Tuesday, December 22, 2009

ISLAM KAFFAH

Saya mendengar  dan melihat seorang anak  yang sedang marah memaki dan menendang adiknya. Saya menghampiri anak itu dan berlakulah petukaran pertanyaan seperti berikut:

Saya     : "Awak beragama apa?"
Budak   : "Islam".

Saya     : "Agama Islam yang awak percaya membenarkan awak memaki dan menendang adik awak?".
Budak   :"Tidak".

Saya     : "Agama apa dalam dunia ini yang membenarkan memaki dan menendang adik awak sebegitu?"
Budak   : "Tak tau".

Saya     : "Apakah awak percaya ada agama yang menggalakkan perbuatan seperti yang awak lakukan tadi?"
Budak   : "Tidak ada".

Saya     : "Jadi semasa awak memaki dan menendang adik awak itu, awak beragama apa?"
Budak  : diam shj....


Melihatkan budak itu terus diam, saya pun berkata padanya "Masuklah ISLAM sepenuhnya (Kaffah). Jangan celup celup, jangan kejap masuk kejap keluar!"

8 comments:

  1. Agama apa yang membenarkan membunuh orang?

    Jawapan : Islam

    ReplyDelete
  2. Faham ke budak tu apa maksud kejap masuk dan kejap keluar islam itu, ?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    "Agama apa yang membenarkan membunuh orang?
    Jawapan : Islam"
    Tapi dalam islam ada toleransi, bukan main bunuh jer, cari jalan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Surah Al Anfal(8) ayat 17.

    ReplyDelete
  5. Samada dia faham atau tidak, bukanlah kuasa saya. Sebagai khalifah di bumi ini, saya hanya menyampaikan. Mungkin tidak faham hari ni, akan faham hari depan.

    ReplyDelete
  6. Jika lihat ayat 8:17, memanglah nampak macam Islam ajar membunuh. Tetapi cuba lihat ayat daripada 8:15, ia menunjukkan orang2 kafir dulu ingin memerangi orang Islam, barulah wajib orang Islam mempertahankan diri.

    ReplyDelete
  7. salam semua.

    KAFFAH adalah perbuatan yg tidak sepotong2.

    Islam Kaffah maksudnya keseluruhan adanya. Merangkumi apa sahaja bidang di alam ini.

    Jadi kalau ada peperangan, konflik sesma sendiri adalah dari punca terbit manusia dan kemanusiaan sahaja,

    Yang Maha Pencipta telah memberi KAFFAH utk hidup pilihan mahu dikaitkan dengan sesuatu perkara atau tidak!

    Guru agama tadika 2010

    ReplyDelete
  8. Bagaimana menurut tuan caranya agar tidak berkonflik atau peperangan?

    ReplyDelete