tag:blogger.com,1999:blog-87273851366387460882024-02-19T17:05:00.951+08:00PuteriAku adalah aku, Kamu adalah kamu ...
Aku dengan urusanku, kau dengan urusanmu. Aku tidak dihidupkan dalam dunia ini untuk memenuhi jangkaan-jangkaanmu/harapan-harapanmu dan begitu juga bukanlah kau dihidupkan untuk memenuhi jangkaan-jangkaanku/harapan-harapanku. Aku adalah aku, kau adalah kau, dan jika kita berpeluang bersatu pada satu titik temu, nikmatilah keindahannya, jika tidak, apa kan daya, kerana aku adalah aku dan kau adalah kau. ~ PUTERI TANAH MELAYUPuterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.comBlogger40125tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-23643705870742277602014-06-01T10:54:00.000+08:002014-06-01T10:57:26.781+08:00 isteri menolak ajakan suami yang macam Fir'aun ini adalah 'harus' dari hukum syarak 1 JUN 2014
Assalamu'alaikum
Saya tertarik dengan artikel prihatin.net.my bertajuk "DILEMA HUKUM BERSUAMIKAN FIR'AUN' - hukum pisah tempat tidur dan menuntut cerai
he he he he he he he .....tersenyum lebar Puteri pagi-pagi membaca artikel ni hari ni.
Pendirian kami dalam hal isteri menolak ajakan suami yang macam Fir'aun ini adalah 'harus' dari hukum syarak. Ini merujuk kepada sunnah Asiah isteri Firaun yang Allah nukilkan sebagai contoh terbaik seorang isteri beriman. Asiah telah membuat perjanjian untuk tidak mahu ditiduri Firaun kerana kekafirannya. Syarat itu kekal sehingga beliau mati akibat disiksa oleh Fir’aun. Salah satu ciri kekafiran Fir'aun ialah menindas dan berbuat sewenang-wenang.
Almakumlah, bila Puteri yang menulis, ramai yang kata Puteri ajaran sesat lah, kafir lah, murtad lah, tak kurang yang nasihatkan Puteri taubat lah...
Nah.. ambil ni... baca.. tak paham sekali. baca banyak banyak kali...
https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152890207327786/?type=1&theater
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-27356489368691877642014-01-02T22:41:00.001+08:002014-01-05T17:14:25.156+08:00WANITA RAMAI MASUK NERAKA
5 JAN 2014
Lama betul Puteri tak menulis di blog. Hari ni Puteri terasa di jemput untuk menulis lagi ... tajuk yang mungkin akan mengundang kontroversi lagi.. selain tajuk syurga isteri bawah tapak kaki suami yang mengundang begitu ramai pembaca.
WANITA RAMAI MASUK NERAKA
Ye memang kita seringkali disogokkan dengan hadis Riwayat Bukhari itu yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad berkata bahawa baginda melihat ramainya wanita di dalam neraka.
Ye Puteri percaya Rasulullah "melihat" ramainya wanita ummat baginda masuk neraka... Yang Puteri kurang percaya bila riwayat itu mengatakan wanita masuk neraka kerana tidak taat pada suami.
Puteri percaya memang ramai wanita masuk neraka dan kita sudah lihatnya hari ini, begitu ramai sekali wanita yang menderita dalam neraka yang dibina lelaki hari ini. Wanita dibelenggu dan dibantai dengan herdik sepak terajang oleh lelaki. dan inilah neraka bagi kami kaum wanita. Wanita di kelar mukanya kerana hidup dalam neraka ciptaan lelaki terutama yang bergelar suami... op cop cop cop!!!..ni kang ada suami yang melenting sampai terangkat kain pelikat tu... kejaaaaap laaaaaaaa..
Puteri tak pukul rata semua lelaki macam tu.. bagi para suami yang menjaga baik wanita di bawah amanahnya, maka syurgalah yang wanita rasai dan ni'mat sekali rasanya hidup dalam syurga itu. Lelaki begini, Puteri tabi' dan hormat malah Puteri sayang.
Yang puteri maksudkan bagi lelaki yang di atas tu, adalah lelaki yang sememangnya menjadikan hidup wanita ini neraka hanya kerana mereka lebih bertenaga dari kami kaum wanita, hanya kerana mereka merasa lebih berkuasa dari kami kaum wanita, kaum yang lemah.
Muhammad Rasulullah adalah pembela nasib wanita dan semasa zaman baginda menjadi Rasul lah nasib wanita banyak berubah dan lebih di hormati. Maka baginda amat bersedih sekali akan nasib ummatnya, sehingga di akhir hayat baginda masih lagi menyebut "ummati ummati".. mengenangkan nasib ummat nya, yang lelaki menzalimi sehingga wanita hidup dalam neraka,
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-50579987120574563092012-05-27T23:18:00.002+08:002014-01-05T17:32:05.319+08:00Mendidik agar diri bertanggung jawabTarikh asal saya menulis topik ini ialah 20 hb Ogos 2011.
Bagaimana pun ia terletak lama dalam kotakdraf saya, sehinggalah saya meneliti semula semua kotak yang ada pada hari ini , 27hb Mei 2012
Kita boleh mula memupuk rasa tanggungjawab dalam diri kita dan diri anak-anak dengan memperkenalkan tanggungjawab pada perkara-perkara yang ada di sekeliling kita dan kebiasaan dalam kehidupan seharian kita seperti:
1) Setiap orang yang selesai makan, bertanggungjawablah untuk membersihkannya sendiri.
2) Setiap orang yang bangun tidur, bertanggungjawablah mengemaskan tempat tidur sendiri
3) Setiap orang yang membuat kerja-kerja yang menghasilkan sampah, bertanggungjawablah membuang sampah-sampah ke dalam tong sampah.
4) Setiap orang yang masuk tandas, bertanggungjawablah membersihkan tandas sebelum keluar.
5) Setiap orang yang mengambil buku untuk di baca, bertanggungjawablah meletakkan semula ke tempat asalnya sesudah baca.
Masyarakat adalah himpunan dari individu. Yang demikian, nampak tak, kalau setiap individu sudah ada rasa tanggungjawab pada diri, dan sikap bertanggungjawab ini telah terpupuk ke dalam diri masing-masing, banyak masalah masyarakat yang kita lihat hari ini dapat diselesaikan.
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-4273536421171182362012-05-27T23:08:00.001+08:002014-01-05T17:33:20.321+08:00FIKIRAN DAN PERJALANAN HIDUP27 Mei 2012
Manusia dengan daya fikirannya telah mencipta komputer, telah berjaya ke dasar lautan dan meneroka isi bumi, telah berjaya ke angkasa lepas dan melakukan banyak lagi perkara perkara luarbiasa di luar dirinya sendiri.
Namun, masih belum mampu menjelajahi kedalaman dirinya sendiri.
Nampaknya, perjalanan menuju bulan lebih dekat daripada perjalanan ke dalam diri sendiri. Tidak ramai orang yang mahu melakukan perjalanan ke dalam diri sendiri kerana ia tidak memerlukan apa-apa pun selain PERHATIAN.
Ye.... perhatian penuh setiap saat untuk mendengarkan dan melihat setiap gerak fikiran dan perasaan dengan tepat, tanpa penyimpangan dari pengaruh apa pun.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-11114171766490949142012-02-14T22:33:00.001+08:002012-02-15T07:30:44.786+08:00Cerai - gantung tak bertaliDah lama Puteri memerhatikan nasib wanita Islam di Malaysia ni yang kian hari kian terjerut dek fahaman yang, entah sedar atau tidak, menindas kaum wanita. Mahu kembali ke zaman jahiliyah ke kita ni?
Penat aje usaha Rasulullah mengangkat martabat dan maruah wanita dalam masyarakat, sebagai satu cara hidup Islam, dan tinggalkan cara hidup jahiliyah, tapi apa yang berlaku di akhir zaman ini, manusia kembali kepada jahil. Puteri teringat ayat Quran yang Puteri pernah baca, terjemahnya lebih kurang begini :
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lebih baik dari Allah, hukumnya, bagi kaum yang yakin?"(Q5:50)
Dalam Quran terdapat beberapa tempat ditunjukkan akan tatacara menjalankan hukuman agar kita keluar dari kegelapan hukum jahiliyah sehingga kita mendapat nur cahaya jalan yang lurus.
Merujuk kepada artikel dalam suratkhabar, yang dipaparkan di sini, dan atas cadangan sahabat Puteri, Jebon, Puteri berminat untuk menulis berkaitan artikel ini.
Seperti kisah dalam artikel itu, dah biasa Puteri dengar, bila kes cerai luar mahkamah dibawa ke dalam mahkamah, ramai sekali suami yang "U-turn", iaitu bermati-matian menafikannya, mungkin sebab tak mahu bayar denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah. Maka, bermulalah kisah sadis wanita bergelar isteri itu yang terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun kerana mahu pihak berkuasa mengesahkan lafaz cerai tersebut, dek ego lelaki yang tak mahu mengaku lafaznya yang hanya didengari oleh isteri.
Bayangkan penderitaan yang wanita itu terpaksa tempuhi. Suami mudah aje, dalam masa duduk berasingan dengan isteri sementara menunggu keputusan mahkamah yang makan bertahun-tahun itu, entah-entah dah nikah seorang lagi di seberang sempadan. Maklumlah, suami boleh poligami. Isteri bagaimana? Bukankah satu kezaliman tu sengaja melewat-lewatkan dan membuat seorang manusia dalam penasaran?
