Thursday, February 24, 2011

"I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"

24 FEBRUARY 2011

Kali ini Puteri ingin membincangkan petikan ayat MLT yang didedahkannya dalam blog Puteri seperti tajuk di atas. Mari kita post-mortem...

"I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"
Terjemahan Puteri : Saya tidak boleh tahu/kenal apa yang saya tak tahu/tak kenal  jika saya bergantung pada yang tahu/kenal

Falsafah ini sungguh dalam dan bila Puteri renungkan apakah ianya sesuai dalam kehidupan manusia, apa yang Puteri dapati ialah ianya sungguh benar dan sesuai sekali (setidak-tidaknya buat diri Puteri).

Jika naluri kita digerakkan untuk mencari tahu akan sesuatu perkara, hormatilah ia, dan dalam mencari tahu itu, jangan lah kita CLING pada apa yang sebelumnya telah diberitahu kepada kita, pada apa yang telah diketahui sahaja. Kalau kita CLING, bukan ke itu namanya PENGIKUT? Jadi, untuk merasakan sendiri KEBENARAN akan sesuatu perkara, kita tak boleh CLING/bergantung pada apa yang diketahui, kita perlu BEBASkan diri, merdeka dari segala doktrin yang ada, kemudian alaminya. Pengalaman yang kita perolehi dari MERDEKA dari semua pengaruh itu, itulah kebenaran sejati.

Kebenaran ialah dengan mengalaminya sendiri. Selain itu, hanya infomasi-infomasi, maklumat-maklumat yang dikumpul. Kebenaran orang lain belum tentu bersamaan dengan kebenaran diri kita sendiri.  Nabi Ibrahim dan Nabi Musa mengamalkan berserah pada Allah, bukan bergantung pada apa yang telah diketahui. Selagi CLING pada yang telah kita ketahui, kita tak akan dapat tahu apa yang kita belum tahu, kerana masih ada prejudis dari pengaruh-pengaruh yang telah kita tahu sebelumnya.

Kebenaran begitu halus, tak boleh dikenali oleh batin yang tidak bebas dari segala pendapat, penilaian, pembandingan, kesimpulan. Untuk melihat yang palsu sebagai palsu dan yang benar sebagai benar, batin mesti bebas dari beban pengaruh ajaran apapun. Kebanyakan orang mengikuti suatu teori, keyakinan, kepercayaan, dogma, atau ajaran tertentu bukan kerana melihat sendiri kebenarannya.

Jangan menerima begitu aje suatu ajaran hanya kerana ianya sudah lama didengar, dah menjadi tradisi turun-temurun, karena dah banyak diperbincangkan atau diikuti ramai orang, sekalipun kerana dikatakan ianya tertera dalam Kitab Suci. Begitu juga jangan menolak begitu aje ajaran yang baru didengar hanya kerana ia bukan tradisi atau ianya tak diterima majoriti atau pun kerana ianya tak tertulis dalam Kitab Suci.

Bila kita mendengar suatu ajaran, kita perlu melihat isinya, melihat ajaran sebagai ajaran, perlu menyelami atau menyelidiki dengan batin yang bebas. Batin tak boleh cepat-cepat menerima atau menolak. Kebenaran bukan dari siapa yang berkata atau bagaimana latarbelakang pembawanya samada dia itu specialist dalam bidang apa, bukan. Tapi kebenaran adalah penemuan sendiri. Kebenaran yang sesungguhnya berada di luar lingkup apa saja yang dikenal atau yang kita tahu, tanpa pengaruh fikiran, tanpa pengaruh doktrin terdahulu, tanpa pengaruh tradisi, tanpa pengaruh fahaman.

Siapa yang melihat ajaran sebagai ajaran, dia melihat kebenaran. Kebanyakan orang tak melihat kebenaran ini dan melekat/CLING pada pengalaman, teori, agama, peraturan, ritual, dogma, kepercayaan dll. Orang buta hanya mengikuti cara berdoa, ber-ritual dan dogma, tetapi tidak melihat kebenaran. Banyak orang mempunyai mata, tetapi tidak melihat; memiliki telinga tapi tidak mendengar.

Kebenaran yang sejati hanya boleh dialami secara langsung, bukan melalui orang lain, bukan melalui pengetahuan, bukan melalui kepercayaan.

42 comments:

  1. Salam Puteri,

    MLT sebenarnya mengajak kita mempertimbangkan agama Kritiannya itu. Ia tidak akan laku pada saya, sebab pada saya agama tu semua sama saja. Jauh dari petunjuk Tuhan.

    ReplyDelete
  2. Salam TM,
    Apakah tuan bermaksud yang MLT beragama "Kristian"?

    Puteri sebenarnya tak kisah dari penganut agama mana ianya datang. Sebab Puteri tak mengkhususkan diri dalam mana-mana ALIRAN AGAMA yang diLABELkan dalam dunia ini.

    Puteri percaya ISLAM adalah kesejahteraan, keamanan, kedamaian. ISLAM bukan jenama agama. Jadi bagi Puteri, kita sebenarnya tak ada pilihan memilih agama, ISLAM aje sebagai cara hidup/gaya hidup, satu satunya cara hidup di sisi Allah, lain dari ISLAM tidak diterima.

