18 Julai 2011
Tahu tak apa itu "duduk diam"?
Kalau tak tau, itu lebih baik Sebab bila tak tau apa-apa, kita boleh belajar, kita boleh mempelajarinya.
Macamlah kalau orang tak faham bahasa Prancis, Latin atau Itali. Sebab tak tau le, kita leh belajar; kita leh belajar seolah-olah untuk pertama kalinya. Mereka yang dah tahu apa itu "duduk diam", harus menghapus pengetahuannya dan kemudian baru leh belajar. Nampak tak bezanya?
Untuk mempelajari "duduk diam", kita harus melihat bagaimana batin kita bekerja. Kita harus mengamati, seperti kita mengamati seekor cicak merayapi dinding. Kita melihat keempat-empat kakinya, bagaimana ia melekat pada dinding itu, dan selagi kita mengamati, kita melihat semua geraknya. Kita mengamati dalam keadaan batin yang diam. Macam tu la kita mengamati fikiran kita. Bukan dengan upaya untuk memperbaiki. Bukan dengan usaha. Amati aje.
Bagaimana kalau saya beri sedikit bantuan permulaan?
Mula-mula, duduklah diam dengan rehat sekali. Duduklah dengan santai, bersila ke atas kerusi ke, duduk tahiyat ke, tak kisahlah asal selesa. Duduklah dengan diam samasekali, tutup mata anda, dan jagalah agar mata anda tak bergerak-gerak. Boleh? Bola mata kita memang cenderung untuk bergerak, tapi kali ni, jagalah supaya ia diam sama sekali, cubalah.....
Pastu, selagi anda duduk dengan tenang sekali, discover apa yang fikiran anda sedang lakukan. Amatinya seperti anda mengamati cicak tu tadi. Tapi kali ini, amatilah fikiran anda, amati bagaimana sebuah fikiran itu berlari, bergerak, bekerja kemudian tiba-tiba muncul fikiran yang lain, lepas satu, satu. Cara ini, anda sedang mengamati fikiran.
Nampak tak bagaimana kita mengamati fikiran kita - bagaimana fikiran yang satu mengejar fikiran lain, sampai fikiran itu sendiri berkata, “Ini fikiran baik, itu fikiran buruk”?
Pastu bila dah biasa, cubalah amati fikiran anda, bila nak tidur waktu malam, bila sendang berjalan. Amati aje fikiran anda, jangan cuba memperbaikinya, jangan cuba perah ia, dan amalan begini, anda mulai mempelajari awalan "duduk diam". Sekali anda mulai belajar, belajar itu tidak ada akhirnya.
Showing posts with label duduk diam. Show all posts
Showing posts with label duduk diam. Show all posts
Monday, July 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)