Alasan tak ada saksi, sungguh tak menasabah. Ada ke sempat nak cari saksi dulu nak ceraikan isteri dalam keadaan marah tu?
Hanya kerana dia seorang wanita, yang dicipta dengan sifat lemah lembut, mereka ambil sambil lewa aje keadilan terhadap wanita. Mengapa takut nak ubah sistem mahkamah yang jelas sekali banyak meremehkan kes sehingga berlakunya apa yang dikata gantung tak bertali? Seharusnya mahkamah perlu prihatin kes begini untuk elakkan masalah gantung tak bertali yang lebih lama lagi. Sudahlah kawan tu digantung tak bertali oleh suami, mahkamah pun turut serta menggantung kes dia sampai bertahun-tahun lagi. Pertimbangan beginikah yang dikatakan adil? Kalau kerana denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah tu membawa banyak mudharat dari memberi keadilan, ubahlah hukuman itu, semoga tanpa denda, suami tak ragu2 lagi untuk mengaku. Isteri pun tak kena belitan naga sakti pembohongan suami. Perlu pertimbangkan, kemaslahatan umum, bukan sekadar meraih pendapatan institusi. Meskipun Puteri faham hasrat mendenda itu supaya suami tidak sewenangnya melafazkan cerai pada isteri, namun realitinya, tidak semua manusia tu sesabar kakitangan mahkamah syariah yang sanggup mengunci lidah. Sebahagian mereka jahil akan wujudnya undang2 begitu kerana tidak ada dalam hukum hakam kitab Fiqh. Realitinya sekarang, setelah dikuatkuasakan, ianya lebih banyak memberi masalah kepada isteri yang dianiaya oleh suami yang jenis tak nak mengaku, yang mengakibatkan gantung tak bertali. Demi kemaslahatan umum, Puteri merayu, runtuhkanlah ego dengan mempertimbangkan untuk mengubahnya semula.
Bayangkan, makin lama ditangguh-tangguh, tubuh makin dimamah usia. Nak kawin lain tak boleh, sebab agama Islam yang mereka ceramahkan kata, wanita tak boleh polyandri macam lelaki yang boleh poligami. Jadi, seorang wanita yang berkahwin, kalau suami tak ceraikannya, sampi mati pun tak boleh kawin lagi. Inikah cara hidup yang tuan-tuan katakan ISLAM? Maaf, Islam yang Puteri yakini tidak menzalimi dan tidak menganiayai sesiapa.
Peraturan-peraturan yang tidak menasabah seperti nak cari saksi yang mendengar lafaz cerai perlu diubah kepada pembuktian yang lebih relevan. Mengapa tak mahu ubah peraturan sebegitu? Sikap takut untuk mengubah sistem/konsep/birokrasi sedia ada di mahkamah syariah yang melecehkan, sehingga membuat masyarakat teraniaya, mana lebih buruk? Sedangkan, diantara ciri syariat Islam ialah mudah dan memberikan kemudahan dalam segala urusan kehidupan.
Menjadi isteri, seperti tidak ada jalan keluar bagi masalah rumahtangga Islam di Malaysia. Lebih sadis bila ada yang menganggap wanita berkahwin, sebagai pekerja rumahtangga. Mereka menganggap seorang wanita yang telah bersetuju untuk berkahwin, ibarat pekerja yang terikat dengan perjanjian. Huh! sungguh, manusia telah kembali kepada hukum jahiliyah.
Apakah mahkamah tidak lagi mengambil kira sikap suami serta peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam rumahtangga yang menjurus kepada perceraian? Pengaduan isteri yang mengadu akan derita yang dialaminya, apakah tidak lagi perlu dilihat sebagai kuatnya hujah lebih baik bercerai dari hidup tidak sefahamanan? Apakah mahkamah hanya mengambil kira sumpah suami yang bersumpah (entah bohong entah tidak)? Inikah hasil didikan agama yang tidak menggalakkan menggunakan akal tapi taklid pada hukum statik, tanpa perlu dihujahkan kerasionalannya? Inikah tahap pemikiran para pemuka keadilan di Mahkamah Syariah Malaysia? Jelas sekali kita perlukan satu anjakan paradigma. Kita perlukan gelombang baru. Pilihlah samada mahu berjinak-jinak dengan gelombang baru atau mahu gelombang tsunami yang merubahnya.
ISLAM adalah untuk semua, bukan untuk orang-orang beragama Islam sahaja. Mengapa masih takut untuk menyatukan sistem kehakiman syariah dan sivil? Kalau kerana berbeza sistem perundangan, kajilah mana yang lebih adil dan lebih realistik. Sunnatullah adalah hukum alam yang logik dan seimbang. Kalau mahkamah syariah merasa inferior bila bergabung dengan mahkamah sivil, pasti ada sesuatu yang tak kena. Seharusnya hukum Allah mengatasi segala sesuatu dan sesuai untuk manusia sejagat, barulah ISLAM itu dihormati semua dan mereka akur dan setuju berlindung di bawah perlembagaan ISLAM. Renungkanlah sahabat!!!
Mungkin fahaman yang disebar luas bahawa Allah benci perceraian, adalah berdasarkan dari sepotong hadis
riwayat Abu Daud seperti berikut "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak".
Hadis ini adalah untuk talak yang tanpa sebab, atau dengan kata lain, main-main talak atau suka suka nak cuba talak. Bagaimana pun menurut kitab Fathul bari, juz 11 halaman 271, ianya dianggap cacat kerana mursal.
Apakah mungkin Allah membenci perceraian bila dalam Q4:130 terdapat firmannya:
"Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya"(Q4:130).
Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian. Kemudian, Dia menolong kedua-dua belah pihak. Jadi, bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah kedua-dua belah pihak perlu ditolong?
Inilah yang pernah Puteri hujahkan dulu dengan seorang kawan di satu lawan web, berkaitan kisah realiti sikap mahkamah terhadap kes perceraian suami isteri yang digantung tak bertali. Cerai- gantung tak bertali adalah suatu KEZALIMAN, tuan-tuan. Dan orang yang zalim, harus diperangi.
Bagi peguam bela syariah dan si suami yang seperti di atas pula, Puteri ingin membawa sepotong hadis dari Bukhari dan Muslim seperti berikut untuk santapan rohani kalian:
Ummu Salamah berkata bahawa Rasulullah mendengar pertengkaran di depan pintu bilik baginda, lalu baginda keluar menemui mereka dan berkata "AKu hanyalah seorang manusia. Kadang-kadang datang padaku prang-orang yang bersengketa. Boleh jadi sebahagian daripada kalian lebih pintar daripada sebahagian yang lain (dalam berhujah) sehingga ku mengira dialah yang benar, lalu aku mengeluarkan keputusan yang menguntungkannya. Kerana itu, barangsiapa yang aku putuskan mendapat hak orang lain, maka ia sebenarnya tidak lain adalah secebis daripada api neraka. Jadi terserahlah kepadanya sama ada mahu mengambilnya atau membiarkannya"Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com64tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-87521468738430665382011-10-31T22:52:00.000+08:002014-01-05T17:11:31.672+08:00Antara yang duduk dan yang berusaha31 Oktober 2011
Memetik petunjuk dari ayat Quran 4 (An-Nisa) :95-96 seperti berikut :
Tidaklah sama antara mereka, yang duduk di kalangan mukmin kecuali yang uzur, dengan yang berusaha dalam jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berusaha dengan harta dan jiwa, atas orang-orang yang duduk, darjatnya. Dan masing-masing, Allah menjanjikan kebaikannya, dan Allah melebihkan orang-orang yang berusaha atas orang yang duduk, pahala yang besar, beberapa derajat daripada-Nya, dan ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..
Petunjuk dari ayat tersebut membuat saya lebih yakin bahawa cara hidup yang lebih mengharmonikan kehidupan bersama di dunia ini ialah dengan mengeluarkan sebahagian pendapatan yang mengalir melalui kita, dan diusahakan untuk tujuan keharmonian sejagat.
Seringkali disarankan dalam kitab petunjuk kehidupan itu agar jangan kikir, rajinlah bersedekah, bantulah anak yatim dan orang-orang susah dan berjuanglah ke jalan Allah. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa adalah lebih baik berusaha mengumpul sebanyak mungkin pendapatan agar dapat disumbangkan pada masyarakat dan kehidupan dunia untuk tujuan keharmonian.
Duduk diam dalam kumpulan-kumpulan tazkirah, kumpulan-kumpulan usrah, ceramah-ceramah, bukanlah satu kerja yang tidak manafaat, malah ianya adalah suatu yang baik sekiranya kumpulan-kumpulan begitu bertujuan saling ingat mengingati dan saling membuka minda untuk tujuan kebaikan kehidupan di dunia. Malah kenyataan dalam ayat tersebut di atas menyatakan ianya ada kebaikan masing-masing.
Namun, bagi yang ada kemampuan dan tidak uzur, bekerjalah dan saya katakan bekerja keraslah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin dan kemudian sumbangkanlah dan agihkanlah harta yang kamu dapati itu untuk mereka yang uzur, yang tak mampu bekerja, kepada anak-anak yatim, orang-orang yang memelukan sokongan dan bantuan. Kerana yang demikian, Allah menjanjikan suatu darjat yang lebih mulia bagi mereka yang berusaha dari mereka yang duduk diam.
