Monday, August 15, 2011

Apakah itu kebenaran?

15 Ogos 2011

Kebenaran adalah wilayah yang tidak berhad, tidak bersempadan, tiada berlorong, tiada berpeta. Ianya tidak dicapai melalui mana-mana agama, melalui mana-mana persatuan, melalui mana-mana cara/ritual tertentu atau apa saja lorongan/haluan/jalan ciptaan manusia. Kebenaran tidak berhad.

Sekiranya kebenaran dihadkan melalui jalan-jalan tertentu, ia menjadi terhad.Yang demikian, agama-agama hanya akan menghadkan kebenaran melalui cara-cara mereka yang tertentu.

Tuhan/Allah adalah kebenaran mutlak. Tuhan/Allah adalah untuk SEMUA MANUSIA sebagaimana seruan Q2:21. Bukan untuk orang-orang beragama tertentu sahaja. Bukanlah hanya kerana Q20:12 menjelaskan "Aku adalah Tuhanmu" dan Q20:14 "Sungguh, Aku adalah ALLAH", bermakna Allah adalah milik Nabi Musa sahaja. Bukan.... bukan begitu!

Jika mahu juga menyebut agama, bolehlah dikatakan saya adalah agamaku. Agamaku adalah saya. Saya bukan pemilik mana-mana agama di luar sana, kerana tidak memiliki mana-mana satu pun agama di luar sana itu.

Setiap label adalah dari fikiran, maka kita melabelkan Tuhan sebagai "ALLAH" adalah untuk tujuan kemudahan berkomunikasi sebagai rujukan/merujuk. Sedangkan Tuhan sebenar ialah "yang tidak diketahui/dikenali", hanya dapat dirasai melalui kata-kata yang tidak terluah, yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata apa sekalipun. Allah suci dari tamsilan manusiawi. Kerana itulah, sejauh mana pun kita cuba berhujah berkaitan Tuhan, ianya adalah dari fikiran yang terhad dan berputar-putar(tawaf) di situ juga.

Mempelajari Quran, adalah untuk mempelajari MORAL kehidupan di dunia (Quran - KITAB PETUNJUK), agar hidup saling aman damai, agar hidup kita yang sementara ini dini'mati bersama dalam kebahagiaan, dalam keamanan, dalam pembangunan, dalam kemajuan, sambil mengekalkan keharmonian kehidupan, sebelum kita kembali pada Allah.

"Truth is a pathless land"

10 comments:

  1. Salam

    Sebenarnya kebenaran itu pun tidak bekerjasama dengan dajjal... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Maksud?? Jeng-jeng-jeng...

    Sy cuma teringat ada orang kata yang saintis itu pun bekerjasama dengan dajjal... so, sy rasa mungkin kebenaran itu pula tidak bekerjasama dengan dajjal...

    ReplyDelete
  3. Salam..
    satu pendapat..
    ALLAH.. tiada sekutu dan tidak melahirkan..
    ALQuran.. tiada yang setara dan tidak melahirkan lain2 kitab untuk membenarkan ilmu2/msg2 NYA..
    AWAL dan AKHIR..
    Jika kelabu.. berzikirlah/perhatikanlah/ingatlah kalimat2NYA banyak2.. agar yang gelap menjadi terang..
    JANJI ALLAH.. ADALAH KEBENARAN..

    ReplyDelete
  4. Salam Puteri.
    Menarik recana falsafah anda. Kalau Puteri nak ajak berfalasafah saya tetap teria.
    Kebenaran itu tidak ber
    Puteri kata :
    Kebenaran adalah wilayah yang tidak berhad, tidak bersempadan, tiada berlorong, tiada berpeta. Ianya tidak dicapai melalui mana-mana agama, melalui mana-mana persatuan, melalui mana-mana cara/ritual tertentu atau apa saja lorongan/haluan/jalan ciptaan manusia. Kebenaran tidak berhad.

    Komen Pak Yeh
    Ini nampak macam falsafah Zen Budhism aje.!
    Zen maana zero/kosong.Tiada baik dan tiada burok.Tiada negative dan tiada positive.

    Tapi kebenaran yang tidak berjalan/syariat, adalah jalan untok Tuhan/Allah seorang sahaja.
    Sesaorang itu bila fana(bersatu dengan Tuhan) akan berfikiran macam tuhan dan ada yang bermukjizat macam nabi Isa. Waia itu seua adalah keadaan temporary/seentara sahaja. Kita perlu jejak bumi kembali dan jadi manusia yang bersyariat.Waia itu seua adalah destiny/kadak dan kadar asing2.

