalam keadaan sama-sama terbuka.

      Jadi saya nampak, tiada akan kesukaran pun di pihak isteri kalau menghadapi cabaran rumahtangga itu. Cuma isteri itu kena bijak dan mengetahui hak-hak mereka.

      Saya juga sependapat dengan author. Kalau si isteri sudah tak mahu kita, maka buat apa lagi nak dipertahankan. Lepas sahajalah.

      Tapi tak tahulah kalau ada suami yang jenis pendendam dan sengaja nak seksa isterinya dengan gantung tak bertali.


      Puteri
      Juang, kalau dalam kes si isterri dah ada “orang lain” yang menunggu utk dikahwini, mungkin betullah apa yang Juang kata, minta bakal suami baru bayarkan (he he he ..macam meniaga), yang masalah ialah si isteri mahu bercerai dengan suami sbb tak mau hidup dengan suami yang begitu, dan dalam mengambil tempoh bertenang utk berfikir panjang sebelum berumahtangga lain.

      Betul juga lah apa yang Juang kata, nak mengadili mesti bawakan hujah kedua-dua pihak dan silap Puteri ialah tak membawakan hujah pihak lelaki di atas tu utk Juang adili seadil-adilnya. Tak per, kita tutup kes tu, sebab Puteri nampak masih ada keraguan dalam masyarakat kita utk mengadili lelaki yang memukul isteri. Pada Puteri secara peribadi, Islam tak ajar kita DERA isteri meskipun isterinya adalah pelacur. Jika tak suka, berpisah, jika rasa mau didik, didiklah dia dgn cara yang bijaksana bukan DERA.

      Juang, dalam bercampur dalam masyarakat hari ini, Puteri dapati, RAMAI lelaki yang mengamalkan “gantung tak bertali”.. tak caya, pergi lah ke mana-mana mahkamah syariah, ambil masa seharian untuk bertemu bual dengan pelanggan2 wanita di sana, barulah Juang tahu betapa ramainya kes gantung tak bertali yang mahkamah gantungkan sehingga bertahun-tahun dengan berbagai alasan, antaranya sebab suami tak hadir(lesap entah ke mana tak dpt dihubungi) utk dengar cerita dari pihaknya (mcm yang Juang kata di atas), ada yang suami hadir, tapi menafikan pernah mendera kerana isteri tak dapat buktikannya dengan surat doktor (isteri d suruh pulang pada suami dan cuba utk brebaik (mcm yg Juang sarankan.. sedangkan dah 20 tahun mencuba), dengan suami senyum sinisnya – game of life), ada yang suami kata dia mengaku dia pukul isteri, tapi berlakon menyesal dan mahu isterinya kembali sedangkan isteri tak percaya keinsafan lakonan suami depan hakim, dan macam-macam lagi gaya cerita kehidupan.
      huh!! nampaknya mmg rumit ye selesaikan kes rumahtangga… sedangkan asasnya hanya satu, PERSETUJUAN.

      Delete
    3. Juang

      Salam,

      Kita kena faham yang sesuatu mahkamah tidak akan mudah-mudah buat keputusan. Pihak terbabit memerlukan bukti-bukti yang kukuh.

      Jadi dapatkanlah bukti-bukti itu sedaya mungkin untuk menguatkan hujah. Jika kita di pihak yang benar, pasti suatu hari nanti kita akan menang juga.

      Tapi kalau sudah ada bukti yang mensabitkan si suami melanggar lafaz takliknya sendiri dan mahkamah bersubahat melengah-lengahkan keputusan, itu antara pihak terbabit dengan Tuhan-lah.

      Pada saya, jika si suami jenis pandai bermuka-muka (yang si isteri sudah masak dengan perangainya) dan suka mendera, ada baiknya si isteri duduk berjauhan dahulu. Nak runtuhkan ego bukannya suatu yang mudah, melainkan di atas keinsafan tuan empunya ego itu sendiri.


      Puteri

      Juang, bukan persoalan menang atau kalah isunya, tapi hak kemanusiaan. “Satu hari nanti” yang Juang tuliskan itu, jika difahamkan untuk sebuah kemenangan di mahkamah, mungkin la… tapi berapa lamakah hak seorang wanita itu mesti digantung sementara menunggu hari itu tiba? Tidak terlihatkah oleh Juang bahawa cara pengamatan Juang dalam bab ini, tidak ubah seperti mengiktiraf gantung tak bertali? Maaf,jika Puteri silap mentafsirkan.

