Monday, July 18, 2011

Mengamati fikiran

18 Julai 2011

Tahu tak apa itu "duduk diam"?

Kalau tak tau, itu lebih baik Sebab bila tak tau apa-apa, kita boleh belajar, kita boleh mempelajarinya.

Macamlah kalau orang tak faham bahasa Prancis, Latin atau Itali. Sebab tak tau le, kita leh belajar; kita leh belajar seolah-olah untuk pertama kalinya. Mereka yang dah tahu apa itu "duduk diam", harus menghapus pengetahuannya dan kemudian baru leh belajar. Nampak tak bezanya?

Untuk mempelajari "duduk diam", kita harus melihat bagaimana batin kita bekerja. Kita harus mengamati, seperti kita mengamati seekor cicak merayapi dinding. Kita melihat keempat-empat kakinya, bagaimana ia melekat pada dinding itu, dan selagi kita mengamati, kita melihat semua geraknya. Kita mengamati dalam keadaan batin yang diam. Macam tu la kita mengamati fikiran kita. Bukan dengan upaya untuk memperbaiki. Bukan dengan usaha. Amati aje.

Bagaimana kalau saya beri sedikit bantuan permulaan?

Mula-mula, duduklah diam dengan rehat sekali. Duduklah dengan santai, bersila ke atas kerusi ke, duduk tahiyat ke, tak kisahlah asal selesa. Duduklah dengan diam samasekali, tutup mata anda, dan jagalah agar mata anda tak bergerak-gerak. Boleh? Bola mata kita memang cenderung untuk bergerak, tapi kali ni, jagalah supaya ia diam sama sekali, cubalah.....

Pastu, selagi anda duduk dengan tenang sekali, discover apa yang fikiran anda sedang lakukan. Amatinya seperti anda mengamati cicak tu tadi. Tapi kali ini, amatilah fikiran anda, amati bagaimana sebuah fikiran itu berlari, bergerak, bekerja kemudian tiba-tiba muncul fikiran yang lain, lepas satu, satu. Cara ini, anda sedang mengamati fikiran.

Nampak tak bagaimana kita mengamati fikiran kita -  bagaimana fikiran yang satu mengejar fikiran lain, sampai fikiran itu sendiri berkata, “Ini fikiran baik, itu fikiran buruk”?

Pastu bila dah biasa, cubalah amati fikiran anda, bila nak tidur waktu malam, bila sendang berjalan. Amati aje fikiran anda, jangan cuba memperbaikinya, jangan cuba perah ia, dan amalan begini, anda mulai mempelajari awalan "duduk diam".  Sekali anda mulai belajar, belajar itu tidak ada akhirnya.

3 comments:

  1. Salam

    Apa yang puan puteri kata ini mungkin adalah epistemologi kerana tujuan orang mengamati fikiran adalah untuk memahami apa yang difikirkannya... bukankah begitu??

    ReplyDelete
  2. Salam,
    mmm...boleh juga dikatakan begitu...untuk memahami.. setulen-tulennya ia, tanpa prejudis sebarang kaitan dogma, fahaman, pengalaman, dan pengetahuan fikiran itu sendiri.

    Katalah anda sedang duduk diam, tenang sekali, tapi bukan memaksa diri untuk duduk diam. Kemudian, perhatikan fikiran anda. Perhatikan apa yang anda fikirkan. Nanti anda akan dapati yang anda sedang memikirkan tentang buku yang belum anda habis baca, tentang baju yang belum dibasuh, tentang artikel yang anda mahu tulis, tentang kata-kata sipolan yang mengguris perasaan anda, dll.

    Perhatikan aje fikiran-fikiran yang timbul itu, dan amati mengapa ia muncul, jangan cuba mengubahnya. lihat aje mengapa ia muncul sehingga anda mulai fahami erti setiap fikiran dan perasaan tanpa suatu paksaan, tanpa anda mengerah fikiran untuk memahami fikiran... tapi amati aje dengan ikhlas tanpa sebarang persangkaan. Sehingga anda memperoleh kefahaman dan kesedaran yang aktif dalam melihat setiap fikiran, setiap perasaan, tanpa mengatakan ia salah atau benar, buruk atau baik. Nanti anda akan akan mampu menyelami fikiran secara mendalam sekali, dan batin anda menjadi luar biasa halus, hidup dan peka. Selamilah keheningan itu... keheningan mengamati itu... makin dalam, makin jauh ke suatu wilayah "unknown", tanpa bergantung lagi pada pengetahuan fikiran yang pernah anda alami, bermakna tanpa prejudis dalam mengamati ia. Kadang-kadang nanti anda akan dapati fikiran lain mulai mendatang, lalu anda amati lagi yang terbaru itu. Yang penting, anda SEDAR fikiran baru itu muncul, bukan anda hanyut dalam arus fikiran baru itu. SEDAR itu akan mentajamkan lagi kepekaan diri, kebijaksaan diri.

    Serahkan seluruh diri anda kepada Allah dalam perjalanan yang hening itu untuk mengetahui suatu yang belum pernah anda ketahui sebelum ini.... di wilayah "unknown" itu.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Sy berpendapat apa yg puan katakan tuh adalah ilham, memang ilham datang seperti yang puan katakan tuh...

    ReplyDelete