Sudah tentulah bagi yang belum tahu, mereka perlu hadir ke majlis-majlis ilmu dulu sebagai permulaan langkah, supaya harta kekayaan yang diusahakan tidak menjadi harta yang dikumpul sia-sia.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-37395712599108785662011-08-15T18:20:00.002+08:002011-08-21T06:10:57.738+08:00Apakah itu kebenaran?15 Ogos 2011
Kebenaran adalah wilayah yang tidak berhad, tidak bersempadan, tiada berlorong, tiada berpeta. Ianya tidak dicapai melalui mana-mana agama, melalui mana-mana persatuan, melalui mana-mana cara/ritual tertentu atau apa saja lorongan/haluan/jalan ciptaan manusia. Kebenaran tidak berhad.
Sekiranya kebenaran dihadkan melalui jalan-jalan tertentu, ia menjadi terhad.Yang demikian, agama-agama hanya akan menghadkan kebenaran melalui cara-cara mereka yang tertentu.
Tuhan/Allah adalah kebenaran mutlak. Tuhan/Allah adalah untuk SEMUA MANUSIA sebagaimana seruan Q2:21. Bukan untuk orang-orang beragama tertentu sahaja. Bukanlah hanya kerana Q20:12 menjelaskan "Aku adalah Tuhanmu" dan Q20:14 "Sungguh, Aku adalah ALLAH", bermakna Allah adalah milik Nabi Musa sahaja. Bukan.... bukan begitu!
Jika mahu juga menyebut agama, bolehlah dikatakan saya adalah agamaku. Agamaku adalah saya. Saya bukan pemilik mana-mana agama di luar sana, kerana tidak memiliki mana-mana satu pun agama di luar sana itu.
Setiap label adalah dari fikiran, maka kita melabelkan Tuhan sebagai "ALLAH" adalah untuk tujuan kemudahan berkomunikasi sebagai rujukan/merujuk. Sedangkan Tuhan sebenar ialah "yang tidak diketahui/dikenali", hanya dapat dirasai melalui kata-kata yang tidak terluah, yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata apa sekalipun. Allah suci dari tamsilan manusiawi. Kerana itulah, sejauh mana pun kita cuba berhujah berkaitan Tuhan, ianya adalah dari fikiran yang terhad dan berputar-putar(tawaf) di situ juga.
Mempelajari Quran, adalah untuk mempelajari MORAL kehidupan di dunia (Quran - KITAB PETUNJUK), agar hidup saling aman damai, agar hidup kita yang sementara ini dini'mati bersama dalam kebahagiaan, dalam keamanan, dalam pembangunan, dalam kemajuan, sambil mengekalkan keharmonian kehidupan, sebelum kita kembali pada Allah.
"Truth is a pathless land"Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-40561508202992018382011-08-11T14:04:00.003+08:002011-08-19T23:33:48.699+08:00Persaingan atau tanggungjawab
11 OGOS 2011
Kalau memilih hidup hanya menurut perspektif persaingan sahaja, ianya akan mendorong diri kepada kancah perselisihan dan persengketaan sentiasa. Seorang yang memilih hidup sebagai persaingan, akan sentiasa merasa terancam yang mewujudkan rasa takut dalam dirinya - takut pasangannya diambil orang, takut kehilangan, takut kekurangan dll. Dia tidak tenteram.
Rasa takut ini akhirnya mendorong manusia menjadi ganas dan zalim. Mereka tidak melihat kekurangan diri sebagai keperluan untuk melipatgandakan usaha untuk menambah-baiki diri, tapi rasa takut mereka itu mendorong mereka meragut kebebasan orang lain, membentes orang yang dilihat sedang berlari di hadapannya agar jatuh tersungkur atau sekaligus mati disitu, mereka puas dengan cara begitu.
Mereka ini adalah sebagaimana dicontohkan dalam Quran 2:85 (sila rujuk) sebagai Bani Israel, yang membunuh sesama sendiri, mengusir segolongan dari mereka dari kampung halamannya, membantu mereka dalam kejahatan(seperti sihir dll) dan permusuhan. Perkataan "membunuh" itu selain diertikan sebagai senjata yang mengakibatkan nyawa terpisah dari tubuh seseorang, ia juga boleh diertikan sebagai membunuh kerjaya seseorang atau membunuh perjuangan seseorang. Sahsiah yang ingin ditonjolkan dalam ayat ini ialah rasa takut kepada pesaing itu menjadikan seseorang menjadi zalim dan ganas seperti Israel.
Orang yang tidak takut, dia akan melihat kewujudan apa yang mereka namakan sebagai "pesaing" itu, sebagai satu bench-mark untuk menilai kekurangan diri. Dia akan melihat kemunduran diri adalah suatu tanggungjawab untuk memperbaiki dirinya sendiri. Dia tidak akan memaksa orang lain untuk mesti memihak kepadanya, tunduk dan patuh kepadanya atau memenuhi kehendak-kehendaknya. Yang demikian dia bebas dari rasa sengketa dan perselisihan tapi penuh rasa tanggungjawab pada diri.
Seorang guru tidak memaksa murid untuk taat kepadanya, seorang ketua tidak menagih kesetiaan daripada yang diketuainya, seorang bapa tidak meminta-minta anak dan isteri menghormatinya. Tapi jika mereka adalah orang yang cukup bertanggungjawab, dengan sendirinya orang sekelilingnya itu tadi akan taat, setia dan hormat kepada mereka.
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-5806159873343838842011-08-06T11:19:00.002+08:002011-08-06T11:24:49.818+08:00maksud FITNAH
6 OGOS 2011
Perihal fitnah telah disebut 2 kali dalam Quran (2:191 & 2:217) - "FITNAH itu lebih kejam dari pembunuhan"
Mainstream masyarakat Melayu memahami FITNAH sebagai TUDUHAN sahaja, namun maksudnya jauh lebih luas dalam bahasa Arab.
Menurut tafsir, FITNAH ialah menimbulkan kekacauan, seperti:
1. mengusir sahabat dari kampung halamannya
2. merampas harta
3. menyakiti atau mengganggu kebebasan seseorang dalam beragama (dalam islam)
4. Penyiksaan/serangan (fizikal/mental/emosi) terhadap orang yang beriman untuk melakukan kebajikan
5. Usaha untuk memurtadkan orang Islam
6. mewujudkan suasana masyarakat yang rosak/menyeleweng dengan hasutan/mengada-adakan cerita
7. sihir
Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud.
Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud. (Lihat Qamus Muhith ms 1100) atau mana-mana kamus online, google translate atau mana-mana yang anda yakini/senangi. Saya sendiri gunakan beberapa kamus untuk rujukan/cross check dan salah satu darinya ialah http://dictionary.sakhr.com.
Yang demikian, haruslah kita semak semula perbuatan/kelakuan kita sehari-hari, apakah pernah kita melakukan FITNAH terhadap orang lain, justeru bertaubatlah, demi keharmonian hidup sebagaimana saranan KITAB PETUNJUK itu (QURAN).
Bagi yang merasa ragu tentang hujahan saya pada perkataan ini (kerana ianya dibentangkan oleh saya yang tidak berkelulusan tinggi dalam agama), bolehlah lanjutkan pertanyaan tentang maksud perkataan ini kepada mana-mana pakar bahasa arab dan juga tok guru tok guru anda. Saya sedia diperbetulkan jika saya tersilap.
Seterusnya, ayat 2:193 memerintahkan "Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah". Yang demikian, mereka yang mengadakan KEKACAUAN atau FITNAH itu, boleh diperangi.
Ayat 2:194 mengajarkan tahap mana mereka itu harus diperangi - "Siapa yang memerangi kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu".
Suka saya kongsikan di sini bahawa perkataan "perang" janganlah anda sempitkan maksudnya sekadar perang yang menggunakan senjata atau bahan letupan aje.
Sebagai penutup suka saya ingatkan diri saya "Aku milik Allah, bukan milik sesiapa didunia ini (meski apa pun tali persaudaraan/tali ikatan semasa hayatku ini). Dan hanya kepadaNYA aku akan kembali. "
Rujukan.
Al-Quran
Tafsir Ibnu Kathir Jil 1 ms 243, 315
Tafsir Al-Qurthubi Jil 2 ms 351
Tafsir Munir Jil 2 ms 175, 258
Tafsir Nasafie Jil 1 ms 139
Mukhtasor Tafsir Al-Khazin Jil 1 ms 112
Tafsir Fi Zilalil Quran Jil 1 ms 119
Al-Itqan Jil 1 ms 409
Qamus Al –Muhith ms 1100
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-14734684073816611872011-07-18T23:35:00.000+08:002011-07-18T23:35:28.679+08:00Mengamati fikiran18 Julai 2011
Tahu tak apa itu "duduk diam"?
Kalau tak tau, itu lebih baik Sebab bila tak tau apa-apa, kita boleh belajar, kita boleh mempelajarinya.
Macamlah kalau orang tak faham bahasa Prancis, Latin atau Itali. Sebab tak tau le, kita leh belajar; kita leh belajar seolah-olah untuk pertama kalinya. Mereka yang dah tahu apa itu "duduk diam", harus menghapus pengetahuannya dan kemudian baru leh belajar. Nampak tak bezanya?
Untuk mempelajari "duduk diam", kita harus melihat bagaimana batin kita bekerja. Kita harus mengamati, seperti kita mengamati seekor cicak merayapi dinding. Kita melihat keempat-empat kakinya, bagaimana ia melekat pada dinding itu, dan selagi kita mengamati, kita melihat semua geraknya. Kita mengamati dalam keadaan batin yang diam. Macam tu la kita mengamati fikiran kita. Bukan dengan upaya untuk memperbaiki. Bukan dengan usaha. Amati aje.
