1 FEBRUARI 2011
Perasaan marah, sedih, suka, benci, seronok, takut, seringkali silih berganti dalam hidup kita.
Dari manakah datangnya pelbagai emosi/perasaan yang kita alami setiap hari itu?
Bila Puteri lemparkan soalan ini pada kenalan-kenalan sekeliling Puteri, kebanyakan akan menjawab "dari hati". Biasanya kita percaya yang peristiwa-peristiwa luaran diri kita lah yang membuat kita rasa marah, sedih, takut, suka, seronok dll itu. Apakah ini benar?
Kalau kita amati, dalam kehidupan kita sehari-hari ada orang, benda-benda, perkara-perkara dan kejadian-kejadian yang berada luar diri kita, yang dikenali sebagai faktor luaran, yang diluar kuasa diri kita untuk mengawal akan berlakunya. Manakala dalam diri kita pula terdapat fikiran-fikiran kita sendiri yang mana boleh kita kawal.
Bila Puteri amati dengan lebih teliti, Puteri dapati yang benda-benda, orang, perkara2 dan kejadian-kejadian tu semua tak ada "makna" pada dirinya sendiri. Ia boleh aje dilihat positif atau pun negatif ataupun mungkin neutral aje. Sesuatu perkara tu tak mempunyai makna pada dirinya sendiri, tapi kitalah yang memberi makna padanya samada ianya positif, negatif atau pun neutral. Kita mentafsir perkara itu dan kitalah yang meletakkan makna padanya. Sesuatu itu dikatakan "baik" bila kita mentafsirkannya "baik". Bukankah kerja sang fikiran yang mentafsirkan peristiwa di luar sana?
Lantaran itu, bila berlaku suatu peristiwa di luar sana, dan bila fikiran kita mula bekerja untuk mentafsir, kelihatan berlaku dialog dalaman, dalam kepala kita, dan kita bercakap dengan diri kita sendiri. Hasil dialog itu, kita memberi tafsiran dan makna kepada peristiwa luaran itu.
Contohnya bila kita ditegur oleh seseorang yang kita telah buat silap. Fikiran kita mungkin berdialog "Dia ni baik hati dan ikhlas menegur aku supaya aku tak terjebak dalam penipuan itu" atau pun fikiran kita mungkin berdialog "Dia ni asyik nak cari salah aku je, dia ingat dia aje yang betul". Puteri terfikir, mungkin dialog yang dicetuskan oleh fikiran inilah yang memberi makna kepada kita akan apa yang berlaku.
Mungkinkah bila fikiran memberi "makna" kepada sesuatu, "makna" inilah yang kemudiannya mencetuskan suatu perasaan dalam diri kita, perasaan suka, marah, takut, seronok, benci dll?
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Tuesday, February 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)