Friday, October 8, 2010

FAHAMILAH AKU

8 oktober 2010


Manusia itu berbeza antara satu sama lain walau bagaimana pun kita cuba mengubahnya. Perbezaan adalah rahmat bukan bencana. Manusia berbeza dalam perkara-perkara asas seperti kemahuan pada benda-benda yang berbeza, matlamat yang berbeza, nilai yang berbeza dan juga kepercayaan yang berbeza.

Mereka berfikir, menggambarkan dan berpandangan berbeza antara satu sama lain. Dan sudah tentunya kelakuan dan emosi manusia itu dibentuk oleh kemahuan-kemahuan dan kepercayaan-kepercayaan mereka  masing-masing.

Memahami PERBEZAAN, kita akan dapat mengurangi konflk-konflik yang seringkali berlaku dalam perhubungan tak kira pasangan, adik beradik, ibubapa, rakan-rakan, majikan dan lain-lain. Dan perbezaan personaliti/karakter seseorang itu tidaklah kekal namun yang dinamakan perbezaan itu juga termasuk perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang perjalanan hidup seseorang itu yang membuat karakter manusia itu berbeza dari yang sebelumnya

Berbeza itu bukanlah bodoh, salah atau pelik...

2 comments:

  1. Salam

    Baca punya baca catatan puteri nih, timbul pulak persoalan... fahami perbezaan atau fahami diri puteri?? :)

    ReplyDelete
  2. Salam Jebon,
    Setiap diri kita adalah unik dan tak sama. Kita semua adalah berbeza-beza.

    Kalau selera kita sama, mungkin pendapat kita berbeza, kalau pendapat kita sama, mungkin selera kita berbeza, kalau selera dan pendapat kita sama, mungkin cara/kelakuan/kepercayaan kita berbeza. Dan macam-macam lagi jenis perbezaan

    Puteri, sebagai salah satu manusia dari manusia yang ramai di dunia ini, pastinya unik dan berbeza dalam berbagai aspek dan sudut bila dilihat oleh manusia yang berbagai dari berbagai sudut pandangan mereka. Begitu juga bila "AKU" saudara baca sebagai rujuk gantinama diri saudara, dan sesiapa lain yang membacanya.

    Jadi, itulah yang Puteri maksudkan, fahamilah aku (Puteri, anda, dan mana-mana INDIVIDU manusia lain) sebagai tajuk posting, yang berbeza dari manusia lain dalam ertikata perbezaan.... iaitu si AKU.

    ReplyDelete