Wednesday, February 3, 2010

Bagaimanakah nasib Melayu di Malaysia seterusnya?

29 Januari 2010

Hari ini saya membaca sebuah artikel bagaimana  Singapura yang dulunya milik Melayu, yang pernah bersultan, kini "terjual" kepada bukan Melayu. Satu persoalan yang lama bermain di benak hati saya tentang wajah kacak seorang lelaki Melayu di wang kertas Singapura itu, kini mula menggamit2 kembali perasaan dan fikiran saya.

Kekecewaan saya terjelma dari pembacaan artikel itu, bila mengetahui sikap Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang tergamak menjual tanah melayu kepada bangsa asing untuk kepentingan  diri mereka sendiri sahaja. Malah, tidak juga untuk kepentingan anak cucunya. Bayangkanlah...zap... bagai direntap urat2 jantung saya membacanya.. Saya ulangi  beberapa kali membaca ayat itu, kalau2 saya tersilap faham..... tidak... memang betul fahaman saya.  Hanya sekarang, saya perlu lebih rajin dan tekun menggali sejarah untuk memuaskan naluri saya yang haus untuk mengetahui lanjut tentangnya.

Sikap tamakkan harta/kesenangan untuk diri sendiri adalah kebodohan kebanyakan orang. Ituuuu lah juga balik2.. dan sikap itu masih lagi terlihat dalam kebanyakkan orang2 Melayu hari ini. Saling dengki mendengki asalkan kepuasan diri sendiri tercapai.

Saya mengutip kekata ini dari pembacaan saya itu :
"Sejarah telah membuktikan bila manusia yang bernama Melayu ‘terdesak’, bila mereka rasa diri terhimpit, teraniaya dan dizalimi, mereka terpaksa ‘bersatu’ untuk menentang musuh yang sama. Ketika itu ‘penjajah’ adalah musuh utama kita. Akibat dijajah, kita miskin, melarat dan jadi hamba dalam negeri sendiri. Hanya dengan ‘bersatu’ saja Melayu menjadi satu 'force' seperti mereka menumbangkan Malayan Union. Satu kekuatan seperti kata peribahasa, ‘bulat air kerana pembentung, bulat tekad kerana muafakat’. Mereka berjaya mengalahkan dan menumbangkan musuh yang satu waktu dulu dianggap mustahil. Apakah Melayu yang sudah bersifat individu akan bangkit dan buat benda yang sama? Apakah kita tidak dalam keadaan terdesak? "
Hanya dengan ilmu, iman dan taqwa saja yang membolehkan cucu cicit Melayu hari ini hidup bebas dari cengkaman penjajah yang bencikan Islam.

Kerana duit, Sultan Hussein menjual Singapura. Lee Kuan Yew(LKY) mempelajari sejarah ini, dan sebab itulah dia memastikan para pemerintah Singapura dibayar gaji secukupnya sehingga dikatakan tertinggi di dunia? Biarpun rakyat ramai yang tidak puas hati dengan bayaran pemerintah yang begitu tinggi, tapi saya melihat kebijakan LKY itu sebagai satu strategi "pendinding" agar pemerintah2 negaranya itu tidak menjadi bodoh kerana wang, sebagaimana sejarah yang telah dipelajarinya.  LKY juga  mengamalkan sikap tidak bertolak ansur dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah. Dia memastikan agar Singapura tidak terjual untuk kali keduanya. Pulau yang dulunya milik Melayu itu kini sudah berada di tangannya, apakah mungkin akan dilepaskan lagi untuk dikembalikan kepada Melayu? Mungkin tak mustahil...., dengan syarat Melayu itu tidak lagi mengamalkan rasuah, tidak lagi mengamalkan sikap dengaki mendengki, Melayu telah bersatu. Ntahlah....Jika dulu pulau itu mempunyai Sultan dan menginap di Istana  Kg Gelam.. kini Istana itu hanyalah sebuah muzium.

Di Malaysia, perpecahan demi perpecahan di kalangan orang2 Melayu terus berlaku dengan mengamalkan sikap kuat "makan suap"(rasuah), yang mengundang sikap menghasut dan mahu cepat kaya. Menurut hemah saya, ini adalah kerana kurangnya ilmu/pendidikan yang telah menyebabkan bangsa asing melihat pelbagai peluang untuk menamatkan nama "MELAYU". Ini jelas sekali dapat dilihat bilamana sejarah Singapura hanya didedahkan sejak bermula zaman Stamford Raffles dan bukan lebih awal dari itu. Itu pun Melayu masih diam, masih sabar... mungkin sebab belum merasa terancam. Mungkin, itulah juga sebab pemerintah Singapura memastikan kaum minoriti Melayu di Singapura dijaga keperluan dan kehendaknya agar tidak merasa terancam lantas bangkit menentang pemerintah. Mereka(pemerintah) telah mempelajari dari sejarah bahawa Melayu, apabila terancam, mereka pasti bersatu dan kuat, dengan kekuatan yang tak terduga, sebagaimana kekuatan mereka menentang British dalam peristiwa Malayan Union dengan jayanya, bak kata pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh". Di Singapura, mereka tahu Melayu kebanyakannya adalah Islam. Mereka kuat beribadat dan isu sensitif mereka adalah agama. Maka mereka berikan masjid banyak2 agar Melayu diam. Lihat saja lah sensitifnya Melayu di Malaysia baru-baru ni, bila terasa terancam kaitan agama di sentuh oleh orang bukan Islam.