    Seperkara lagi.
    Saya telah CnP komen Puteri yang padat dengan kebenaran di doktrinasi, ka blog Malaysia today,tanpa kebenaran dari Puteri.Harap maaf.rujuk...

    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/44235-lets-try-again
    Apa pula kata Puteri.?
    Manusia perlu bersyariat.

    ReplyDelete
  5. Salam Pakyeh yang saya hormati,

    Segala tulisan Puteri di mana-mana pun adalah pendapat peribadi Puteri aje. Nak CnP, silakan aje, asal bertanggungjawab.

    Dah rujuk link tersebut, dan masing-masing ada pendapat masing-masing.

    Pada Puteri, manusia memang perlu bersyariat bila hidup sesama manusia, namun syariat bukanlah satu sahaja.

    Puteri ambil petunjuk dari ayat Q4:58 yang menyatakan Allah menyuruh kita menyampaikan amanat-amanat kepada ahli-ahlinya.

    Jadi, melalui ayat itu, Puteri percaya apa aje hubungan kita sesama manusia atau sesama makhluk di alam yang kita kongsi hidupi ini, ada suatu amanat yang perlu kita jalankan. Bukanlah ia bermakna suatu jalan tertentu sahaja, tapi apa jua bentuk penghukuman/keputusan yang kita ambil dalam pekongsian hidup di dunia ini, lakukanlah dengan hati yang berserah kepada Allah dengan merendah diri padaNYA yang kita TAK TAHU solusi SEBENARNYA unutk ahli yang ini, barulah petunjuk Allah akan hadir pada kita, kerana dalam keadaan kita tidak dikawal oleh perasaan atau fikiran(tidak berpeta, tidak berlorong, tidak bersempadan, tidak berhad), kita akan mendapat sesuatu petunjuk baru yang tak disangka-sangka, yang tidak dalam wilayah yang kita petakan, yang kita hadkan.... dari yang maha berilmu dan maha bijaksana.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dgn apa yang Puteri kata.

    Jadi konsep zero Zen Budhism, tiada berpeta seperti kata Puteri juga pernah saya lalui, di mana Allah berkata, "Datanglah kapada Aku,tanpa melihat,mendegar dan berkata."

    Ini bermaana pertapaan ataupun meditation.
    Ini adalah ilmu nabi Muhamad di gua Hira.

    Apa pendapat Puteri.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Pakyeh namakan pertapaan atau meditation, dan Puteri suka guna nama tafakur.

    Untuk memasuki suatu zon yang tak dikenali, kita perlu tidak melihat tidak mendengar dan tidak berkata. Suatu perjalanan dalam diri yang bukan dengan kawalan pancaindera itu semua, kerana itu semua adalah "kehendakku" untuk melihat, "kehendakku" untuk mendengar dan "kehendakku" untuk berkata.

    Untuk memasuki zon yang tidak dikenali, yang maha luas tidak bersempadan, tidak berpeta, bukan dengan upaya, bukan dengan kehendak bukan dengan sebarang persangkaan juga. Tapi dengan cukup santai, relax dan cukup aman. Hanya hati yang cukup berserah ,100% pada Allah sahaja, yang akan membawa pelayaran dalam diri itu ke zon yang tidak dikenali itu.

    Yang demikian, carilah tempat dan masa yang sesuai agar jauh dari gangguan buat seketika.

    Kemudian, kembalilah jejak ke bumi dalam keadaan benar-benar menjadi hamba Allah.

    ReplyDelete
  8. Ish,ish,ish. Puteri dapat ilmu ni dari siapa.?
    Waima orang yang telah sampai adalah orang yang di beri ilham ataupun mukjizat.
    Mereka ini nampak apa yang orang lain tidak nampak. Ini bukan bermana yang ghaib sahaja,tetapi dapat menilai antara kaca dan permata, benar dan kufur. Mereka2 ini adalah Guru yang di tauliahkan oleh Allah untok mengajar.
    Waia ramai mengaku Guru,tetapi jika di nilai hasilnya ereka aseh banyak yang belu di ketahui.
    Ini pendapat Pak Yeh sahaja. Bagai mana pendapat Puteri.?

    ReplyDelete
  9. Pakyeh, Puteri tak ada apa2.

    Dari kenyataan pakyeh di atas, pakyeh lah yang lebih arif dan berpengalaman.

    Tiada seorang insan pun yang tahu segalanya, maka Puteri berpendapat,selain Tuhan, sudah tentu ada masih banyak yang dia belum ketahui.

    ReplyDelete