Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Cerai - gantung tak bertali

Dah lama Puteri memerhatikan nasib wanita Islam di Malaysia ni yang kian hari kian terjerut dek fahaman yang, entah sedar atau tidak, menindas kaum wanita. Mahu kembali ke zaman jahiliyah ke kita ni?

Penat aje usaha Rasulullah mengangkat martabat dan maruah wanita dalam masyarakat, sebagai satu cara hidup Islam, dan tinggalkan cara hidup jahiliyah, tapi apa yang berlaku di akhir zaman ini, manusia kembali kepada jahil. Puteri teringat ayat Quran yang Puteri pernah baca, terjemahnya lebih kurang begini : 
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lebih baik dari Allah, hukumnya, bagi kaum yang yakin?"(Q5:50)

Dalam Quran terdapat beberapa tempat ditunjukkan akan tatacara menjalankan hukuman agar kita keluar dari kegelapan hukum jahiliyah sehingga kita mendapat nur cahaya jalan yang lurus.

Merujuk kepada artikel dalam suratkhabar, yang dipaparkan di sini, dan atas cadangan sahabat Puteri, Jebon, Puteri berminat untuk menulis berkaitan artikel ini.

Seperti kisah dalam artikel itu, dah biasa Puteri dengar, bila kes cerai luar mahkamah dibawa ke dalam mahkamah, ramai sekali suami yang "U-turn", iaitu bermati-matian menafikannya, mungkin sebab tak mahu bayar denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah. Maka, bermulalah kisah sadis wanita bergelar isteri itu yang terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun kerana mahu pihak berkuasa mengesahkan lafaz cerai tersebut, dek ego lelaki yang tak mahu mengaku lafaznya yang hanya didengari oleh isteri.

Bayangkan penderitaan yang wanita itu terpaksa tempuhi. Suami mudah aje, dalam masa duduk berasingan dengan isteri sementara menunggu keputusan mahkamah yang makan bertahun-tahun itu, entah-entah dah nikah seorang lagi di seberang sempadan. Maklumlah, suami boleh poligami. Isteri bagaimana? Bukankah satu kezaliman tu sengaja melewat-lewatkan dan membuat seorang manusia dalam penasaran? 

Alasan tak ada saksi, sungguh tak menasabah. Ada ke sempat nak cari saksi dulu nak ceraikan isteri dalam keadaan marah tu?

Hanya kerana dia seorang wanita, yang dicipta dengan sifat lemah lembut, mereka ambil sambil lewa aje keadilan terhadap wanita. Mengapa takut nak ubah sistem mahkamah yang jelas sekali banyak meremehkan kes sehingga berlakunya apa yang dikata gantung tak bertali? Seharusnya mahkamah perlu prihatin kes begini untuk elakkan masalah gantung tak bertali yang lebih lama lagi. Sudahlah kawan tu digantung tak bertali oleh suami, mahkamah pun turut serta menggantung kes dia sampai bertahun-tahun lagi. Pertimbangan beginikah yang dikatakan adil? Kalau kerana denda RM1000 kerana lafaz cerai luar mahkamah tu membawa banyak mudharat dari memberi keadilan, ubahlah hukuman itu, semoga tanpa denda, suami tak ragu2 lagi untuk mengaku. Isteri pun tak kena belitan naga sakti pembohongan suami. Perlu pertimbangkan, kemaslahatan umum, bukan sekadar meraih pendapatan institusi. Meskipun Puteri faham hasrat mendenda itu supaya suami tidak sewenangnya melafazkan cerai pada isteri, namun realitinya, tidak semua manusia tu sesabar kakitangan mahkamah syariah yang sanggup mengunci lidah. Sebahagian mereka jahil akan wujudnya undang2 begitu kerana tidak ada dalam hukum hakam kitab Fiqh. Realitinya sekarang, setelah dikuatkuasakan, ianya lebih banyak memberi masalah kepada isteri yang dianiaya oleh suami yang jenis tak nak mengaku, yang mengakibatkan gantung tak bertali. Demi kemaslahatan umum, Puteri merayu, runtuhkanlah ego dengan mempertimbangkan untuk mengubahnya semula.

Bayangkan, makin lama ditangguh-tangguh, tubuh makin dimamah usia. Nak kawin lain tak boleh, sebab agama Islam yang mereka ceramahkan kata, wanita tak boleh polyandri macam lelaki yang boleh poligami. Jadi, seorang wanita yang berkahwin, kalau suami tak ceraikannya, sampi mati pun tak boleh kawin lagi. Inikah cara hidup yang tuan-tuan katakan ISLAM? Maaf, Islam yang Puteri yakini tidak menzalimi dan tidak menganiayai sesiapa.