    Muslim bukan hanya wujud dari kalangan orang-orang yang mengaku beragama ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    "Yang mendengar ucapan, dan mengikut yang paling baik di antaranya."

    Itulah pegangan orang-orang yang mahu dapatkan petunjuk.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Apa itu "kebenaran"? Apakah kerana seseorang yang dihormati dalam masyarakat mendakwa sesuatu, maka ia dikatakan benar?

    Benar bermaksud apa yang dikatakan itu boleh terjadi. Jika sesuatu itu tidak mungkin terjadi, maka ia tidak boleh dikatakan benar.

    Namun dalam melihat kejadian tersebut, tidak semestinya kita kena menunggu masa terjadinya perkara itu (barulah nak percaya), tetapi kita boleh umpamakan dengan konsep-konsep yang wujud dalam kehidupan ini.

    Contohnya tentang adanya kehidupan selepas mati, takkanlah kita nak tunggu alami perkara itu barulah nak percaya ianya benar? Tidak, sebelum kita alami perkara itu, Tuhan sudah sediakan konsepnya iaitu seperti sebuah kawasan gurun yang dihidupkan dengan diturunkan hujan, kemudian dimatikan dengan didatangkan kemarau, sebelum dihidupkan kembali dengan didatangi hujan kembali.

    Maknanya, untuk mengatakan sesuatu itu benar, bawakanlah bukti-buktinya termasuk dalam bentuk konsepnya. Ramai manusia suka mendakwa mereka adalah benar, tetapi cakap kosong tanpa bukti.

    Kita kena "clear cut" bahawa kebenaran itu memerlukan bukti-bukti yang jelas, bukannya cakap berbunga-bunga.

    ReplyDelete
  5. Untuk "melihat" kebenaran, kita perlu BEBAS dari segala macam bentuk pengaruh..baru lah kita akan melihat APA ADANYA... SEADANYA IA.

    ReplyDelete
  6. Salam Puteri n kawan2,

    Saya nampak apa yg dikatakan n ini saya sampaikan apa yg terdpt dlm Qrn. CLING = bertekun/cleave ie 'akifun/'akafa/ya'kufu/'akif spt ayat2 b'ikut:-

    7:138 Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan maka mereka melitasi suatu kaum sedang BERTEKUN kepada patung berhala maka mereka berkata wahai muusaa buatkanlah untuk kami satu “replika tuhan” sepertimana mereka itu ada beberapa “replika tuhan”. Maka dia berkata sesungguhnya kamu ini kaum yang
    bodoh/tajhaluuna.

    2:125 Dan apabila Kami jadikan suatu sistem perhimpunan untuk manusia dan tempat yang aman maka ambillah contoh dari maqaami ibraahiima yang telah menyempurnakan kewajipanya maka Kami perintahkan ibraahiima dan ismaa’iila memurnikan sistemKu untuk pengunjung yang BERTEKUN dan yang akur dan yang patuh.

    2:187 Dihalalkan bagimu malam -shiyaami rapati isterimu, mereka pakaian kamu dan kamu pakaian mereka dan Allah mengetahui kamu telah khianati dirimu maka taubatlah pasti dimaafkanmu maka bermesralah dengan mereka dan dapatkan apa yang ditetapkan Allah maka makan dan minum sehingga jelas bagimu benang putih dari yang hitam hingga terbit fajar maka sempunakan -shiyaama kepada malam dan jangan kamu bermesra dengan mereka ketika BERTEKUN ditempat kepatuhan itulah huduudu Allah maka jangan kamu dekatinya demikianlah Allah terangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka prihatin.

    20:91 Mereka berkata kami tidak akan abaikan dari BERTEKUN kepadanya sehingga muusaa kembali kepada kami.

    20:97 Berkata pergilah kamu dengan cara hidupmu seperti kamu katakan jangan pedulikan aku dan kamu tidak mungkiri janjimu maka lihatlah tuhanmu yang kamu berterusan BERTEKUN padanya. Pasti Kami bakar hingga hangus kemudian Kami taburkan abunya disungai bertaburan.

    21:52 Ketika dia berkata kepada bapa dan kaumnya, apakah kepada replika berhala ini yang kamu BERTEKUN.

    22:25 Dan orang yang tidak percaya dan menghalang dari jalan Allah dan dari mematuhi laranganNya yang telah Kami jadikan untuk manusia BERTEKUN kepadanya dan yang sampai kepada pengetahuanya. Maka sesiapa yang melakukan kejahatan dan kezaliman pasti Kami timpakan keatas mereka azab yang dahsyat.

    26:71 Mereka berkata kami berkhidmat dan BERTEKUN kepada berhala.

    Hayatilah bersama n jika salah tolong betulkan.

    Adios.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Para Nabi bertekun memahami ilmu Tuhan, orang musyrik bertekun pada objek sembahan.

    ReplyDelete
  8. Mak Long Tijah-berperananFebruary 26, 2011 at 1:06 PM

    Assalamualaikum wr wb duhai sekelian manusia.....

    Sdri Puteri terima kasih kaitan topik di atas.
    MLT terfikir sangat baik dikaji dgn terbuka as ur mention above.

