Monday, January 24, 2011

HUJAH MAK LONG TIJAH

24 JAN 2011

Puteri sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa sebab Puteri sendiri tak faham  apa matlamat Mak Long Tijah dalam hujahnya. Namun, Puteri berlapang dada untuk memberi laluan khusus kepada Mak Long Tijah untuk berkongsi dengan Puteri dan para pembaca blog ini akan ilmu yang ingin disampaikannya.

Mari kita mentelaah ilmu nya...

Petikan di bawah ini, Puteri ambil dari tulisan Mak Long Tijah di blog Puteri di bawah tajuk yang lain.



Mak Long Tijah said...


Assalamualaikum.


Diizinkan Allah swt saya terjumpa blog ini dengan takberniat langsung pada mulanya. Inilah kuasa Allah swt yg mutlak ke atas makhluk di bawah kekuasaanNya yang mutlak, Subhanallah!


Terasa pulak dihati kecil ni untuk bersama bertukar pendapat secara terbuka. Mudah2an ada gunanya kehadiran saya di sini sebagai pengunjung tiba2 sahaja.


Saya tertakluk di bawah ini dari kekuasaan, sifat2 Allah swt yg tak terukur dan terkira. Saya hanya kutip sedikit sahaja seperti saya tuliskan.


MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.


1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)


Saya terfikir bahawasanya AKAL manusia dan kemanusiaan adalah sekerap resah dan gelisah, terburu2, dan selalu bermain dgn lojik2 tidak mutlak adanya.

Kekeraplaziman akal kita yg tak sempurna ni bercanggah dengan lojika2 akal yg lain2. Mengapa terjadi?

Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

Allahu 'Alam.

Mak Long Tijah.

Sila kan...

76 comments:

  1. Salam

    RE-RESPON

    Maklong Tijah tulis...
    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    Komen:
    Benar, tetapi itu bukan isu yg dibincangkan disini...


    Maklong Tijah tulis...
    Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

    Komen:
    Selagi manusia itu hidup mereka akan berdepan utk membuat keputusan dan berijtihad dlm menjalani kehidupan mereka, samada mutlak atau tidak mutlak bukan isunya, kerana yg mutlak hanya milik Allah, manusia tetap akan berdepan untuk membuat keputusan dan berijtihad dlm kehidupan mereka walaupun bersifat fragment...

    So No : 1, 2, dan 3 yg anda katakan tuh tidak tepat utk dikaitkan dngn permasalahan yg cuba puteri sampaikan... kalau anda rasa ianya ada kaitan andalah yg sepatutnya tolong tunjukkan utk kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    AKAL adalah sebahagian ciptaan diri manusia dari berbagai-bagai lagi bahagian diri seperti bahagian tangan, kaki, mata, telinga, perasaan dll.

    Diri setiap individu adalah dari Allah. Sudah pastinya setiap ciptaanNYA tidak serupa denganNYA, akan kembali padaNYA. Dah DIA pencipta segala makhluk, pastilah DIA maha mengetahui. Jadi, tiada keraguan dari ayat-ayat yang dibawakan dari no 1,2 3.

    Petunjuk Quran menyatakan, dari nafas yang satu, manusia diciptakan dan berkembang biak. Jadi, sudah pastilah setiap kita adalah bahagian-bahagian dari yang satu itu. Yang demikian, hasil dari akal setiap dari kita, mungkin bersamaan dan mungkin berbeza aje kerana kita adalah bahagian-bahagian dari yang satu itu.

    Jadi, dengan sepenuh kerendahan hati Puteri bertanya, apa yang Mak Long nak sampaikan sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. salam puteri.

    kelihatan puteri juga terlupa memindahkan di bawah ni ke sini or rase tak perlu?

    January 24, 2011 2:25 PM
    Mak Long Tijah said...

    Assalamualaikum Jbeon dan puteri dan semua :

    Mak Long berasas yg sedikit shj dri sifat2 Allah yg tak terkira dan terkukur.
    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.

    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)

    Maklong memang tidak mutlak dalam apa jua perkara yg berdasar AKAL dan AKAL2an MANUSIA DI DUNIA INI, tEPAT CKP jEBON TU DAN JUGA PUTERI SANGAT BERAKAL2AN DLM PENERANGANNNYA MENJADI LAZIM.Telah berminat?

    mAKLONG DGN ASAS DI ATAS TIDAK DAPAT MEMASTIKAN KEBENRAN MELALUI APA JUA CARA! MAK LONG RASEKAN MCM TIADA JALAN KHUSUS LA DLM MENCARI KEBENRAN YG BUKAN DRI qURAN, HADIS, IJMAK ULAMAK DST.

    MAK LONG TAK LARI LAH SELAGI KALAU MAK LONG MAHU MENGAITKAN CARA AKAL2-AKALAN SHAJA MENARIK FIRMAN TEKSTUAL YG MANUSIA JUMLAH 6RIBU LEBIH KLU MAK LONG XSILAP. DAN JUGA HADIS2 YG XTAHAU ASAL-USULNYA HANYA BERITA2 LAMPAU. BOLEH SHAJ KLU KITE BERMINAT UTK BERAKAL2AN.

    MAKAN BERHATI2 DGN AKAL YG MAMAPU MENGAMBBARKAN KEBENARAN YG SAMAR KEKDANG TERLIHAT MACAM BENAR ADANYA.

    Mak Long kerap ajak para isteri menjadi dirinya sendiri dan juge para suami menjadi diri sendiri shaja out of ideologi berbaur dominant, indoctrine dan sedra-mara fahaman tersebut. JD bukan tekstualisma apa jua yg menentukan HUKUM-HAKAM bersuami ister dll.

    ALLAH U 'ALAM SAHAJA.
    January 24, 2011 5:51 PM
    Mak Long Tijah said...

    terlupa nak sampaikan lg. terbukti akal dan akalan maklong tidak sempurna benar!

    Sila sahaja puteri buka bebarapa topik la if u want/need sahaja.

    Jangan stataik dgn ala mainstream yg dah ber2tahun di amalkan manusia tapi masih bercanggah adanya.

    Mak Long konsisten dgn berdasarkan No: 1. 2 . 3 yg sedikit shj tu, will c hoh.......

    wassalm

    Sdr jebon, mmng mak long akui mak longn juga berakal2an juga. Itu pasti digunakan TAPI diminta pertanggungjawaban tidak samsekali kerana penagkuan di atas No : 1, 2,3 nak mlong ditakluki.

    Sekrang mak long mahu berani dgn berterus terang dgn akal2an sahaja yg tak mutalak!

    Sekirannya anda melekat dgn Quran tekstualisma hukum-hakam yg berakal2an anda pasti mendapat kebenran yg samar! Mentelah lagi satatik dgn ahdis dan riwayatnya ijmak ulamaknya dsb.

    Sila kita terbuka bershariang fahaman dgn terbuka dan kemaslahatan insaniah!

    Puteri sekiranya akal anda tak dapat menagkap may be si Jebon dapat dgn ikhlas dan terbuka adanya dan sharing dgn anda.

    Semoga puteri dan kawan2 menjadi mahu tidak MENOLAK yg belum diketahui dan dikenali.

    Allahu 'Alam.

    Mak Long Tijah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puteri dan kawan2 seiringan, mak long cari sepotong firman yg puteri paparkan di blog ini.

    Akhirnya tercapai juga hasrat mak long utk let u know la.

    Pueteri menanggap or menangkap maksudnya apa? sila sharing dgn mak long.

    al-`Ankabut 029:049

    ‏29:49 بل هو ايات بينات في صدور الذين اوتوا العلم ومايجحد باياتنا الا الظالمون
    Transliteration Wama kunta tatloo min qablihi min kitabin wala takhuttuhu biyameenika ithan lairtaba almubtiloona
    Literal And We were not reading/reciting from before it from a Book , and nor you write it with your right (hand), then the wasters/falsifiers would have doubted/become suspicious.

    ReplyDelete
  5. Salam
    Apakah terjemahan bahasa omputih tu hasil dari kajian Mak Long Tijah sendiri atau kutipan dari penterjemah lain? Tak tau lah Puteri kalau bahasa omputih tu maksudnya betul menurut Mak Long Tijah, sebab Puteri tak pandai bhs omputih sangat.

    Tapi ini adalah hasil terjemahan yang Puteri usahakan sendiri menurut rujukan kamus dan bantuan beberapa sahabat. Kalau Puteri tersilap terjemah di mana-mana, mohon kepakaran Mak Long Tijah tunjukkan dan perbetulkan, Puteri sangat berlapang dada dalam mempelajarinya.

    بل : Bahkan (kata seru)
    هو : ia (gantinama diri ke-3, seorang)
    ايات : ayat-ayat (banyak)
    بينات : nyata/jelas (kata sifat)
    في : dalam (kata sendi yg menerangkan objek seterusnya)
    صدور : dada (kata nama)
    الذين : mereka/orang-orang (gantinama relatif, banyak)
    اوتوا : mereka yang diutus -> اوت(kata kerja org ke-3, banyak) + وا (gantinama yang menerangkan subjek)
    العلم : ilmu/pengetahuan
    وما : و (dan) + ما (huruf nafi)
    يجحد : ي di awalan menunjukkan orang ke-3 + جحد tak percaya (kata kerja/kelakuan)
    باياتنا : awalan ب bermaksud “dengan”(with/by) + ايات ayat-ayat (menunjukkan banyak) + نا gantinamadiri pertama, banyak
    الا : kecuali
    الظالمون : penzalim-penzalim/orang-orang zalim

    Yang demikian, berikut adalah terjemahan Puteri :
    Q29:49 Bahkan ia ayat-ayat yang nyata/jelas dalam dada mereka yang diutus/diberi pengetahuan/ilmu. Dan tiadalah mereka menafikan dengan ayat-ayat kami kecuali orang-orang zalim.

    Apa yang Puteri faham secara ringkas dari maksud ayat tu ialah, kefahaman-kefahaman yang diyakini oleh diri masing-masing dengan ilmu yang dikurniakanNYA adalah ayat-ayat Allah. Yang demikian, masing-masing berhak untuk meyakini apa yang jelas padanya.

    Puteri merasa bertuah kerana Mak Long Tijah sudi memperbetuli kata demi kata terjemahan Puteri.

    ReplyDelete
  6. Boleh tak Mak Long Tijah(MLT) terjemahkan ke dalam bahasa melayu apa yang MLT terjemahkan tu supaya mudah Puteri faham dan mudah kita berbincang.

    Puteri dah jelaskan camana Puteri terjemahkan kata demi kata Q29:49 tu dan kemudian maksud yg Puteri faham dari terjemahan tu. Sekarang, boleh tak MLT jelaskan pula camana MLT dapat terjemahan sedemikian?

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  7. assalam... puteri dan kawan2 sering,

    mK LONG BUKAN PAKAR TERJEMAHAN APA JUA BAHSA. SEMUA qURAN TERJEMAHAN KLU MAK LONG KAITKAN ADALAH HASIL ORANG LAIN YANG MELAKUKAN. jD MAK LONG KUTIP2 SHJ SEBAGAI pENGUTIP DALAM HAL NI/

    KELIHATAN PUTERI DAN KWN2 ADA KEPAKARAN DRI MAK LONG DALAM TERJEMAHAN TU.

    SILA SEPAKAT DGN KWN2 LAK TERJEMAHKAN BAHASA INGGERIS TU KE BAHASA MALAYSIA?

    SALAH APA MAK LONG DALAM KAITAN SEPOTONG SURAH TU DGN TERJEMAHAN PUTERI DAN KWN2?

    wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam

    Mak Long Tijah tulis...
    Sekirannya anda melekat dgn Quran tekstualisma hukum-hakam yg berakal2an anda pasti mendapat kebenran yg samar!

    Komen:
    Selagi manusia itu hidup memang akan sentiasa melekat dengan akalnya...

    Mereka akan berdepan utk membuat keputusan dan berijtihad dlm menjalani kehidupan mereka, samada mutlak atau tidak mutlak bukan isunya, kerana yg mutlak hanya milik Allah, manusia tetap akan berdepan untuk membuat keputusan dan berijtihad dlm kehidupan mereka walaupun bersifat fragment...

    Anda yg berargument seperti diatas itu menunjukkan akal anda yg berargument begitu tetap akan dipertanggungjawabkan diatas anda...


    Mak Long Tijah tulis...
    Sekrang mak long mahu berani dgn berterus terang dgn akal2an sahaja yg tak mutalak!

    Komen:
    Itu juga argument akal anda apabila anda kata akal sahaja yg tak mutlak...