      Sedang di mahkamah sivil, ada sesuatu yang dipanggil “penghakiman engkar” iaitu satu penghakiman yang dijalankan tanpa bertempoh lagi apabila pihak yang dipanggil hadir tidak hadir di mahkamah setelah suatu tempoh menasabah telah diberikan untuk pihak-pihak terbabit hadir perbicaraan.


      Juang
      Penentuan lama atau tidak bergantung kepada pihak isteri dapat menyediakan bukti-bukti kukuh yang mensabitkan si suami itu melanggar takliknya sendiri. Kalau si isteri cukup bukti, tetapi mahkamah Syariah pula melewat-lewatkan proses mensabitkan si suami bersalah, itu salah mahkamah pula. Kalau tak cukup bukti, dalam mahkamah sivil pun tak boleh buat apa-apa.

      Kita jangan hanya fikir pada segi isteri tidak dilepaskan, tetapi kita kena fikir ada kes isteri sengaja memburukkan suami untuk minta diceraikan agar boleh kahwin dengan laki lain. Jadi kalau dilonggar proses untuk isteri mudah-mudah dapat cerai, nanti ramai yang ambil kesempatan.

      Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan sebegini wujud di pihak lelaki atau wanita, maka kita perlukan bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan siapa yang bersalah.


      Puteri
      Baru baru ni Puteri ada terjumpa satu kes lagi gantung tak bertali. huh!!! jenuh la kan melayan mahkamah syariah ni!..(org2 syariah ni mmg sabor yang tiada penghujung, mungkin sbb belum kena kat adik2 dia atau kakak2 dia atau maksedara dia)

      Kalau penentuan lama atau tidak itu, diGANTUNGkan pada pihak isteri untuk sediakan bukti2 cukup(ntah sampai tahap mana yg pihak mahkamah rasa cukup belum ditafsirkan lagi tu…), ia sungguh menampakkan BEBAN kepada wanita.

      Mengapa jika seorang isteri, dalam langkah/usaha menyelamatkan dirinya dari deraan yang berterusan, mengadu pada pihak mahkamah untuk menuntut cerai/menyelamatkannya kerana tidak sanggup lagi mempersuamikan lelaki begitu, mengapa pihak mahkamah tidak menerima aje dulu kes ini sebagai TIADA PERSEFAHAMAN LAGI, maka boleh diceraikan. Bab nak bayar datok nenek punya gantirugi tu, itu dah babak kedua. Yang mustahak, di dulukan le… kan mudah kerja, dan tiada penganiayaan/kezaliman!

      Mengapa mesti nak tangguh dan tangguh dan tangguh lagi sedangkan sebelah pihak DAH TAK SUDI...

      Delete
    4. Juang mmg muslim sejati...bgus2...ketepikan hak wanita tu...haram jadah kn depa tu...dh la asal dr rusuk laki pn nk blagak lg ke...kalo nk tau sbenarnya inilah isi hati hakim mahkamah yg sebenar...org pmpuan ni mana ada hak sebenarnya...keep up the good work...bia je diorg tertindas...

      Delete
  17. 1/3

    Dealova

    Salam,

    Dimanakah KEADILAN dlm islam yg sering dilaungkan kalau terang2 dlm kes ni berat sebelah. Pendek kata lelaki buat salah pun boleh jd betul?

    Mcm kes sy, 3 tahun digantung tak bertali, dia ntah hilang kemana. Nak cerita naik turun mahmakah dah lenguh kaki dah byk duit habis. Tp x jugak setel2. Sy ni bkn org senang, keluarga kat kampung pun kais pg mkn pg. Setahun yg lepas, ada seseorg yg sudi menghulurkan bantuan, maklumlah gaji sy xbesar, anak dua, sewa rumah lg, mcm2 nk byr lg. Sampai satu tahap kami bersekedudukan sbb sy dah xmampu byr sewa rumah. Dlm pd masa yg sama dia mahu peristrikan sydgn sah. Tp krn tergantung dek undang2, kami buntu.

