Sunday, October 24, 2010

Apa itu CINTA?

24 Oktober 2010

Semua orang bercakap tentang cinta, dari anak kecil sampailah orang tua, merata-rata orang sebut tentang cinta, majalah-majalah, suratkhabar-suratkhabar, para penceramah... ayat-ayat seperti "Saya cintakah negara saya","Saya cintakan agama saya", "Saya cintakan kedamaian", "Saya cintakan isteri/suami/anak-anak/ibu/bapa saya" dan berbagai lagi yang biasa kita dengar atau baca.

Apa itu cinta sebenarnya?

"Pergilah berperang(membunuh) kerana cintakan agamamu/negaramu/bangsamu!",.. apakah itu cinta namanya?
Anda kata anda cintakan isteri anda. Dalam apa yang dikatakan cinta kepada isteri anda itu, terdapat kenikmatan seksual, kenikmatan adanya seseorang menjaga anak anda, memasak, mengemas rumah, membasuh baju. Anda bergantung padanya; dia memberikan anda tubuhnya, perasaannya, dorongan dan galakkannya, ke satu tahap yang anda rasakan selamat  dan damai. Kemudian jika pada satu ketika dia berpaling dari anda dari semua itu, seluruh kesejahteraan perasaan anda menjadi musnah dan terganggu.  Anda merasa tidak senang, benci dan mengganas. Dan mungkin seterusnya anda mengatakan "Selagi awak milik saya, saya cintakan awak, tapi disaat awak mula berpaling tadah dari semua ini, saya mula membenci awak." atau mungkin anda mengatakan "Selagi saya boleh bergantung pada awak untuk memenuhi keperluan-keperluan kehidupan saya, saya cintakan awak... tapi disaat awak tidak lagi mampu memenuhi keperluan-keperluan saya itu, saya tak sukakan awak lagi". Apakah bila adanya perbezaan pendapat antara anda, bila anda berpisah darinya, bermakna tiada cinta? Atau apakah begitu yang anda selama ini namakan cinta?

Bila ada benci, tiada cinta. Bila ada cinta, tiada benci.

Bagaimana pula kalau kita cuba belajar hidup dengan pasangan kita tanpa fikiran kita mencipta pertentangan-pertentangan sebegitu, belajar hidup dengan menerima perbezaan, belajar hidup dengan tidak merasakan kepemilikan, belajar hidup dengan menghentikan konflik dalaman diri kita yang menyusahkan/memenjara orang lain.... mungkin(mungkin la...) kita akan tahu apa itu cinta? Kemudian, mungkin anda akan merasa hidup bersama isteri anda, bebas sebebasnya, dan begitu juga pasagan anda. Sementara itu, jika anda bergantung pada pasangan anda untuk semua kenikmatan, anda adalah hamba kepadanya.... tentu ada yang kata "apa plak?" .. mana tak nya.. seperti anda bergantung hidup pada Allah, anda adalah hamba Allah, jadi kalau anda bergantung pada pasangan anda untuk semua kenikmatan yang anda cerapkan untuk kehidupan anda, maka bukan pasangan anda yang menjadi hamba anda, tapi andalah hamba kepadanya kerana kebergantungan anda itu....

Kebergantungan, telah menyemarakkan rasa takut dan cemburu dalam diri.... inilah satu haluan fikiran yang tidak akan mendorong anda kepada memahami apa itu cinta. Jadi, cinta bukanlah berkaitan kenikmatan atau keinginan, bukan juga berkaitan tanggungjawab dan tugas, bukan tentang apa yang sepatutnya dan tak patut... saya rasa, bukan.

Friday, October 8, 2010

FAHAMILAH AKU

8 oktober 2010


Manusia itu berbeza antara satu sama lain walau bagaimana pun kita cuba mengubahnya. Perbezaan adalah rahmat bukan bencana. Manusia berbeza dalam perkara-perkara asas seperti kemahuan pada benda-benda yang berbeza, matlamat yang berbeza, nilai yang berbeza dan juga kepercayaan yang berbeza.

Mereka berfikir, menggambarkan dan berpandangan berbeza antara satu sama lain. Dan sudah tentunya kelakuan dan emosi manusia itu dibentuk oleh kemahuan-kemahuan dan kepercayaan-kepercayaan mereka  masing-masing.

Memahami PERBEZAAN, kita akan dapat mengurangi konflk-konflik yang seringkali berlaku dalam perhubungan tak kira pasangan, adik beradik, ibubapa, rakan-rakan, majikan dan lain-lain. Dan perbezaan personaliti/karakter seseorang itu tidaklah kekal namun yang dinamakan perbezaan itu juga termasuk perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang perjalanan hidup seseorang itu yang membuat karakter manusia itu berbeza dari yang sebelumnya

Berbeza itu bukanlah bodoh, salah atau pelik...

Wednesday, August 18, 2010

Perkataan bukanlah bendanya

18 Ogos 2010

Kita belajar bercakap sejak kecil. Kita diajar makna-makna perkataan dan dari situlah fikiran kita diacukan menurut definasi sesuatu perkataan yang kita pelajari. 

Contohnya, kita diajarkan dari kecil bahawa perkataan "sial" itu adalah  perkataan -ve. Kalau kita tak tau makna "sial" kita tak rasa marah pun bila orang kata kita "sial". Yang menjadikan kita marah ialah bila fikiran kita faham  makna "sial" dalam bahasa yang orang tu gunapakai.

Jadi, perkataan bukanlah bendanya. Ianya hanyalah label yang manusia gunakan untuk tujuan kemudahan komunikasi sesama manusia. Fikiran yang terkondisi dengan definasi-definasi telah mencorakkan hidup kita. 