    Sy pula bersyukur kerana Tuhan berikan sy akal :)

    ReplyDelete
  9. Jadi, apa yang MKT nak sampaikan sebenarnya.

    Puteri dengan berlapang dada ingin tahu apa yang ingin MLT sampaikan dengan mengadakan khusus segment ini untuk MLT, dan Puteri bersungguh2 menterjemahkan ayat tu, semoga dapat dibincangkan sepertimana MLT tulis, "Akhirnya tercapai juga hasrat mak long utk let u know la. "

    Jadi apa dia hasrat MLT nak beritau Puteri? Sila lah kongsi.

    ReplyDelete
  10. salam puteri serta iringan kwn2,

    Puteri penerangan jebon tu , mak long sangat setuju, Kebanyakan manusia pasti melekat dgn akal masing2 yg tak mutlak tu. Puteri baca pelan2 deskriptif-tahu dri jebon tu may be can help u le puteri.

    mak long tertarik akal2an mak long dan nak bertanya jebon apa itu ijtihad dalam banhasa malysia? bagaimana katogerinya atau kaedahnya?

    Jebon juga dimohon kat sini by mak long BAGAIMANA UTK MENCAPAI KEBENRAN YG SEJATI? harap sudi sharing kat sini juga. Puteri could u do the same?

    Jika sesuatu yg tak mutlak dari karenah manusia, bagaimana dapat kita bersama menjadi KHALIFAH yg beramanah dan jati iman/islamnya?

    mak long salute para perespon di sini berdiskusi dgn mak long SO FAR.

    Puteri sila amati pelajaran dan pengajaran bukan terlekat, melekat dgn the language is not a real understanding..........

    Akal sangat berpotensi dalam apa jua perkara.

    mak long still tertakluk as above No : 1, 2, DAN 3.

    Allahu 'Alam.

    ReplyDelete
  11. Salam MLT

    Ijtihad = berpendapat dengan pendirian, dlm hal yg dibicarakan disini memutuskan utk berpendapat dengan pendirian. Kebenaran sejati apa anda maksudkan?? Kalu kebenaran mutlak sy dah jelaskan diatas sana...

    MLT tulis...
    mak long still tertakluk as above No : 1, 2, DAN 3.

    Komen:
    Ayat tuh ditujukan kpd sifat Tuhan atau sifat anda??... ahhh sudahhh!!!

    ReplyDelete
  12. assalamualikum puteri dan iringan kwn2,

    mak long nak berterus terang sahaja,

    Cara mak long mmng out of the mainstream sistem.

    Mak long sengaja tidak bersistemmatika dalam berdiskusi or berdialog.

    Mak long elak mengunakan tektstual firman or hadis sebab itu ideology org lain.

    Jd, sekiranya mak long kritik firman Allah dan hadis tu semua bukan mak long against Allah or Nabi Muhammad!

    Puteri terasa bingung dgn bahasa mak long keran tidak tersusun, Bahasa bukan fahaman yng nyata. Ia hanya membantu dan bukan segalanya!

    Semoga puteri faham. kita tanpa niat ada konspirasi dan malice dalam berdialog sudah baik adanya.

    Puteri fikirlah dgn akal puteri,

    wassalm

    ReplyDelete
  13. assalamualaikumjebon

    soalan jebon klu mak long jwb dgn akal2an mak long ttg SIFAT TUHAN or SIFAT MAKLONG tu!! Fuuh nnt jebon akan terasa lak. sebab akal2an jebon bertanya sedemikian, di plus dgn Sudah ahhh!!!

    Anyway thanks for ur kind respon.

    How abt u sang Puteri berkaitan perkara?

    ...true knowledge is impossible under determinism.

    wassalam

    ReplyDelete
  14. ssalamualaikum Puteri serta iringan kwn2.

    Demi Allah saya ingin penerangan puteri kaitan di bawah ni?

    Apakah deklarasi mak long menunjukan SIFAT Tuhan atau sifat mak long?

    Sebagai host blog ini.

    Saya masih mampu menerima penerangan puteri.

    sila baca......

    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.


    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)

    wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam MLT,

    Puteri alu-alukan sesiapa aje yang sudi bersama di blog Puteri demi suatu ilmu.

    Ilmu Allah sangat luas dan tiada ukuran yang dapat menggambarkan luasnya itu. Puteri sangat berlapang dada untuk menerima apa jua ilmu Allah, sekalipun dengan cacing yang Puteri jumpa bila Puteri kemaskan pokok2 bunga, sekalipun dengan ulat2 kecil yang memanjat daun2 dan ranting2 pokok.

    Dalam setiap tulisan-tulisan Puteri sejauh ini, tak pernah pun Puteri mengatakan yang hujah Puteri adalah mutlak benar. Ye, mungkin MLT benar bila mengatakan yang Puteri hanya berakal-akalan, dan Puteri rasa semua orang pun begitu juga kan? Dalam kita menulis, bercakap semuanya menggunakan akal. Puteri dengan sepenuh kerendahan hati memohon ditunjukkan, bagaimana caranya menurut MLT agar kita berkomunikasi tanpa menggnakan akal? Mungkin MLT melihat sesuatu yang Puteri belum lagi dapat melihatnya.

    Puteri rasakan yang dalam berhubungan sesama manusia, kita sememangnya tak dapat lari dari berakal-akalan. Di saat kita mula berkata aje, kita sudah berakal-akalan. Apa lagi dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan orang. Sebaik orang selesai bertanya kita, fikiran kita begitu ligat mencai akal untuk suatu jawapan. Ye, jika dilihat dari sudut itu, benarlah kata MLT bahawa tulisan Puteri dalam blog ini semuanya berakal-akalan.

    Puteri akui kata-kata MLT bahawa, selagi kita menggunakan akal, kita tak akan dapat kebenaran mutlak, kerana kebenaran mutlak adalah lebih jauh lagi dari apa yang kita mampu fikirkan. Sememangnya fikiran manusia adalah terbatas. Jadi, selagi kita berfikir, bermakna benarlah bahwa kita masih dibayangi dengan acuan-acuan persekitaran, tradisi, dan budaya. Mungkin kita tak sedar ini. Mungkin ada baiknya kita halusi lagi semua ini dengan sepenuh kejujuran pada diri.

    Puteri pernah lalui suatu keadaan yang dipanggil tanpa fikiran(agaknya). Malah seringkali Puteri mencubanya dalam kebuntuan fikiran. Contohnya, Puteri sedang dalam suatu usaha kajian dan tiba-tiba Puteri mencapai titik buntu. Puas memikirkan dengan keupayaan fikiran, lantas Puteri duduk diam sebentar, dan melepaskan segala kebuntuan, segala fikiran, segala emosi marah, benci, suka, duka, juga keterujaan. Puteri benar-benar melepaskan segalanya... di sinilah apa yang Puteri katakan BERSERAH.. Puteri benar-benar berada dalam keadaan pasrah, berserah pada Allah semata, akan segala kebuntuan Puteri itu... di sini, berlaku suatu bentuk pengamatan diri sendiri. Tiada lagi fikiran yang ligat memerah otak untuk idea-idea, tiada lagi emosi keterujaan, kosong, amat kosong Puteri rasakan.. berserah sebulat hati tanpa sedikit pun menarik balik sang fikiran untuk bekerja. .. Keyakinan Puteri hanya pada Allah untuk mengajar apa yang Puteri tak tau itu.. tapi tanpa harapan. Alih-alih... sesuatu hadir, ternyata bukan dari fikiran, bukan.. sebab tadinya Puteri sedar dalam meredakan fikiran yang ligat sebelumnya.. kini fikiran itu sudah reda, sudah aman.

    Apakah yang begitu yang MLT maksudkan tanpa fikiran?

    Mungkin sebahagian dari kita juga pernah alami yang serupa perjalanannya, tapi kita tak terfikir bahawa ianya adalah tindakan tanpa fikiran.

    Mungkin bahasa MLT sangat berfalsafah untuk budak kampung macam Puteri ni memahaminya. Itulah kebodohan Puteri. Tapi bila Puteri ulang-ulang lagi baca dan bawanya berserah pada Allah sebagaimana yang Puteri lakukan di atas, Puteri mendapat hasilnya begini. ALih-alih Puteri mendapati bahawa mesej itu jadi jelas dalam dada Puteri, bukan lagi samar seperti sebelumnya.

    Bagaimana pun, langkah terakhir ialah Puteri perlu tanyakan pada MLT sendiri, apakah benar begitu yang MLT maksudkan?

    ReplyDelete
  16. MLT menulis "Bahasa bukan fahaman yng nyata. Ia hanya membantu dan bukan segalanya!"

    Ye, setuju dengan kata-kata tu. Bagaimanapun, untuk suatu komunikasi itu berkesan, kita perlu berbahasa dengan suatu bahasa yang kita sama-sama saling memahami. Contohnya, kalau sorang mat saleh tu cakap bahasa omputih dengan orang Melayu yang tak tau langsung bahasa omputih, nanti itu yang dipaham ke lain dan disampaikan ke lain, dan hasilnya bukanlah seperti yang asal dimaksudkan. Hanya orang-orang tertentu aje agaknya yang boleh paham maksud ayat-ayat berfalsafah MLT tu, dan Puteri bukanlah tahap yang demikian, Puteri orang biasa aje.

    Kalau MLT lihat sendiri dalam blog Puteri ni, ada juga posting2 yang Puteri tulis, tapi tak ada direspon oleh sesiapa pun. Puteri menulis di blog ini sekadar luahan dari dalam diri Puteri. Jika sekalipun tak ada sesiapa merespon, tak ada sebab Puteri nak merasa marah, dan menuntut agar berhujah dengan Puteri sebagai MESTI.

    MLT tulis :

    "Demi Allah saya ingin penerangan puteri kaitan di bawah ni?

    Apakah deklarasi mak long menunjukan SIFAT Tuhan atau sifat mak long?

    Sebagai host blog ini."

    Tuan MLT yang saya hormati, sesungguhnya janganlah mendesak sesuatu yang diluar kemampuan diri Puteri. Apakah kerana hujah itu antara tuan dan peserta di sini, maka Puteri MESTI memberi pandangan berkaitannya hanya kerana blog ini diselenggara oleh Puteri? Demi Allah, Puteri bukan pemilik kebenaran untuk tahu segala kebenaran. Sebaiknya tuan lah yang menjawab samada ye atau tidak aje kerana ianya muncul dari ayat yang tuan bawakan, dan tuan bertanggungjawablah sepenuhnya atas apa yang tuan lakukan.

    Kita di sini bukan nak cari siapa salah atau siapa benar, bukan nak cari siapa paling hebat dan siapa paling lemah, bukan juga blog ini sebagai medan pertempuran serang menyerang. Kita sekadar bertukar-tukar pandangan, dan saling bertukar pendapat, utk mengetahui apa adanya dalam diri sahabat-sahabat kita di sini. Puteri tidak bermusuhan dengan sesiapa, yang demikian Puteri menganggap semua adalah sahabat Puteri.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum puteri dan kwn2 seiringan......

    mak long mahu berpindah tempat dari blog ni ke tempat laian2 shj. dah cukup rasenya....statik akan menjemmukan!

    Deklarasi mak long as above No : 1, 2 dan 3 itu adalah KHUSUS sifat Tuhan sahaja! sesiapa mencurigai ke atas amak long ttg deklarasi mak long dgn soalan sifat Tuhasn or sifat mak long??? akal mak long berkata dia seorang statik dan cling sesuatu yg termudah sahaja!

    Mak long tanya pendpat/pandangan puteri pulak, akal puteri mengelak xmahu disangka nnt menyebelahi mak long or sebaliknya. hehehehe ini adlah the intelectual-game shj. u c akal mak long dah bermaian2 dgn gambaran ke atas ssorg!

    Mak long hanya mengajak semua manusia xkiran apa jua fahaman ber-agama apapun,,,,,,SEDARLAH diri kita dan fahamanlah setiap detik gerak AKAL kita elakan menjadi tuhan2 shj dalam dunia mini,

    Teristimewa sesiapa para ulamak, asatizah dlm agama islan Allah bukan PERSONIFIKASI jgn kaitkan DIA sebagai tamsil, kiasan dsb dalam mengeluarkan fatwa or apajua..........nnti syirik halus menginap dlm diri sehingga akhir hayat!!

    Akhir kalam, jawaban mak long adalah mengajak semua as puteri explanation di bawah ini.

    Allah shj yg mengajar manusia maksud Quran, bukan kalimat2 or bahasa apa jua/

    semua dri manusia adalah TIDAK KEKAL termasuk akal, perasaan dsb!!

