Wednesday, August 18, 2010

Perkataan bukanlah bendanya

18 Ogos 2010

Kita belajar bercakap sejak kecil. Kita diajar makna-makna perkataan dan dari situlah fikiran kita diacukan menurut definasi sesuatu perkataan yang kita pelajari. 

Contohnya, kita diajarkan dari kecil bahawa perkataan "sial" itu adalah  perkataan -ve. Kalau kita tak tau makna "sial" kita tak rasa marah pun bila orang kata kita "sial". Yang menjadikan kita marah ialah bila fikiran kita faham  makna "sial" dalam bahasa yang orang tu gunapakai.

Jadi, perkataan bukanlah bendanya. Ianya hanyalah label yang manusia gunakan untuk tujuan kemudahan komunikasi sesama manusia. Fikiran yang terkondisi dengan definasi-definasi telah mencorakkan hidup kita. 

Ingin sekali Puteri merasai kehidupan yang SEJATI yang diciptakan Tuhan alam ini secara semulajadi. Selama ini, Puteri merasakan segala kehidupan sekeliling Puteri, bagaimana Puteri berreaksi, bertindakbalas pada sesuatu hal adalah hasil dari acuan fikiran masyarakat yang telah mendidik Puteri sejak kecil. Lantaran Puteri tak merasakan naturalnya sebuah kehidupan semulajadi.

Persoalannya, bagaimana untuk merasai hidup secara semulajadi/natural tanpa terkondisi atau teracu dengan definasi orang lain?

5 comments:

  1. Jika Puteri ingin lanjutkan pelajaran dalam falsafah linguistic, sila baca buku Witgenstein.
    Siapa yang mengajar kita bercakap.??? Manusia atau Tuhan.??? Bila adanya manusia yang tidak boleh bercakap, maka kedapatanlah bahawa munusi cuma belajar dan mengajar,tetapi tanpa Pengajar yang Esa satu apapun kita tak faham dan tak dapat mengajar. Semuanya adalah dengan kemahuan Allah.

    ReplyDelete
  2. Puteri kata:
    Persoalannya, bagaimana untuk merasai hidup secara semulajadi/natural tanpa terkondisi atau teracu dengan definasi orang lain?

    Soalan yang begini perlu banyak mencari.
    Sebelum dapat di jawab perlu di jawab soalan yang lebeh awal seperti.
    Apa kah destiny anda.???
    Setiap manusia mempunyai tujuan hidup. Apa tujuan hidup anda.???

    Waima ada cerita yang mungkin boleh selesaikan masaalah Puteri.
    Ceritanya begini.
    Ada seorang ayah berantau dengan anaknya yang menungan seekor kaladai.
    Mereka tiba di suatau pEkan. Orang di pekan itu berkata "Apa daa malas punya budak.Dia paut jalan dan ayahnya tunggang kaladai."
    Maka selepas itu ayah pun tunggan kaladai dan tiba di satu lagi pekan. orang pekan itu berkata:Apa bodoh punya ayah suroh anknya berjalan."
    maka selepas itu kedua2 mereka tunggang kaladai dan tiba di satu lagi pekan.Orang pekan itu pula berkata"Apa zalim punya manusai, kesian kaladai di seksa"
    Maka selepas itu ayah dan anak pikul kaladai dan berjalan. Tiba di satu pekan lagi,orang situ berkata "Apa bodoh punya oran.Kenapa tidak tunggang sahaja kaladai itu"

    Pelajaran dari cerita ini adalah kita tidak boleh menyesuaikan diri dengan semua orang.

    ReplyDelete
  3. Salamun Alaiki,

    Jika puteri ada akaun di FB, mohon taggkan saya sebagai member.

    http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100001542404272

    ReplyDelete
  4. Maaf, Puteri lom ada akaun FB lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Yeh,

    Puteri baca berulang kali tulisan PakYeh tu, tapi sejujurnya Puteri masih belum tau apa tujuan Puteri hidup.

    Apa yang Puteri tau sejauh ini ialah, Puteri hidupi kehidupan Puteri dengan apa adanya. Hidupi kehidupan ini dengan TAK TAU apa tujuannya, jadi tak menghala kearah mana menurut apa yang fikiran sangkakan sebagai TUJUAN HIDUP.

    kehidupan, Puteri rasakan seperti air sungai yang mengalir, terus mengalir melalui batu batan yang berbagai, tanah dan pasir, sesekali membengkokkan arahnya bila melalui batu batan, kemudian terus mengalir lagi menyesuaikan dan merasakan apa adanya sepanjang perjalanan itu.

    ReplyDelete