Ingin sekali Puteri merasai kehidupan yang SEJATI yang diciptakan Tuhan alam ini secara semulajadi. Selama ini, Puteri merasakan segala kehidupan sekeliling Puteri, bagaimana Puteri berreaksi, bertindakbalas pada sesuatu hal adalah hasil dari acuan fikiran masyarakat yang telah mendidik Puteri sejak kecil. Lantaran Puteri tak merasakan naturalnya sebuah kehidupan semulajadi.

Persoalannya, bagaimana untuk merasai hidup secara semulajadi/natural tanpa terkondisi atau teracu dengan definasi orang lain?

Thursday, July 29, 2010

aku adalah aku

29 Jun 2010

Dalam menjalani kehidupan yang berbagai ragam setiap hari, Puteri semakin mempelajari akan diri sendiri. Insan di luar diri Puteri adalah cermin bagi Puteri.

Bila kita bercakap dengan seseorang, pasti ada responnya dan kita melihat diri kita dari respon orang. Menilai bagaimana aku berkata-kata tadi dan bagaimana orang ini melihatnya. Perkataan dan ayat yang sama, cuba diajukan kepada beberapa orang yang berbeza, kemudian Puteri dapat gaya respon yang berbeza dari mereka.

Dari situ juga Puteri mempelajari karakter manusia, bagaimana untuk Puteri berkomunikasi dengan manusia yang berbeza karakter. Seronok juga melihat telatah manusia... adakalanya menyedihkan, adakalanya melucukan, adakalanya memedihkan.

Puteri suka bila mengetahui "aku adalah aku". Tak mahu menjadi sesiapa pun dan tak suka orang membanding-bandingkan Puteri dengan sesiapa. Puteri suka menjadi diri sendiri. Puteri rasakan tiada takut pada sesiapa, Puteri tak bergantung pada sesiapa...

Manusia suka melabelkan berbagai-bagai atas perbuatan Puteri yang mereka tak senangi. Kalau dulu Puteri terasa sakit dengan label-label demikian, tapi setelah Puteri hayati kata-kata mereka itu, Pueri sedari bahawa mereka tak lain hanyalah untuk menyedap-nyedapkan minda dan perasaan mereka aje. Jadi, biarlah mereka dengan cara mereka yang mereka gemari.

Yang penting bagi Puteri sekarang ialah Puteri sedar apa Puteri lakukan dan sedar akan pilihan yang Puteri pilih. Buruk atau baik bukan Puteri penentunya sebab Puteri tak tau masa depan. Alami dan jalani aje hidup dengan penuh rasa bertanggungjawab akan pilihan sendiri.

Puteri suka mempelajari ....aku adalah aku.... bukan dia yang kau mahu aku jadi sepertinya, bukan kamu yang telah merasakan sempurna perjalanannya.. bukan.. bukan... aku tak mahu menjadi sesiapa, aku hanya mahu menjadi diriku...aku adalah aku yang terus berubah-ubah selagi hidup.Biarlah aku menjalani hidupku dengan pilihanku, Salah padamu tidak semesti salah untukku, benar padamu tidak semestinya benar untukku. Sedangkan manusia itu serupa jenisnya tapi tidak sama intipatinya...aku adalah aku.

Monday, May 24, 2010

Kebebasan wanita

23 MEI 2010

Lama Puteri tak melayari internet sejak beberapa minggu kebelakangan ni, yang sempat adalah membaca email kawan-kawan yang dah melambak-lambak dalam mailbox. Kalau masih ada yang Puteri belum balas setakat hari ni, insyaallah Puteri akan usahakan untuk memberi respon.

Tak sangka dalam kesibukan Puteri, rupanya Puteri tak menulis apa-apa artikel baru untuk bulan April 2010. Aahh! ini satu kerugian rasanya buat Puteri, kecuaian, kedangkalan, kebodohan serta kelalaian Puteri sendiri.

Jadi, untuk artikel pertama bulan Mei 2010 ini, biarpun agak lewat, Puteri nak menulis tentang sesuatu yang menyelinap ke fikiran Puteri sejak akhir-akhir ini....iaitu kebebasan wanita.

Dulu Puteri selalau duduk menangis bila mengenang nasib menjadi seorang wanita yang berada dalam masyarakat sekeliling Puteri. Wanita sebagai anak, mesti ikut cakap mak bapak. Wanita sebagai isteri mesti ikut cakap suami. Wanita sebagai ibu mesti melayani anak-anak. Terfikir Puteri, apakah wanita itu seperti tak ada kuasa atas dirinya sendiri?  Bila isteri nak keluar, suami kata tak boleh, isteri kena patuh,kalau tak, dikatakan derhaka pada suami menurut fahaman arus perdana. Kalau seorang ibu tak kemas rumah, tak masak, anak-anak yang disoal siasat oleh pihak-pihak tertentu akan mengatakan "ibu saya tak bertanggungjawab". Anak-anak nakal seringkali ibu yang dipersalahkan kerana tak menjaga anak dengan betul. Wanita di rogol, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga susila aurat. Wanita hamil luar nikah, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga maruah diri. Wanita buang anak luar nikah, wanita juga dipersalahkan. Demi menjaga hati masyarakat, wanita seringkali terpaksa duduk di bawah cengkaman-cengkaman persepsi masyarakat.

Meskipun ramai wanita kini yang menduduki kedudukan penting dalam negara dan institusi, namun masih ada pihak-pihak tertentu yang dengan sinis menyindir bahawa wanita tidak berhak menjadi pemimpin, maka kaitan Quran 4:34 seringkali disempit tafsirkan untuk tujuan cengkaman itu. Lantaran itu, jatuhlah ramai wanita ke pelosok dapur dan dipenjara dalam rumah berjeriji besi sehinggalah si suami pulang kerumah.