    Mak long bukan LARI dri blog ni,m cuma berpindah klu sesiapa kata mak long LARI pulak! itu adalah akal dia melakuni as HAKIM,JUDGE dan semaksud dgnnya!

    BAHASA bukan fahaman yg NYATA!!!!!!!!

    Maaf zahir batin!!

    Allahu 'Alam


    Puteri pernah lalui suatu keadaan yang dipanggil tanpa fikiran(agaknya). Malah seringkali Puteri mencubanya dalam kebuntuan fikiran. Contohnya, Puteri sedang dalam suatu usaha kajian dan tiba-tiba Puteri mencapai titik buntu. Puas memikirkan dengan keupayaan fikiran, lantas Puteri duduk diam sebentar, dan melepaskan segala kebuntuan, segala fikiran, segala emosi marah, benci, suka, duka, juga keterujaan. Puteri benar-benar melepaskan segalanya... di sinilah apa yang Puteri katakan BERSERAH.. Puteri benar-benar berada dalam keadaan pasrah, berserah pada Allah semata, akan segala kebuntuan Puteri itu... di sini, berlaku suatu bentuk pengamatan diri sendiri. Tiada lagi fikiran yang ligat memerah otak untuk idea-idea, tiada lagi emosi keterujaan, kosong, amat kosong Puteri rasakan.. berserah sebulat hati tanpa sedikit pun menarik balik sang fikiran untuk bekerja. .. Keyakinan Puteri hanya pada Allah untuk mengajar apa yang Puteri tak tau itu.. tapi tanpa harapan. Alih-alih... sesuatu hadir, ternyata bukan dari fikiran, bukan.. sebab tadinya Puteri sedar dalam meredakan fikiran yang ligat sebelumnya.. kini fikiran itu sudah reda, sudah aman.

    Apakah yang begitu yang MLT maksudkan tanpa fikiran?

    ReplyDelete
  18. Salam dunia,

    Islam is NOT a name; it is a description of one's total submission and devotion to God ALONE, without idolizing Jesus, Mary, Muhammad, or the saints. Anyone who meets this criterion is a "Muslim" (Submitter). Therefore, one may be a Muslim Jew, a Muslim Christian, a Muslim Hindu, a Muslim Buddhist, or Muslim Muslim.
    God's Messenger of the Covenant delivers God's proclamation that "The only religion approved by God is Submission" (3:19) and that "Anyone who seeks other than Submission as a religion, it will not be accepted from him/her" (3:85)

    Kalau "Islam" atau "Moslim" diartikan sebagai "submission" (atau "surrender", "ikhlas", "pasrah") maka setiap orang yang hidup dalam "surrender" bisa disebut "Islam" atau "Moslim".

    Selama orang yang beragama Islam belum bisa "surrender", maka ia sesungguhnya belum "Moslim". Di lain pihak, orang yang "surrender" meski beragama non-Islam, maka ia bisa disebut "Moslim".

    "Agama" yang sesungguhnya adalah cara hidup dalam "submission" atau "surrender". Dengan demikian "agama" di sini mengatasi kepercayaan, ajaran, dogma, tradisi, kitab suci, organisasi, dst.
    .



    Untuk hidup dalam "keikhlasan" atau "surrender", batin musti melampaui syariat, kepercayaan, dogma, tradisi, kitab suci, dst. Masalahnya bukankah batin kita sejak kecil terkondisi oleh agama, budaya, nilai-nilai sosial masyarakat, dst. Bisakah batin bebas dari keterdondisian itu?

    Iman yang dijadikan pegangan di mana orang menemukan kepastian tidak lebih dari kepercayaan. Sebaliknya, kebesaran hati yang membuat orang berani keluar dari kepastian dan kenyamanan dan keberanian untuk menanggalkan iman yang membuat aman dan pasti adalah awal dari iman yang sejati.

    Kita tidak bisa melihat sendiri kebenaran yang sejati kalau kita sudah melekat pada tradisi, kata-kata Kitab Suci, kepercayaan atau keyakinan. Hanya batin yang bebas yang barangkali mampu melihat kebenaran. Kebenaran inilah yang mengubah, bukan upaya kita untuk berubah. Kalau kita telah berjumpa dengan kebenaran ini, barulah barangkali kita tahu apa artinya hidup beriman.

    Sudi2lah merenungkan dan mendalaminya.

    Salam

    ReplyDelete
  19. Salam

    Apa daaa, mana satu yg nak dibincangkan disini ijtihad manusia atau masalah maksud Islam??

    Kalau berkenaan IJTIHAD MANUSIA tidak boleh disandar kpd 1,2,3 dlm posting MLT tuh... ayat tuh menceritakan sifat Tuhan...

    Selesa tak pakai akal?? Patutlah ramai wanita2 yg digantung tak bertali oleh Mahkamah syariah... selesa ikut mazhab imam2 duhulukala atau rujukan itu dan ini... (zon selesa)...

    Takde pembaharuan krn tak pakai akal utk memikirkan ayat2 al-Quran... tak dapek la deen nak nolong...

    ReplyDelete
  20. Salam Puteri n kawan2,

    Kalou tdk boleh fahami AlQuran melalui tekstual maka bagaimana tuh!MLT? maka kalou saya katakan ibarat seorang yg mencipta sesebuah lagu misalnya, tanpa diperdengarkan kepada sesiapa, apabila ada orang lain tiba2 telah mengalunkan lagu yg kebetulan tersangat mirip apa yg tlh dia ciptakan maka dianya dtg kemukakan itu karya saya! Bagaimana??? apa bukti karya itu dia yg empunya?????? mungkin ayat berikut dpt berikan sedikit info:-

    42:23 Demikianlah Allah telah berikan khabar gembira kepada hambanya yang amanah dan beramal soleh dan berkata Aku tidak meminta kamu upah kecuali kasih sayang kepada keluarga terdekat dan sesiapa yang telah melakukan kebaikan pasti ditambah kepadanya dengan yang terbaik maka hanya Allah yang pengampun yang berterima kasih.
    42:24 Atau mereka mengatakan dia mengada-adakan dusta terhadap Allah dan jika dikehendaki Allah pasti disita hatimu dan Allah hupuskan yang palsu dan mengizinkan hanya yang benar dengan kalimahNya dan Dia mengetahui segala isi-hatimu.
    42:25 Dan dia yang menerima taubat dari hambanya dan telah memaafkan tentang kejahatanya dan mengetahui apa yang telah kamu lakukan.

    ReplyDelete
  21. Salam semua sahabat-sahabat yang saya kasihi.

    Beberapa hari Puteri cuba mendalami mesej MLT, dan Puteri mendapati sesuatu petunjuk seperti berikut.

    Puteri mulakan dengan ERTI/MAKSUD sujud.

    Sujud itu kerendahan hati.

    Kita hanya sujud pada Allah dan bukan pada mana-mana makhluk lain. Ini bermakna kita tidak bersujud pada yang lain selain Allah. Perbuatan sujud itu sendiri ialah dengan meletakkan kepala kita ditempat paling bawah sekali iaitu di lantai. Sebenarnya ini semua dalah KIASAN sahaja. Jika memahami ayat sujud itu sebagai perbuatan yang merendahkan kepala dari anggota lain, apakah faedahnya?

    Sujud ialah merendah hati pada Allah. Bagaimana mencapai kerendahan hati itu, ianya telah pun dikiaskan dengan merendahkan bahagian kepala, apa itu bahagian kepala kalau bukan akal fikiran. Hentikan sang fikiran bila kita berhablumminallah. Kita tak perlu berfikir-fikir dengan Allah sebab tiada suatu pun yang bersamaan dgn Allah jika ianya mampu difikirkan. Allah tak bersamaan dengan makhluk, jadi apa aje yang mampu kita fikir, ianya bukan Allah.

    Ye, memang kitab Quran banyak menganjurkan kita menggunakan akal.... tapi bukankah kitab itu adalah petunjuk kehidupan? Jadi, dalam saling berhubungan sesama manusia(hamlumminannas) dan makhluk di alam ini, kita tak boleh lari dari menggunakan akal fikiran(bak kata Jebon).

    Tapi, dalam berhubungan dengan Allah, akal itu tidak diperlukan lagi. Dalam mencari penyelesaian suatu kebuntuan, dalam mencari kebenaran mutlak, kita berserah(surrender) pada Allah. Yang demikian, kita tak perlu berakal-akal dengan Allah. Itulah kepasrahan kita, kepasrahan tanpa fikiran.

    Jangan bertuhankan akal. Mungkin inilah syirik halus yang kita tak sedari..

    Tuan MLT yang saya hormati, sungguh saya belom memahami tuan sebelumnya, sungguh saya sukar memahami ayat-ayat tuan sebelumnya. Sungguh berpuasa itu diperlukan dalam menuju suatu matlamat. Terimakasih tuan, berkongsi di sini, saya amat hargainya dan sesungguhnya ada ilmu yang sangat berguna di dalam penyampaian tuan yang kelihatan bercelaru itu.

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Mari kita renung istilah "merendah hati" itu. Kenapa dikatakan merendah hati, bukannya merendah akal?

    Cuba renung istilah lawan kepada merendah hati iaitu "mendabik dada"? Kenapa ditujukan pada dada (tempat hati manusia)?

    Kenapa pula ada pepatah "ikut rasa, badan binasa". Rasa itu datang daripada hati dalam dada manusia. Nampak tak perkaitan setakat ini?

    Sebenarnya hidup ini jangan mendabik dada, itulah cara kira merendah hati atau sujud kepada Allah.

    Bila Allah suruh manusia berfikir, tetapi hati manusia itu engkar, bukankah manusia itu sudah mendabik dada kepada Allah?

    Tujuan Allah suruh kita berfikir supaya jangan ikut rasa, kelak nanti manusia akan binasa. Yang menyebabkan manusia berpecah-belah sesama sendiri kerana sikap mendabik dada merasakan puak mereka lebih baik daripada puak yang lain. Sama dengan perasaan iblis yang mendabik dada merasakan makhluk daripada api lebih baik daripada tanah.

    ReplyDelete
  23. Salam,

    114:1. Katakanlah, "Aku berlindung pada Pemelihara manusia,

    114:2. Raja manusia,

    114:3. Tuhan manusia,

    114:4. Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap,

    114:5. Yang membisikkan di dalam dada manusia,

    114:6. Daripada jin dan manusia."

    Kenapa dikatakan kejahatan pembisik (was-was) itu menyelinap dalam dada (hati) manusia, bukannya dalam kepala (fikiran) manusia? Ini menunjukkan bermulanya kejahatan apabila hati itu sudah tidak dikawal dengan kewarasan akal. Bukankah yang membunuh, merompak, merogol dan kejahatan-kejahatan lain akibat hilangnya kewarasan akal si pelaku itu gara-gara menurut rasa.

    Maka dengan merendahkan hati (rasa) itu dan meninggikan akal, barulah kewarasan akan dapat dicapai oleh manusia seterusnya dapat menjauhi kejahatan-kejahatan. Begitulah perkaitannya jika manusia itu selalu berfikir.

    Hati dalam dada manusia, kalau tidak dikawal dengan kewarasan akal, pasti akan menyebabkan manusia itu terdorong berbuat kejahatan. Tetapi kalau sudah buat alasan seperti masa mengadap Tuhan tak boleh guna akal, bukankah pada waktu itu syaitan pembisik itu akan ambil kesempatan untuk bisikan kejahatan ke dalam dada? Ini kerana pada waktu manusia tidak berfikir, dia tidak mampu menilai baik-buruk, dan syaitan mula menyelinap membisikkan perkara-perkara buruk ketika itu.

    Di sinilah logiknya kenapa kita tidak jumpa larangan berfikir biarpun untuk sesaat yang disebut dalam Al Quran. Ini kerana ketika waktu manusia itu tidak berfikirlah pintu syaitan terbuka untuk menyelinap masuk ke dalam dada manusia.

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan Juang,

    Jadi, boleh tak tuan jelaskan pada saya, bagaimana tuan mengamalkan berserah kepada Allah? Apakah masih dalam kiraan fikiran tuan?

    ReplyDelete
  25. Salam

    Mungkin apa yg dikatakan oleh MLT adalah berkenaan berserah diri, manakala sy pula membicarakan persoalan IJTIHAD MANUSIA dlm mereka mencipta "syariat"... kena tanya dulu apa "syariat" yg MLT pilih...