Bagaimana kalau saya beri sedikit bantuan permulaan?
Mula-mula, duduklah diam dengan rehat sekali. Duduklah dengan santai, bersila ke atas kerusi ke, duduk tahiyat ke, tak kisahlah asal selesa. Duduklah dengan diam samasekali, tutup mata anda, dan jagalah agar mata anda tak bergerak-gerak. Boleh? Bola mata kita memang cenderung untuk bergerak, tapi kali ni, jagalah supaya ia diam sama sekali, cubalah.....
Pastu, selagi anda duduk dengan tenang sekali, discover apa yang fikiran anda sedang lakukan. Amatinya seperti anda mengamati cicak tu tadi. Tapi kali ini, amatilah fikiran anda, amati bagaimana sebuah fikiran itu berlari, bergerak, bekerja kemudian tiba-tiba muncul fikiran yang lain, lepas satu, satu. Cara ini, anda sedang mengamati fikiran.
Nampak tak bagaimana kita mengamati fikiran kita - bagaimana fikiran yang satu mengejar fikiran lain, sampai fikiran itu sendiri berkata, “Ini fikiran baik, itu fikiran buruk”?
Pastu bila dah biasa, cubalah amati fikiran anda, bila nak tidur waktu malam, bila sendang berjalan. Amati aje fikiran anda, jangan cuba memperbaikinya, jangan cuba perah ia, dan amalan begini, anda mulai mempelajari awalan "duduk diam". Sekali anda mulai belajar, belajar itu tidak ada akhirnya.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-42314912980055131192011-07-09T00:14:00.004+08:002011-08-11T16:03:25.533+08:00perginya seorang wira6 JULAI 2011
Tanpa saya sedari, rupanya dah berbulan lamanya saya tak update blog ni.
Dalam keadaan kesihatan saya yang tak begitu baik sejak akhir-akhir ini, rupanya saya kehilangan seorang sahabat yang saya anggap wira dalam dunia ini, rupanya dia yang pergi dulu. Seorang sahabat yang bersedia marah dan memaki saya dengan sungguh ikhlas sekali. Seorang sahabat yang akan mengherdik saya setiap kali saya lalai. Seorang sahabat yang akan memuji saya dan menghagai saya dengan sungguh ikhlas sekali.
Dialah sahabat sejati saya yang pernah muncul dalam perjalanan hidup saya. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi menangis setiap kali saya teringatkan kenangan suka duka bersama dia. Tangisan yang bukan disengajakan, tapi setiap detik kenangan bersamanya, membuat saya merasa kehilanganya.
Seorang sahabat yang membuka minda saya dari jumud kepada merdeka. Seorang sahabat yang membebaskan saya dari belenggu ketakutan dan keperitan hidup. Seorang sahabat yang akan menegur saya setiap kali saya tersasar dari jalan yang lurus. Seorang sahabat yang akan memaki saya bila saya terumbang ambing tidak berada dalam alam sedar.
Saya tak tau apakah pemergiannya dalam keadaan saya sudah bersedia mengharungi hidup sendiri tanpa makian darinya bila saya tersasar. Saya tak tau apakah pemergiannya dalam keadaan saya sudah bersedia untuk hidup sendiri tanpa herdikan-herdikan kesedaran darinya bila saya "tak sedar".
Saya sungguh merinduinya. Walaupun dia kini telah berubah bentuk yang tak dapat lagi saya dengar suaranya dari bibirnya, yang tak dapat lagi disentuh fizikalnya, yang tak dapat lagi saya lihat senyum dan bengisnya, .... di kedalaman lubuk hati saya, saya tetap akan berusaha berhubungan dengannya dalam keheningan diri.
Buat sahabat wira ku,
Belum ada lagi seorang manusia yang aku jumpa seikhlas dirimu, yang menghargai diri ini sebagaimana kau menghargai aku. Kau tentu bahagia dengan bentuk barumu dari menderita dalam tubuh yang lusuh itu. Aku pasti sentiasa bersama mu, sahabatku.Kau lah wira, pemergianmu adalah satu kehilangan besar buat dunia... namun perjuanganmu akan ku teruskan selagi kudratku ada dalam bentuk apa pun jua yang termampu olehku. Kau telah mendidik aku dengan berbagai kepayahan agar aku tidak rentan menghadapi dugaan. Kini akan ku teruskan dan membuktikan latihan yang kau berikan selama ini bukanlah latihan angan-anganan.
Aku teringat kata-katamu padaku sekitar tahun 2008.
"Arif-billah dalam jalan nabi-nabi adalah sukar dicari. Kadang kala dalam satu wilayah yang besar hanya ada satu. Arif-billah ini tidak ada apa-apa gelaran dan selalunya bersendirian (tanpa institusi) serta susah dikenali. Dia mengajar manusia mengenal Allah swt (makrifatullah) menerusi cakap-cakap dan kekata sahaja. Tidak langsung diajarkan di merata tempat di bumi Allah. Tidak ada institusi pelajaran yang tetap bagi Arif-billah dalam jalan ini. Dalam kekata dan cakap-cakapnya, Arif-billah tanpa niat akan membuka "pintu" makrifatullah kepada mereka yang ikhlas tanpa waham pada diri dia. Maka tak hairanlah ada yang mendapat dan juga sebaliknya. Allah menjadikan alat "zhanni" untuk kezhannian adanya. Waspadalah ke jalan Allah.. subhanallah"Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-44885332401120429202011-02-24T13:33:00.092+08:002011-02-24T14:14:34.656+08:00"I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"24 FEBRUARY 2011
Kali ini Puteri ingin membincangkan petikan ayat MLT yang didedahkannya dalam blog Puteri seperti tajuk di atas. Mari kita post-mortem...
"I CANNOT KNOW THE UNKNOWN IF TO THE KNOWN I CLING"
Terjemahan Puteri : Saya tidak boleh tahu/kenal apa yang saya tak tahu/tak kenal jika saya bergantung pada yang tahu/kenal
Falsafah ini sungguh dalam dan bila Puteri renungkan apakah ianya sesuai dalam kehidupan manusia, apa yang Puteri dapati ialah ianya sungguh benar dan sesuai sekali (setidak-tidaknya buat diri Puteri).
Jika naluri kita digerakkan untuk mencari tahu akan sesuatu perkara, hormatilah ia, dan dalam mencari tahu itu, jangan lah kita CLING pada apa yang sebelumnya telah diberitahu kepada kita, pada apa yang telah diketahui sahaja. Kalau kita CLING, bukan ke itu namanya PENGIKUT? Jadi, untuk merasakan sendiri KEBENARAN akan sesuatu perkara, kita tak boleh CLING/bergantung pada apa yang diketahui, kita perlu BEBASkan diri, merdeka dari segala doktrin yang ada, kemudian alaminya. Pengalaman yang kita perolehi dari MERDEKA dari semua pengaruh itu, itulah kebenaran sejati.
Kebenaran ialah dengan mengalaminya sendiri. Selain itu, hanya infomasi-infomasi, maklumat-maklumat yang dikumpul. Kebenaran orang lain belum tentu bersamaan dengan kebenaran diri kita sendiri. Nabi Ibrahim dan Nabi Musa mengamalkan berserah pada Allah, bukan bergantung pada apa yang telah diketahui. Selagi CLING pada yang telah kita ketahui, kita tak akan dapat tahu apa yang kita belum tahu, kerana masih ada prejudis dari pengaruh-pengaruh yang telah kita tahu sebelumnya.
Kebenaran begitu halus, tak boleh dikenali oleh batin yang tidak bebas dari segala pendapat, penilaian, pembandingan, kesimpulan. Untuk melihat yang palsu sebagai palsu dan yang benar sebagai benar, batin mesti bebas dari beban pengaruh ajaran apapun. Kebanyakan orang mengikuti suatu teori, keyakinan, kepercayaan, dogma, atau ajaran tertentu bukan kerana melihat sendiri kebenarannya.
Jangan menerima begitu aje suatu ajaran hanya kerana ianya sudah lama didengar, dah menjadi tradisi turun-temurun, karena dah banyak diperbincangkan atau diikuti ramai orang, sekalipun kerana dikatakan ianya tertera dalam Kitab Suci. Begitu juga jangan menolak begitu aje ajaran yang baru didengar hanya kerana ia bukan tradisi atau ianya tak diterima majoriti atau pun kerana ianya tak tertulis dalam Kitab Suci.
Bila kita mendengar suatu ajaran, kita perlu melihat isinya, melihat ajaran sebagai ajaran, perlu menyelami atau menyelidiki dengan batin yang bebas. Batin tak boleh cepat-cepat menerima atau menolak. Kebenaran bukan dari siapa yang berkata atau bagaimana latarbelakang pembawanya samada dia itu specialist dalam bidang apa, bukan. Tapi kebenaran adalah penemuan sendiri. Kebenaran yang sesungguhnya berada di luar lingkup apa saja yang dikenal atau yang kita tahu, tanpa pengaruh fikiran, tanpa pengaruh doktrin terdahulu, tanpa pengaruh tradisi, tanpa pengaruh fahaman.
Siapa yang melihat ajaran sebagai ajaran, dia melihat kebenaran. Kebanyakan orang tak melihat kebenaran ini dan melekat/CLING pada pengalaman, teori, agama, peraturan, ritual, dogma, kepercayaan dll. Orang buta hanya mengikuti cara berdoa, ber-ritual dan dogma, tetapi tidak melihat kebenaran. Banyak orang mempunyai mata, tetapi tidak melihat; memiliki telinga tapi tidak mendengar.