    Sehinggalah 3 bln yglepas, sy disahkan hamil kembar, berita itu sgt membahagiakan kami. Utk pengetahuan umum, anak2 sy juga ditanggung dia dan dia melayan anak2 sy seperti anaknya sendiri. Skrg ni, kami msh xboleh buat apa2, kami bkn malaikat, kami manusia biasa… kemana ADILNYA islam?


    Jebon

    Dimana adilnya Islam?? Islam bukanlah ideologi… namun undang2 yang dikatakan Islam sekarang kebanyakannya adalah ideologi yg dicipta oleh manusia… rakyat biasa macam kita hanya mengikut rentak undang2 yg dicipta manusia ini… dan yang nyata menggantung wanita yang diceraikan tanpa tali memang menyusahkan, ia (menggantung wanita yang diceraikan tanpa tali) BUKANLAH ajaran al-Quran….

    Utk kes puan itu pula – puan jadi begitu pun disebabkan undang2 Mahkamah Syariah yang jumud… namun cubalah tuntut cerai, fasakh ke takliq ke sampai berjaya, kalau takde duit mintalah bantuan sesiapa sahaja atau teman lelaki puan kalau benarlah beliau hendak memperisterikan puan… fikirkan sampai bila puan hendak hidup begitu…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dealova
      Dah penat naik turun mahmakah, dah letih merayu mcm org bodoh kat bekas suami supaya setel cepat2 utk kebaikan semua. Dah bwk kedua2 family berjumpa dan berbincang. Masa berbincang semua ok, bila dah failkan lafaz cerai, tiba2 lg seminggu bekas suami tarik balik kes tu… Sy dah letih taw x? Duit dah byk habis, masa sy fail kes kat KL dia xmau turun KL, bila sy sanggup balik kedah failkan kes, dia xpegi gak, bila sy bwk family jumpa bincang baik2 lg seminggu nk naik mahkamah, dia call sy kata dia dah tarik balik. Dah la semua sy yg byr. Sy dah xkisah tuan, lepasni apa nk jadi, jadilah… Sy dah buat keputusan nekad utk bernikah diluar negara. Dah 2 tahun dia berdolak dalih dgn sy. Dari tinggal bersama sampailah 2 tahun berpisah sesen nafkah dia xpenah bg. Keje pon xpenah. Keluarga sy pun dah buntu. Kenapalah dia lgsung xberasa DAYUS? sy hanya isteri di atas kertas, tp yg menanggung sy dan anak2 LELAKI lain. Sy kesal dgn undang2 kita yg seolah memijak2 hak wanita sbg manusia dimuka bumi ini.


      Dealova
      Sy dah xtahu nk adu kat sape lg. Teman lelaki dah byk berhabis bantu sy dan sara anak2. Kami sgt tertekan. Keluarga pihak lelaki lgsung xmahu membantu. Mereka menghakimi dgn hanya mendengar sebelah pihak. Mertua sy saksi dlm rumahtangga kami kerana tinggal bersama sanggup fitnah sy semata2 nk menangkan anaknya yg dia sendiri tahu anaknya yg tidak amanah dan tidak bertanggungjwb. Sy xtaw nk buat cemana dah, perut dah makin besar. Sy sgt2 letih dgn permainan ni. Bekas suami sy sengaja mahu menyiksa hidup sy sdgkan dia tahu sy yg bersusah pyh besarkan dua anak tanpa bantuan dia. Biarlah Allah taala yg menilai semya ni. Sy berserah. Sy kena teruskan hidup utk anak2 walau apepun jd lepas ni.


      Jebon
      Puan sy hanya rakyat biasa yg tiada autoriti didalam sebarang sistem di Malaysia ini. Sy hanya boleh cadangkan puan ikut rentak sistem yg ada, sy fikir puan tidak guna khidmat peguam syarie, sy tahu puan orang susah tak mampu upah peguam syarie, namun kalau puan tak guna khidmat peguam syarie berkemungkinan puan akan mudah kalah, ini kerana khidmat peguam syarie adalah budaya konsumer yg dicipta mereka (dlm sistem kapitalis)…. apa2 pun terpulang dengan keputusan puan,… ya betol, dlm kes seperti yang puan ceritakan hanya Allah yg boleh menilai puan…


      Pakyeh

      Saudari Dealova,

      eloklah berjumpa dengan SIS,Sisters in Islam. Inshaallah mereka boleh tolong anda.Nikah di luar negara pun boleh juga.Cuma masaalah jika ada orang komplain.
      Moga Allah mudahkan hidup kamu.