    MLT meyanjungg TM dgn adil-minda dia buat tanggapan yg pasti dia yakin Dekat dgn Petunjukan Tuhan.

    Cuma Teks Quran tidak dikiatkan sebagai sandaran hujah may be dia yakin telah semenggah! Cheers.

    Below MLT sengja kaitkan TEKS sebagai permianan minda MLT sahja as Gambaran........

    Sasarkan ke atas MLT selagi mahu BUT must cukup dgn kepastian Petunjukan Tuhan.

    MLT delakarasi lagi I AM RELIGION. RELIGION IS ME. I DONT OWN REligion!


    48:28

    ‏48:28 هو الذي ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا

    Transliteration Huwa allathee arsala rasoolahu bialhuda wadeeni alhaqqi liyuthhirahu AAala alddeeni kullihi wakafa biAllahi shaheedan
    Literal He is who sent His messenger with the guidance and the truths' religion to make it apparent/visible/overcome on/over the religion all of it, and enough/sufficient with God (as) a witness/testifier

    dan 61:9

    ‏61:9 هو الذي ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون

    Transliteration Huwa allathee arsala rasoolahu bialhuda wadeeni alhaqqi liyuthhirahu AAala alddeeni kullihi walaw kariha almushrikoona
    Literal He is who sent His messenger with the guidance, and the truth's religion, to make it visible/overcome on the religion all of it, and even if the sharers/takers of partners (with God) hated (it).

    (3:19)
    al-Imran 003:019

    ‏3:19 ان الدين عند الله الاسلام ومااختلف الذين اوتوا الكتاب الا من بعد ماجاءهم العلم بغيا بينهم ومن يكفر بايات الله فان الله سريع الحساب

    Transliteration Inna alddeena AAinda Allahi al-islamu wama ikhtalafa allatheena ootoo alkitaba illa min baAAdi ma jaahumu alAAilmu baghyan baynahum waman yakfur bi-ayati Allahi fa-inna Allaha sareeAAu alhisabi
    Literal That truly the religion at God, (is) the Islam/submission/surrender, and those who were given The Book did not differ/disagree/dispute, except from after what (that) the knowledge came to them, oppression/corruption between them, and who disbelieves with God's signs/verses , so that God (is) quick/speedy (in) the counting/calculating .

    ReplyDelete
  9. Mak Long Tijah-berperananFebruary 26, 2011 at 1:23 PM

    assalam........

    SENGAJA MLT kaitkan di bawah ni dgn sepenuh hormat as hablumminnanas!

    Kajikan maksud BERHALA dalam diri sendiri masing2 manusia dlm alam ini...

    Ayuh kita DEBUNK khusus teks Quran as subeject matter!

    Juang said...

    Salam,

    Para Nabi bertekun memahami ilmu Tuhan, orang musyrik bertekun pada objek sembahan.

    ReplyDelete
  10. Juang tulis :
    Kita kena "clear cut" bahawa kebenaran itu memerlukan bukti-bukti yang jelas, bukannya cakap berbunga-bunga.

    Komen Puteri:
    Dalam kes2 yang dibawakan di mahkamah, semuanya memerlukan bukti yang jelas. Apakah tuan yakin bahawa semua mereka yang dibebaskan itu adalah benar dan tidak bersalah? Atau apakah sebahagian mereka yang dibebaskan itu kerana pihak pendakwa tidak dapat membawakan bukti2 yang jelas dan meyakinkan untuk melepasi keraguan menasabah, dalam permainan intelektual sang fikiran? Biasanya kita dengar, hakim tak akan kata "I am discharging and acquitting you because you are an innocent man." tapi ayat yang biasa kita dengar ialah " I find you not guilty. Therefore I discharge and acquit you."

    Dalam kes begini, bagaimana kebenaran itu tuan?

    ReplyDelete
  11. MLT, kalau nak bincang topik BERHALA, Puteri pernah menulis topik tu tahun 2009. Apa kata kita ke sana membincangkannya?

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Jebon,
    Berbeza pendekatan/justifikasi tapi kesimpulan yang sama, tak menjadi masalah. Cara hidup semua nabi adalah satu iaitu Islam. Malah Islam bukan pada manusia aje, tapi seluruh alam semesta, seluruh jagat raya berserta isinya melaksanakan Islam. Sebab itulah Allah tidak menerima DEEN lain selain ISLAM.

    Tolokminda,
    Puteri nyatakan tak kisah dari penganut agama ianya datang sebab perihal berbagai anutan/agama yang wujud dalam dunia ni, Q3:64 ada menyatakan titik temu agama-agama, meskipun syariat(jalan menuju kebenaran) dan minhaj(cara menuju kebenaran) yang berbeza. Allah tak menghendaki adanya kesamaan manusia dalam segala hal, malah adalah diharapkan yang manusia akan berlumba menuju berbagai kebaikan(matlamat/kesimpulan) melalui bidang(pendekatan) yang berbeza (Q5:48).

    Jadi tuan Tolokminda, bagaimana tuan mengatakan "agama tu semua sama saja, jauh dari petunjuk Tuhan" jika dikaitkan dengan Q3:64 itu?