Kebenaran yang sejati hanya boleh dialami secara langsung, bukan melalui orang lain, bukan melalui pengetahuan, bukan melalui kepercayaan.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com42tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-27684323015504047202011-02-01T00:01:00.001+08:002011-02-01T00:29:25.375+08:00Fikiran dan Perasaan/Emosi1 FEBRUARI 2011
Perasaan marah, sedih, suka, benci, seronok, takut, seringkali silih berganti dalam hidup kita.
Dari manakah datangnya pelbagai emosi/perasaan yang kita alami setiap hari itu?
Bila Puteri lemparkan soalan ini pada kenalan-kenalan sekeliling Puteri, kebanyakan akan menjawab "dari hati". Biasanya kita percaya yang peristiwa-peristiwa luaran diri kita lah yang membuat kita rasa marah, sedih, takut, suka, seronok dll itu. Apakah ini benar?
Kalau kita amati, dalam kehidupan kita sehari-hari ada orang, benda-benda, perkara-perkara dan kejadian-kejadian yang berada luar diri kita, yang dikenali sebagai faktor luaran, yang diluar kuasa diri kita untuk mengawal akan berlakunya. Manakala dalam diri kita pula terdapat fikiran-fikiran kita sendiri yang mana boleh kita kawal.
Bila Puteri amati dengan lebih teliti, Puteri dapati yang benda-benda, orang, perkara2 dan kejadian-kejadian tu semua tak ada "makna" pada dirinya sendiri. Ia boleh aje dilihat positif atau pun negatif ataupun mungkin neutral aje. Sesuatu perkara tu tak mempunyai makna pada dirinya sendiri, tapi kitalah yang memberi makna padanya samada ianya positif, negatif atau pun neutral. Kita mentafsir perkara itu dan kitalah yang meletakkan makna padanya. Sesuatu itu dikatakan "baik" bila kita mentafsirkannya "baik". Bukankah kerja sang fikiran yang mentafsirkan peristiwa di luar sana?
Lantaran itu, bila berlaku suatu peristiwa di luar sana, dan bila fikiran kita mula bekerja untuk mentafsir, kelihatan berlaku dialog dalaman, dalam kepala kita, dan kita bercakap dengan diri kita sendiri. Hasil dialog itu, kita memberi tafsiran dan makna kepada peristiwa luaran itu.
Contohnya bila kita ditegur oleh seseorang yang kita telah buat silap. Fikiran kita mungkin berdialog "Dia ni baik hati dan ikhlas menegur aku supaya aku tak terjebak dalam penipuan itu" atau pun fikiran kita mungkin berdialog "Dia ni asyik nak cari salah aku je, dia ingat dia aje yang betul". Puteri terfikir, mungkin dialog yang dicetuskan oleh fikiran inilah yang memberi makna kepada kita akan apa yang berlaku.
Mungkinkah bila fikiran memberi "makna" kepada sesuatu, "makna" inilah yang kemudiannya mencetuskan suatu perasaan dalam diri kita, perasaan suka, marah, takut, seronok, benci dll?Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com65tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-22466673551678724212011-01-24T18:33:00.003+08:002011-01-24T18:38:20.430+08:00HUJAH MAK LONG TIJAH24 JAN 2011
Puteri sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa sebab Puteri sendiri tak faham apa matlamat Mak Long Tijah dalam hujahnya. Namun, Puteri berlapang dada untuk memberi laluan khusus kepada Mak Long Tijah untuk berkongsi dengan Puteri dan para pembaca blog ini akan ilmu yang ingin disampaikannya.
Mari kita mentelaah ilmu nya...
Petikan di bawah ini, Puteri ambil dari tulisan Mak Long Tijah di blog Puteri di bawah tajuk yang lain.
Mak Long Tijah said...
Assalamualaikum.
Diizinkan Allah swt saya terjumpa blog ini dengan takberniat langsung pada mulanya. Inilah kuasa Allah swt yg mutlak ke atas makhluk di bawah kekuasaanNya yang mutlak, Subhanallah!
Terasa pulak dihati kecil ni untuk bersama bertukar pendapat secara terbuka. Mudah2an ada gunanya kehadiran saya di sini sebagai pengunjung tiba2 sahaja.
Saya tertakluk di bawah ini dari kekuasaan, sifat2 Allah swt yg tak terukur dan terkira. Saya hanya kutip sedikit sahaja seperti saya tuliskan.
MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.
1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)
2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)
3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)
Saya terfikir bahawasanya AKAL manusia dan kemanusiaan adalah sekerap resah dan gelisah, terburu2, dan selalu bermain dgn lojik2 tidak mutlak adanya.
Kekeraplaziman akal kita yg tak sempurna ni bercanggah dengan lojika2 akal yg lain2. Mengapa terjadi?
Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?
Allahu 'Alam.
Mak Long Tijah.
Sila kan...Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com76tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-3178780193940122122011-01-16T21:22:00.010+08:002011-12-25T00:11:50.493+08:00SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI16 JAN 2011
Kita seringkali diperdengarkan dengan sebuah hadis "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami", di merata-rata ceramah agama samada oleh para ustaz ataupun ustazah, penceramah bebas, para tok imam, tok kadi, mufti-mufti , profesor agama dan lain-lain jenama mereka dalam menyampaikan dakwah.
Setiap kali hadis itu diperdengarkan, akan merasa rendah diri setiap wanita pada lelaki dan akan merasa rendahnya darjat mereka berbanding lelaki yang bergelar suami. Sang suami yang mendengar hadis itu pula, akan kembang diri, tinggi diri, kembang lubang hidung sebab lega bernafas, kembang berbagai benda lagi yang boleh dikembangkan untuk merasa lega.
Justeru, sekembalinya wanita-wanita ini dari ceramah agama, mereka diselubungi misteri dan insaf, dengan penuh rasa takut jika kelak tak akan masuk syurga di akhirat kerana takut menjadi derhaka pada sang suami hari ini. Mereka berazam mengubah diri untuk menjadi isteri yang solehah, isteri yang taat, isteri yang tak derhaka, demi suatu ganjaran di akhirat kelak yang dijanjikan sebagaimana hadis tersebut.
Namun persoalan yang masih lagi bergelojak dalam benak hati saya ialah kenapa masih lagi berlaku perselisihan besar yang sehingga menzalimi fizikal wanita, menganiaya mental dan emosi para isteri, yang akhirnya membuat sang isteri "derhaka" juga pada suami bila membela dirinya? Asal bela diri dikatakan derhaka sebab melawan suami. Suami membentak-bentak, menghedik-herdik si isteri, tapi isteri mesti diam aje, jika tidak mau derhaka pada suami. Pokoknya, isteri tak ada modal nak cakap pada suami sebab tak ada hadis yang mengatakan syurga suami bawah tapak kaki isteri. Maka keganasan rumahtangga terus berlaku sampai hari ini meskipun isteri dah berusaha sedaya mungkin untuk mematuhi hadis tersebut.
Dalam adegan-adegan begini, sang suami akan bertukar jadi pakar hadis, maka keluarlah hadis suami seperti berikut "awak tau tak, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Awak nak jadi dehaka, tak masuk syurga?", untuk menginsafkan kembali si isteri. Jadi, kayu pemukul yang digunakan untuk memukul isteri tak boleh digunakan untuk memukul balas suami, sebab nanti tak masuk syurga. Suami tendang isteri boleh, tapi isteri tak boleh tendang suami nanti tak masuk syurga. Suami lempang isteri boleh, tapi isteri tak boleh lempang suami nanti tak masuk syurga.
Apa yang Puteri ingin bincangkan di sini ialah, apakah benar maksud hadis itu sebagaimana yang difahami oleh ramai penganut islam hari ni dalam arus perdana? Jika benarlah fahamannya begitu, kenapa ia masih tak memberi manafaat dalam kerukunan rumahtangga? Bukankah pesanan yang benar mendatangkan kebaikan? Apakah benar hadis itu ditujukan kepada para isteri secara khususnya?
Bagaimana jika Puteri katakan, hadis itu sebenarnya adalah peringatan kepada kaum lelaki yang bergelar suami. Mungkin para penceramah tersilap menghantar mesej hadis tersebut. Mungkin mereka membaca hadis itu secara terburu-buru dan menghantar mesej yang salah kepada umum. Atau mereka malas berfikir justeru menurut membabi buta kata-kata tok guru mereka yang mengantuk dalam kelas masa guru mengajar, dan hasilnya mereka menyampaikan mesej yang salah dari satu genarasi ke generasi seterusnya. Mungkin tak itu semua boleh berlaku? Atau apakah anda akan mengatakan mereka ni semua adalah penyampai yang maksum yang tak boleh silap dalam menyampaikan atau tak boleh lalai dalam kelas? Lantaran itu, segulung ijazah mereka sudah cukup untuk mengiktiraf bahawa setiap mesej yang mereka sampaikan adalah BENAR, tanpa perlu kita cross-check sebab kita tak ada segulung ijazah yang setaraf dengan mereka. Yang demikian, bagi hadis yang tersebut di atas itu, sebalik ianya sesuai untuk para suami, ianya ditekan tubikan kepada para isteri agar mereka terus hidup dalam ketakutan.
Bagaimana agaknya respon balas anda jika Puteri kata ianya adalah hadis peringatan kepada para suami dan bukan untuk para isetri sebagaimana yang biasa mereka katakan?...Mari kita bincangkannya....