      Delete
    2. Dealova
      Terima kasih atas pendapat dan sokongan tuan, sekurang2nya ada yg memahami situasi yg sy hadapi. Apepun sy sudah nekad utk bernikah diluar negara dlm masa terdekat ini. Bg sy, walau apepon pandangan masyarakat, hanya ALLAH yg berhak menilainya.

      Saudara Pak Yeh, mcm mana saluran sy nk berjumpa dgn SIS? Bole tlg beri info? Tq


      Pakyeh
      Saudari Dealova,

      Sisters In Islam punya website…

      http://www.sistersinislam.org.my/

      Mereka paling pakar dalam hal/masaalah saudari.


      Puteri

      Jadi tuan-tuan, jgn terkejut kalau statistik murtad di Malaysia ni ramainya wanita kerana tak ada jln keluar lain bg wanita yg di aniaya suami kecuali mengistiharkan diri murtad. Namun, iman yg sebenar bukanlah di atas kertas atau di kad pengenalan. Siapakah yg dpt menentukan iman yg letaknya dlm jiwa seseorang? Pakyeh nak pancung wanita-wanita begini?


      Pakyeh

      Salam Puteri,

      Pancung kepala si murtad tu bukan hukum Islam. Ianya hukum Arabism ataupun agana hadis, di mana tuhan mereka adalah Bukhari Muslim dan Ulamak lahwal hadis
      Allah kata “Tiada paksaan dalam agama”. Jadi keluar masuk,dan masuk keluar atau atheist, semua boleh buat. Cuma Allah yang boleh hukum. Manusia tidak boleh paksa orang lain beragama. jika ada paksaan untok jadi Muslim,itu hipokrit namanya. Mereka2 yang pakai tudung kerana di paksa menjadi hipokrit juga. Mereka yang bersolat kerana di paksa, menjadi hipokrit juga. Jadi paksaan itu Allah tak suroh, kerana ia mengalakkan orang jadi hipokrit.

      Kalau saya perempuan yang di gantung tak bertali, saya gerenti murtad. Agama dan hidup sex saya adalah antara saya dengan tuhan. Orang lain jangan jadi kepoh, jangan jaga tepi kain orang lain.

      Ulama Arabism yang bertuhankan Bukhari Muslim ni memang suka jaga tepi kain orang lain, Mereka suka jadi Mat Sekodeng dan bagi fuckwa2 yang bodoh...


      Annakholat Atastokhdevishizar

      hairan ya para ulama hadis ni. mereka buntu (atau pura2 buntu) garu kepala apsal begitu ramai umat Islam murtad kalau tak mengamalkan cara hidup Islam. padahal, sebab terpampang depan mata setiap hari.

      sekarang mereka menunjukkan gila kuasa utk melaksanakan hudud pula.

      perundangan keluarga pun tunggang langgang, inikan pula nak berhudud...

      Delete
    3. Saya sokong pakyeh...kata2nya amatlah berwibawa...

      Delete
  18. Puteri
    saya juga seorang wanita di gantung tak bertali oleh suami.saya dah failkan tuntutan fasakh.tapi suami x mahu lepaskan.saya hairanla orang lelaki ini pentingkan diri,jika kita x boleh hidup bersama disebabkan kesilapan mereka juga.Mengaku masih sayangkan kita didepan orang ramai,tetapi hakikatnya siapa tahu.si isteri aje yg menghadapi dan allah aje yg tahu...siape yg tahu kan..orang tengok salah si isteri...kes x kan selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan "wanita teraniaya"
      Puteri faham benar perasaan dan keadaan puan. Inilah hakikatnya hidup dalam persekitaran yang mempercayai KUASA ditangan lelaki. Puteri percaya KUASA ditangan Allah.

      Puan boleh memilih untuk tinggalkan masyarakat ini dan hidup dalam masyarakat lain, atau pauan boleh terus hidup dalam masyarakat ini namun ubah cara puan berpendirian. Puan boleh terus hidup dengan mempercayai TIADA SESIAPA boleh menyakiti puan dan memaksa puan tanpa hak. Hiduplah puan dengan cara puan sendiri tanpa puan merasa sedikit pun terganggu dengan kata-kata orang lain.