    Dan lagi, tuan, bukankah Tuhan menegur sikap "berjual beli kesesatan dengan petunjuk" bagi yang menyangka mereka sudah mendapat petunjuk Tuhan, dan Tuhan mengatakan bhw mereka yang begini sebenarnya tidak mendapat petunjuk (Q2:16)?

    ReplyDelete
  13. Salam,

    "Puteri: Dalam kes begini, bagaimana kebenaran itu tuan?"

    Mahkamah yang diadili oleh manusia sudah pasti tidak sesempurna dengan mahkamah yang diadili oleh Allah. Di mahkamah manusia, jika sesuatu bukti itu dapat dihilangkan atau diragukan, maka ada kemungkinan yang bersalah boleh terlepas atau yang tidak bersalah boleh dihukum.

    Tetapi di mahkamah Allah, bolehkah manusia sembunyikan bukti-bukti dan menipu Tuhan?

    Sebab itulah "kebenaran" mengikut perspektif manusia tidak telus seperti mengikut perspektif Tuhan. Jika ikut perspektif orang yang sembah patung, perbuatan itu tidak salah dan ia suatu yang diperintah oleh Tuhan. Kalau penilaian macam itu (masuk bakul angkat sendiri), sampai bila-bila pun tak jumpa kebenaran yang sebenar-benarnya.

    Jika kita nak uji sesuatu perkara itu diperintah oleh Tuhan atau tidak, tengoklah sejauh mana ia mendatangkan manfaat jika dilakukan dan mendatangkan mudarat jika ditinggalkan. Kerana yang mengizinkan sesuatu kesan itu terjadi adalah Tuhan. Itu betul-betul dapat "approval" daripada Tuhan.

    Balasan atau kesan yang Allah datangkan berdasarkan apa yang manusia itu buat amatlah cepat. Jadi kita boleh guna ia sebagai petunjuk untuk mencari kebenaran.

    Contohnya, orang-orang yang berdusta mengatakan kononnya Allah suruh buat itu dan ini, mereka akan ditimpakan kesan iaitu sukar nak kemukakan ayat-ayat Allah yang menyokong dakwaan mereka (sebab mereka berdusta). Itulah mudarat bila meninggalkan berkata benar. Maka berkata benar itu adalah suruhan Tuhan sebab kita nampak bila berdusta, manusia ditimpakan kesan buruk (sukar buktikan ayat-ayat Tuhan terhadap apa yang mereka ada-adakan).

    16:116. Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

    Jadi janganlah mengada-adakan dusta terhadap Tuhan dengan mengatakan Tuhan suruh buat macam itu dan kena guna cara macam itu sahaja dan sebagainya. Tiada untungnya mendustai Tuhan. Di dunia lagi kita sudah nampak orang-orang berdusta itu amat sukar nak buktikan kebenaran mereka sehingga mereka naik angin bila kita soal pasal kepercayaan tradisi mereka. Kenapa Allah masukkan mereka dalam kepanasan hati bila ditanya tentang yang mereka tidak tahu (sebab sekadar menurut membuta-tuli)?

    Atas sebab itulah kita harus mencari kebenaran dan tahu di mana letaknya nilai kebenaran itu, bukannya main terjun bila tengok orang lain terjun (main ikut majoriti orang lain buat).

    ReplyDelete
  14. Tolokminda,

    Puteri nyatakan tak kisah dari penganut agama ianya datang sebab perihal berbagai anutan/agama yang wujud dalam dunia ni, Q3:64 ada menyatakan titik temu agama-agama, meskipun syariat(jalan menuju kebenaran) dan minhaj(cara menuju kebenaran) yang berbeza. Allah tak menghendaki adanya kesamaan manusia dalam segala hal, malah adalah diharapkan yang manusia akan berlumba menuju berbagai kebaikan(matlamat/kesimpulan) melalui bidang(pendekatan) yang berbeza (Q5:48).

    Jadi tuan Tolokminda, bagaimana tuan mengatakan "agama tu semua sama saja, jauh dari petunjuk Tuhan" jika dikaitkan dengan Q3:64 itu?

    Dan lagi, tuan, bukankah Tuhan menegur sikap "berjual beli kesesatan dengan petunjuk" bagi yang menyangka mereka sudah mendapat petunjuk Tuhan, dan Tuhan mengatakan bhw mereka yang begini sebenarnya tidak mendapat petunjuk (Q2:16)?

    -------------------------------------------------------------------------

    Salam Puteri,

    Orang yang sering mendakwa mereka adalah orang yang mendapat petunjuk adalah orang-orang yang berpegang kepada sesuatu agama. Tak kisah agama apa pun namanya. Saya bukanlah seorang yang berpegang kepada agama. Dan bukan saya yang mendakwa bahawa saya seorang yang mendapat petunjuk. Jangan cuba masukkan kata-kata orang lain dalam mulut saya pulak.