Peraturan-peraturan yang tidak menasabah seperti nak cari saksi yang mendengar lafaz cerai perlu diubah kepada pembuktian yang lebih relevan. Mengapa tak mahu ubah peraturan sebegitu? Sikap takut untuk mengubah sistem/konsep/birokrasi sedia ada di mahkamah syariah yang melecehkan, sehingga membuat masyarakat teraniaya, mana lebih buruk? Sedangkan, diantara ciri syariat Islam ialah mudah dan memberikan kemudahan dalam segala urusan kehidupan.

Menjadi isteri, seperti tidak ada jalan keluar bagi masalah rumahtangga Islam di Malaysia. Lebih sadis bila ada yang menganggap wanita berkahwin, sebagai pekerja rumahtangga. Mereka menganggap seorang wanita yang telah bersetuju untuk berkahwin, ibarat pekerja yang terikat dengan perjanjian. Huh! sungguh, manusia telah kembali kepada hukum jahiliyah.

Apakah mahkamah tidak lagi mengambil kira sikap suami serta peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam rumahtangga yang menjurus kepada perceraian? Pengaduan isteri yang mengadu akan derita yang dialaminya, apakah tidak lagi perlu dilihat sebagai kuatnya hujah lebih baik bercerai dari hidup tidak sefahamanan? Apakah mahkamah hanya mengambil kira sumpah suami yang bersumpah (entah bohong entah tidak)? Inikah hasil didikan agama yang tidak menggalakkan menggunakan akal tapi taklid  pada hukum statik, tanpa perlu dihujahkan kerasionalannya? Inikah tahap pemikiran para pemuka keadilan di Mahkamah Syariah Malaysia? Jelas sekali kita perlukan satu anjakan paradigma. Kita perlukan gelombang baru. Pilihlah samada mahu berjinak-jinak dengan gelombang baru atau mahu gelombang tsunami yang merubahnya.

ISLAM adalah untuk semua, bukan untuk orang-orang beragama Islam sahaja. Mengapa masih takut untuk menyatukan sistem kehakiman syariah dan sivil? Kalau kerana berbeza sistem perundangan, kajilah mana yang lebih adil dan lebih realistik. Sunnatullah adalah hukum alam yang logik dan seimbang. Kalau mahkamah syariah merasa inferior bila bergabung dengan mahkamah sivil, pasti ada sesuatu yang tak kena. Seharusnya hukum Allah mengatasi segala sesuatu dan sesuai untuk manusia sejagat, barulah ISLAM itu dihormati semua dan mereka akur dan setuju berlindung di bawah perlembagaan ISLAM. Renungkanlah sahabat!!!

Mungkin fahaman yang disebar luas bahawa Allah benci perceraian, adalah berdasarkan dari sepotong hadis
 riwayat Abu Daud seperti berikut "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak". 
Hadis ini adalah  untuk talak yang tanpa sebab, atau dengan kata  lain, main-main talak atau suka suka nak cuba talak.  Bagaimana pun menurut kitab Fathul bari, juz 11 halaman 271, ianya dianggap cacat kerana mursal.

Apakah mungkin Allah membenci perceraian bila dalam Q4:130 terdapat firmannya:

 "Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya"(Q4:130).
Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian. Kemudian, Dia menolong kedua-dua belah pihak. Jadi, bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah kedua-dua belah pihak perlu ditolong?

Inilah yang pernah Puteri hujahkan dulu dengan seorang kawan di satu lawan web, berkaitan kisah realiti sikap mahkamah terhadap kes perceraian suami isteri yang digantung tak bertali. Cerai- gantung tak bertali adalah suatu KEZALIMAN, tuan-tuan. Dan orang yang zalim, harus diperangi.