Hadis : "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami"
Sebaik seorang wanita itu berkahwin, wanita yang dulunya hidup di bawah kasih sayang ibu dan bapanya sejak kecil, kini hidup dengan seorang asing yang hanya dikenali hati budinya beberapa tahun kebelakangan sahaja, dan ada juga yang hnya beberapa bulan. Ini cukup merisikokannya jika suami itu tidak dapat mengasihinya sepertimana ibu dan bapanya.
Yang demikian, Puteri lebih cenderung mempercayai bahawa hadis itu ditujukan kepada para lelaki, sebagai peringatan kepada para suami, bahawa syurga wanita ini, yang kau kahwini ini, yang dulunya syurga buatnya adalah hidup dalam gelumang kasih sayang ibubapanya, ....kini.... syurga baginya adalah dalam tanggungjawabmu sebagai suami. Jika suami kaki tendang terajang, herdik tengking, dan penuh dengan makian, sudah tentu tiada syurga buat isteri, bukan syurga yang dini'mati dalam alam rumahtangganya itu.... Sebaliknya, jika suami yang penuh bertanggungjawab, penuh kasih sayang, sudah tentulah syurga, yang dinikmati isteri, dalam melayari hidup bersama suami.. Puteri percaya, tidak ada seorang wanita pun yang mahu keluar dari syurga kehidupan bersama ibubapanya kecuali dia percaya dan yakin bahawa kehidupan barunya, bersama lelaki yang bergelar suami itu, adalah lebih kasih sayang dari yang dialaminya sekarang. Yang demikian, kita seringkali mendengar janji-janji yang diluahkan oleh sang lelaki yang bakal bergelar suami, seperti " saya bejanji mahu membahagiakan awak", "saya cintakan awak" dan lain2. Kesemuanya, adalah janji "syurga" buat wanita itu. Begitu juga, tiada ibubapa yang mahu melihat anaknya derita, namun kerana kasihnya pada si anak yang percaya bahawa dia akan meni'mati syurga dalam kehidupan baru bersama suami, maka ibubapa dengan sepenuh kasihsayangnya, menyerahkan anak yang dikasihinya itu kepada sang suami, demi syurga yang diidamkan anaknya.
Lantaran itu, Puteri percaya, hadis itu adalah pesanan moral bagi para lelaki sebagai peringatan akan tanggungjawabnya membahagiakan isteri yang kau ambilnya dari lubuk kasihsayang ibubapanya untuk meni'mati syurga dibawah jagaanmu.
Para suami/lelaki atau sesiapa aje yang membaca hujahan Puteri ini, tak perlu merasa terancam dan melenting sebaik membaca hujahan ini, sebab Puteri menyarankan agar para suami lebih bertanggungjawab pada isteri. Tak kan tak suka?
Seorang suami tak perlu meminta-minta/memaksa isteri menghormatinya, tapi jika suami adalah orang yang cukup bertanggungjwab, dengan sendirinya isteri akan taat, setia dan hormat kepadanya.
Dapat ke anda melihat mesej ini dalam hadis tersebut?
**nota: <kemaskini 12="" 2011="" 25=""></kemaskini>
Sudilah kiranya meneruskan pembacaan pada komen-komen di bawah kerana terdapat hujah-hujah menarik untuk difikirkan dari peserta.
sudi-sudilah juga lanjutkan pembacaan anda ke sini:
http://puteriayu74.blogspot.com/2011/08/persaingan-atau-tanggungjawab.htmlPuterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com156tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-22037935959933109602011-01-06T12:43:00.010+08:002011-01-07T15:20:17.524+08:00TIADA SALING BERBUNUHAN DALAM ISLAM6 JAN 2011
Q 2:54
<m:smallfrac m:val="off"> <m:dispdef> <m:lmargin m:val="0"> <m:rmargin m:val="0"> <m:defjc m:val="centerGroup"> <m:wrapindent m:val="1440"> <m:intlim m:val="subSup"> <m:narylim m:val="undOvr"> </m:narylim></m:intlim> </m:wrapindent> </m:defjc></m:rmargin></m:lmargin></m:dispdef></m:smallfrac>
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-33993639635637917232011-01-02T13:00:00.001+08:002011-01-17T16:50:38.208+08:00TAKUT2 JAN 2011
Kalau kita amati balik diri kita, mengamati diri kita dengan sejujurnya, kita akan dapati selama bertahun-tahun kita banyak ketakutan. Takut pada pada yang kita tahu dan yang kita tak tahu. Kita takut pada kematian, takut pada apa akan jadi sekejap lagi, esok dan seterusnya. Malah, dalam agama juga kita banyak ditakut-takutkan dengan berbagai-bagai ketakutan. Ketakutan-ketakutan inilah yang telah mendorong manusia mencipta konsep teologi, mencipta falsafah, sebagai lorong pelepasan dari realiti sebenar, kerana tak mau melihat realiti. Jadi, sedar tak yang kita hidup begitu lama dalam khayalan? Kita menolak untuk melihat realiti dengan mengalaskannya dengan konsep-konsep, falsafah-falsafah. Kita takut menghadapi realiti?
Lihat balik cara masyarakat mendidik anak-anak. Terlalu banyak yang dimulakan dengan ketakutan. Maka anak-anak membesar menjadi manusia yang serba serbi takut. Gerak geri, tindakan-tindakan, budaya, tradisi.. semua tu sarat dengan ketakutan. Sehinggakan ada anak yang takut untuk angkat tangan dalam kelas untuk bertanya, kerana takut dikatakan "soalan bodoh", "sesat" dll.
Budaya takut yang tertanam dalam diri kita sekian lama, membuat kita membesar menjadi manusia yang sentiasa takut, takut untuk mengubah dan takut akan perubahan. Justeru, ramai sekali yang mengambil keputusan untuk kekal berada di zon selesanya.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-68390063049924087442010-12-24T22:10:00.004+08:002011-01-31T20:22:05.229+08:00Apakah ini satu keadilan menurut Islam?24 hb Disember 2010
Apakah ini satu keadilan menurut Islam?
Kes 1:
Dalam satu kes di Kuala Terengganu iaitu kes Kalthum binti Muda lawan Nazir Baitulmal Kuala Terengganu (1362), baitulmal tetap mewarisi walaupun dalam keadaan waris adalah miskin dan boleh menyebabkan harta keluarga menjadi berkurangan. Dalam kes ini, pemohon adalah isteri si mati dan merupakan waris tunggal yang hanya mewarisi sebanyak satu perempat daripada bahagian pusaka dan tiga perempat baki diserahkan kepada baitulmal. Oleh kerana kesusahan hidup, waris telah menuntut supaya baitulmal menghalalkan bahagian tiga perempat tersebut dan diserahkan kepada beliau sebagai waris yang berhak untuk mewarisi keseluruhan pusaka suaminya. Pewarisan oleh baitulmal boleh menyebabkan pemohon tidak boleh meneruskan perniagaan yang diusahakan sebelum ini akibat kehilangan sebahagian besar modal perniagaan.
Kes 2:
Dalam kes Encik Alias bin Embong (2004) Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu telah menolak pemberian pusaka kepada dhu arham walaupun dalam kes ini dhu arham adalah waris tunggal si mati. Justeru, mahkamah memutuskan dengan mengambil pandangan Mazhab Syafi‘i di mana baitulmal akan mewarisi kesemua harta pusaka tanpa waris atas alasan baitulmal di Malaysia adalah berfungsi dengan baik di bawah pengurusan yang teratur. Di samping tiada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memberikan pusaka kepada dhu arham yang merupakan sandaran kepada pandangan Mazhab Hanafi.
Kes 3:
Dalam kes Che Som bt. Ismail (1999) apabila diputuskan semua harta si mati diwarisi oleh baitulmal sebagaimana pandangan Mazhab Syafi‘i dan waris dhu arham tidak menerima pusaka. Dalam kes ini, bapa saudara si mati yang masih hidup tidak diberikan pusaka kerana diselangi oleh ibu si mati yang telah meninggal dunia lebih dahulu (dhu arham).
(Bayangkan kalau bapa saudara tu sedang sakit buah pinggang perlu dialisis 3 kali seminggu, apakah Baitulmal akan memberi bantuan kepada bapa saudara itu selain mengambil harta yang BOLEH diwarisi daripada simati?)
Kes 4:
Ddalam kes Chik bt. Jusoh (2002)apabila si mati meninggal dunia tanpa waris, semua hartanya diserahkan kepada baitulmal. Akibat tiada wasiat dilakukan maka anak angkat si mati tidak mendapat apa-apa bahagian meskipun anak angkat itu djagainya dari kecil dan menjagainya ketika tua dan sakit. (Dimanakah peri kemanusiaan kehakiman Islam Malaysia)?
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-53126127322772894732010-11-09T00:07:00.008+08:002011-01-04T19:34:20.216+08:00FARAID<m:smallfrac m:val="off"> <m:dispdef> <m:lmargin m:val="0"> <m:rmargin m:val="0"> <m:defjc m:val="centerGroup"> <m:wrapindent m:val="1440"> <m:intlim m:val="subSup"> <m:narylim m:val="undOvr"> </m:narylim></m:intlim> </m:wrapindent> </m:defjc></m:rmargin></m:lmargin></m:dispdef></m:smallfrac>
8 Nov 2010
Puteri ingin membawa ke sini kemusykilan berkaitan faraid dan di bawh ini saya tempelkan sekali beberapa bahasan yang pernah dibahasksn diforum. Puteri segarkan kembali perbahasan berkaitan topik ini sebab sesetengah persoalan Puteri tidak mendapat jawapan oleh para peserta terdahulu atau dengan kata lain tidak mendapat sambutan hangat para forumers dulu.. Semoga di posting ini, masih ada yang sudi membantu dan meneruskan pertukaran pendapat dengan Puteri sehingga Puteri mendapat kefahaman yang jitu berkaitannya.