      Percayalah puan, kiblat kita hanyalah ALLAH

      Delete
  19. Da kalau duet hantaran pun isteri yg bg,mcm mane,.?suami kne byr ganti ke kt isteri!..kalau bini mtak cerai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki macam ni, seharusnya tidak di kahwini ... dari awal lagi... he he he

      Delete
  20. Assalamualaikum Puteri.

    Saya juga mangsa kes yg berpanjangan. Dah 3 tahun & tak selesai jugak. Pihak suami yg banyak melengahkan sbb banyak buat bantahan. Saya cuma pelik kenapa pihak mahkamah tidak campur tangan melihatkan perangai suami yang tak habis2 membuat rayuan dengan segala tuntutan yg telah dibantah hakim. Saya & suami mmg nekad utk bercerai tapi suami nampaknya puas hati menyeksa saya sebegini. Anak saya dh almost 4 yrs old n tak pernah jumpa ayah dia tu. Bila sy bgtau suami utk permudahkan kes, dia juz bgtau kalau saya nk selesaikan kes dengan cepat, serahkan anak pd dia. Dia yg tak pnh bagi se sen pun kt anak, tak pernah nk jumpa anak, pastu salahkan saya tak bagi jumpa anak lak. Padahal dia sndiri yg tak nk dtg pastu nk mintak anak begitu sahaja.
    Walau macam mana pun Fasakh itu dikatakan membela nasib wanita, saya tidak rasa begitu kerana so far ni mmg melambatkan & menyusahkan saya, Dah almost RM100k saya byr peguam utk kes yang tak selesai ni. Suami senang la sbb byk duit. Lepas nikah dulu saya disuruhnya berhenti & now saya perlu start from zero & cari kerja lagi. Sistem Perudangan Syariah di Malaysia seharusnya di semak semula. Instead of meringankan beban wanita, lebih banyak kepada menyusahkan lg.

    ReplyDelete
  21. Kesimpulan saya sebagai seorang wanita, kita perlu persiapkan diri kita dengan memahami undang-undang Islam supaya kita tidak ditindas atau dizalimi... kebanyakkan wanita tidak memahami undang-undang that's why dianiaya oleh suami dan mahkamah Syariah... Selain itu, memahami dan menguasai Al-Quran sbg senjata utk menegakkan hujah2 di mahkamah Syariah... Of course hanya wanita dpt memahami perasaan wanita yg lain... kejahilan ilmu dari pihak kita akan menyebabkan kita ditindas... Islam sgt meraikan perasaan wanita,.. Islam sudah memberikan jawapan utk menyelesaikan permasalahan dlm kehidupan, kadang2 manusia yang menyusahkan dan menyempitkannya... jika suami tidak mahu menceraikan kita dan mahkamah Syariah menangguh2kn kes selama bertahun2... anda boleh suarakan bantuan kepada hak asasi manusia dimana ada bantuan utk menegakkan hak-hak wanita... tak salah kita dapatkan bantuan mereka, kerana kita telah dizalimi... jgn biarkan diri kita terjerumus dalam dosa yg lebih besar... ingat!!! Allah kan ada... jgn putus asa minta pertolonganNya

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum puan..sy antara wanita yg digantung xbertali dalam usia muda..sy berkahwin 4tahun Dan sy pernah ke pejabat agama untuk memfail kan kes..Tapi atas alasan suami sorang tentera urusan mesti dimulakan melalui KAGAT tentera..sudah setaun Lebih berlalu.. Jadi Macam mana kalau sy nk mulakn proses bercerai nie..sedangkn suami seperti lepas tangan..untuk makluman puan..kami dah lama Tidak xsebumbung.. Trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentera mmg ssh kak sbb komitment mereka pd tugas mmpertahankn negara.. Nafkah zahir pihak tentera da siapkn sprti rumah, potongan gaji & kebajikkan isteri anggota tentera. Klu nk lawan, kene carik bukti yg paling sahih n kukuh. Abg2 tentera ni terikat pada perjanjian dan segala kebajikan telah diuruskan pihak atasan.. Jadi pk masak2, takut nnti memudaratkn diri sendiri.. Tabah dgn apa jua yg dihadapi dan jangan mengeluh. Mohon sentiasa berdoa..