Dulu para pemimpin Melayu setiap kelompok berjaya mengenepikan rasa ego, semangat kenegerian, kedaerahan, puak, idealogi dan fahaman masing-masing dan meletakkan masa depan bangsa Melayu sebagai asas yang mengikat penyatuan ‘hati’ antara mereka, membuat penjajah terpaksa mengalah. Raja dan Sultan terpaksa tunduk kepada kemahuan rakyat kerana rakyat itulah raja. UMNO yang menggendong nama
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kini sudah tidak begitu relevan untuk menggambarkan nama itu..sudah berpuak2 Melayu di dalamnya. PAS yang mendokong agama sebagai tunggak perjuangannya, kalau dilihat dari pergolakan dalaman parti baru2 ini, juga tidak menggambarkan perpaduan dalam Islam sebenar.

Saya mengeluh kecil selepas membaca artikel ini.....Semoga Melayu di sini tidak menerima nasib seperti Melayu di selatan Thai dan Filipina.

9 comments:

  1. Salam pu3,

    Semakin banyak blog2 yang dikendalikan oleh Islam Quranik....Alhamdulillah...

    **Ayyohpeen

    ReplyDelete
  2. Salam Ayyohpeen,

    Saya tidak mengkelompokkan diri sebagai Islam Quranik atau Islam Wahabi atau Islam Syiah atau Islam ASWJ atau apa pun jua gelaran yang biasa orang2 gunakan untuk pengkelompokkan. Terserah para pembaca jika mahu lakukan itu.

    Saya adalah saya sahaja.

    ReplyDelete
  3. salam semua,

    sangat baik out of label2.

    Teruskan perbincnagan.....

    salam

    ReplyDelete
  4. label-label tu lambang para agamawan semata-mata.
    macam jenama yg di longgokkan dalam satu pasaraya.
    sadin tetap sadin, tak kesah jenama apa pun.
    cuma rasanya berlainan sikit. tapi tetap sadin.

    allah tetap allah.
    manusia tetap manusia.
    mansur hallaj tetap dia.
    pun begitu rumi dgn serunainya.

    :) dan aku tetap aku

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Yang selalu bermain di minda saya, walaupun orang Melayu bersujud ke arah objek yang sama, tetapi mereka tidak mampu bersatu hati ke arah satu matlamat. Dengan kata lain, biarpun gerakan amalan ibadat mereka sahaja nampak sama, tetapi hati mereka berbeza-beza. Mudah retak dan berpecah-belah.

    Kenapa jiwa orang Melayu tidak fokuskan kepada satu arah yang sama umpamanya memfokuskan diri mereka kepada amalan yang membangunkan minda?

    Semua orang Melayu ada minda, dan nak bangunkan minda, kita tidak memerlukan wang. Yang penting kena ada semangat dan kerajinan.

    Semangat dan kerajinan itu terletak dalam hati masing2 dan kita tidak perlu membayarnya.

    Suburkan budaya berfikir, membaca, menulis dan melontarkan pandangan2 bernas untuk orang Melayu sedari diri dan beringat.

    Seperti yang kita sedang lakukan sekarang ini iaitu menggalakkan penulisan blog yang mengajak orang Melayu berfikir.

    Pada pendapat saya, melahirkan orang Melayu yang berfikir secara rasional lagi bermanfaat agar nasib yang berlaku di Singapura tidak terjadi di negara kita.

    ReplyDelete
  6. Pendapat yang baik dari saudara Juang. Tksh.

    Melayu mengaku Islam tapi tidak tidak bersatu dalam perjuangan. mazhab Islam A, islam B, islam C dll.. berbagai pecahan dan inilah yang melemahkan Melayu.

    Mungkin kajian Quran Melayu perlu dipertingkatkan dari membaca Quran Arab dengan berlagu tanpa faham apa yang diperkatakan.

    ReplyDelete
  7. Nasib Melayu di Malaysia?? Hmmm, bagaimana petanda yang di tunjukkan Tukartiub (Hishamudin Rais) seperti berikut:-

    http://tukartiub.blogspot.com/2012/06/bagaimana-melayu-terus-kena-tiipu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu banyak dendam, justeru tidak lagi melihat dalam cermin yang polos, tapi cermin balikan bayangan

      Delete
    2. Maksudnya tanah2 Melayu yg tergadai itu kerana banyak dendam??

      Or

      puteri maksudkan kpd tukartiub??

      or

      bagaimana dengan komen yang ini pula

      http://tukartiub.blogspot.com/2012/06/muhyiddin-bakal-perdana-menteri.html?zx=24ae3915f2a7efcd

      Delete