Bagi peguam bela syariah dan si suami yang seperti di atas pula, Puteri ingin membawa sepotong hadis dari Bukhari  dan Muslim seperti berikut untuk santapan rohani kalian:
Ummu Salamah berkata bahawa Rasulullah mendengar pertengkaran di depan pintu bilik baginda, lalu baginda keluar menemui mereka dan berkata "AKu hanyalah seorang manusia. Kadang-kadang datang padaku prang-orang yang bersengketa. Boleh jadi sebahagian daripada kalian lebih pintar daripada sebahagian yang lain (dalam berhujah) sehingga ku mengira dialah yang benar, lalu aku mengeluarkan keputusan yang menguntungkannya. Kerana itu,  barangsiapa yang aku putuskan mendapat hak orang lain, maka ia sebenarnya tidak lain adalah secebis daripada api neraka. Jadi terserahlah kepadanya sama ada mahu mengambilnya atau membiarkannya"

Monday, January 18, 2010

PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

18 Januari 2010
Biasa betul saya membaca dan mendengar pakar2 poligami menggunakan Quran 4:3 untuk menguatkan hujah kebolehan berpoligami bagi mereka.

Puteri sejak dulu memang masih mencari2 kebenaran bahawa poligami ni dibolehkan berleluasa. Malah keheranan saya meningkat bila ada pulak puak2 yang mempromosi poligami seolah ianya sesuatu yang digalakkan.

Kajian persendiriran yang Puteri dapat sejauh ini berkaitan poligami ialah seperti di bawah. Bagaimana pun, Puteri alu-alukan perbincangan secara aman berkaitan topik ini, untuk memperbetulkan kesilapan fahaman Puteri jika terdapat.

Quran 4:1-6 itu jelasnya menceritakan tentang perlunya menjaga kebajikan anak2 yang menjadi yatim. Anak2 menjadi yatim bila bapanya meninggal dunia, yang mana sebelumnya bapalah yang menjadi pengurus/penjaga kebajikan anak2 ini. Apabila pengurus/penjaga meninggal dunia, ayat 4;1-6 itu memberitahu bagaimana cadangan2 menguruskan harta yang ditinggalkan demi memastikan kebajikan anak2 itu terus terjamin.

Adalah pelik jika dalam membincangkan PENGURUSAN HARTA anak2 yatim tiba2 muncul ayat berpoligami di tengah2nya. Kebiasaan yang diperkatakan ialah Q4:3 yang ditafsirkan oleh kebanyakan sebagai "kahwinilah" + "dua, tiga atau empat". Kalau kita baca ayat itu sepotong2, memang kita tak akan perasan yang kisah yang dibawakan adalah berkaitan kaedah PENGURUSAN HARTA anak2 yatim.

Q4:1 - membuat muqaddimah surah An-Nisaa' dengan memperkenalkan kepada manusia bahawa manusia itu dicipta dari DIRI yang SATU dan kemudian pasangannya dan kemudian banyaklah lelaki dan wanita. Dan tak lupa dalam ayat ini ada peringatan perlu saling menjaga hubungan dan bahawa Allah selalu mengawasi manusia.

Q4:2 - menyarankan agar pengurusan harta anak2 yatim dilakukan dgn baik dan amaran bahawa jika tidak demikian, ianya adalah dosa besar.

Q4:3 - memberi alternatif jika manusia itu merasa bimbang tak dapat berlaku adil terhadap pengurusan harta anak2 yatim di bawah jagaannya, maka himpunlah wanita2 dalam dalam kelompok dua-dua, tiga-tiga atau empat2 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu tadi. Mengambil kira  bahawa surah ini adalah surah An-Nisaa' yang rata2 menceritakan tentang wanita, maka saya melihat martabat wanita telah diangkat dalam ayat ini dengan memberi kepercayaan/amanat kepada wanita2 untuk menguruskan harta2 itu dalam berkelompok. Omputih kata, "2 heads are better than 1". Jadi, saranan untuk himpunkan wanita dalam gandingan 2, 3 atau 4 untuk menguruskan harta anak2 yatim itu adalah relevan menurut ukuran saya. Ayat ini menurut saya tidak bermaksud kahwinkan atau kahwini. Mempertimbangkan si pemberi nafkah adalah bapa/lelaki, maka sepeninggalannya (mati) bolehlah pengurusan itu diberi kepada wanita iaitu si isteri yang ditinggalkan. Pilihan menguruskan harta itu dibenarkan dilakukan sendiri oleh si isteri atau pun berkumpulan 2 atau 3 atau 4, setelah mempertimbangkan bahawa illmu pengurusan harta bukan mudah dan bagi membantu para wanita2(isteri2) menguruskan harta, bolehlah gabung/himpunkan mereka dengan yang berilmu kaitannya. Bagaimanapun, jika dibimbangi dengan gabungan itu tak dapat berlaku adil, biarlah isteri tu sorang aje uruskan. Saya menggunakan perkataan himpun sebagai memahamkan "nun kaf ha" dalam bhs Arab kerana kepercayaan saya bahawa "nun kaf ha" yang dalam bahas Arab tu juga bermaksud himpun. Bagaimana pun, saya mengaku bahawa saya bukanlah pakar bahasa arab, jadi ianya masih boleh dibahaskan lagi jika ada yang mendapati tidak bersetuju dengan saya. Seterusnya ayat 4:3 ini memberi lagi alternatif, jika bimbang keadilan tak dapat dicapai dengan cara pengurusan berkelompok itu, maka cukuplah seorang saja menguruskan atau ambillah mereka yang dipercayai yang berada dalam kuasamu (tangan kananmu miliki).  Kesemua ini, saya kaitkan dengan pengurusan harta anak yatim kerana permulaan ayat ini ada "wa" yang memberi maksud "dan" dalam bahasa melayu, menunjukkan kelangsungan cerita dari ayat yang sebelumnya iaitu perihal pengurusan harta anak yatim.