Amat menyedihkan lagi bila masih ada sesetengah wanita di zaman ini yang dinafikan haknya untuk berkomunikasi menggunakan internet dengan alasan yang tidak  menasabah. Wanita seringkali dihubungkaitkan dengan tidak panjang akal, tidak pandai berfikir dll.

Yang lebih mengherankan, secara tiba-tiba para suami menjadi pakar dalil, bila bercakap tentang kuasa suami pada isteri, sedangkan mengajar anak mengaji pun tak pernah, mengimami solat dalam keluarga pun tak pernah. Semua tugas itu dibebankan ke pundak isteri sebagai tanggungjawab. Apa lagi bila si isteri menolak untuk digauli suami, dalil yang biasa diperdengarkan ialah "malaikat akan mengutuk kamu sampai pagi".. (entah apa agaknya darjat hadis tu ye.. sapa tau sila kongsi di sini )

Puteri tak berhasrat tulis panjang-panjang berkaitan ini. Puteri ingin membaca komen-komen dari para pembaca blog ini berkaitan pendapat dan pengalaman mereka sendiri berkaitan apa yang mereka faham tentang kebebasan seorang wanita.

Sunday, March 28, 2010

JUJUR

28 Mac 2010

Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mendedahkan apa-apa yang tak baik, terutama untuk kawan Puteri yang membaca blog ini, ingin Puteri membuat deklarasi bahawa, sekiranya tulisan Puteri ini seiras dengan kisah anda, Puteri tidak sesekali berniat khianati anda. Tujuan Puteri menulis di sini semata-mata untuk Puteri belajar tentang kehidupan dari sudut pandangan orang lain juga, selain melihatnya dari sudut pandangan Puteri yang sempit.

Hari ni jenuh Puteri memikirkan apa itu JUJUR sebenarnya. Penulisan artikel ini mungkin agak celaru sebagaimana celarunya fikiran Puteri sekarang ni...Namun Puteri gagahi juga untuk meluahkan kecelaruan ini di sini agar dapat Puteri hayati kembali satu hari kelak, bila Puteri dah tenang fikiran.

Hari ni  Puteri tanya seorang kawan Puteri, "kenapa awak tak jujur dalam menyampaikan maklumat? Kenapa awak sampaikan sebahagian dan sembunyikan yang lain?". Kawan Puteri kata, "seseorang masih dikira jujur bila dia tak jujur dalam menyampaikan tapi jujur dalam niatnya. Asal tak khianati sesiapa". Dia juga ceritakan pada Puteri akan pengalamannya yang lalu bahawa, dia cukup jujur dengan sesiapa pun, tapi akibat kejujurannya itu, dia banyak dapat kecelakaan. Katanya sebagai contoh, dia kena tipu kerana dia jujur percayakan orang, sedangkan kawannya yang tak jujur mendapat keuntungan berlipat ganda.

Kawan Puteri inilah yang selalu berkata, "jangan ambil sepotong-sepotong".

Puteri ingin memahami REALITI hidup di dunia untuk survival Puteri, bukan di alam satu lagi yang belum pasti. Puteri tak mahir memahami kekata yang berbelit-belit. Puteri sangat bodoh memahami. Puteri sangat bingung sekarang ni!!!!!!!


Kalau benarlah kata kawan Puteri tu, Puteri terfikir, adakah perawi-perawi hadis juga ada kemungkinan tak jujur dalam menyampaikan? Menyampaikan satu cerita dengan sekerat sekerat aje dan sembunyikan keratan  yang lain.....kalau benarlah begini, maksud sebenar cerita tak akan kesampaian, betul tak?

Dalam konteks memahami Quran pulak, kalau kita cuba memahami sesatu ayat tanpa melihat keseluruhan konteksnya, sudah tentu kita tak akan dapat faham maksud mesej yang terkandung, betul tak?

Kalau dalam konteks kehidupan kita pulak, bagaimana yang dikatakan JUJUR seseorang itu?
Sejujurnya Puteri ingin tahu pendapat para pembaca dalam senario di bawah. Puteri mohon, jujurlah memberi komen dalam senario ini agar Puteri dapat pelajari.

Senario:
Katalah si A jujur dengan si B dalam membincangkan perkara bertajuk ABC, si A menyampaikan segala maklumat yang dia dapat kepada si B dalam perbincangan berkaitan tajuk. Si B hanya menceritakan sebahagian sahaja maklumat yang dia perolehi.

Puteri sengaja tak menulis soalan2 kaitan senario di atas, sebab Puteri ingin tahu apakah persoalan2 yang mungkin akan timbul dalam fikiran manusia-manusia lain sekiranya senario ini  terjadi pada anda. Puteri tidak mencari penyokong juga bukan mengajak menghukum.

Puteri keliru/bingung sekarang, apa itu JUJUR... Mungkin juga tahap penerimaan seseorang dalam tafsiran JUJUR itu berbeza-beza, lantaran manusia menganggap begini sudah jujur pada saya, dan orang lain kata begitu belum dan begini barulah jujur?