    ReplyDelete
  15. Salam semua,
    tuan Juang,
    Ye, Puteri setuju, sebab itulah juga selagi kita menjadi manusia, kita tak tau perkspektif Tuhan yang sebenar, betul tak? Dalam hidup, kita berjalan terus dan mengalami berbagai pengalaman dan mengumpul berbagai maklumat kehidupan yang dalam setiap perbezaan MASA itu kita yakin kita benar, kemudian bila kita berjalan terus dan menemui sesuatu yag baru, penemuan baru, keyakinan baru, barulah kita tersedar yang betapa jahilnya kita dulu, dan kemudian kita berjalan terus, dan begitulah terjadi lagi dan seterusnya. Bagi yang merasakan sudah cukup benar disesuatu MASA perjalanan hidup, dia akan "mati" di situ dan tak berkembang lagi. Sebab itulah kita jangan "mencebik-cebik" kan orang yang dulunya seperti kita dan menghina dia hanya kerana kita dah melepasi MASA itu. "kelajuan" setiap manusia tak sama dalam perjalanan kehidupan masing-masing. DEMI MASA, pengalaman dan perjalanan kita berbeza-beza. Berkongsi aje, sebagai rencah dan warna warni kehidupan bersama, tanpa perlu "mencederakan/injured" perasaan, mental ataupun fizikal orang lain.

    Juang tulis:
    Tetapi di mahkamah Allah, bolehkah manusia sembunyikan bukti-bukti dan menipu Tuhan?

    Komen Puteri:
    Setuju tuan, di mahkamah Allah tiada yang dapat disembunyikan. Kesedaran bahawa kita sekarang berada di dunia dan dalam berintelektual, kita bukan bersamaan dengan Allah untuk menghukum siapa benar atau salah, sesat atau tidak, apa lagi halal atau haram.

    Banyak ayat-ayat dalam kitab Al-Quran mencatatkan sejarah untuk renungan kita bahawa, begitu banyak manusia hidup dalam sangka-sangka, yang mereka rasakan mereka sudah cukup benar justeru mengatas-namakan Tuhan dengan apa yang mereka katakan kebenaran yang dibawa, padahal hanya sangkaan benar.

    Oleh kerana ISLAM adalah cara hidup aman, damai, harmoni, sejahtera, maka sudah tentu ia tidak menganjurkan sesuatu yang memudharatkan. Perbuatan manusia yang melanggar peraturan alamiah lah yang telah membawa kepada kemudharatan manusia itu sendiri. Ketetapan Allah ialah buruk dan baik dan Allah sememangnya menciptakan buruk dan baik itu berpasangan, namun kita disarankan menjalani cara hidup ISLAM(yang baik) untuk kebaikan diri sendiri, seandainya melanggar, maka ketetapan yang buruk itulah yang kita rasai, kerana perbuatan kita sendiri yang memilih.

    Bila tuan Juang menulis:
    sukar nak kemukakan "ayat-ayat Allah" yang menyokong dakwaan mereka (sebab berdusta),

    Apakah maksud tuan, ayat-ayat kutipan tekstual dari kitab Al Quran?

    Tuan Tolokminda,
    Oh! tuan tersentuh ke dengan kata-kata Puteri? Maaf lah, Puteri tak berniat menyinggung.

    Sebenarnya,Puteri merujuk kepada ayat tuan seperti berikut :
    "agama tu semua sama saja, jauh dari petunjuk Tuhan"

    Yang demikian, akal Puteri terfikir, "Oh! apakah tuan Tolokminda dah tau yang bagaimana hampir dengan petunjuk Tuhan?"

    Kalau akal fikiran Puteri silap, harap dimaafkan ye, rupanya tak semua perkara kalau kita guna akal selari dengan kebenaran orang lain.

    ReplyDelete
  16. Salam Puteri,

    Saya tidak tersentuh pun. Saya cuma hairan macamana orang masih tak faham-faham pandangan saya terhadap agama sedangkan saya sudah ulang berkali-kali. Puan bukan baru mengenali saya.

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Saya berkata agama itu semua sama saja, jauh dari petunjuk Tuhan kerana saya tidak percaya bahawa berpegang kepada mana-mana agama adalah jalan hidup yang Tuhan telah tetapkan melalui PetunjukNya iaitu Al-Quran. Terpulang kepada puan mahu menerima atau menolak pendapat saya. Tak ada kena mengena dengan saya mendapat petunjuk atau tidak.

    ReplyDelete
  18. Salam TolokMinda,
    Ala apa nak heran tuan, FAHAM bukan dari kita semua, meskipun kita berusaha menggunakan akal dan cuba mengenali sesama kita dalam masa beberapa lama dengan berintelektual, belum tentu kita benar-benar FAHAM. Sebab itulah juga, kita terus bergerak menggali khazanah2 ilmu di alam semesta sebab kita belum FAHAM. Kalau dah FAHAM, kita berhenti di situ.

    Maaf ye tuan, mungkin upaya kefahaman Puteri semakin merosok agaknya.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    "Puteri: Bila tuan Juang menulis:
    sukar nak kemukakan "ayat-ayat Allah" yang menyokong dakwaan mereka (sebab berdusta),

    Apakah maksud tuan, ayat-ayat kutipan tekstual dari kitab Al Quran?"

    Kalau kita fikir logik, sedangkan seorang penulis buku pun boleh mengeluarkan ayat-ayat selain yang pernah dibukukan, takkanlah ayat-ayat Allah itu setakat yang tertulis dalam Al Quran sahaja?