    ReplyDelete
  26. Salam Puteri n kwn2,

    Trilion ampun lagi, saya mohon terutama Puteri
    mencelarukan fikiran beliau, ampuni saya!!
    Saya tujukan kpd MLT, yg sedang menggambarkan
    ilmu "tariqat"nya disini!!Ilmu ini tdk boleh dibincangkan begini ianya sgt mendalam/exclusive buatkan org yg tidak dapat memahaminya 'mentoi /kantoi' saya dah mengalami ini 30thn lalu.Pueri! mengapa Nabi2 spt,Noah, Ibrahim,Musa,Isa,Muhammad dll dikatakan 'GILA' oleh pengikut2nya????sedang mrk smua sampaikan msg2 Allah, ta'payah le saya turunkan ayat2nya disini kebanyakanya sudah pun fahami AlQrn spt
    'mereka memahami anak2 mereka'so renung2kanlah.

    ReplyDelete
  27. Ohhh ilmu tarekat ke?? Lama dah tak bicarakannya, sy pernah dengar dlm tarekat pun banyak kelompoknya tarekatnya, ada syekh ada murid... oh yer orang yg berilmu tidak gila, tetapi hanya orang yg tak faham saja kata diorang gila... jangan betol2 gila sudah la...

    Salam

    ReplyDelete
  28. Tuan Anonymous yang menulis pada January 29, 2011 12:16 PM.. (apa ye panggilan ringkasnya agar mudah berkomunikasi di sini..??),

    Kelihatannya tuan dapat memahami jalur penyampaian MLT dan terkini apa yang Puteri cuba sampaikan. Tak mengapa, kalau kita bincangkan di sini secara terbuka pelan-pelan. Puteri juga pada awalnya celaru...tapi itulah, sesiapa pun boleh mendalami sejauh ini, jika membuka pintu hati. Mengaku sudah tau segalanya ibarat cawan yang dipenuhi air, justeru tiada ruang lagi untuk mengisi yang baru/tambahan. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas, dan hanya dengan cara mengosongkan gelas itu, barulah air boleh ditokok.

    Sejauh manalah keupayaan sang fikiran kita jika kita sedar akan keterbatasannya. Mengaku dengan sepenuh kerendahan hati akan keterbatasan fikiran kita itulah baru kita akan dapat "sesuatu" yang baru.

    Semoga dalam kita menjauhkan syirik memberhalakan objek-objek nampak sebagai tuhan, kita juga dapat menjauhkan dari syirik mentuhankan akal.

    ReplyDelete
  29. Salam

    Sungguh tinggi ilmu MLT agaknya, sehingga ianya sgt mendalam/exclusive buatkan org yg tidak dapat memahaminya 'mentoi /kantoi' seperti kata anon January 29, 2011 12:16 PM ... agaknya ilmu orang biasa macam sy nih tak terjangkau, harapkan memikirkan ayat2 al-Quran jer la nampaknya...

    ReplyDelete
  30. Salam

    Dalam menimba ilmu, saya rasa tak perlu ada perbandingan2 seperti kasta pulak, ada tinggi rendah. Ada orang dalam perjalanan hidupnya, dapat bahagian A dulu ada orang dapat bahagian X dulu baru bahagian A.

    Puteri melihat Jebon pun tak kurang ilmunya, begitu juga Tolokminda, Juang dan yang lain2.

    Sejujurnya bahagian menterjemah Quran, Tolokminda memang ada kepakaran yang Puteri sangat hormati, dalam bahagian ilmu logika memang Jebon dan Juang ada kepakaran. Puteri melihat Jebon ada peguasaan ilmu memikirkan kehalusan kemanusiaan dalam kehidupan, dan itu sangat Puteri hormati.

    Puteri kurang setuju kalau dikatakan sesuatu ilmu itu eksklusif, tapi kalau mendalam mungkin boleh diterima juga. Pada Puteri, tiada ilmu yang eksklusif, semuanya bebas dalam ruang yang sama untuk kita bebas mencapainya jika kita mahu.

    Sesungguhnya Puteri hanya orang biasa sebagaimana deklarasi sebelumnya yang pernah Puteri tuliskan. Marilah... kita bukakan pintu hati untuk sama-sama memahami ilmu Allah. Suatu cabaran kerendahan hati ...bukan eksklusif untuk sesiapa tapi siapa yang mahu.

    ReplyDelete
  31. Cuba dalami maksud ayat :

    Q52:32 Atau, apakah mereka diperintah oleh fikiran-fikiran mereka untuk ini, atau mereka kaum yang melampaui batas?


    Q2:88 Dan mereka berkata:"Hati kami tertutup", Tidak, dilaknat mereka itu oleh Allah kerana ketidakpercayaan mereka. Sangat sedikit apa yang mereka percayai.

    ReplyDelete
  32. Salam

    Ayat yg puteri bawakan tuh terjemahan tafsir

    dlm al-Quran kata "fikir" adalah "tafakarun" = tafakur..

    Kata "tutup" ialah "khatam"

    Sebenarnya apa yg puteri katakan lebih jelas berbanding MLT... tetapi apa yg MLT katakan masih tidak jelas...

    JIKA ia bermaksud melarang akal berkenaan "IJTIHAD MANUSIA" dlm memilih "syariat" atau formaliti sy tak setuju... tapi kalau yg dimaksudkan BERSERAH DIRI sy setuju...

    Diatas puteri dah pun mengakui kegunaan akal dlm menjalani kehidupan, diantara akal yg memilih "syariat" dengan berserah diri ada bezanya...

    ReplyDelete
  33. Salam kwn2,
    Maaf ye!saya bukan MLT, tapi hanya pengunjung
    web mana yg ada bincangkan AlQrn je!dan jika ingin ringkaskan panggilan cukuplah menyebut
    saya sbg "Adios" kalau ta'silap bahasa latin kut bermaksud "hello" maaf jika salah!!siapalah saya utk meng'eksklusif'kan ilmu Allah,
    sebenarnya saya disuruh ekslusifkan ilmu itu semasa belajar dulu,tetapi apabila dpt fahami alqrn,fuuyooo!! habok pun tarak....saya dapati
    mursyid tu pun ta'faham qrn spt kwn2 disini.

    Adios!

    ReplyDelete
  34. Salam

    Jebon,
    Dalam Q2:88 tu dinyatakan perkataan "ghulfun" dan dalam Q52:32 pula dinyatakan perkataan "ahlaamu". Apakah maksud perkataan-perkataan tu menurut Jebon? Mohon dikongsikan, semoga kita dapat saling memperbaiki.

    Puteri tak tau apakah yang MLT maksudkan bersamaan dengan apa yang Puteri luahkan di atas. Semoga MLT akan kembali ke sini memberi penjelasan.

    Ye, sememangnya dalam saling berhubungan sesama manusia dan sesama makhluk di alam ini, kita tak boleh lari dari menggunakan akal fikiran. Sebab itulah suatu kemenangan di Mahkamah dunia belum tentu bermakna yang menang itu benar-benar benar, kerana ianya adalah permainan fikiran.

    Adios,
    Puteri percaya tuan dan MLT bukanlah orang yang sama kerana Puteri dapati lokasi tuan dan MLT tidak sama. Cuma ayat tuan, ada iras ayat MLT dari segi bahasanya. Mungkin tuan dan MLT adalah segenerasi dari segi umur atau pun, tuan dan MLT terbiasa dengan bahasa dari negara jiran, Indonesia. Aaaahh!!! kelihatannya fikiran Puteri aktif dalam berintelektual, mengagak-agak... :D

    Puteri tak mau komen apa2 tentang guru mursyid tuan tu. Mungkin apa yang Puteri boleh katakan sedikit ialah, manusia dengan kebijaksaan diri yang terhad(limited) adalah berbeza-beza aje, benar atau tidak benar adalah Allah yang lebih tahu. Kan kita semua dalam satu perjalanan yang tak tau... kita hidup dalam sangka-sangka belaka.. betul tak?

    ReplyDelete
  35. Saya mengundang para fahaman Quran sahaja, Quran plus hadis. tarikat plus makrifat dgn terbuka juga pakar syariat.

    Maeilah kita menjadikan topik ini sebagai Peperikasaan Islam, Iman kita bersama!

    Salam dunia.
    Tokobanding said...

    Salam dunia,

    Islam is NOT a name; it is a description of one's total submission and devotion to God ALONE, without idolizing Jesus, Mary, Muhammad, or the saints. Anyone who meets this criterion is a "Muslim" (Submitter). Therefore, one may be a Muslim Jew, a Muslim Christian, a Muslim Hindu, a Muslim Buddhist, or Muslim Muslim.
    God's Messenger of the Covenant delivers God's proclamation that "The only religion approved by God is Submission" (3:19) and that "Anyone who seeks other than Submission as a religion, it will not be accepted from him/her" (3:85)

    Kalau "Islam" atau "Moslim" diartikan sebagai "submission" (atau "surrender", "ikhlas", "pasrah") maka setiap orang yang hidup dalam "surrender" bisa disebut "Islam" atau "Moslim".

    Selama orang yang beragama Islam belum bisa "surrender", maka ia sesungguhnya belum "Moslim". Di lain pihak, orang yang "surrender" meski beragama non-Islam, maka ia bisa disebut "Moslim".

    "Agama" yang sesungguhnya adalah cara hidup dalam "submission" atau "surrender". Dengan demikian "agama" di sini mengatasi kepercayaan, ajaran, dogma, tradisi, kitab suci, organisasi, dst.

    Untuk hidup dalam "keikhlasan" atau "surrender", batin musti melampaui syariat, kepercayaan, dogma, tradisi, kitab suci, dst. Masalahnya bukankah batin kita sejak kecil terkondisi oleh agama, budaya, nilai-nilai sosial masyarakat, dst. Bisakah batin bebas dari keterdondisian itu?

    Iman yang dijadikan pegangan di mana orang menemukan kepastian tidak lebih dari kepercayaan. Sebaliknya, kebesaran hati yang membuat orang berani keluar dari kepastian dan kenyamanan dan keberanian untuk menanggalkan iman yang membuat aman dan pasti adalah awal dari iman yang sejati.

    Kita tidak bisa melihat sendiri kebenaran yang sejati kalau kita sudah melekat pada tradisi, kata-kata Kitab Suci, kepercayaan atau keyakinan. Hanya batin yang bebas yang barangkali mampu melihat kebenaran. Kebenaran inilah yang mengubah, bukan upaya kita untuk berubah. Kalau kita telah berjumpa dengan kebenaran ini, barulah barangkali kita tahu apa artinya hidup beriman.

    Sudi2lah merenungkan dan mendalaminya.

    Salam

    ReplyDelete
  36. Dalam apa yang tuan Tokobanding tulis, Islam bukanlah nama/jenama; ianya adalah kepasrahan dan kesetiaan seseorang pada Allah sahaja. tanpa mengidolakan sesiapa. Yang demikian, sesiapa yang menepati ciri-ciri ini layak dipanggil muslim.

    Puteri sebenarnya sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Tapi sudah tentu ianya akan menjadi kontroversi besar lagi bagi para eksklusivism sebagaimana kontroversi isu nama Allah, kerana RASA kepemilikan mereka.

    Kebanyakan manusia yang mengaku penganut Islam sudah cukup selesa kerana diGELAR muslim hanya kerana dalam kad pengenalan atau passport mereka tertera beragama Islam, Iman menurut label.

    ReplyDelete
  37. Puteri tulis,

    "Sejujurnya bahagian menterjemah Quran, Tolokminda memang ada kepakaran yang Puteri sangat hormati, dalam bahagian ilmu logika memang Jebon dan Juang ada kepakaran. Puteri melihat Jebon ada peguasaan ilmu memikirkan kehalusan kemanusiaan dalam kehidupan, dan itu sangat Puteri hormati".

    Salam Puteri,

    Saya bukan pakar terjemah Al-Quran. Malah saya sentiasa rasa sukar sebab saya tidak faham bahasa Arab. Saya bergantung kepada terjemahan bahasa Inggeris dan transliterasi saja. Paling lebih pun Puteri boleh sifatkan saya sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Pak Kassim Ahmad.

    Katanya: "Hendak faham Quran, kita kena baca terjemahannya yang baik dalam bahasa Melayu atau Inggeris DENGAN TELITI."

    Tapi jangan salah faham pula. Saya bukanlah "pengikut" Pak Kassim Ahmad dan saya tidak pernah membaca buku-buku beliau. Saya mengenali beliau dari tulisan-tulisannya di Utusan Malaysia dulu dan sekarang saya baca juga blognya. Di situlah saya jumpa kata-kata Pak Kassim yang saya tampal itu.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wr wb,

    Mak Long terpanggil setelah menyinggah ke sini dan menyimak beberapa penjelasan dalam ketiadaan mak long di sini.