Friday, March 19, 2010

MASJID

18 Mac 2010

Dalam kebiasaan masyarakat Islam sedunia, bila sebut perkataan "masjid", fahamlah kita semua akan maksudnya iaitu merujuk kepada sebuah bangunan yang dibina untuk tujuan orang-orang Islam berhimpun untuk menunaikan ritual solat sebagai menyahut seruan azan yang dilaungkan. Bagi sesetengah negara seperti Singapura, masjid adalah tempat berhimpunnya orang-orang Islam dalam menjalankan kegiatan sosial mereka. Lawatan saya ke masjid di Singapura, di dalamnya, selain terbina ruangan khas untuk orang-orang Islam melakukan ritual solat, terdapat beberapa ruangan seperti bilik darjah, siap dengan kerusi bermeja dan papan putih. Bila saya tanyakan kepada kawan saya, dia kata itu digunakan untuk mengajar seperti kelas bahasa Arab dan kelas mengaji. Kemudian saya di bawa ke satu bahagian lain yang lebih besar di tingkat atas. Ruang itu digunakan untuk sesi ceramah atau seminar. Di tingkat lain, saya terlihat bilik darjah yang ada peralatan komputer. Rupanya ia memang makmal komputer yang digunakan untuk membangunkan generasi Islam yang celik IT. Sebelum saya keluar dari masjid, terpandang la pulak saya pada sebuah TV besar di ruang hadapan masjid yang memaparkan berbagai jadual aktiviti di masjid itu. Di ruang berturap di hadapan masjid, kelihatan beberapa anak-anak yang berumur sekitar 5-13 tahun sedang berlatih seni pertahanan diri. Saya beredar dari masjid itu dengan penuh kesedaran bahawa betapa penganut Islam di Singapura sungguh2 memanafaatkan ruang tanah terhad mereka dengan berbagai kemudahan untuk manafaat sosial dalam bangunan bertingkat. Saya berharap para penguasa masjid-masjid di Malaysia datang melawat juga masjid-masjid di Singapura sebagaimana saya telah lihat dan alami, dan semoga ada yang Malaysia dapat pelajari dan ambil manafaat untuk masyarakat Malaysia, selain menjadikan masjid tempat solat semata-mata.

Mengadakan sebuah bangunan serbaguna seperti apa yang dipanggil masjid oleh "mainstream" adalah baik, menurut pendapat Puteri. Ini adalah kerana ia tidak lagi menjadi tempat ritual sesuatu perkara sahaja, tapi ianya menjadi tempat berkumpul untuk kemaslahatan umum. Puteri sokong maksud membangunkan bangunan sedemikian.

Dalam posting kali ini, Puteri ingin berkongsi fahaman Puteri berkaitan MASJID dari satu sudut yang agak berbeza dari apa yang mainstream maksudkan.

MASJID yang Puteri fahami dari satu sudut yang lain ialah yang bermaksud TEMPAT SUJUD, yang Puteri ambil dari akar kata sim jim dal .  SUJUD pula Puteri fahamkan sebagai kerendahan hati. Maka TEMPAT SUJUD atau MASJID itulah HATI kita sendiri. Sebuah masjid tu perlu bersih. Ini bermakna, perlunya sebuah hati yang bersih untuk seseorang itu menunaikan kerendahan hati terhadap Allah. Dari masjid yang sentiasa terjaga bersih, akan mudahlah untuk sujud kepada Allah. Dengan kerendahan hati sahaja lah akan muncul jiwa yang bersih dan suci. Dari situ, diri akan melayari kehidupan dengan penuh kepatuhan.

Bukankah HATI yang membuat ketetapan "mahu atau tak mahu", "setuju atau tak setuju" dan segala macam lagi pilihan diri? Bukan kah pilihan-pilhan hati kita itu direstui oleh diri kita?...

Bukankah perintah untuk berlaku adil itu sangat bergantung pada kesucian hati dan bukan terdapat di mana-mana bangunan/binaan?


Hiduplah jiwa yang tenang dalam redha dan diredhai...

Tuesday, March 9, 2010

Islam dan Melayu

11 Mac 2010

Malaysia dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Saya lebih suka kepada nama Tanah Melayu dari Malaysia kerana ia jelas menunjukkan bangsa pemilik tanah itu. Meskipun dalam perkataan "Malaysia" ada kekata "Malay" yang dalam bahasa inggerisnya merujuk kepada Melayu, namun saya lebih suka kepada perkataan "Malaya" jika mahu di-omputihkan. Sebenarnya pilihan saya itu adalah kerana saya tak tahu maksud "sia" di akhiran itu. Itulah kecetekan ilmu saya agaknya.

Dengan mengistiharkan pilihan saya ini, bukanlah bermakna saya bersifat perkauman atau 'racist'. Sememnagnya saya berbangsa Melayu dan oleh sebab itulah saya tak rela jika ada usaha memudarkan ciri-ciri Melayu samada dalam perkataan, watak, suasana, budaya, bahasa dll. Saya tak rela bangsa Melayu pupus dari mukabumi.

Saya ingin berkongsi pemahaman saya seperti di bawah. Saya alu-alukan para pakar sejarah untuk memperbetulkan saya jika berlaku kesilapan dalam tulisan saya.

Tanah Melayu adalah tanah bertuah yang kaya dengan sumber alam. Strategik kedudukannya di peta dunia itu, mejadikannya pusat persinggahan(transit) yang amat strategik bagi pedagang-pedagang laut antarabangsa yang belayar dari timur ke barat. Ciri-ciri unik inilah telah menjadi rebutan kuasa-kuasa barat sejak dulu lagi.

Setiap negeri-negeri Melayu ada sultan masing-masing yang mentadbir negeri dalam jajahan takluknya. Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas pembubaran Malayan Union, mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu . Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa inggerisnya (Federation of Malaya) melalui kedaulatan perlembagaannya, menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga, maka Yang Maha Mulia Baginda Queen atau Parliament United Kingdom tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatannya di atas negeri-negeri yang tersebut itu, dan hendaklah tamat kuatkuasa dan hak seluruhnya. Ini bermakna Persekutuan Tanah Melayu ada kedaulatannya tersendiri selepas 31 Ogos 1957.

Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948 yang mana ahli majlis itu terdiri dari wakil2 dari Melayu, Cina, India serta Inggeris. Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Begitu juga wakil orang India.

Namun apa yang berlaku hari ini, tuntutan demi tuntutan kita dengar dari orang bukan Melayu menuntut kesamarataan hak.

Puteri petik ini dati ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 31/05/2009 dari kolum Awang Selamat

"... kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman)
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Namun apa yang berlaku pada hari ini? Apakah orang bukan Melayu hari ini sudah lupa akan KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU. Apakah nikmat yang mereka kecapi selama ini dari generasi ke generasi telah membuat mereka lupa apa itu nikmat hasil dari PEMBERIAN ORANG MELAYU? Dengan taraf warganegara yang diberi oleh orang Melayu, mereka bebas hidup dalam negara Melayu ini menjalankan perniagaan dengan cukai yang sama dengan orang Melayu, dengan bayaran lesen yang sama harga dengan orang Melayu, menjalankan ibadah2 keagamaan mereka di rumah-rumah ibadat mereka,  mengamalkan budaya mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka, menggunakan nama menurut tradisi bangsa mereka dan banyak lagi. Keadilan hak apa yang mereka mahukan lagi?

Menurut Puteri , keadilan bukan bermaksud samarata hak tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di zaman rasulullah sendiri, kalau tak silap ingatan Puteri melalui pembacaan, Nabi Muhammad sendiri ada membuat garis perbezaan dalam sesuatu perkara, membezakan keutamaan orang-orang Islam dari bukan Islam dari segi keutamaan hak. Begitu juga  Nabi pernah mengutamakan pelantikan pemimpin dari kaum Quraish berbanding dari kaum lain.

Oleh itu, Melayu di Malaysia mesti sedar akan akibat perpecahan bangsa Melayu itu sendiri. Perpecahan tidak membawa kebaikan tapi banyak mengundang kelemahan.Saya petik kekata Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada 11/03/2010, iaitu
" Sesungguhnya tepuk dada tanyalah iman, adakah kita ingin menjadi Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR mahupun Melayu atas pagar." 
Sesungguhnya Melayu adalah Melayu sahaja, tidak ada Melayu UMNO, tidak ada Melayu Pas, tidak ada Melayu PKR atau pun Melayu atas pagar.  Saya menyokong kuat kata-kata Mufti seperti berikut :
"Walaupun kita bercakap sebagai pemimpin politik, kita perlu ingat hak-hak asasi yang diberi di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu dipelihara dan hak-hak ini perlu diperjuangkan tanpa sempadan politik demi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam dari segi ekonomi dan sosio-budaya."
Saya bukanlah penyokong UMNO, Pas atau pun PKR. Saya adalah penyokong Melayu-Islam Bersatu. Anda boleh mengkelompokkan diri dalam parti politik mana-mana pun, tapi bersatulah dalam perihal Melayu dan Islam. Anda adalah Melayu jika dalam Kad Pengelanan Malaysia, anda istiharkan keturunan Melayu, tak kira anda parti UMNO, PAS, PKR, DAP dll. Jika anda malu berbangsa Melayu, mungkin anda boleh pergi mengangkat sumpah dan menukarkan bangsa anda. Atau anda boleh mengistiharkan kepada dunia bahawa anda tidak berbangsa dalam dunia ini dengan kenyataan bahawa anda memperjuangkan Islam sahaja tanpa membezakan bangsa. Lantaran itu, Puteri selalu terheran dengan orang yang kononnya berminat memperjuangkan Islam tanpa mahu membezakan bangsa, lantas memperjuangkan bangsa pada mereka ini adlah tidak penting sama sekali. Keterheranan Puteri ini bersandarkan kepada bacaan Puteri pada sepotong ayat di dalam Quran, surah Al-Hujurat ayat 13 seperti berikut:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saing kenal mengenal.  Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah itu ilmunya sangat luas"
 Dari ayat tu, Puteri faham bahawa Allah sengaja ciptakan berbangsa-bangsa  dan bersuku-suku. Contohnya berbangsa Melayu,Cina, India dll. Dan dalam bangsa Melayu tu pulak contohnya, ada suku-suku yang mana dapat kita lihat dari perbezaan loghat-loghat bahasa dan citarasa makanan. Bukankah mengekalkan perbezaan ini adalah satu nikmat yang Allah mahu kita rasai dengan saling kenal mengenal? Bukankah itu juga bermakna sebagai manusia atau khalifah di bumi ini, kita bertanggungjawab mengekalkan perbezaan-perbezaan ini agar dapat dinikmati terus oleh generasi-generasi seterusnya? Namun dalam masa yang sama, kita perlu ingat bahawa tiada bangsa atau suku yang lebih baik di sisi Allah, tapi hanya insan/manusia/jiwa yang paling bertakwa kepada Allah. Tidakkah terlihat akan halusnya ciptaan Allah itu yang sangat luas ilmunya? Siapakah kita untuk melakukan kerosakan di bumi ini untuk menafikan bangsa sedang Allah sengaja ciptakan manusia itu berbangsa-bangsa? Apa khidmat yang mesti kita lakukan selaku petugas(servant) Allah di bumi ini untuk mengekalkan survival sesatu bangsa?

Inilah yang ramai sekali terlepas pandang dalam kesibukan yang mereka namakan "perjuangan islamik". Bukan ke penganut Islam percaya bahawa Quran itu adalah garis panduan kehidupan Islamik? Maka perlu ikuti keseluruhan dan bukan sepotong-sepotong mahu yang itu dan tidak yang ini... jika demikian, ianya bolehlah dikatakan perjuangan menurut nafsu sendiri, kehendak sendiri, pilihan sendiri dan bukan menurut garis panduan kehidupan yang di jelaskan Quran.

