Apakah ini satu keadilan menurut Islam?
Kes 1:
Dalam  satu kes di Kuala Terengganu iaitu kes Kalthum binti Muda lawan Nazir  Baitulmal Kuala Terengganu (1362), baitulmal tetap mewarisi walaupun  dalam keadaan waris adalah miskin dan boleh menyebabkan harta keluarga  menjadi berkurangan. Dalam kes ini, pemohon adalah isteri si mati dan  merupakan waris tunggal yang hanya mewarisi sebanyak satu perempat  daripada bahagian pusaka dan tiga perempat baki diserahkan kepada  baitulmal. Oleh kerana kesusahan hidup, waris telah menuntut supaya  baitulmal menghalalkan bahagian tiga perempat tersebut dan diserahkan  kepada beliau sebagai waris yang berhak untuk mewarisi keseluruhan  pusaka suaminya. Pewarisan oleh baitulmal boleh menyebabkan pemohon  tidak boleh meneruskan perniagaan yang diusahakan sebelum ini akibat  kehilangan sebahagian besar modal perniagaan.
Kes 2:
Dalam  kes  Encik Alias bin Embong (2004) Mahkamah Rendah Syariah Kuala  Terengganu telah menolak pemberian pusaka kepada dhu arham walaupun  dalam kes ini dhu arham adalah waris tunggal si mati. Justeru, mahkamah  memutuskan dengan mengambil pandangan Mazhab Syafi‘i di mana baitulmal  akan mewarisi kesemua harta pusaka tanpa waris atas alasan baitulmal di  Malaysia adalah berfungsi dengan baik di bawah pengurusan yang teratur.  Di samping tiada peruntukan dalam undang-undang negeri yang  memberikan pusaka kepada dhu arham yang merupakan sandaran kepada  pandangan Mazhab Hanafi.
Kes 3:
Dalam kes Che Som  bt. Ismail (1999) apabila diputuskan semua harta si mati diwarisi oleh  baitulmal sebagaimana  pandangan Mazhab Syafi‘i dan waris dhu arham  tidak menerima pusaka. Dalam kes ini, bapa saudara si mati yang masih hidup tidak diberikan pusaka kerana diselangi oleh ibu si mati yang telah meninggal dunia lebih dahulu (dhu arham).
(Bayangkan  kalau bapa saudara tu sedang sakit buah pinggang perlu dialisis 3 kali  seminggu, apakah Baitulmal akan memberi bantuan kepada bapa saudara itu selain mengambil harta  yang BOLEH diwarisi daripada simati?)
Kes 4:
Ddalam  kes Chik bt. Jusoh (2002)apabila si mati meninggal dunia tanpa waris,  semua hartanya diserahkan kepada baitulmal. Akibat tiada wasiat  dilakukan maka anak angkat si mati tidak mendapat apa-apa bahagian  meskipun anak angkat itu djagainya dari kecil dan menjagainya ketika tua  dan sakit. (Dimanakah peri kemanusiaan kehakiman Islam Malaysia)?
 
 