    Mak long sekrang berminat khusus utk bermain permainan fikiran yg berlojika bersama Sdr Jebon dan Sdr Juang.

    Sekiranya sesiapa berminat juge utk bersama, mak long sangat alu2kan.

    Pinjam kekata Tolongminda "...seperti yang dikatakan oleh Pak Kassim Ahmad.

    Katanya: "Hendak faham Quran, kita kena baca terjemahannya yang baik dalam bahasa Melayu atau Inggeris DENGAN TELITI.

    Maka mak long Dgn Bissmilahi Rahmani Rahim.

    Mak Long bertanya :

    1. Apakah tujuan anda menartik tekstual Quran dalam memberikan penerangan berkaitan fahman mak long?

    2. Anda meawajibkan fikiran anda khusus menarik tekstual Quran agar anda pasti mendapat kebenran yg jitu?

    3. Allah "menginspirasi"ke fikiran anda baik dan buruk atau setan, iblis dan sedara-mara mereka?

    Sila respon dan mak long akan mebuktikan keterang anda itu baseless adanya.

    Mak long percaya anda akan terbuka dgn fikiran anda utk merespon mak long.

    ",,,the true knowledge is impossible UNDER DETERMINISM".

    mak long menunggu sementara mak long merenungkan fikiran yg keterlalauan adanya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  39. Salam

    Puteri tulis...
    Apakah maksud perkataan-perkataan tu menurut Jebon? Mohon dikongsikan, semoga kita dapat saling memperbaiki.


    Komen:
    Sy juga ada fahamkan al-Quran menurut "takwil" bukan semata-mata kamus, kerana walaupun sy tak pandai bhs Arab sy rujuk juga pendekatan nahu bahasa Arab, ayat yg puteri tanyakan tuh sy terjemah seperti berikut...

    [Q2:88] Dan mereka berkata: "Hati kami tidak berganjak." Tetapi sebenarnya Allah telah melaknat mereka kerana keingkaran mereka, maka sedikit benar mereka yang beriman.

    [Q52:32] Adakah mimpi-mimpi mereka yang menyuruh mereka melakukan ini, atau adakah mereka satu kaum yang melampaui batas?

    ReplyDelete
  40. Salam,

    "Puteri: Jadi, boleh tak tuan jelaskan pada saya, bagaimana tuan mengamalkan berserah kepada Allah? Apakah masih dalam kiraan fikiran tuan? "

    Saya berserah diri kepada Allah melalui cara, hidup sebagai makhluk bernama manusia. Setiap makhluk Allah, ada fungsi masing-masing. Sebagai manusia, Allah telah letakkan spesifikasi tertentu untuk membezakan kita dengan makhluk-makhlukNya yang lain. Salah satunya daripada kisah Adam, manusia berfungsi untuk belajar nama-nama dan menjalankan kebaikan berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah diberikan. Sumbangkan sebanyak mungkin manfaat-manfaat daripada kekuatan akal yang Tuhan limpahkan. Itulah cara saya hidup sebagai produk Tuhan.

    Jika kita cipta komputer pun, kita mahu komputer itu patuh mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan komputer itu sumbangkan banyak manfaat, takkanlah Allah cipta sebagai manusia tanpa perlu ikut spesifikasiNya dan tidak sumbangkan apa-apa manfaat?

    Selagi kita hidup mengikut spesifikasi kita sebagai manusia seperti mana pokok-pokok, haiwan-haiwan, planet-planet, bintang-bintang dan lain-lain hidup mengikut spesifikasi mereka, itulah tandanya kita berserah diri kepada Tuhan.

    Spesifikasi manusia boleh diketahui jika manusia itu guna common-sense atau sesuatu yang masuk akal.

    ReplyDelete
  41. Salam tuan Juang,

    Tak per.. pelan-pelan ye kita belajar sama-sama.

    ReplyDelete
  42. Mak Long bermain-fikiran sahaja!!January 30, 2011 at 1:24 PM

    assalamualaikum wr wb

    Mak long masuk campur utk bermaian permaianan fikiran sahaja.

    Tamsil Jebon dan Juang baseless.

    Allah diibaratkan sebagai mahu apa?

    Sila baca dgn teliti.

    Sila buka kamau or grammatikal dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan arab sedaya fikiran anda berdua???

    Jangan Allah dinalaogy dgn sesuatu yg BAHARU,,,,,sila rujuk di atas mak long nyer deklarasi!!

    Ikut tatacara Tolokminda mahau faham AL-Quran see above properly la!!

    Puteri maaf. mak long sekedar bermaian fikiran shaja mahu bongkar "syirik halus"dri kedua hamba Allah yg bersyukur dapat minda seperti itu!!??

    wassalam

    ReplyDelete
  43. Salam,

    "MLT: 3. Allah "menginspirasi"ke fikiran anda baik dan buruk atau setan, iblis dan sedara-mara mereka?"

    Kalau kita tidak tahu apa beza Allah dengan syaitan, sudah pasti kita tidak dapat membezakan inspirasi yang datang kepada diri kita.

    Allah adalah Pencipta langit dan bumi (termasuk semua yang ada di antaranya) secara benar. Bila ia dikatakan benar, bermakna ia mempunyai bukti yang jelas dan kesan yang nyata. Contohnya oleh kerana bumi ada daya tarikan graviti, maka jika manusia jatuh daripada tempat yang tinggi, ia memungkinkan manusia itu cedera parah dan boleh membawa maut (kesan hentakan pada tanah).

    Sebaliknya syaitan tidak mencipta apa-apa di langit dan di bumi, dan hanya tahu menipu sahaja.

    Jadi jika datang sesuatu inspirasi kepada diri kita yang mempunyai bukti atau kesan yang jelas seperti kita diilhamkan untuk mencari kehidupan di planet lain setelah kita lihat populasi manusia di bumi yang berkembang menyebabkan berlaku kesan seperti pemanasan global, itulah inspirasi daripada Tuhan.

    Tetapi jika datang inspirasi yang suruh kita sembah batu umpamanya, tanpa apa-apa kesan manfaat jika melakukannya dan kesan mudarat jika meninggalkannya, itulah inspirasi daripada syaitan yang suka penipu.

    5:76. Katakanlah, "Adakah kamu mengabdi pada selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

    ReplyDelete
  44. Salam,

    "Puteri: Tak per.. pelan-pelan ye kita belajar sama-sama."

    Benar Puteri. Yang penting kita kena yakin Allah akan ajar kita, bukannya mana-mana manusia. Manusia hanya boleh menyampaikan, dan Allah-lah yang menjelaskan.

    Macam apa yang saya tuliskan di sini, saya hanya menyampaikan apa yang sudah terang dalam hati saya (saya dapat bezakan baik-buruk perkara itu), tetapi saya tidak mampu menjadikan kata-kata saya itu berjaya menerangi hati Puteri. Hanya Allah sahaja akan menjadikan Puteri faham apa yang saya maksudnya jika Puteri telah melalui pengalaman yang saya pernah lalui sebelum ini.

    Bagi saya, penyerahkan diri kepada Allah yang betul2 suci adalah tanpa perantaraan objek-objek selainNya. Bila sudah ada objek, itu dimanakan syirik biarpun si pelaku itu tidak mengaku mereka menyekutukan Tuhan. Mana ada orang yang menyekutukan Tuhan mengaku dirinya menyekutukan Tuhan?

    ReplyDelete
  45. Mak Long bermaian-Fikiran shajaJanuary 30, 2011 at 1:40 PM

    Mak long bermaian-fikiran shaja.

    duhai Juang segala tamsil itu adalah baseless shj.

    ANda menagkui setan PANDAI menipu shaj!???? anda mengakuiZ????

    Segla kaitan teksts Quran tidak membuktikan ada mampu membezakan Kuasa Allah dgnsetan yg anda mengakui PANDAI itu????

    Sila cari dali2 yg jitu seklai.

    Allah suci dri tamsil manusia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    wasslam

    ReplyDelete
  46. MAK LONG BERMAIAN-FIKIRAN SHAJAJanuary 30, 2011 at 1:58 PM

    Setan dan sedara-mara dia tidak pandai, tidak tahu apa-apa jua!

    sESIAPA MEMEBRIKAN PENGAKUAN BAHAWA SETAN DAN KERABATNYA TAHU MENIPU DGN BERBAGAI2, KAMU JD APA?

    TIDAK PAYAH BERMAIAN-FIKIRANLAH DGN MAK LONG NI.....NNTI PEKONG FIKIRAN ANDA TERDEBUNK!!

    ALLAH MAAFKAN HAMBAMU YG TIDAK RELA kAU DITAMSIL BERBAGAI DAN TARIKAN TEKSTUALISM QURAN SISELITSULAMKAN1

    MAK LONG MAHU FANAK SEGALA DGN TARIKAN TEKS QURAN 28;88 BUKAN UTK TAMSIL11 SESIAPA MAHU KAITKAN SEBAGAI TAMSIL ITU PERMAIANAN FIKIRAN ANDA SHAJA11

    MAK LONG DUN CARE ABT BAHSA OR SPELINGG YG SILAP DAN SALAH KE111

    mak long mahu elak dri berbagai tamsil yg tak berasas!! Mak long teruskan merantau ke forum yg laian sahaja.

    WASSAM

    ReplyDelete
  47. Salam,

    4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya tipu-daya syaitan lemah.

    Kalau syaitan tidak tahu menipu, tidaklah Allah kaitkan syaitan dengan penipuan seperti ayat di atas.

    Samalah konsepnya, kalau seseorang itu tidak tahu memandu, buat apa kita nak kata orang itu memandu kereta. Nanti kita pula yang menipu.

    Jadi takkanlah Allah menipu kita apabila Dia katakan syaitan itu menipu? :)

    ReplyDelete
  48. Mak Long bermaian-fikiran sahaja!January 30, 2011 at 6:14 PM

    assalamualaikum Juanag,

    mak long berfikiran itulah KEBENARAN juang shaja, Klu firman itu dikhususkan kepada maklong, anda seorang Pmilik Hukum ke? Allah pembisik kepaa mu or setan kepada mu?

    Setann tiada kuasa apa2pun la!! Firman anda tu tak berasas sekali.

    Sila berjaga2 akan permianan-fikiran anda tersebut.

    True knowledge is impossible under determinism!

    TUJUAN apa firman tekstualism itu anda sandarkan? SILA PASTIKAN?

    Pertimbangkanlah!!

    wassalam

    ReplyDelete
  49. Mak Long bermain-fikiran sahajaJanuary 30, 2011 at 6:53 PM

    Khusus utk sdr Juang yg berfikiran Tekstualism Quran sebagai penguat hujah dan sebagainya.

    Maklong bertanya apakah ada firman tekstual seperti di bawah ini?

    Sila namakan surah2nya?

    Apakah firman tersebut mewajibkan sdr Juang menjadikan Teks Quran sebagai tamsil mengaitkan sifat2 Allah dan namaNya dalam memberikan penerangan/penjelasan khusus kepada maklong?

    Sila respon dgn keterbukaan.

    Fyi : Seorang hamaba Allah baru2 ini snagat berani dan tegas TELAH menyususnkan dalil2 teks Quran dan menghukum-sesata! beliau khususkan hukum itu utk mak long dgn berpandukan ANDAIAN/TANGGAPAN/SANGKAAN peribadi dia sahaja..

    Mak Long terima dan hormat serta berpesan kepada beliau "to me xder apa salahnya!!"

    sila baca.....

    TransliterationFaalhamaha fujooraha wataqwaha LiteralSo He inspired/transmitted (to) it its debauchery/corruption, and its fear and obedience of God.


    TransliterationFatiru alssamawati waal-ardi jaAAala lakum min anfusikum azwajan wamina al-anAAami azwajan yathraokum feehi laysa kamithlihi shay-on wahuwa alssameeAAu albaseeru LiteralCreator/bringer to being (of) the skies/space and the earth/Planet Earth, He made/created for you from yourselves spouses/pairs/kinds , and from the camels/livestock spouses/pairs/kinds , He creates/seeds you in it, (there) is not like Him/similar to Him a thing, and He is the hearing/listening, the seeing .

    TransliterationHuwa al-awwalu waal-akhiru waalththahiru waalbatinu wahuwa bikulli shay-in AAaleemun LiteralHe is the first/beginning and the last/end, and the apparent/visible, and the hidden/inside, and He is with every thing knowledgeable.

    TransliterationIlla qeelan salaman salaman LiteralExcept little : "Greeting/peace ." (And): "Greeting/peace ."