    Apakah kita anggap Allah itu bisu tidak mampu berkomunikasi dengan manusia selain Nabi? Allah mampu berkomunikasi dengan semua makhluk-makhlukNya. Cuma ada makhluknya (terutama manusia) tidak mahu "mendengar" kata-kata Tuhan, maka terhijablah hati mereka daripada berkomunikasi dengan Tuhan.

    Ayat-ayat Allah bukan semata-mata yang terdapat dalam Al Quran. Di semesta alam ini ada ayat-ayatNya jika manusia itu tahu membacanya. Apa yang pastinya, ayat-ayat Allah sama ada yang telah dibukukan (seperti dalam Al Quran) dan yang belum dibukukan pastilah konsisten dan tidak bercanggah antara satu sama lain.

    Takkanlah Allah menyampaikan ayat-ayatNya yang bercanggah sesama sendiri seperti ahli-ahli politik yang kejap cakap macam itu dan kejap cakap macam ini (tidak konsisten)?

    ReplyDelete
  20. Mak Long Tijah-berperananFebruary 28, 2011 at 10:08 AM

    Assalamualaikum........

    MLT ADALAH agama. agama ADALAH MLT dan MLT bukan PMEMILIK agama! bukan fahaman gama.....bukan fahaman agama.......

    Sekiranya MLT Pemilik AGAMA, MAKA CARA mlt PASTI "AS IF" TELAH PASTI MCM truth beHolder!

    RENUNGI KUTIPAN DI BAWAH NI...

    Orang berselisih paham tentang Tuhan & kitab suci, karena yang diperselisihkan itu bukan hakikat Tuhan yang sesungguhnya, melainkan sekadar gambaran Tuhan yang ada di dalam akal budi (intelek) manusia. Intelek itu selamanya terkondisi & terbatas, sehingga mustahil mmpu menyelami Tuhan seutuhnya. Karena intelek itu sering diidentikkan dengan aku/nafs/diri, maka dapat didalilkan bahwa aku/nafs/diri itu mustahil untuk sampai kepada Tuhan yang Al-Haq (Kebenaran).

    Dengan kata lain: Tuhan yang Haq berada di luar jangkauan pikiran/nafs manusia. Agar Tuhan yang Haq bersemayam di dalam batin, maka aku/pikiran/nafs harus berhenti. (Lihat kembali Al-Rahman & Al-Qasas)

    ReplyDelete
  21. __Bahasa Diri__

    Kala tafakur datang suara halus
    "Siapa Tuhanmu?"
    "Allah" Jawabku.
    "Di mana Dia?"
    "Disini" jawabku.
    "Dimana Bait Allah?"
    "Di sini" jawabku.
    "Di mana tanah Suci?"
    "Di sini" jawabku.
    "Dari mana panggilan Ilahi?"
    "Dari sini"

    Yang bertanya berpikir,
    Yang ditanya terus memujiNya.

    Yang bertanya melamun,
    Yang ditanya tersenyum.

    Yang ditanya balik bertanya.
    "Mana dirimu?"
    "Ini" jawabnya menunjuk dada.
    "Itu adalah dadamu"
    "Ini" jawabnya sambil menunjuk kepala.
    "Itu kepalamu.

    Yang bertanya terdiam berfikir.
    "Pantas, dia belum mengenal dirinya sendiri."

    ReplyDelete
  22. Mak Long Tijah-berperananFebruary 28, 2011 at 5:00 PM

    salam kenal TF,

    to me itu adalah salasahsatu permaianan-minda yg simple sahaja! ini jujur dan bukan merendahkan intelektual anda!

    Cuba TF fikirkan/ukirkan dgn CHISEL anda tersendri bagaimankah sekiranya anda menjadikan Teks Quran dalam berdialog atau berbahs?

    MLT awaiting dgn simple game juga........

    wassalam

    ReplyDelete
  23. salam serupa utkmu juga MLT.

    Saya mahu respon dengan mudah kutipan di bawah ni dgn CHISEL saya tersendiri , gimana pahaman anda?

    -KELIRU-
    Yang saya maksud dengan kata ‘keliru’ (sengaja saya tidak memakai kata
    “salah”) bukan berarti ‘salah’, ‘buruk’ atau ‘jahat’. ‘Keliru’ lebih
    berupa ‘ketidaktahuan’, ketidaksadaran’, ‘kekhilafan’ (ignorance, lapses).
    ‘Keliru’ adalah sifat SEMUA orang sebelum kesadarannya sempurna. Dengan
    demikian, bahkan apa yang sering dibilang orang sebagai “jahat”, misalnya
    membunuh, saya melihatnya sebagai ‘keliru’, ‘tidak sadar’, ‘khilaf’.
    Tetapi apa yang dibilang orang sebagai ‘baik’ pun bisa ‘keliru’, kalau si
    aku melekat pada ‘kebaikan’ itu.

    ‘Keliru’ itu bisa kita lihat dalam diri kita sendiri, tapi bisa pula kita
    lihat di luar diri kita.

    ReplyDelete
  24. Mak Long Tijah-berperananMarch 1, 2011 at 5:14 PM

    assalamualaikum TF

    Mnng tepat respon anda tu menurut MLT.

    Juga MLT berpendapat sangat sesuai dikaitkan dengan topik di atas.

    Hehehe tanggapan anda ke atas MLT berfahaman apa?