Ramai sekali sahabat-sahabat saya yang tidak memahami maksud sebenar saya bila saya katakan "Ya, saya setuju bahawa setiap manusia mesti menjalani cara hidup Islam kerana ini telah dijelaskan dalam kitab panduan hidup (Quran) 3:19 dan saya juga setuju bahawa di Malaysia, Melayu mestilah berjuang untuk mempertahankan bangsanya melalui pengekalan hak-hak tertentu demi menjaga survival bangsa Melayu. Islam wajib diamalkan bukan hanya di Malaysia, tapi di serata pelosok dunia. Melayu mesti berjuang mengekalkan haknya di Tanah Melayu. Antara hak Melayu ialah Perlembagaan berRaja. Jika Quran itu adalah Kitab Perlembagaan untuk Islam, maka Perlembagaan Persekutuan adalah kitab Perlembagaan untuk Melayu. Oleh itu sebagaimana kita rajin mengkaji Quran, marilah kita juga rajin mengkali kitab Melayu."

Inilah yang ramai sekali terbuai perasaan akibat terlalu takut jika dikatakan tidak Islamik jika mempertahankan bangsa. Maka atas kesedaran inilah juga sesetengah pihak mengambil kesemptan untuk memainkan agenda bahawa perjuangan di Malaysia mestilah berteraskan Islamik dan bukan bangsa. Mereka menutupi perjuangan nasionalis dengan perjuangan agama sahaja. Sedangkan agama itu adalah cara hidup dan menurut manusia yang percayakan Quran, tiada cara hidup yang diredhai Allah kecuali Islam. Islam dalam konteks kehidupan di dunia, meliputi perjuangan mempertahankan survival bangsa. Pokoknya, apa pun bangsa anda, cara hidup yang mesti di amalkan ialah ISLAM. Fahamkah anda maksud mesej yang sampaikan?

Semoga sahabtat-sahabat saya yang membaca tulisan saya kali ini, dapat mengambil sebanyak mana masa yang diperlukan untuk merenungkan maksud saya yang tulen.

Sunday, March 7, 2010

Siapa sebenarnya yang buta

7 Mac 2010

Dalam rancangan "Terubuk Masin Untuk PM" - 9:00pm TV3 tadi, saya melihat paparan wartawan berkaitan sedutan sedikit kehidupan kanak-kanak cacat penglihatan serta hasratnya bertemu PM Malaysia.

Apa yang ingin Puteri kongsikan di sini ialah soalan wartawan kepada seorang pekedai yang diwawancaranya iaitu " Siapa sebenarnya yang buta?".

Menurut wanita itu, kita yang mengaku diri tidak buta, kelihatannya lebih buta dari mereka yang kita labelkan sebagai orang buta, atas pengalamannya mengamati pelanggan-pelanggannya seperti berikut :
1. Mereka (orang cacat penglihatan) lebih prihatin keatas barang-barang yang mereka beli, seperti memastikan harga dengan teliti dan memastikan mereka mendapat barang yang bukan "display".
2. Mereka (orang cacat penglihatan) lebih prihatin akan benda2 yang ada di jalanan yang mengganggu perjalanan atau yang boleh memudharatkan pejalan kaki.

Kemudian, wartawan memaparkan luahan dari seorang yang cacat penglihatan, antaranya ialah :
-> Barang-barang seperti motosikal dan meja makan seringkali diletakkan di atas laluan pejalan kaki yang mana menyukarkan orang seperti mereka. Ini adalah kerana garisan kuning yang dibuat pada laluan itu adalah bertujuan untuk memudahkan mereka, namun bila barang2 seperti itu telah diletakkan di situ, ianya menyukarkan mereka.

Puteri berfikir sejenak, apakah selama ini kita buta melihat barang-barang itu di situ? Apakah kita buta selama ini dari memahami makna garisan kuning itu? Apakah kita buta selama ini dari menyedari kewujudan manusia seperti mereka? Layakkan kita menggelar mereka buta sedang si buta itulah yang memberitahu kita akan kesalahan perletakan barang-barang disitu? Siapa sebenarnya yang buta?

Agaknya entah berapa banyak lagi yang kita buta melihat selama ini jika tidak ditegur oleh orang-orang yang kita labelkan sebagai buta?

Lantaran itu, Puteri berfikir lagi, kita melihat dengan apa sebenarnya? Apakah benar kita melihat dengan sepasang mata yang ada bola mata yang sihat yang ada mata hitam yang ada iris yang dikatakan melaluinya kita melihat objek lantas dipantulkan ke retina mata dan kemudiannya ditafsirkan oleh saraf otak yang kemudian otak menterjemahkan kepada kita? Begitu  ke?... Jika demikian dikatakan penglihatan yang sihat,  kenapa kita tak "melihat" seperti mereka yang kita kategorikan sebagai "buta" atau "cacat penglihatan"?

Persoalan ini membuat Puteri lanjutkan pemikiran Puteri bertanya, dalam memahami kehidupan di dunia ini, jika kita ASYIK melekat dengan apa yang kita BACA dari tekstual sahaja, melihat kah kita? Fahamkah kita?  Berapa banyak papantanda yang telah dipaparkan untuk kita BACA peringatan, arahan atau perlarangan, tapi kita tak "melihat" dan berusaha memahami?