    ReplyDelete
  50. Salam

    MLT tulis diatas...
    1. Apakah tujuan anda menartik tekstual Quran dalam memberikan penerangan berkaitan fahman mak long?

    Komen:
    Sy belom menarik ayat2 al-Quran dlm memberikan penerangan kpd anda (kecuali Juang)... kalau ada pun ayat2 yg sy bawa dlm topik ini krn menunaikan permintaan puteri...

    Sebaliknya andalah yg menarik ayat2 Quran seperti No : 1, 2 dan 3 dlm posting anda diatas yg anda kata tekstual tuh utk argument akal anda...

    Jadi sepatutnya andalah yg menerangkan melalui akal anda apa konsekuensi No : 1, 2, 3 diatas kepada "syariat" yg manusia pilih melalui akal mereka...

    ReplyDelete
  51. Mak Lnga bermaian-fikiran shjJanuary 30, 2011 at 9:00 PM

    assalamualaikumsdr jebon khusus,

    Persoalan anda sangat baik.

    Saya bwk kemali as refreshness shj.......

    Anda dijemput soal sy cara khus berkaitan perkar.


    Assalamualaikum.


    Diizinkan Allah swt saya terjumpa blog ini dengan takberniat langsung pada mulanya. Inilah kuasa Allah swt yg mutlak ke atas makhluk di bawah kekuasaanNya yang mutlak, Subhanallah!


    Terasa pulak dihati kecil ni untuk bersama bertukar pendapat secara terbuka. Mudah2an ada gunanya kehadiran saya di sini sebagai pengunjung tiba2 sahaja.


    Saya tertakluk di bawah ini dari kekuasaan, sifat2 Allah swt yg tak terukur dan terkira. Saya hanya kutip sedikit sahaja seperti saya tuliskan.


    MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.


    1. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy-Syûra: 11)

    2. Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadîd: 3)

    3. Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar-Rahmân: 26-27)


    Saya terfikir bahawasanya AKAL manusia dan kemanusiaan adalah sekerap resah dan gelisah, terburu2, dan selalu bermain dgn lojik2 tidak mutlak adanya.

    Kekeraplaziman akal kita yg tak sempurna ni bercanggah dengan lojika2 akal yg lain2. Mengapa terjadi?

    Sila rujuk di atas No : 1, 2, dan 3 dan kita babitkan pendapat dan pandangan kita semua di sini, apakah hasilnya untuk kemaslahatan manusia di dunia fanak ini?

    Fyi- saya deklarasi tersebut sy dlam TAALUKAN tidak menajdikan Allah dlm tamsil permaianan-fikiran manusiawi shaja!

    Sebab TIDAK SERUAPA dgn yg baharu!

    MCM mainstream ckp Hutang dgn Allah wajib bayar! Jd hutang dgn manusia dikitkan sebagai perumpamaan!

    Saya tidak berminat sebgini dan mengatakan TIDAK salah wpun pd sy ia berbuar syirik-halus shj.....

    Wassaalam

    Allahu 'Alam.

    Mak Long Tijah.

    ReplyDelete
  52. Salam MLT...

    Sy jawab jujur sahaja... No : 1, 2, dan 3 tuh kalu menceritakan tentang sifat Allah memang yer... tetapi sy tidak nampak ada kaitannya dengan syariat manusia krn ada byk ayat yg lain lagi...

    Sy rasa anda kena cari jawapannya utk diri anda sendiri, kalu sy bagi argument nanti anda kata sy akal-akalan saja...

    Jadi persoalan2 yg perlu ada cari jawapannya sendiri ialah...

    1). Adakah syariat itu ciptaan manusia atau bukan??...

    2). Bagaimana dengan ungkapan yg orang kata bhw agama adalah akal??

    3). Mungkin ada lagi persoalan2 berkaitan yg anda perlu fikirkan...

    Tidak ada sesiapa yg paksa anda utk percaya kpd sesiapa... peace...

    ReplyDelete
  53. Salam,

    "Mak Long: mak long berfikiran itulah KEBENARAN juang shaja, Klu firman itu dikhususkan kepada maklong, anda seorang Pmilik Hukum ke? Allah pembisik kepaa mu or setan kepada mu?"

    Itu bukan cara menjawab bagi seorang yang matang. Saya pun boleh cakap apa yang Mak Long tulis itu hanya KEBENARAN Mak Long sahaja. Tetapi saya bukannya pengecut berhujah macam itu.

    Seorang yang benar, jika dia kata sesuatu pendapat orang lain tidak benar, dia pasti mampu kemukakan bukti kenapa pendapat orang lain itu salah dan apa yang betul daripada dirinya.

    Setakat cakap kosong, apa guna?

    ReplyDelete
  54. Salam,

    "Mak Long: Apakah firman tersebut mewajibkan sdr Juang menjadikan Teks Quran sebagai tamsil mengaitkan sifat2 Allah dan namaNya dalam memberikan penerangan/penjelasan khusus kepada maklong?"

    Kenapa saya berpegang kepada pengajaran Al Quran? Kerana pengajarannya jelas ke arah kebaikan. Dengan kata lain, Al Quran pembimbing kepada hati yang komited untuk berbuat kebaikan.

    Saya tidak menujukan Al Quran kepada Mak Long sahaja, melainkan menyampaikan secara umum sebagai berita gembira kepada orang-orang yang mahu berbuat kebaikan dan memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim.

    Saya tidak tahu siapa yang gembira dan siapa yang tidak suka bila peringatan dalam Al Quran itu disampaikan, kerana itu bukan urusan saya. Seperti matahari memancarkan cahayanya, bukanlah urusan matahari untuk memastikan sama ada manusia suka atau tidak dengan cahaya matahari itu.

    Ingat, saya guna Al Quran sebagai menyampaikan peringatan sesama manusia. Kalau mak long tak suka, saya bukannya penjaga mak long. Sendiri buat sendiri tanggong.

    ReplyDelete
  55. Salam tuan Juang yg saya hormati,

    Tuan telah bersetuju bhw setiap makhluk Allah ada fungsi masing-masing, ini bermakna individu-individu hidup sebagai bahagian-bahagian dari satu kesatuan alam dan dlm brfungsi itu, kita menggunakan segala potensi diri yg ada, yg bukan hanya akal-fikiran.

    Apa yg Puteri faham dari penjelasan tuan di atas, tuan merujuk kpd berfungsi sebagai manusia dalam ertikata menggunakan akal sebaik mungkin dalam kehidupan. Nampaknya kita bersetuju bahagian ini, bezanya, Puteri tidak menganggap potensi diri itu HANYA akal, tapi tak menafikan bahawa akal itu salah satu dari potensi diri.

    Sejujurnya Puteri tak tau apa spesifikasi khusus Puteri yg Tuhan ciptakan untuk Puteri berfungsi dalam alam ini(mungkin inilah kebodohan Puteri). Itulah yg membuat Puteri terus mengkaji diri, berserah kepadaNYA utk mengajar Puteri dalam TAK TAU. (Kalau kata spesifikasinya ialah manusia, rasanya itu semua org tau.)

    Kalau mengaku dah tahu, mungkin Puteri berhenti di situ, tak ada lagi rangsangan ingin tau lebih dari itu. Merasa sudah cukup tahu itulah menjadikan diri mati di situ,di takuk itu, tidak berkembang lagi.

    (bersambung di bawah...)

    ReplyDelete
  56. Seperkara lagi tuan Juang,
    Bukankah tak ada makhluk, termasuk syaitan, yg mampu membaca hati manusia, kecuali Allah shj? Apakah jika Puteri berserah sebulat hati pada Allah dan dalam keadaan sepenuh yakin itu, Syaitan mampu memintas masuk dan menipu Puteri? Bagaimana pula Q2:186 yg menyatakan "...Aku lebih dekat untuk menyahut seruan orang yg menyeru apabila dia berseru kepada-Ku ..." dan Q50:16 "...dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher."

    Puteri tak bersetuju bila tuan menulis yg syaitan hanya tau menipu sahaja. Puteri pernah terbaca dalam Quran yg syaitan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semesta alam.”. Adakah tuan yakin yg syaitan menipu bila dia berkata demikian?

    Ketidak-yakinan bahawa Allah yg akan menyahut apabila kita berserah sebulat hati, bukankh itu dari fikiran yg memikirkan berbagai sangka-sangkaan? Ketakutan juga adalah produk dari fikiran. Jadi, fikiran itu tidaklah suci sehingga melayakkan kita mengidolakannya dan bergantung padanya semata-mata. Kita mungkin akan tertipu juga dek fikiran jika tanpa kepasrahan(petunjuk dariNYA).

    Sehebat mana pun jentera yg dihasilkan seseorang manusia itu, adalah ilham hasil dari kepasrahannya pada Allah dalam mencari penyelesaian. Akal hanya alat untuk mengalirkannya kedalam bentuk komunikasi, dan sememangnya digalakkan menggunakan akal untuk meneliti sebagaimana saranan Quran. Apakah yg melayakkan kita utk mengagungkan akal-fikiran begitu sekali hanya kerana berjaya mncipta sesuatu jentera? Dalam keyakinan kita pada Allah, bukankah kita dilarang untuk menyeru yang lain beserta Allah? Menyeru akal-fikiran agar datang hadir menuntun dan mengajar kita, ini sangat mengelirukan bila kita meyakini bahawa Allah lah yang mengajar kita. Mengaku kebijaksanaan itu dari akal fikiran kelihatannya seperti satu kedangkalan. Apakah mampu akal-fikiran itu berkuasa jika tanpa ilham dari Allah? Bukankah dalam proses berfikir itu sendiri kita menghadapi satu peringkat tak tau, dan di sinilah kita perlukan berserah pada Allah? Tuan, mungkin inilah yg cuba disampaikan oleh MLT bila dia menulis ttg muslim kristian, muslim buddha dll tu. Apakah salah kalau Puteri mengatakan Einstein berjaya menghasilkan produk yg hebat dari akal-fikiran kerana kepasrahannya?

    Tuan, bukankah kepasrahan sebulat hati itu memerlukan keheningan diri dari kesibukan fikiran, kesibukan keinginan, kecelaruan emosi? Suatu pengalaman pelepasan yg benar-benar hening, yg ada hanya diri dan Allah. Suatu perjalanan yg bermula dari titik hati yg sungguh suci tanpa noda fikiran, perasaan, keinginan... ke satu destinasi yg sgt luas ilmunya. Itulah yg Puteri katakan berserah.

    Di sini, ada bezanya tuan, bila kita berhubungan dengan Allah dan berhubungan dengan makhluk. Dengan makhluk, kita menggunakan akal sebagaimana apa yg kita lakukan sekarang ini. Pun begitu, dalam memutuskan sesuatu ijtihad untuk sesama manusia, ianya tidaklah statik kerana manusia itu sendiri berbeza-beza dan si pembuat ijtihad itu sendiri bukanlah maha mengetahui, jadi, bukankah dalam menyelesaikan ijtihad kes by kes, kita masih perlu berserah pada Allah untuk mendapatkan ilham dan kemudian dari ilham yg diberi itu, kita berakal-akalan untuk menyampaikan pada manusia dengan penuh amanah dan jujur.

    Jika tulisan Puteri yang panjang lebar ini mengelirukan tuan Juang, sila baca tulisan Jebon pada January 29, 2011 8:22 PM.

    ReplyDelete
  57. Salam,

    "Puteri: Tuan telah bersetuju bhw setiap makhluk Allah ada fungsi masing-masing, ini bermakna individu-individu hidup sebagai bahagian-bahagian dari satu kesatuan alam dan dlm brfungsi itu, kita menggunakan segala potensi diri yg ada, yg bukan hanya akal-fikiran."

    Puteri perasan tak yang potensi manusia bermula pada kekuatan akalnya? Seorang yang lemah akalnya sehingga tidak tahu melakukan perkara yang waras, adakah dia seorang yang berpotensi tinggi? Kenapa kita tidak bebankan tanggungjawab mengkaji ilmu sains dan teknologi kepada orang yang terencat akalnya? Sebab kita tahu potensi golongan sebegitu terhad untuk tanggungjawab yang berat.

    Nampak tak bagaimana ketinggian potensi manusia bergantung kepada keupayaan akalnya berfikir?

    "Puteri: Sejujurnya Puteri tak tau apa spesifikasi khusus Puteri yg Tuhan ciptakan untuk Puteri berfungsi dalam alam ini(mungkin inilah kebodohan Puteri)."

