Monday, December 7, 2009

Mati Hidup Semula

7 DEC 2009
MATI HIDUP SEMULA


Hari ni saya merasakan seperti mati hidup semula. Kenapa ye? mmg tak dapat nak jelaskan dengan perkataan manusiawi.

Banyak perkara yang pernah saya lalui dulu, telah termendap jauh dalam lubuk hati. Mungkin ke sebab saya dah lama tak bertukar2 pendapat dengan kengkawan yang dulunya rajin memberi sumbangan2 ilmu? Atau mungkin ke saya telah dihanyutkan oleh beberapa perasaan peribadi yang akhirnya saya terlupa menggilap butiran2 mutiara yang saya dapati dulu?

Hari ini, saya mengemas kembali lubuk2 hati saya. Menyapu debu2 yang jelasnya dah bertepek dan menebal. Mencungkil kembali butiran2 mutiara itu dan kini saya menggilap kembali.

Tetiba air mata saya yang ibarat mutiara itu menitik satu persatu, mengalir lesu di pipi saya. Jari jemari saya yang laju menekan butang2 keyboard, kini terhenti sebentar, menyapu butiran jernih itu dari pipi. Hati semakin sayu dan pilu. "Pilu apakah yang aku rasa ini? Sayu apakah yang aku rasa ini?" detik hati saya.

Setelah puas saya mengemas lubuk hati, saya melihat ke dalam kotak emas hati saya, saya terlihat sebiji permata yang sangat bersinar di dalam kotak emas itu. Air mata saya kini menderas laju mengalir kepipi dan jari jemari saya tidak mampu lagi untuk menyapu mengeringkannya.

"Ya Allah! mengapa aku tidak pernah melihat jauh ke dalam lubuk hati ku ini dengan cermat? Mengapa aku tidak pernah MAHU melihat apa adanya di dalam kotak emas hati ku ini?" Rintih hati saya pada diri.

Saya berhenti sebentar. Tiba2 saya terhenti. Berdiam lama, tanpa berfikir apa2, tanpa gambaran apa2, tanpa perasaan apa2. Kosong... hanya kosong saya rasakan. Saya menikmati aje apa yang datang ke dalam diri saya.

Kini dalam kesedaran semula, saya merasakan seperti mati hidup semula...

4 comments:

  1. Bertanyalah dgn 4 soalan:
    1. Siapa saya
    2. Di mana saya
    3. Kemana saya
    4. Bagaimana saya ke sana

    Jawapan:

    1. Saya adalah pembuat keputusan.
    2. Saya disini disebabkan oleh semua keputusan2 lampau yg telah saya buat di sepanjang hidup saya.
    3. Saya akan ke matlamat yg saya akan putuskan melalui keputusan2 baru yg saya akan lakarkan.
    5. Saya akan laksanakan setiap keputusan yg saya ambil dengan penuh kesungguhan sambil berserah kepada Yang Maha Esa di atas keberkatanNya.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan "Anynomous" berkaitandi atas.
    1. Pembuat keputusan -> pilihlah sendiri
    2. Di sini -> sedar setiap detik berada di sini, bukan di masa lampau atau di masa depan
    3. Ke matlamat saya -> rancangan2 saya
    4. BERGERAK.....

    ReplyDelete
  3. salam semua.

    HIDUPLAH sebebas2nya.

    Bukan hidup melanggar dengan SENGJJA wilayah orang laian.

    Be urownself as SYAHADAT!

    Semoga pelajar tadika yg sya menagajaknya akan dapat sedkikit demi sedikit memehaminya......

    Guru agama tadika 2010

    ReplyDelete
  4. Hari ni saya membaca balik topik ini, dan saya menyemak kembali diri....

    Ye, saya merasa bersyukor menjadi diri sendiri, bukan diri yang orang mahu saya jadi, dan bukan diri yang saya mahu menjadi. Tapi saya menjadi apa adanya diri saya, sedar setiap detik akan diri saya.

    Setiap detik, saya amati suara-suara kecil dari kedalaman diri saya bagi tuntutan diri, saya semakin gembira hari ini, kerana saya merasakan bahawa saya semakin bergerak kearah tulennya diri saya... Syukor.

    ReplyDelete