Berikut saya tempelkan beberapa posting yang pernah tersiar di forum sebagai sambungan perbahasannya di sini.
Posting dari seseorang yang menggelarkan dirinya kiko pada 22-11-2008.
[PICKTHAL 4:11]: Allah chargeth you concerning (the provision for) your children: to the male the equivalent of the portion of two females, and if there be women more than two, then theirs is two-thirds of the inheritance, and if there be one (only) then the half. And to each of his parents a sixth of the inheritance, if he have a son; and if he have no son and his parents are his heirs, then to his mother appertaineth the third; and if he have brethren, then to his mother appertaineth the sixth, after any legacy he may have bequeathed, or debt (hath been paid). Your parents and your children: Ye know not which of them is nearer unto you in usefulness. It is an injunction from Allah. Lo! Allah is Knower, Wise.
[PICKTHAL 4:12]: And unto you belongeth a half of that which your wives leave, if they have no child; but if they have a child then unto you the fourth of that which they leave, after any legacy they may have bequeathed, or debt (they may have contracted, hath been paid). And unto them belongeth the fourth of that which ye leave if ye have no child, but if ye have a child then the eighth of that which ye leave, after any legacy ye may have bequeathed, or debt (ye may have contracted, hath been paid). And if a man or a woman have a distant heir (having left neither parent nor child), and he (or she) have a brother or a sister (only on the mother's side) then to each of them twain (the brother and the sister) the sixth, and if they be more than two, then they shall be sharers in the third, after any legacy that may have been bequeathed or debt (contracted) not injuring (the heirs by willing away more than a third of the heritage) hath been paid. A commandment from Allah. Allah is Knower, Indulgent.
Permasalahan faraid menimbulkan tanda tanya kepada saya tentang keadilan terhadap wanita dan kepekaan Al-Quran terhadap fitrah mereka. Adakah ini dari Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil?
.... baca seterusnya >>>Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com21tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-71103265810800738792010-10-24T14:48:00.003+08:002010-10-24T14:53:07.375+08:00Apa itu CINTA?24 Oktober 2010
Semua orang bercakap tentang cinta, dari anak kecil sampailah orang tua, merata-rata orang sebut tentang cinta, majalah-majalah, suratkhabar-suratkhabar, para penceramah... ayat-ayat seperti "Saya cintakah negara saya","Saya cintakan agama saya", "Saya cintakan kedamaian", "Saya cintakan isteri/suami/anak-anak/ibu/bapa saya" dan berbagai lagi yang biasa kita dengar atau baca.
Apa itu cinta sebenarnya?
"Pergilah berperang(membunuh) kerana cintakan agamamu/negaramu/bangsamu!",.. apakah itu cinta namanya?
Anda kata anda cintakan isteri anda. Dalam apa yang dikatakan cinta kepada isteri anda itu, terdapat kenikmatan seksual, kenikmatan adanya seseorang menjaga anak anda, memasak, mengemas rumah, membasuh baju. Anda bergantung padanya; dia memberikan anda tubuhnya, perasaannya, dorongan dan galakkannya, ke satu tahap yang anda rasakan selamat dan damai. Kemudian jika pada satu ketika dia berpaling dari anda dari semua itu, seluruh kesejahteraan perasaan anda menjadi musnah dan terganggu. Anda merasa tidak senang, benci dan mengganas. Dan mungkin seterusnya anda mengatakan "Selagi awak milik saya, saya cintakan awak, tapi disaat awak mula berpaling tadah dari semua ini, saya mula membenci awak." atau mungkin anda mengatakan "Selagi saya boleh bergantung pada awak untuk memenuhi keperluan-keperluan kehidupan saya, saya cintakan awak... tapi disaat awak tidak lagi mampu memenuhi keperluan-keperluan saya itu, saya tak sukakan awak lagi". Apakah bila adanya perbezaan pendapat antara anda, bila anda berpisah darinya, bermakna tiada cinta? Atau apakah begitu yang anda selama ini namakan cinta?
Bila ada benci, tiada cinta. Bila ada cinta, tiada benci.
Bagaimana pula kalau kita cuba belajar hidup dengan pasangan kita tanpa fikiran kita mencipta pertentangan-pertentangan sebegitu, belajar hidup dengan menerima perbezaan, belajar hidup dengan tidak merasakan kepemilikan, belajar hidup dengan menghentikan konflik dalaman diri kita yang menyusahkan/memenjara orang lain.... mungkin(mungkin la...) kita akan tahu apa itu cinta? Kemudian, mungkin anda akan merasa hidup bersama isteri anda, bebas sebebasnya, dan begitu juga pasagan anda. Sementara itu, jika anda bergantung pada pasangan anda untuk semua kenikmatan, anda adalah hamba kepadanya.... tentu ada yang kata "apa plak?" .. mana tak nya.. seperti anda bergantung hidup pada Allah, anda adalah hamba Allah, jadi kalau anda bergantung pada pasangan anda untuk semua kenikmatan yang anda cerapkan untuk kehidupan anda, maka bukan pasangan anda yang menjadi hamba anda, tapi andalah hamba kepadanya kerana kebergantungan anda itu....
Kebergantungan, telah menyemarakkan rasa takut dan cemburu dalam diri.... inilah satu haluan fikiran yang tidak akan mendorong anda kepada memahami apa itu cinta. Jadi, cinta bukanlah berkaitan kenikmatan atau keinginan, bukan juga berkaitan tanggungjawab dan tugas, bukan tentang apa yang sepatutnya dan tak patut... saya rasa, bukan.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-59313357209908824282010-10-08T21:54:00.001+08:002010-10-08T22:12:07.054+08:00FAHAMILAH AKU8 oktober 2010
Manusia itu berbeza antara satu sama lain walau bagaimana pun kita cuba mengubahnya. Perbezaan adalah rahmat bukan bencana. Manusia berbeza dalam perkara-perkara asas seperti kemahuan pada benda-benda yang berbeza, matlamat yang berbeza, nilai yang berbeza dan juga kepercayaan yang berbeza.
Mereka berfikir, menggambarkan dan berpandangan berbeza antara satu sama lain. Dan sudah tentunya kelakuan dan emosi manusia itu dibentuk oleh kemahuan-kemahuan dan kepercayaan-kepercayaan mereka masing-masing.
Memahami PERBEZAAN, kita akan dapat mengurangi konflk-konflik yang seringkali berlaku dalam perhubungan tak kira pasangan, adik beradik, ibubapa, rakan-rakan, majikan dan lain-lain. Dan perbezaan personaliti/karakter seseorang itu tidaklah kekal namun yang dinamakan perbezaan itu juga termasuk perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang perjalanan hidup seseorang itu yang membuat karakter manusia itu berbeza dari yang sebelumnya
Berbeza itu bukanlah bodoh, salah atau pelik...
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-53567659635906890602010-08-18T06:07:00.003+08:002010-08-18T06:12:06.278+08:00Perkataan bukanlah bendanya18 Ogos 2010
Kita belajar bercakap sejak kecil. Kita diajar makna-makna perkataan dan dari situlah fikiran kita diacukan menurut definasi sesuatu perkataan yang kita pelajari.
Contohnya, kita diajarkan dari kecil bahawa perkataan "sial" itu adalah perkataan -ve. Kalau kita tak tau makna "sial" kita tak rasa marah pun bila orang kata kita "sial". Yang menjadikan kita marah ialah bila fikiran kita faham makna "sial" dalam bahasa yang orang tu gunapakai.
Jadi, perkataan bukanlah bendanya. Ianya hanyalah label yang manusia gunakan untuk tujuan kemudahan komunikasi sesama manusia. Fikiran yang terkondisi dengan definasi-definasi telah mencorakkan hidup kita.
Ingin sekali Puteri merasai kehidupan yang SEJATI yang diciptakan Tuhan alam ini secara semulajadi. Selama ini, Puteri merasakan segala kehidupan sekeliling Puteri, bagaimana Puteri berreaksi, bertindakbalas pada sesuatu hal adalah hasil dari acuan fikiran masyarakat yang telah mendidik Puteri sejak kecil. Lantaran Puteri tak merasakan naturalnya sebuah kehidupan semulajadi.
Persoalannya, bagaimana untuk merasai hidup secara semulajadi/natural tanpa terkondisi atau teracu dengan definasi orang lain?
Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-28079603757161173952010-07-29T16:52:00.002+08:002010-07-29T17:04:13.057+08:00aku adalah aku29 Jun 2010
Dalam menjalani kehidupan yang berbagai ragam setiap hari, Puteri semakin mempelajari akan diri sendiri. Insan di luar diri Puteri adalah cermin bagi Puteri.
Bila kita bercakap dengan seseorang, pasti ada responnya dan kita melihat diri kita dari respon orang. Menilai bagaimana aku berkata-kata tadi dan bagaimana orang ini melihatnya. Perkataan dan ayat yang sama, cuba diajukan kepada beberapa orang yang berbeza, kemudian Puteri dapat gaya respon yang berbeza dari mereka.
Dari situ juga Puteri mempelajari karakter manusia, bagaimana untuk Puteri berkomunikasi dengan manusia yang berbeza karakter. Seronok juga melihat telatah manusia... adakalanya menyedihkan, adakalanya melucukan, adakalanya memedihkan.