Atau apakah kita perlu memahami kehidupan bukan hanya melekat pada TEKSTUAL yang kita baca, tapi IQRA(bacaan) yang lebih luas dari itu melalui penglihatan mata hati?

Saturday, February 27, 2010

Surat Umum dari Arif Ibrahim untuk SATU MALAYSIA

Kesibukan aktiviti persendirian dalam bulan Februari 2010 menghambat Puteri dari menulis lebih banyak artikel baru di sini. Bagaimanapun, sebelum berakhirnya bulan Feb 2010 ini, ingin Puteri menyebarkan satu artikel kiriman seorang teman kepada Puteri baru-baru ni, yang Puteri kira amat relevan dengan keletah Politik semasa Malaysia.

Sila baca seperti berikut dan Puteri tinggalkan untuk para pembaca meneliti, mengamati dan memahami sendiri:
Khusus utk SATU MALAYSIA!
 

Perbualan santai saya dengan seorang pakcik dari Singapura. Beliau bernama Encik Arif Ibrahim, dalam lingkungan 50an tahun.
 
Orang mengenali beliau sebagai pemangkin(catalyst) dalam apa jua perkara diperbualkan or diperbicangkan.
 
Di sini saya sangat tertarik dengan pandangan peribadi beliau berkaitan politik semasa Malaysia, khususnya kekecohan fahaman parti-parti sehingga mengaitkan agama dalam permainan caturan politik.
 
Saya rasa perlu berkongsi dengan warga Malaysia perbincangan kami yang santai ini sebagai Mahu menjadi Warga Malaysia yang baik dan memahami kesedaran diri sebagai warga dan mendaulatkan perundangan yang ada.
Anggerik(A): Assalamualaikum uncle Arif, apa khabar? Saya asyik memerhatikan uncle dari sudut kedai kopi tu. Kelihatan uncle memegang buku Universal Humanity?
Uncle Arif(UA) : w/salam alhamdulillah kesihatan saya sebagaimana terpapar ini,

A : Boleh saya bersembang-sembang dengan uncle sebarang topik?

UA : saya bukan orang bijak dalam sesuatu perkara, jika berbual-bual santai ok sahaja lah.
A : ok, Saya suka kalau uncle dapat jelaskan apa itu Universal Humanity sebab saya terbaca ”He is not smart. He is very simple.He invites us all to practise Universal humanity, gambar uncle juga terpapar!
UA : Saya sekadar MENGAJAK bersama sesiapa saja, yang berasa MAHU dan PERLU dalam amalan ini utk kesejahteraan sesama penghuni dunia ini, dalam apa jua bidang.
A : sudi uncle jelaskan usulan saya khusus untuk Malaysia dengan kekecohan politik dengan masing-masing mendabik dada mengaku fahaman mereka adalah BENAR, sehingga berlakunya serangan fizikal, minda dan perasaan dan kadangkala timbul FITNAH seluas-luasnya?
UA : saya mengaku bukan bijak dan sangat simple seperti saya paparkan di buku tulisan saya yang tidak dijualkan. Hanya untuk sesiapa yang sudi sahaja membacanya dan mengamalkan sahaja dengan kerelaan hati. Apakah ada rasa MAHU dan PERLU untuk bersama mengamalkannya di dalam dunia ini? Sila respon dulu seringkas mungkin yang anda mampu.
 

A : Saya mahu dan perlu mengamalkannya......sila uncle teruskan atas cadangan saya itu?

UA : Keyakinan saya, Bumi Malaysia ini adalah sangat bertuah! Dulu dinamakan MALAYA menurut bacaan sejarah yang saya baca. Memiliki Perlembagaan Beraja di TANAH MELAYU, dan merangkumi pelbagai bangsa dan fahaman agama. Saya juga yakin dengan Pengisytiharan Allah dalam Quran kalau tak silap ”Kamu dijadikan sebaik-baik umat dan berbangsa-bangsa untuk berkenal-kenalan........”. Maka amalankanlah sahaja sepenuh hati dan dengan keredhaan.
A : Saya sangat bersetuju! Ok saya khususkan Politik yang berbeza dalam Malaysia dari berbagai parti, Juga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Mantan Pembantu Peribadinya, Sdr Saiful Bukhari Azlan. Terdapat berbagai pendapat pro dan kontra. Bagaimana kita dapat mengetahui siapakah yg BENAR?

UA : baik, Pendapat peribadi saya dengan fahaman agama islam ke atas manusia dan kemanusiaan sejagat yang berbagai bangsa dan agama dan kaitan politik sahaja. Saya berkeyakinan dengan kempen GERGASI mengadakan dan menjalankan DOA seluruh warga Malaysia yang berbagai bangsa dan fahaman. Agar semangatnya akan mencurah2 ke bumi Malaysia dan akan membuktikan dengan sejelas-jelasnya nanti. Khusus kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Vs mantan Pembantu Peribadi beliau Sdr Saiful Bukhari Azlan saya dah lakarkan seperti ini :
 
Salam semua,
Sila amati perbezaan BERFIKIRAN ADIL(FAIR-MINDED) vs BAIK HATI(KIND-HEARTED)?
Rujuk AL-Quran, Al-Hadis Sahih, Ulamak Muktabar dsb.
Cuba juga huraikan apa maksud "AKU TIDAK AKAN MENGETAHUI YANG TIDAK DIKETAHUI JIKA AKU BERPAUT PADA YANG DIKETAHUI”

Salam.
Abg Arif berpegang pada kekata “AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN(aku tidak bergantung kepada apa-apa..) MELAINKAN ALLAH!”

Tuan dan Puan,.