Q4:4 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini menurut kefahaman saya, menyarankan agar berilah ganjaran berbentuk "sad dal qaf ha" (yang orang melayu kata sedekah), dalam ayat ini saya fahamkan sebagai ganjaran/upah/hadiah. Jadi, dengan sepenuh rela hati, berilah ganjaran kepada pengurus wanita itu (mungkin si isteri seorang atau isteri dan team pengurusannya), tapi jika mereka dengan rela hati nak belanja kamu balik sebahagian dari hasil dari ganjaran/upah/hadiah yang dia dapat dari kamu tu... bersamalah menikmatinya.

Q4:5 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Ayat ini pula melarang menyerahkan pengurusan harta anak yatim kepada orang2 yg tak ada pengetahuan tentang ilmu pengurusan harta, sedangkan Allah melantik kamu sebagai general manager atau pengelolanya. Ayat ini menguatkan hujah saya berkaitan ayat 4:3, di mana jika si isteri sebagai pengurus wanita tu tak reti nak uruskan kerana kekurangn ilmu berkaitnnya, maka wajarlah diberi peluang untuk mempelajarinya dengan bergabung/himpun bersama pengurus yang lebih arif tentangnya. Selain itu, bayangkan senarionya dalam ayat ini bahawa di zaman Rasulullah itu ada ditubuhkan BAITULMAL ANAK2 YATIM sebagai pemegang amanah menjaga dan menguruskan harta anak2 yatim yang mana bapanya meninggal. Peringatan dalam ayat 4:5 ini menegaskan bahawa kalau nak ambik orang bekerja sebagai pengurus2 baitulmal itu (dalam konteks sekarang mungkin dipanggil account manager), pastikan mereka itu ada ilmu berkaitannya, kalau tak.... hancus.... Peringatan lagi kepada para pengurus2 itu, berilah anak2 yatim itu perbelajaan dan pakaian dan cakap baik2 dengan mereka, jangan dok menengking/bengkeng ajer dengan mereka, mentang2 budak tu takder bapak...ha gitu la lebih kurang pemahaman saya pada ayat ni.

Q4:6 - Juga bermula dengan kekata "wa" iaitu "dan", bermaksud masih lagi memaparkan kelangsungan cerita yang sama iaitu pengurusan harta anak yatim. Dalam pengurusan itu, disarankan agar anak2 yatim itu diuji tahap kebolehan pengurusan harta. Kalau lulus, serahkanlah harta mereka untuk mereka uruskan sendiri. Ayat ini memberi peringatan yg menurut kefahaman saya, begini "Janganlah ambik % lebih2 sangat dari upah pengurusan tadi, mentang2 budak2 tu masih kecik". Kalau pengurus tu org berada, tak yah la ambik upah, jadi pemegang amanah sudahlah, kan mereka anak2 yatim, tapi kalau pengurus tu orang miskin, ambiklah upah sikit tapi patut2 le. Pastu, setelah sekian lamanya menjadi pemegang amanah/pengurus harta mereka, bila budak2 tu dah layak uruskan sendiri, bawalah saksi untuk mengesahkan penyerahan itu.

Jadi, kat mana relevannya 4:3 tu terselit bab poligami pulak? Puteri confuse .....

Nota:
Untuk ringkasan tatacara pengurusan harta anak yatim, sila lihat komen Puteri Mac 15, 2010 di bawah.