      Delete
  23. Puteri perempuan liberal

    ReplyDelete
  24. Soh gabung sivil ngan syariah. Liberal teruk.. Xtau la pulak dlm mahkamah syariah ade org bkn islam.. Hahahaha.. Dangkal betul pemikiran wanita yg dikatakn lebih bijak drpd lelaki pada masa kini n mohon kesamarataan seperti lelaki. Konon tanpa lelaki, ttap boleh hidup. Hahahajaha. Kite ni dah ditentukan hidup berpasangan. Lumrah manusia, nafsu yg mnyebabkn smua ni berlaku.. Jadi sbg umat islam, berdoalah mohon dipermudahkn drpd mencari kesalahan itu ini tp dalam pd masa yg sama, mengangkat diri sendiri. Andai talak ditangan wanita, ramai la duda kt luar sana.. Lebih ramai dari yg sepatutnya. Buang kefahaman liberal yg ditanam oleh org2 barat melalui undang2 mereka, pemahaman mereka, pengaruh mereka. Sbb tu bila buka Al-Quran, rujuk la pada yg benar2 memahami sbb bhasanya adalah bahasa yg paling tinggi. Bnyk yg xpaham, tp acah2 mcm paham habis siap petik hadis yg memenangkn pihak mereka...bak yg xmenangkn diorg, buang tepi.. Da mcm pengikut syiah pon ade.. Nauzubillah

    ReplyDelete
  25. kami org ppuan dh setuju sngt bila allah kata talak hanya lelaki yg putuskan. dah tentu punya kebaikan d situ. tp bila talak itu ada pd laki2 yg (ego, bodoh lg sombong) maka bersepah sepah lah wanita d gantung tk bertali. lelaki mcm ni mmg handal bermuka muka.. d dpn khalayak kelihatan mulia sngt orgnya namun hanya org yg pernah sebantal shj tahu siapa mereka sbnrny. bab cerai berai boleh lgi nk main tarik tali. konon masih syg pdahal dia seronok dgn apa yg berlaku.. mcm drama swasta sikit bru best katanya. hak tui! biasa yg kata anti liberal ni mmg cepat melompat skit opocot!! hee sbb mereka rsa hak dan ideologi mreka dcabar.. senang cita tk boleh dcabar la! yg dok tuduh org tu org ni liberal ni rata2nya dorg tk boleh buat kputusan sndri pun mesti nk rujuk mna2 tok guru yg dianggap mentor, yg peliknya yg dorg kata golongn liberal ni pulak yg selalu berbalik pd al quran sbgai rujukan... allah kata islam ni mudah ikut sj petunjuk allah dlm quran tu.. tp bg yg merasa kepentingn mereka terhakis itu lah mreka mmbntah mngikut ideologi akal meraka. jln utk mnghntikan org dri mmpertikai hak mreka maka mreka akn kata org liberal.. hehehee

    ReplyDelete
  26. suami ego bodoh lg sombong+mahkamah syariah yg culas=isteri dgntung tk bertali.

    ReplyDelete
  27. Boleh hubungi Yayasan Nur Karangkraf di 03-51017448

    ReplyDelete
  28. Saya nk tanya, suami sy pernah melafazkan talak pd sy.. pd taun 2015.. keesokkan tu saya terus keluar rumah balik rumah mak di jb.. sampai ke hari ni, sy tak bersekedudukan dgn dia..
    Tapi masih belum pergi ke pejabat agama untuk buat laporan... -buntu-

    ReplyDelete
  29. Sy salah seorg sama ja masalah spt di ats,betul semua kna duit dan kita masih rasa xselesa slagi xdilepaskn,kalau duit byk dh tentu kita xheran,sy pn pening dgn syariah dl sijil nikah kemain kalau isteri/suami keluar sengaja atau x..tp knp xjd apa2 pn dn smua kuasa ada kt suami,kesian la pmpuan mcm kami,sy xmau bt dosa. Klu xblh bela lepaskn,klu sy tau mmg xkwen tp mslhnya baru tau perangai lps kwen..tlg sy dok a.s kedah,makbapak dh xda,ada mentua pun sokong anak sulong mcm ank bongsu,sy xtau nk bt mcm mn dh,sy diburu along dan kna byr utang dia smp harinišŸ˜¢

    ReplyDelete
  30. Bagaimana pula kalau suami pula seperti digantung tak bertali kerana tak mahu bercerai

    ReplyDelete