    Ilmu Allah itu luas. Dan Allah tidak bebankan kepada seseorang manusia untuk menguasai semua bidang ilmuNya. Maka setiap individu itu dikurniakan minat pada sesuatu bidang. Pada bidang itulah manusia itu patut mengkaji dan mengasah minatnya sehingga dia mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada ketamadunan manusia.

    Gabungan manusia yang memiliki pelbagai jenis bidang ilmu yang diminati akan memudahkan manusia menguasai alam ini ke peringkat yang lebih jauh. Cuba Puteri fikirkan, jika semua manusia hanya minat buat sayap kapal terbang sahaja, akan wujudkah sebuah kapal terbang yang lengkap? Namun kerana Allah kurniakan manusia minat yang berbeza-beza dalam bermacam-macam lapangan, maka pelbagai macam jenis teknologi mampu manusia cipta hasil gabungan bermacam-macam minat itu untuk kesenangan generasi akan datang. Bukankah itu satu sumbangan yang besar untuk generasi akan datang?

    Tidakkah kita mahu termasuk dalam salah seorang yang menyumbangkan manfaat untuk generasi akan datang?

    "Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua"

    Satu hari Puteri akan nampak bahawa hidup ini adalah pengorbanan untuk kesenangan generasi akan datang. Jika ramai manusia sedar konsep hidup ini, maka akan berlakulah keadaan "hari ini lebih baik daripada semalam".

    Namun jika manusia tidak sedar konsep itu, akan berlakulah satu umat yang didera dengan kesilapan yang sama seperti generasi terdahulu kerana tidak mahu belajar daripada sejarah.

    ReplyDelete
  58. Salam

    "Puteri: Puteri tak bersetuju bila tuan menulis yg syaitan hanya tau menipu sahaja. Puteri pernah terbaca dalam Quran yg syaitan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semesta alam.”. Adakah tuan yakin yg syaitan menipu bila dia berkata demikian?"

    Pernah tak Puteri terfikir, jika syaitan itu benar-benar takut kepada Allah seperti mana para Nabi dan Rasul takut, tidaklah syaitan itu jadi syaitan? Sudah pasti mereka akan jadi jin atau manusia (sebab syaitan itu di kalangan jin dan manusia) yang taat seperti mana jin atau manusia yang benar-benar taat kepada Allah? Sebenarnya kata-kata syaitan itu hanyalah kepura-puraannya sahaja seperti mana Firaun bila hendak mati barulah nak mengaku Ketuhanan Allah.

    "Puteri: Ketakutan juga adalah produk dari fikiran. Jadi, fikiran itu tidaklah suci sehingga melayakkan kita mengidolakannya dan bergantung padanya semata-mata. Kita mungkin akan tertipu juga dek fikiran jika tanpa kepasrahan(petunjuk dariNYA)."

    Pernah tak Puteri merenung sistem dalam diri Puteri sendiri. Kenapa ketika manusia dalam keadaan takut atau cemas, dadanya yang berdebar (jantung berdegup laju), bukan otaknya yang bergegar? Itu menunjukkan ketakutan datangnya daripada hati, bukannya daripada fikiran. Hati yang tidak stabil, barulah menyebabkan fikiran terganggu sehingga sukar nak berfikir secara rasional atau waras.

    Jadi dakwaan Puteri mengatakan "ketakutan itu produk fikiran" adalah tidak kukuh kerana yang berdebar-debar adalah kalbu (hati), bukannya akal.

    Akal seumpama sebuah neraca dan hati seumpama tangan yang memegang neraca itu. Jika tangan itu yang bergegar, macam mana neraca itu nak stabil? Begitulah jika hati itu yang berdebar-debar takut pada perkara yang tidak patut, macam mana akal nak berfungsi dengan waras atau seimbang?

    (bersambung)

    ReplyDelete
  59. Salam,

    "Puteri: Apakah yg melayakkan kita utk mengagungkan akal-fikiran begitu sekali hanya kerana berjaya mncipta sesuatu jentera?"

    Apabila kita berjaya melihat menggunakan mata sendiri, adakah itu bermakna kita mengagungkan mata sendiri? Begitulah bila kita berjaya menyumbangkan manfaat hasil ilham bila berfikir itu, bukannya bermakna kita mengagungkan akal sendiri. Kita hanya guna otak untuk berfikir, seperti kita guna mata untuk melihat. Itu sahaja.

    Akal itu adalah mata kepada hati kita untuk melihat nilai-nilai yang wujud di sekeliling kita. Dengan akal itulah manusia tahu membezakan nilai baik atau nilai buruk. Sebab itulah orang yang terencat akal, keupayaan membezakan nilai-nilai adalah rendah sehingga kalau mereka kencing merata-rata pun mereka tidak rasakan ia satu yang tidak baik.

    Bila kita nampak perkaitan itu, maka kita akan nampak orang yang tolak akal samalah seperti orang yang ada mata tetapi tidak mahu melihat.

    "Puteri: Tuan, bukankah kepasrahan sebulat hati itu memerlukan keheningan diri dari kesibukan fikiran, kesibukan keinginan, kecelaruan emosi? "
    Puteri, bukankah orang-orang musyrik di zaman Nabi Nuh pun pasrah sebulat hati menurut kepercayaan yang diajar oleh pembesar agama mereka yang dirasakan itulah yang benarnya? Ini menunjukkan sekadar pasrah sebulat hati tanpa mengetahui benar atau tidak apa yang dipasrahi itu belum tentu menjauhkan diri manusia itu daripada menyekutukan Tuhan.

    Kita nak pasrah sebulat hati biarlah pada suatu yang benar-benar DITURUNKAN daripada Tuhan, bukan selainNya. Untuk membezakan sama ada sesuatu itu diturunkan oleh Allah atau diada-adakan oleh manusia, kita perlukan akal untuk menilai seperti mana kita perlukan mata untuk membezakan warna hitam dan putih. Ini kerana orang yang menyekutukan Tuhan tidak akan mengaku apa yang mereka ada-adakan itu bukan perintah Tuhan. Jadi, nak atau tak nak, kita terpaksa guna penilaian sendiri (akal) untuk membezakan benar atau dusta.

    Kalau kita ada mata, tetapi kita tutup mata itu, macam mana nak bezakan hitam atau putih? Macam itulah kalau ada akal, tetapi sengaja ditutup (tak mahu pakai), macam mana nak bezakan benar atau dusta?

    "Puteri: Di sini, ada bezanya tuan, bila kita berhubungan dengan Allah dan berhubungan dengan makhluk. Dengan makhluk, kita menggunakan akal sebagaimana apa yg kita lakukan sekarang ini."

    Allah tidak pernah membataskan penggunaan akal untuk berhubung dengan makhluk sahaja. Boleh Puteri kemukakan bukti jika nak berhubung dengan Tuhan, kita tidak perlukan akal? Nabi mana yang berhubung dengan Tuhan tanpa menggunakan akal, boleh Puteri kemukakan bukti-buktinya?

    "Puteri: Jika tulisan Puteri yang panjang lebar ini mengelirukan tuan..."

    Pada saya, tulisan Puteri bukan mengelirukan, cuma tidak mempunyai bukti apabila Puteri membataskan atau menghadkan sesuatu perkara yang tidak pernah Allah hadkan.

    Ramai manusia suka buat batasan-batasan yang Tuhan tidak pernah membataskannya. Tidakkah kita rasa seolah-olah kita lebih hebat daripada Tuhan bila bataskan sesuatu yang tidak Dia tidak bataskan?

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum wr wb para perespon.

    ALHAMDULILLAH So far di blog ini PENERANGAN ANDA KHUSUS UTK MAK LONG SANGAT MENDAPAT HIKMAH DAN ILMU YG BERMENAFAAT.Mak long pelajari....

    Allah pasti adil dalam kesempurnaanyaNya lah maka segala ciptaanNya terbukti di dunia ini.

    dI SINI MAK LONG SUKA MENGUTIP sepotong TEKS QURAN DAN MAK LONG ADALAH DIDLM TAALUKANNYA KESELURUHAN DIRIini Dn mengelak utk menjadikan sebagai tamsil dALAM BERHUJAH n dsb

    sudi kiran Sdr Juang dan sesiapa yg sudi berkongsi apa pelajaran dan pengajaran dari teks tersebut? BAGAIMANA DIPEAKTIKKAN seama umat?

    sILA RUJUK DI BAWAH INI :

    an-Nisa' 004:059

    ‏4:59 ياايها الذين امنوا اطيعوا الله واطيعوا الرسول واولي الامر منكم فان تنازعتم في شئ فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الاخر ذلك خير واحسن تاويلا

    Transliteration Ya ayyuha allatheena amanoo ateeAAoo Allaha waateeAAoo alrrasoola waolee al-amri minkum fa-in tanazaAAtum fee shay-in faruddoohu ila Allahi waalrrasooli in kuntum tu/minoona biAllahi waalyawmi al-akhiri thalika khayrun waahsanu ta/weelan

    Literal You, you those who believed, obey God and obey the messenger, and (those) of the order/command from you, so if you disputed in a thing, so return it to God and the messenger, if you were believing with God, and the Day the Last/Resurrection Day, that is better and (the) best interpretation/explanation

    ReplyDelete
  61. Salam MLT,

    Pada pendapat saya begini. Kita tidak mampu menemui Tuhan dan kita tidak berpeluang menemui Nabi. Tetapi kita tahu Tuhan telah mewahyukan Al-Quran melalui Nabi dan Nabi telah menyampaikan Al-Quran sebagaimana yang diamanahkan Tuhan kepadanya. Dan Al-Quran itu ada pada kita sekarang. Jadi terpulanglah kepada MLT samada mahu percaya kepada Kitab itu atau tidak. Kalau setuju untuk percaya, apa yang perlu MLT lakukan adalah komited kepada segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

    Tetapi kalau MLT tidak mahu percaya kepada Al-Quran, ada bahan-bahan lain yang MLT boleh pilih untuk percaya. Misalnya ramai orang memilih untuk percaya kepada kitab-kitab sipolan dan mereka begitu komited melaksanakan kepada segala perintah dan pandangan sipolan itu sehingga mereka sanggup berbunuhan untuk mempertahankan sipolan masing-masing.

    ReplyDelete
  62. Salam Tolokminda

    Nampaknya bila dikatakan kembali kpd Allah dan Rasul diorang rujuk kpd riwayat sipolan-sipolan balik, padahal ada byk ayat yg suruh fikir... tempat bergantung bagi akal diorang adalah sipolan-sipolan bukan ilham dari Allah dlm menafsirkan al-Quran...

    ReplyDelete
  63. Salam Tuan Juang

    Sebagai permulaan, Puteri sangat teruja membaca respon tuan yang bersungguh-sungguh berkongsi maklumat dan berusaha menjelaskannya pada Puteri. Terima kasih tuan.

    Tentang potensi diri, Puteri teringat, baru-baru ni melihat paparan di TV3 tentang warga OKU buka kedai dobi. Puteri kagum dengan mereka dan kejayaan mereka menguruskan kedai dobi tu meskipun akal bukanlah keupayaan utama mereka. Tuan tak lihat apa2 potensi di situ? Puteri pernah pergi ke JARO(Johor Area Rehabilitation Organization) di JB dan melihat bagaimana OKU yang tidak berpotensi akal, tapi hanya berpotensi skill anyaman, jahitan dll, menghasilkan anyaman dan jahitan yang begitu indah dan berkualiti yang mampu mengatasi kualiti orang2 normal yang ada potensi akal.
    Bagaimana pendapat tuan tentang potensi mereka?
    Mungkin Puteri bukanlah golongan saintis, maka Puteri akui keterbatasan akal fikiran Puteri sejauh ini. Itulah sebab Puteri suka bertukar-tukar pendapat dan mengetahui apa adanya dalam diri org lain, yang mungkin boleh membantu Puteri meningkatkan fahaman diri Puteri.

    Bila tuan menulis "ketinggian potensi manusia bergantung kepada keupayaan akalnya berfikir", apakah itu bermaksud kita seolah hidup dalam kasta-kasta? Selama ni Puteri ingat, kita hidup saling melengkapi tanpa merendahkan sesiapa atau memandang tinggi pada sesiapa, hanya kerana dia seorang jurutera atau tukang angkat sampah.