Puteri suka bila mengetahui "aku adalah aku". Tak mahu menjadi sesiapa pun dan tak suka orang membanding-bandingkan Puteri dengan sesiapa. Puteri suka menjadi diri sendiri. Puteri rasakan tiada takut pada sesiapa, Puteri tak bergantung pada sesiapa...
Manusia suka melabelkan berbagai-bagai atas perbuatan Puteri yang mereka tak senangi. Kalau dulu Puteri terasa sakit dengan label-label demikian, tapi setelah Puteri hayati kata-kata mereka itu, Pueri sedari bahawa mereka tak lain hanyalah untuk menyedap-nyedapkan minda dan perasaan mereka aje. Jadi, biarlah mereka dengan cara mereka yang mereka gemari.
Yang penting bagi Puteri sekarang ialah Puteri sedar apa Puteri lakukan dan sedar akan pilihan yang Puteri pilih. Buruk atau baik bukan Puteri penentunya sebab Puteri tak tau masa depan. Alami dan jalani aje hidup dengan penuh rasa bertanggungjawab akan pilihan sendiri.
Puteri suka mempelajari ....aku adalah aku.... bukan dia yang kau mahu aku jadi sepertinya, bukan kamu yang telah merasakan sempurna perjalanannya.. bukan.. bukan... aku tak mahu menjadi sesiapa, aku hanya mahu menjadi diriku...aku adalah aku yang terus berubah-ubah selagi hidup.Biarlah aku menjalani hidupku dengan pilihanku, Salah padamu tidak semesti salah untukku, benar padamu tidak semestinya benar untukku. Sedangkan manusia itu serupa jenisnya tapi tidak sama intipatinya...aku adalah aku.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-10075102186925519802010-05-24T00:43:00.004+08:002011-01-06T09:48:09.135+08:00Kebebasan wanita23 MEI 2010
Lama Puteri tak melayari internet sejak beberapa minggu kebelakangan ni, yang sempat adalah membaca email kawan-kawan yang dah melambak-lambak dalam mailbox. Kalau masih ada yang Puteri belum balas setakat hari ni, insyaallah Puteri akan usahakan untuk memberi respon.
Tak sangka dalam kesibukan Puteri, rupanya Puteri tak menulis apa-apa artikel baru untuk bulan April 2010. Aahh! ini satu kerugian rasanya buat Puteri, kecuaian, kedangkalan, kebodohan serta kelalaian Puteri sendiri.
Jadi, untuk artikel pertama bulan Mei 2010 ini, biarpun agak lewat, Puteri nak menulis tentang sesuatu yang menyelinap ke fikiran Puteri sejak akhir-akhir ini....iaitu kebebasan wanita.
Dulu Puteri selalau duduk menangis bila mengenang nasib menjadi seorang wanita yang berada dalam masyarakat sekeliling Puteri. Wanita sebagai anak, mesti ikut cakap mak bapak. Wanita sebagai isteri mesti ikut cakap suami. Wanita sebagai ibu mesti melayani anak-anak. Terfikir Puteri, apakah wanita itu seperti tak ada kuasa atas dirinya sendiri? Bila isteri nak keluar, suami kata tak boleh, isteri kena patuh,kalau tak, dikatakan derhaka pada suami menurut fahaman arus perdana. Kalau seorang ibu tak kemas rumah, tak masak, anak-anak yang disoal siasat oleh pihak-pihak tertentu akan mengatakan "ibu saya tak bertanggungjawab". Anak-anak nakal seringkali ibu yang dipersalahkan kerana tak menjaga anak dengan betul. Wanita di rogol, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga susila aurat. Wanita hamil luar nikah, wanita juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak menjaga maruah diri. Wanita buang anak luar nikah, wanita juga dipersalahkan. Demi menjaga hati masyarakat, wanita seringkali terpaksa duduk di bawah cengkaman-cengkaman persepsi masyarakat.
Meskipun ramai wanita kini yang menduduki kedudukan penting dalam negara dan institusi, namun masih ada pihak-pihak tertentu yang dengan sinis menyindir bahawa wanita tidak berhak menjadi pemimpin, maka kaitan Quran 4:34 seringkali disempit tafsirkan untuk tujuan cengkaman itu. Lantaran itu, jatuhlah ramai wanita ke pelosok dapur dan dipenjara dalam rumah berjeriji besi sehinggalah si suami pulang kerumah.
Amat menyedihkan lagi bila masih ada sesetengah wanita di zaman ini yang dinafikan haknya untuk berkomunikasi menggunakan internet dengan alasan yang tidak menasabah. Wanita seringkali dihubungkaitkan dengan tidak panjang akal, tidak pandai berfikir dll.
Yang lebih mengherankan, secara tiba-tiba para suami menjadi pakar dalil, bila bercakap tentang kuasa suami pada isteri, sedangkan mengajar anak mengaji pun tak pernah, mengimami solat dalam keluarga pun tak pernah. Semua tugas itu dibebankan ke pundak isteri sebagai tanggungjawab. Apa lagi bila si isteri menolak untuk digauli suami, dalil yang biasa diperdengarkan ialah "malaikat akan mengutuk kamu sampai pagi".. (entah apa agaknya darjat hadis tu ye.. sapa tau sila kongsi di sini )
Puteri tak berhasrat tulis panjang-panjang berkaitan ini. Puteri ingin membaca komen-komen dari para pembaca blog ini berkaitan pendapat dan pengalaman mereka sendiri berkaitan apa yang mereka faham tentang kebebasan seorang wanita.Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-8727385136638746088.post-87303369073581002532010-03-28T22:56:00.005+08:002010-03-29T11:06:35.357+08:00JUJUR28 Mac 2010
Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mendedahkan apa-apa yang tak baik, terutama untuk kawan Puteri yang membaca blog ini, ingin Puteri membuat deklarasi bahawa, sekiranya tulisan Puteri ini seiras dengan kisah anda, Puteri tidak sesekali berniat khianati anda. Tujuan Puteri menulis di sini semata-mata untuk Puteri belajar tentang kehidupan dari sudut pandangan orang lain juga, selain melihatnya dari sudut pandangan Puteri yang sempit.
Hari ni jenuh Puteri memikirkan apa itu JUJUR sebenarnya. Penulisan artikel ini mungkin agak celaru sebagaimana celarunya fikiran Puteri sekarang ni...Namun Puteri gagahi juga untuk meluahkan kecelaruan ini di sini agar dapat Puteri hayati kembali satu hari kelak, bila Puteri dah tenang fikiran.
Hari ni Puteri tanya seorang kawan Puteri, "kenapa awak tak jujur dalam menyampaikan maklumat? Kenapa awak sampaikan sebahagian dan sembunyikan yang lain?". Kawan Puteri kata, "seseorang masih dikira jujur bila dia tak jujur dalam menyampaikan tapi jujur dalam niatnya. Asal tak khianati sesiapa". Dia juga ceritakan pada Puteri akan pengalamannya yang lalu bahawa, dia cukup jujur dengan sesiapa pun, tapi akibat kejujurannya itu, dia banyak dapat kecelakaan. Katanya sebagai contoh, dia kena tipu kerana dia jujur percayakan orang, sedangkan kawannya yang tak jujur mendapat keuntungan berlipat ganda.
Kawan Puteri inilah yang selalu berkata, "jangan ambil sepotong-sepotong".
Puteri ingin memahami REALITI hidup di dunia untuk survival Puteri, bukan di alam satu lagi yang belum pasti. Puteri tak mahir memahami kekata yang berbelit-belit. Puteri sangat bodoh memahami. Puteri sangat bingung sekarang ni!!!!!!!
Kalau benarlah kata kawan Puteri tu, Puteri terfikir, adakah perawi-perawi hadis juga ada kemungkinan tak jujur dalam menyampaikan? Menyampaikan satu cerita dengan sekerat sekerat aje dan sembunyikan keratan yang lain.....kalau benarlah begini, maksud sebenar cerita tak akan kesampaian, betul tak?
Dalam konteks memahami Quran pulak, kalau kita cuba memahami sesatu ayat tanpa melihat keseluruhan konteksnya, sudah tentu kita tak akan dapat faham maksud mesej yang terkandung, betul tak?
Kalau dalam konteks kehidupan kita pulak, bagaimana yang dikatakan JUJUR seseorang itu?
Sejujurnya Puteri ingin tahu pendapat para pembaca dalam senario di bawah. Puteri mohon, jujurlah memberi komen dalam senario ini agar Puteri dapat pelajari.
Senario:
Katalah si A jujur dengan si B dalam membincangkan perkara bertajuk ABC, si A menyampaikan segala maklumat yang dia dapat kepada si B dalam perbincangan berkaitan tajuk. Si B hanya menceritakan sebahagian sahaja maklumat yang dia perolehi.
Puteri sengaja tak menulis soalan2 kaitan senario di atas, sebab Puteri ingin tahu apakah persoalan2 yang mungkin akan timbul dalam fikiran manusia-manusia lain sekiranya senario ini terjadi pada anda. Puteri tidak mencari penyokong juga bukan mengajak menghukum.
Puteri keliru/bingung sekarang, apa itu JUJUR... Mungkin juga tahap penerimaan seseorang dalam tafsiran JUJUR itu berbeza-beza, lantaran manusia menganggap begini sudah jujur pada saya, dan orang lain kata begitu belum dan begini barulah jujur?Puterihttp://www.blogger.com/profile/14988277021760663722noreply@blogger.com8