    1. kristian?

    2. Islam?

    3. buddhist?

    4. FREE-THINKER??????

    atau MURTAD kesemua "ism" ala pmilik agama??

    Ukirlah MLT as ur wish as TUKANG FIKIR!

    wassalam

    ReplyDelete
  25. salam bagi semua.

    Attensi : MLT

    Pertanyaa anda juga saya anggap "ukiran' juga.

    Siapakah saya yg BERANI mahu ataw ingin melabelkan anda dengan label "ism" agama tersebut?

    Saya ingin bersama anda mendalmi makna tulisan rekan saya di sini.

    -Belenggu-
    Belenggu paling kuat & paling sukar dilepaskan adalah ajaran agama (atau ajaran/pemikiran lain) yg dianut sebagai kebenaran mutlak.
    Kalau ini berhasil runtuh, maka aku menjadi sangat tipis, dan tinggal selangkah lagi menuju keheningan sempurna, yg di situ pikiran & aku ini lenyap.
    Di dalam keheningan sempurna itulah muncul 'sesuatu yg lain', kebenaran yg sesungguhnya.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Untuk keluar daripada belenggu itu, kita kena keluar daripada "bakul" yang telah lama diangkat sendiri.

    Caranya adalah dengan mendengar ucapan dan mengikut yang paling baik di antaranya.

    ReplyDelete
  27. Mak Long Tijah-berperananMarch 5, 2011 at 5:10 AM

    assalamualaikum,,,,,,,,

    sdr Juang pakah itu berkaitan peribahsa melayu? sila huraikan kaedah utk dikongsi bersama,

    apakah u setuju saintis=the art of doing it?

    semoaga kebelengguan dapat diperkecil dari apa jua perkara........

    oh ye smlm maklong menerima laporan seorang lelaki berpoligami mengkaji ilmu sains. tapi dia berpoligami dan isteri menemui saintis poligami utk mendapat nasihat dan pandangan kerana tak terthan dibelenggu sumai,,,,any komen???

    wassalam

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Belenggu maksudnya terbatas dalam satu ruang. Jika manusia itu masuk dalam bakul, maka ruangnya juga terbatas mengikut saiz bakul itu.

    Kita tidak akan sengaja nak duduk dalam bakul yang sempit, melainkan manusia itu mahu masuk bakul dan angkat sendiri (hidup berbangga diri).

    Belenggu fikiran menyebabkan sesuatu jiwa hilang kemerdekaan. Biarpun jasadnya bebas bergerak, tetapi kerana fikirannya terbelenggu, maka jiwa itu tetap terpenjara.

    Suami yang baik adalah suami yang tidak membelenggu fikiran isterinya untuk berkreativiti. Suami kena menggalakkan isteri melakukan kerja-kerja yang mengasah kreativiti tidak kira yang bekerja ataupun suri rumah. Hanya suami yang terbelenggu fikirannya sahaja akan membelenggu isteri-isterinya tidak kira monogami ke atau poligami.

    ReplyDelete
  29. Mak Long Tijah-berperananMarch 5, 2011 at 4:17 PM

    salaman khusus juang.

    keterangan anda baik adanya.

    cuba anda tukar kekata "kena atau kenalah...." kepada kekata "memilih atau pilihlah...." bagaimana rasnya?

    so far i like it.........

    terima kasih

    ReplyDelete
  30. Salam MLT,

    Benar saranan MLT itu. Pergunaan perkataan "kenalah" lebih sesuai bunyinya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Mak Long Tijah-berperananMarch 6, 2011 at 5:31 PM

    Salam........

    Sdr juang teruskan dengan more terbuka dan luas dan Allah menjujurkan dgn bacaan2 yang tidak membelenggu....

    Sumabnagkan pada alam dan penghuniNya.

    salam

    ReplyDelete
  32. Mak Long Tijah-berperananMarch 8, 2011 at 12:00 PM

    Assalamualaikum Puteri dan semua,

    Mak Long seikhlas dengan rasa penghormatan dalam berhablumuinnanas.

    Mak long persilakan TM, Juang, Jebon dan Adios memberikan pendapat masing2 dgn fahaman tersendiri berkaitan teks Quran di bawah ini,

    Bagaimana mengambil kaedahnya utk amalan di dunia?

    Katakanlah:"Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan Kami dan Tuhan Kamu;bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya mengikhlaskan hati, (al-Baqarah :139)

    ReplyDelete
  33. Bagaimana mengambil kaedahnya utk amalan di dunia?

    Katakanlah:"Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan Kami dan Tuhan Kamu;bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya mengikhlaskan hati, (al-Baqarah :139)

    Nak tanya, “katakanlah” siapa yang berkata tu ? “Apakah kamu” siapa kamu? “dengan kami” siapa kami? “kami tentang Allah” siapa kami? Allah nama “Dia” siapa? “ Tuhan kami dan Tuhan Kamu” berapa Tuhan? “kepadaNya” siapa tu?.

    ReplyDelete
  34. Saudara Anonymous (9 July 2011),

    Alangkah baiknya jika MLT masih ada untuk bersama membuka/bincang ini semua. Petikan itu adalah dari MLT yang tidak muncul-muncul lagi sehingga kini.