    Puteri kurang memahami ayat tuan bila tuan menulis "setiap individu itu dikurniakan minat pada sesuatu bidang". Tuan, Puteri pernah berbual-bual dengan pekerja potong rumput dan angkat sampah, dan apa yang Puteri dapati, bidang itu bukanlah bidang yang dia minat tuan, dan salah seorang dari mereka pernah berkata "kalaulah saya dikurniakan akal yang bijak, siapa tak mau jadi jurutera yang duduknya di kerusi empuk dan menikmati hawa dingin pejabat serta gaji bulanan yang luamyan". Di sini, Puteri rasa yang mereka ni bukanlah tak mahu bijak seperti saintis lain dan bidang yang mereka kerjakan sekarang ini bukanlah minat mereka. Puteri melihat, pengorbanan atau sumbangan mereka ini sungguh tinggi nilainya tuan. Dan di sini, Puteri melihat juga, bukan akal yang mengharmonikan dunia, sebab mungkin tanpa mereka ni urusan-urusan para saintis juga tak terurus. Puteri masih belum berasa jelas bahagian inilah tuan, harap bantu.

    Tentang syaitan, ooo barulah Puteri tau rupanya ayat tu boleh bermaksud syaitan berpura-pura. Puteri ingin tahu sudut pandangan Tuan Tolokminda,Jebon, Adios, MLT dan lain-lain berkaitan fahaman mereka pada ayat ini.. Puteri alu-alukan perkongsian.

    (bersambung di bawah..)

    ReplyDelete
  64. Tentang takut tu, memang betul kata tuan bila cemas/takut, dada yang berdebar, dan Puteri percaya itu adalah sistem anatomi tubuh yang membuat jantung berdegup laju bila cemas.

    Bagaimana pun tuan, bagaimana pendapat tuan cemas/takut itu bermula, bukan ke dari fikiran yang menterjemahkan ke emosi? Bukan ke hasil dari fikiran yang memikirkan berbagai-bagai kemungkinan yang belum pasti itu yang menghasilkan PERASAAN takut/cemas itu?

    Permintaan tuan agar Puteri kemukakan bukti tentang cara berhubung dengan Tuhan tu.. sungguh, Puteri tak ada bukti yang boleh dijelas melalui kata2, hanya keyakinan Pueri aje tuan. Dan pertanyaan tuan Nabi mana yang berhubung dengan Tuhan tanpa menggunakan akal tu, apa yang mampu Puteri katakan, siapakah yang dapat memberi bukti suatu perjalanan dalam diri? Mungkin ianya seperti Puteri tanyakan tuan, bagaimana tuan pasti si Abu benar-benar sedang bersedih. Jika akal berkata ia dibuktikan kerana mengalirnya air matanya, apakah itu bermakna terbukti kebenaran yg Ali benar-benar sedang bersedih? Tuan, di sini Puteri mohon pendapat tuan, apakah mungkin dalam perihal keyakinan seseorang pada Allah, kita perlukan bukti? Sebenarnya tuan, Puteri pernah membincangkan perihal ini dengan seorang sahabat rapat Puteri tak lama dulu, namun akhirnya Puteri dikatakan sesat kerana tak dapat membuktikannya, dan dia pergi meninggalkan Puteri kerana bimbang "penyakit berjangkit" ini menular padanya.

    Tuan Juang yang Puteri hormati dan kasihi (jgn salah faham pula ye),
    Sesungguhnya jauh sekali sangkaan tuan itu dari apa yang ada dalam hati Puteri, bilamana tuan mengatakan Puteri membataskan atau menghadkan sesuatu perkara yang tidak pernah Allah hadkan. Apakah fikiran tuan yang menterjemahkan sebegitu pada diri Puteri, hasil dari KEBIJAKSAAN akal tuan MENILAI dari tulisan-tulisan Puteri di atas? Sesungguhnya ia tidak benar sama sekali tuan, meskipun tuan berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal tuan dalam menghakimi Puteri berdasarkan tulisan itu. Di atas, Puteri telah mengaku mungkin itulah kebodohan Puteri.

    ReplyDelete
  65. Bercakap pasal tuduhan sesat pada Puteri, Puteri dituduh sesat oleh satu golongan bila Puteri mempersoalkan keadilan dan logiknya beberapa hadis. Kemudian Puteri dituduh sesat orang satu golongan bila Puteri mempersoalkan keadilan beberapa ayat Quran. Puteri dituduh sesat juga bila Puteri kata Puteri cuba berhubungan terus dengan Allah dan mendapatkan ilham terus dari Allah tanpa perantara apa2 termasuk akal.

    ReplyDelete
  66. Mak Long sedang berfikirFebruary 1, 2011 at 11:22 AM

    Sejahtera kepada anda sekelaian,

    Setiap tulisn mak long kekerapan mak long tulis "Mak Longbermain-fikiran sahaj!". Sebab mak long tidak bermilik kebenaran! Walupun mak long jadikan Al-Quran teks, Hadis2 atau kitab2 gubahan/karangan alis "ciptaan-manusia" sebagai SANDARAN!!

    Utk Tolokminda : Mak long setuju dgn explanasi anda. Maklong sangat seujtu dan kaitkan kekata yg lepas anda menulis "Fahami bahasa Melayu dan Inggeris dgn teliti".

    Mak long bahasa Melayu dan Inggeris semengnya tidak fasih walupun maklong sebagai WILD-Reader kedua bahsa tersebut dlm membaca apa jua kitab2 yg dianggap suci teks or tidak.

    Sila berkongsi dgn maklong fahaman anda kekata ini sekiranya mak long beryahdat "ï am RELIGION. religion is me. i DON'T OWN RELIGION. DAN TRUE KNOWLEDGE IS IMPOSSIBLE UNDER DETERMINISM"

    sEMOGA KESUDIAN tOLOKMINDA MENERIMA PERMOHONAN Sdi atas ini.

    Yg mak long ingati Jebon & Juang juga Puteri dan para respon juga dialu2kan utk bersama memberikan opini/penerangan berkaitan perkara.

    Semoga seluruh umat manusia membaca Quran=bacaan ayat2 semsta alam yg tak mampu dujumlahkan dan dracketkan dgn figure2 tertentu as ïnteelectual-fitting-game".

    ReplyDelete
  67. Mak Long sedang berfikirFebruary 1, 2011 at 1:15 PM

    sejahtera puteri dan kwn2 sekelian.

    Tepat dan benar respon puteri tersebut.

    Mak Long bertanya pulak lah :

    APAKAH PUTERI melakukan serupa dalam semua perkara dalam kehidupan puteri di alam fanak ini?

    Semoga keseluruhan umat berbagai fahaman agama membaca Quraan=bacaan ayat2 semsta alam!

    ReplyDelete
  68. ntah la MLT, Puteri ni bodoh dan byk tak tau, dan Puteri tak tau nak menjawab soalan MLT tu.

    ReplyDelete
  69. sejahtera puteri.

    deklrasi tu xterlepas dri permianan-fikiran jugaer.

    Semoga TM, Jebon, Juang dan sesiapa ada yg telah memahami cra puteri mni.

    Mak Long mmng tak bijak dlm bermaian fikiran ala cry-baby-game la

    Wassalam

    ReplyDelete
  70. Hari ni masih cuti chinese New Year dan aku ambik kesempatan ni utk rajin menulis dan membaca. Jadi bila korang balik dari bercuti, korang ada peluang untuk pikirkan apa yang aku tulis. Tksh.

    Bila aku roll-in and out blog ni, aku terjumpa balik MLT tulis, kalau engkau mengaku setan dan kerabatnya tahu menipu dan berbagai-bagai, engkau jadi apa? Itu ayat yang aku paham dari tulisan MLT yg mula-mula aku tak paham, so aku olah semula ikut kefahaman aku. Aku jawab, kan jadi PENGHUKUM tu! Apa korang tak pakai akal ke? Apa korang ingat kalau Tuhan melaknat Setan, jadi korang pun boleh laknat setan? Korang tak pakai akal ke, korang nak samakan diri dengan Tuhan? Kan korang dah mengaku yang setiap makhluk ada fungsi masing-masing, jadi akal yang macamana yang korang pakai untuk melaknat fungsi setan?

    TMinda, kau percaya kitab Quran untuk kau jadikan petunjuk hidup. Aku setuju. Tapi AKAL aku kata, masih banyak lagi perkara yang tak ditunjuk dalam kitab Quran dan boleh dijadikan petunjuk. Dalam blog kau, kau banyak tulis tentang saintis berjaya cipta itu ini dan diorang tak guna petunjuk Quran pun. Jadi, akal aku kata, tak semestinya perlu mengagungkan Quran untuk berjaya dalam hidup tapi BACALAH seluruh alam. Tapi aku tak kata kau salah bila kau nak gunakan kitab Quran utk jadikan guideline hidup kau. Akal aku juga kata, bagi yang tak gunakan kitab Quran sebagai guideline hidupnya juga bukanlah salah.

    Bila kau cakap pasal saling berbunuhan, akal aku kata, ianya bukanlah kerana mempertahankan sipolan atau sipolan, tapi kerana FIKIRAN yang tak ada tolerasi. Nampak tak, semua orang pun guna fikiran, guna akal, tapi tahap tolenrasinya berbeza. Jadi fikiran bukanlah segalanya. Kalau kau guna akal betul2, kau akan faham maksud aku yang semua perbalahan, semua tak puashati, semua peperangan, adalah hasil dari fikiran juga.

    Yeeehaaaa!!

    ReplyDelete
  71. Salam,

    Mungkin ramai terlupa atau tidak sedar. Apabila para saintis berjaya mencipta itu dan ini, sebenarnya mereka telah pun guna petunjuk Al Quran yang suruh menggunakan akal. Ini kerana yang menyebabkan mereka berjaya mencipta itu ini adalah kerana mereka menggunakan akal.

    Lainlah para saintis itu berjaya mencipta pelbagai teknologi dalam keadaan mereka tidak mahu berfikir, logiklah jika kita kata mereka tidak mengikut petunjuk Al Quran.

    Jangan ingat petunjuk Al Quran itu setakat suruhan solat, puasa, zakat atau haji. Suruhan berfikir itu pun petunjuk Al Quran yang ramai tidak sedari malah ramai yang menolaknya.

    ReplyDelete
  72. Eiy apa da kau Juang! Semua perkara yang manusia buat, tak boleh tidak, mesti guna akal daaa! Kau ingat, pencuri tu tak guna akal ke? Kau tengok cerita kat TV tu, pencuri professional, depa pakai akai la beb. Depa dok merancang dengan jitu dan berjaya. Depa pun sambut seruan berfikir. Pendek kata, semua orang tak boleh lari dari guna akal beb, bukan puak-puak kau aje.

    Menda yang berlaku tak guna akal contohnya kau jalan-jalan then kau tersepak batu dan terjatuh. Perbuatan TERsepak batu dan TERjatuh kau tau, aku pasti kau tak guna akal. Itu namanya tindakan spontan.

    ReplyDelete
  73. Salam,

    Sedar atau tidak, dalam memilih sama ada membuat sesuatu yang berfaedah dan membuat sesuatu yang sia-sia, ramai manusia tidak menggunakan akal.

    Jika semua manusia berfikir panjang dahulu sebelum bertindak, pasti tidak akan adanya pembunuhan, pencurian, perogolan dan bermacam-macam kezaliman sebab mereka telah memikirkan buruk-baik sesuatu keinginan yang meluap dalam hati mereka.

    Ketika pertimbangan nak buat baik atau buruk, gunakanlah akal dahulu. Itu yang Al Quran maksudkan berkenaan penggunaaan akal.

    Berfikir dahulu sebelum bertindak. Ikut rasa badan binasa.

    ReplyDelete
  74. Aslamualaikum swmua...bg saya daripada kita perrikaikan atw cuba mentafsir ayat2 quran dan hadith tanpa ilmu dan darjat dari allah maka lebih baik kita tanya pada diri sendiri.. adakah kita telah melakukan yg terbaik untuk allah dan org islam...sedangkan hanya 1 dari 73 golongan yg diterima allah...setakat pk pakai akal sendiri je baik diam dari pada cuba mentafsir mengikut andaian sendiri...serahkan pada ulama dan mereka yg bertanggung jawab pd ape yg mereka sampai kan..wallahuallam

    ReplyDelete
  75. Aslamualaikum swmua...bg saya daripada kita perrikaikan atw cuba mentafsir ayat2 quran dan hadith tanpa ilmu dan darjat dari allah maka lebih baik kita tanya pada diri sendiri.. adakah kita telah melakukan yg terbaik untuk allah dan org islam...sedangkan hanya 1 dari 73 golongan yg diterima allah...setakat pk pakai akal sendiri je baik diam dari pada cuba mentafsir mengikut andaian sendiri...serahkan pada ulama dan mereka yg bertanggung jawab pd ape yg mereka sampai kan..wallahuallam

    ReplyDelete