Saya Arif Ibrahim ingin seikhlas mungkin untuk membantu berkaitan kes Liwat di antara Saiful Bukahari Azlan mlwn Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya mencadangkan setiap individu-individu yang Pro dan Kontra masing-masing pihak tidak berkonflik sesama warga sendiri yang akan membuka orang luar mencampuri undang-undang di Malaysia.

Cdangan saya ajakan RAKSAKSA masing-masing pihak dengan fahaman agama yang dianuti mengadakan doa secara besar-besaran dengan KEDAMAIAN sebagaimana ajaran agama masing-masing. JAUHI tuduhan liar dan kekata kesat ke atas kedua belah pihak!

Lakukan doa dengan khususkan TUHAN PASTI PAPARKAN DI BUMI MALAYSIA KEBENARAN kedua belah pihak dan menerima hukuman SETIMPAL tanpa berkonflik lagi, Dan Malaysia akan menjadi NEGARA yang aman Sejati.

Kita lihat SPIRIT doa kita bersama dalam anutan masing2 PASTI Tuhan akan membuktikan!!

Peringatan : BERHENTI KATE MENGATA dan HINAAN ke atas kedua belah pihak!!!!

MAHAKAMAH di MALAYSIA akan dipimpin oleh SPIRIT absolute truth dan menghidupkan dalam para pakar hukum-hakam, perubatan dsb dalam mengadili kes ini.

YANG TAK DIJANGKA selalunya BENAR!!

Saya yang Ikhlas
Arif Ibrahim. S'pore.

******************************
Specifically for SATU MALAYSIA! My casual conversation with a Singaporean uncle. His name is Mr. Arif Ibrahim and in his 50s.
People know him as a catalyst in any conversations or discussions.
I am attracted to his personal view about Malaysia's current political issues, for example about the uproar regarding understandings of various parties to the point that religion is being dragged into their political games.
I feel a need to share our casual conversation with fellow Malaysians as Wanting to be a good Malaysia Citizen and understanding self realization as a citizen and to sovereign the laws.
Anggerik (A): Peace be upon you uncle Arif, how are you? I have been observing you from the coffeshop corner. You seem to be holding a book titled Universal Humanity?
Uncle Arif(UA): Peace be upon you too. Praises to Allah, I am well as you can see.
A : Can I chat with you regarding any topics?
UA : I am not a smart person in any specific area, but I am fine if it's just casual  chatting.
A : ok, I would be delighted if you could explain to me what is Universal Humanity because i noticed the quotes “He is not smart. He is very simple.He invites us all to practise Universal humanity, and your picture is displayed too!
UA : I am just INVITING anyone, who deems WANT and NEED to practice this together for the well-being of all occupants of earth, in whatever fields.
A : Would you care to elaborate on my suggestion specifically for Malaysia with the political uproar with everyone boldly claiming their various understandings is the TRUTH, up to the point where physical,mind and emotinal attacks happen and sometimes causing slanders?
UA : I admit that i am not smart and am very simple as potrayed in my book that is not for sale,only for those willing to read and practice it with an open heart. Dou you WANT and NEED to practice this together in this world? Please respond to this as simple as you can first.
A : I want and need to practice it.....could you please continue regarding my suggestion?


UA : I believe that Malaysia is very lucky! Previously named Malaya, according to my historic readings. Owning a Royalty Constituition in MALAY LAND which consist of various races and religious beliefs. I also believe with Allah's official announcement in the Quran which i'm not mistaken goes like this ”You are created as the best people with various races to get to know each other.....” Therefore, practice it with an open heart and acceptance.

A : I totally agree! Ok, now I would like to know specifically about different politics in Malaysia from various parties, also regarding the sodomy case between Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Ex Personal Assistant Mr. Saiful Bukhari Azlan. With so many pros and cons views, how do we knoe which one is the TRUTH?

UA : ok, my personal view with Islamic understandings unto humans and universal humanity with various races and religion and politics related. I believe in a GIANT campaign to be held and a PRAYER performed by all Malaysia citizen of different races and understandings, so that the SPIRIT will come pouring on Malaysia land and prove clearly. I have specifically layed out my views on Datuk Seri Anwar Ibrahim Vs Ex Personal Assistant Mr. Saiful Bukhari Azlan as follows:


Greetings to all,
Please observe carefully the difference between FAIR-MINDED vs KIND-HEARTED?
Refer to AL-Quran, Al-Hadis Sahihm Ulamak Muktabar etc.
Please try to analyze the meaning of "I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"

Greetings,
Brother Arif hold on to the saying “I BEAR WITNESS THERE IS NO GOD (I don't depend on anything..) BUT ALLAH!”

Dear Sir/Mdm,

I, Arif Ibrahim as sincerely as possible would like to assist in the sodomy case between Saiful Bukahari Azlan and Datuk Seri Anwar Ibrahim

I suggest that each individual party's pros and cons not to conflict between fellow citizens, which will make way for outsiders to interfere with Malaysian laws.

My proposal is to invite each party's GIANT with their religious understanding to organize a grand prayer with PEACE as per their individual religious teachings. AVOID wild accusations and insulting words unto both parties!

Perform a prayer specifically for, GOD WILL DEFINITELY SHOW THE TRUTH IN THE LAND OF MALAYSIA for both parties and   the guilty will receive a proportionate punishment without any conflict and Malaysia will be a peaceful COUNTRY.
Let's look at our prayer SPIRIT in our own religious adherence, DEFINITELY God will prove it!!

Reminder : STOP HUMILIATING and INSULTING each other!!!!

MALAYSIAN COURTS will be led by the absolute truth SPIRIT and will trigger a start for experts in laws, medical etc to judge this case.

UNEXPECTED is always TRUTH!!

The Sincere One,
Arif Ibrahim. S'pore.