    Bagaimana pun, Puteri mencuba dari apa yang Puteri faham aje.

    "Katakanlah" - rayuan suara batin
    "kamu" - dirimu sendiri, si-aku
    "kami"-mereka yang diluar dirimu
    "Allah" - label aje
    "Dia" - tuhan yang kamu percayai
    "Tuhan kami dan Tuhan kamu" - bagi yang memisah-misahkan ketuhanan, mereka mewujudkan lebih dari satu Tuhan, tanpa mereka sedari.
    "KepadaNYA" - Yang Satu.

    Yang demikian, jika setiap yang membaca ayat ini, mengikhlaskan hati, mengamati jauh di dalam kata-kata itu, bukan sekadar membaca kata-katanya, maka kita masing-masing akan mendapati, perkara Tuhan tidak perlu didebatkan sesama kita.

    Tuhan adalah apa yang anda sendiri percaya dan bagaimana anda mahu mempercayainya. Ianya adalah peribadi buat anda, tersendiri. Menggambarkan Tuhan pada orang lain, itu dah bukan Tuhan, kerana fikiran anda menciptanya.

    Jadi, perkara tentang Tuhan jangan didebatkan lansung, ikhlaskan aje hati anda pd Tuhan yg anda percayai, dan bagaimana anda mau imani. Jangan pertikaikan Tuhan yang orang lain percayai kerana nanti anda mencipta Tuhan.

    Jadi, teruskan aje dengan pembangunan kehidupan dan kemajuan diri. Itu adalah lebih baik dari anda memperdebatkan tentang BAGAIMANA TUHAN YANG MESTI DIPERCAYAI.

    ReplyDelete
  35. "I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"

    Salam Puteri,
    Saya belum lagi baca komen2 di sini, tapi bagi pendapat saya, maananya adalah... "Bacalah/belajarlah dari buku2/guru2 yang kamu belum baca/berguru, jika kamu ingin tahu apa yang kamu belum tahu."

    ReplyDelete
  36. Salam Pak yeh,

    Boleh juga dimaksudkan begitu... jadilah "wild reader" yang tidak prejudis pada mana-mana tajuk buku. Begitu juga, guru buddhist, yahudi, hindu, Islam dan lain-lain, janganlah dihina, kerana pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari darinya.

    ReplyDelete
  37. Sebenarnya Allah bercakap dengan kita melalui manusia,selain dari mimpi dan ilham.
    Saya terkejut bila anak saya yng baru 15 tahun boleh sedarkan saya berkenaan dengan falsafah di movie revolusi bernama Metrix....seperti berikut.
    "Manusia tidak punyai pilihan(will power), kerana mereka di kondisi untok menjadi burok,baik,bahagia,sedeh dan sebagainya."

    Apa pendapat Puteri.?

    ReplyDelete
  38. Salam Pakyeh,
    Apabila individu melihat dirinya adalah hamba Allah, dan dia benar-benar rela hidup di dunia ini sebagai hamba Allah, maka tiada lagi "kehendakku" atau "kemahuanku", yang tinggal hanyalah kerelaanya berfungsi dalam alam sebagaimana kehendakNYA (ALLAH). Dia benar-benar BERSERAH dan PATUH supaya dirinya diperalatkan oleh ALLAH dalam ini.

    Tanyakan diri sendiri, apakah aku benar-benar HAMBA ALLAH?

    ReplyDelete
  39. Benar,benar sekali Puteri. Saya pun berpendapat begitu.
    Waima itu adalah pendirian orang yang telah faham akan kadak dan kadar. Adakah Puteri benar2 faham akan kadak dan kadar.???
    Coba kita bincang sama ada fahaan kadak dan kadir kita sama atau berbeza.
    Apa fahaman kadak dan kadar Puteri.?

    ReplyDelete
  40. Pakyeh yang dihormati,

    Puteri tak belajar agama tinggi, untuk label kadak dan kadar, Puteri tak pandai. Mungkin Pakyeh kongsikan pada Puteri apa bendanya yang dinamakan kadak dan kadar tu?

    ReplyDelete
  41. Salam Puteri,
    Pak Yeh pun tak belajar tinggi agama. Waima kita belajar dari orang yang belajar tinggi agama juga.
    Saya tak pandai bahasa Arab. Tapi saya banyak baca buku terjeahan bahasa Arab kapada bahasa Inggeris.
    Dari segi definasi kadak dan kadar ,saya fikir kita perlu kepakaran orang yang pandai Arab, seperti Jebon. Boleh kah kita ajak Jebon atau sesiapa yang pandai Arab berforun issu kadak dan kadar di sini.???
    Waia dala bahasa inggeris ia nya adalah belief in povidence/destiny(percaya pada takdir) atau percaya pada diri sendiri (belief in your own will).
    Saya percaya own will power itu 50% dan destiny itu 50%. Bukti2 adalah dari Quran seuanya,tapi saya tak berapa ahir nak petiknya.
    Waima ada orang percaya destiny /takdir adalah 100%.
    Apa pendapat Puteri.???

    ReplyDelete
  42. Salam Pakyeh,
    Blog ini terbuka untuk sesiapa aje yang berminat untuk berbincang. Silakan.

    ReplyDelete